Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2013 di MITC Melaka dari 29/11/13 – 1/12/13

Alhamdulillah.. Dengan sukacitanya kami di asamgaram2puteri ingin mewar-warkan kepada pembaca semua bahawa Produk 2 Puteri telah terpilih sebagai pempamer bagi Negeri Perak untuk menyertai

 

PROGRAM SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI)
Bertempat di  MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE (MITC), MELAKA
Pada  29/11/2013 – 1/12/2013

* Jualan produk dengan harga yang menarik serta peluang rasa-rasa masakan dengan menggunakan Produk 2 Puteri akan diadakan dalam memperkenalkan Produk 2 Puteri yang telah ada dipasaran Mydin Hypermarket dan Tesco Store.

* Pengguna akan diberi resepi-resepi menarik yang menggunakan Produk 2 Puteri dalam masakan seharian.

Semua yang ada berdekatan Melaka dijemput ke Booth 2 Puteri ya…

 

Rural Business Challenge 2013: Cabaran yang telah diharungi

Alhamdulillah.. Semalam kami sekeluarga selamat sampai ke rumah. Letih minda baru je nak hilang dah masuk bab nak meletihkan badan pulak hihihi.

Cerita pasal situasi pada hari pembentangan tu? Saya merupakan peserta terawal yang sampai. Pukul 7.49 pagi dah duduk ada di lobby. Pembentangan dijadualkan jam 9.00 pagi. Tapi biasa le dalam hal sampai awal ni. Memang adat kami baik menunggu dari ditunggu tak gitu? 🙂 Nanti jika terlewat  mana nak tahu jadi apa-apa hal buat kita tak boleh sampai naya jadinya. Jadi lagi baik jadi penunggu untuk sesuatu yang bawa kebaikan. Tak ada salahnya….

Bila dah sampai yang terawal nak present pun yang pertama le jawabnya. Entah le apa yang jadi masa presentation tu. Tidak le saya ingat satu apa pun ;D. Nak pulak pandang muka ahli-ahli panel yang ada. Lagi le gelabah jadinya.

 

Tapi apa-apa pun syukur sangat sebab yang selama nih saya bayangkan ahli panel yang tahap keseriusannya yang terlampau tu tak le terpamer pada wajah setiap ahli panel yang ada :). Mesra dalam serius.. Tu pada saya lah 🙂 Yang best jutawan idola para peniaga macam saya, Dr Irfan Khairi pun betul-betul mesra walaupun mungkin pembentangan saya ni tak hebat seperti yang lain. Kali pertama katakan…

Apa pun terima kasih pada setiap ahli panel yang ada masa hari pembentangan tu, staf-staf yang frendly dan krew tv yang menggoncang jiwa ;D. Paling saya bangga sebab Dr Irfan sudi nak pegang tengok Produk 2 Puteri. Bangga saya dibuatnya 😀

Mana taknya kesudian beliau memberi semangat balik sebab sebelum tu ada dikalangan peserta yang beri komen mengatakan dia tak impress dengan packaging kitarang. Tak pe la.. Nak buat macam mana kalau dia tak impress. Harap-harap orang lain impress hendaknya sebab pandangan mata kita bukannya sama setiap orang kan. Setakat ni itu yang mampu. Insyaallah kalau sudah ada kemampuan nanti saya gajikan sorang pakar dalam design produk jadi masa tu mungkin setanding produk hebat lain.

Anyway pasal peratus potensi kemenangan…? Yang ini tak dapat saya nak agak le sebab rata-rata yang datang punya idea yang hebat-hebat belaka (saya tergolong dalam kategori rancangan perniagaan sebab tak cukup 12 hari untuk jadi 3 tahun). Buat diri ini terasa tak berani nak letak harapan yang tinggi. Cukup sekadar saya dah cuba sedaya upaya moga pihak panel dapat pertimbangkan pencapaian kami dengan sewajarnya.

Masa ditanya apa harapan saya dalam pertandingan ni pun tak dapat saya jawab. Yer la saya ni mewakili satu entiti perniagaan kecik yang diberi peluang akhirnya lepas mencuba berkali-kali. Dulu seringkali saya pergi ke mana-mana dengan harapan yang tinggi tapi kecewa jadi kali ni memang saya tak berani meletakkan harapan yang tinggi. Sebab itu kali ni saya cuma minta a part dari yang saya pernah minta dulu dalam pertandingan yang sama saya sertai last year. Dulu siap minta bangunan kilang dan sebuah lori sebab kilang yang ada sekarang terlalu sempit untuk menyimpan mesin dan stok bahan mentah serta van yang terlalu uzur. Kononnya nak dapatkan Sijil GMP  untuk tambah keyakinan kepada pengguna.

Nak minta peluang pengiklanan pun takut tak dapat sebab hadiah ditawarkan RM10,000 je. Nak beriklan harus beratus ribu itu pasal saya fokus pada idea lain kami iaitu membangunkan produk dibawah jenama 2 Puteri. Walaupun ada antara panel yang mungkin tak berapa setuju dengan keputusan kami ni. Tapi entah la..

Kami di mana???? Nanti saya ceritakan… 🙂

Apa pun terserah pada perbincangan mereka kerana mereka lebih arif dalam bidang masing-masing. Kalau dapat pastinya kami sekeluarga manusia paling gembira walaupun tak kisah le banyak mana yang diberi (walau sekadar hadiah kemenangan seperti yang ditawarkan). Kalau tidak pun kami tetap berterima kasih kerana memberi kami pengalaman yang Insyaallah dapat mengajar kami untuk terus berusaha. Insyaallah.

Kecewa???? Mungkin jika tak terpilih tapi apa pun kami serah pada Allah Yang Maha Berkuasa. Dia memberi kami peluang untuk mengetengahkan Produk 2 Puteri ke mata pihak-pihak yang berkuasa ni pun dah cukup baik. Insyaallah dengan ini kami akan lebih berlapang dada untuk terima sebarang keputusan.

Terima kasih tak terhingga pada Dr Irfan Khairi yang sudi beri idea dalam masa yang singkat pada kami. Insyaallah akan kami cuba buat yang terhabis baik (yang ni janji pasti cuba tau) untuk jayakannya sebab memang itulah target awal kami sebenarnya.

Terima kasih banyak-banyak semua yang sudi doakan kami dan terima kasih yang tak terhingga pada semua ahli panel dan staf-staf di Rural Business Challenge yang sudi mendengar pembentangan saya yang tak seberapa tampoh hari. Pengalaman ini amat berharga buat saya sekeluarga. Moga kejayaan dan kebaikan buat kita semua hendaknya. Aaamiin…

Terima kasih sekali lagi…

Dilema Memilih Pelan Telefon, Apa Sebabnya?

Sekadar perkongsian dari sumber yang baru saya baca di http://my.news.yahoo.com… Ni lebih untuk orang-orang seangkatan dengan saya le hihih. Tau bukak tenet je dan guna apa-apa yang biasa digunakan. Yang lelain pocittt. Tak tau hapa langsung. So harap-harap perkongsian yang saya baca ni leh le bukak mata kita sikit sambil-sambil sekat aliran yang keluar dari poket kita saban bulan heheh….

Dilema Memilih Pelan Telefon, Apa Sebabnya?

Selalunya kita akan menghadapi dilema memilih pelan data yang bersesuaian dengan penggunaan seharian kita. Kalau tidakpun, kadang-kadang anda sendiri tidak mengetahui keperluan kapasiti data yang bersesuaian.

Pelan data ditawarkan berkapasiti serendah 100MB hingga menjangkau 5GB sama ada dalam bentuk prabayar atau pascabayar. Sebab itu, jika kita memilih pelan, jangan hanya bergantung kepada minit berbual atau pakej SMS percuma saja.

Data bermakna kapasiti rangkaian yang diperlukan bagi mengoperasikan aplikasi dalam telefon anda. Misalnya, jika anda membuka laman web, ia memerlukan ‘loading’ tertentu dengan kapasiti yang berubah-ubah. Pada kebiasaannya, membuka satu laman memerlukan 1kb data saja.

Adakah penting memilih pelan data bersesuaian? Mestilah, bayangkan kalau anda melanggan pelanggan 2GB tetapi penggunaan bulanan hanya 1GB saja. Lebihan 1GB pasti membazir dengan kos mungkin antara RM50 hingga RM80. Berdasarkan rekod Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, terdapat sejumlah 14.6 juta pelanggan mudah alih pada tahun lepas dan ia terus meningkat. Angka tersebut menjadi penentu yang menguntungkan syarikat telekomunikasi tetapi ada juga merugikan pengguna.

Meskipun agak susah bagi mengesan tabiat penggunaan data yang betul-betul bersesuaian, dalam blog ini serba sedikit mengajar penggunaan data bagi aplikasi tertentu nanti. Sebenarnya, paling ideal adalah anda menggunakan wifi semaksimumkan mungkin jika ada, samada di rumah atau, sekolah, universiti, kafe, pusat membeli-belah dan pejabat.amai antara kita yang mungkin membayar lebih kuota data daripada apa yang kita sebenarnya perlukan setiap bulan.

Kalau mengikut trend aplikasi semasa, Facebook menjadi pilihan aplikasi laman sosial paling kerap dilanggan rakyat negara yang tentulah penyumbang utama kepada penggunaan data yang banyak apabila mengemaskini foto, ‘check in’ dan sebagainya. Tambahan pula, ia akan sentiasa mengemaskini muka depan jadi banyak data diperlukan.

Oleh kerana penggunaan data untuk Facebook boleh dikatakan antara yang tertinggi di kalangan rakyat negara ini, banyak syarikat telekomunikasi menawarkan kuota data khas bagi penggunaan laman sosial tersebut.

Sementara Whatsapp mempunyai anggaran penggunaan data kira-kira 4MB hingga 10MB jika anda seorang yang aktif termasuk menghantar serta menerima puluhan mesej dalam tempoh sehari. Laman video seperti YouTube pula memakan data pelan anda sebanyak 18.8MB jika anda menonton video animasi dalam tempoh 9 minit bersama format 1080p. Bermakna, jika anda menonton selama sejam, kapasiti data diperlukan mungkin 118MB.

Mengikut kajian dilakukan satu syarikat telekomunikasi, anggaran perkhidmatan yang menggunakan purata data seperti berikut:

Perkhidmatan Penggunaan Purata Saiz Data
TV Online Menonton satu episod siri selama 15 minit 45MB
YouTube Video muzik 4 minit 11MB
Aplikasi Radio App (stream) 10 minit 15MB
Facebook 15 minit tanpa membuka video 5MB
Emel 100 emel diterima/diterima tanpa sebarang lampiran (attachment) 2.5MB
Emel dengan foto atau dokumen 10 emel diterima/diterima bersama sebarang lampiran (attachment) 18MB
Melayari Web (standard web yang kebanyakannya teks) 50 laman web / 30minit 10MB / 13MB
Google Maps 10 minit 6MB
Muzik 1 trek muzik 5MB

Bagaimana untuk memantau atau memeriksa penggunaa data anda? Selain daripada menyemak bil bulanan, melihat tetapan dalam Setting (sila ke Wireless & Networks – Usage) bagi sesetengah model telefon atau anda boleh memuat turun beberapa aplikasi seperti My Data Manager, DataMan, Data Usage serta 3G Watchdog.

Selepas itu, anda boleh memperoleh sedikit idea bagaimana data pelan yang bersesuaian. Dalam satu kajian rambang, purata penggunaan data bulanan bagi seorang pelanggan dengan data ‘caps’ 1GB hanya 580MB. Adakah anda salah seorang darinya? Jika ya, anda boleh pergi ke syarikat telekomunikasi dan menukar pelan.

Kata Encik Kenneth Chiew dalam ruangan komen, “Jangan lupa pulak apps dan games yg free tu, banyak iklan yg keluar masa guna apps atau games tu akan “makan” data anda juga”.

Isu Halal Haram: Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Saya ni kalau ada kelapangan rajin gak le menjengah laman blog sana-sini. Tambah ilmu, tambah pengetahuan apa yang patut. Nak pulak lepas letih pulun sakan dua tiga minggu lepas. Sesekali curi jab le masa untuk layan blog-blog yang menarik sebelum memulakan semula kerja-kerja yang ada.

Hah… Tadi masa membuka laman blog sana sini pasal makanan tersinggah di laman Taipingmali. Saya ternampak satu artikel yang dikongsikan beliau yang menarik perhatian saya untuk berkongsi di sini. Berkaitan Halal dan Haram dalam makanan.

Mmmm…. Bab Halal Haram ni kita sebagai orang Islam memang tak boleh tolak angsur punya kan. Buat le macam mana pun bab-bab yang nak jadi darah daging ni Insyaallah semua orang cukuppp jaga. Semua aspek kena ambik kira tak kira le dari segi bahan, cara pembuatan dan semua lah. Macam kami di 2 Puteri ni pun memang bab-bab nih tak der toleransi langsung. Nak cari rezeki Halal untuk anak-anak dan keluarga so semua aspek Halal Haram kena ambil berat le. Bab-bab kebersihan pun termasuk dalam Halal dan Haram gak pada saya. Yer la, takkan rezeki tu jadi Halal kalau tempat kita proses barang kotor dan berbahaya yer tak? Kalau jaga semua tu harus apa yang dihasilkan akan jadi Halal Insyaallah. Kalau kotor dan tak elok camner la rezeki yang datang nak Halal gak. Tapi itu pandangan saya le. Tapi tak salah kan kalau ianya bawa kebaikan pada semua :).

Eh dah terlebih panjang lak membebel. Pantang dapat peluang heheh. Moh le kita baca apa yang tertulis dalam Isu Halal Haram: Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi tu…..

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis ‘This product contain substance from porcine‘. Sebenarnya bermaksud ‘Produk ini mengandungi bahan daripada babi‘. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah ‘The source of gelatin capsule is porcine‘ yang bermaksud ‘Kapsul dari gelatin babi‘.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar : Babi liar.

5. Lard : Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon : Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham : Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk : Susu babi.

10.Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Isk… Pening nak ingat ni. Satu je benda asasnya tapi banyak lak istilah yang keluor yang buatkan kita confius. Tapi ada baiknya coba-coba le hafal demi menjaga pemakanan kita agar terhindar dari sesuatu yang haram. Seperti katanya… Meh kita sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati.. Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

Perihal Asam Jawa, kegunaan dan petua untuk kesihatan & kecantikan

Asam jawa atau celagi ialah sejenis pokok saka malar hijau yang mana pokok matang boleh mencapai ketinggian sehingga 25 meter yang menghasilkan buah asam untuk kegunaan masakan harian di Malaysia. Nama latin bagi asam jawa ni ialah Tamarindus indica Linn manakala nama daerah pula Tangkal asam; Acem; Celagi. Rekod dan sejarah menunjukkan yang ibu negeri Senegal diberi nama ‘Dakar’ dalam bahasa tempatan yang bermaksud “pokok asam jawa”. Pokok asam jawa adalah tumbuhan semula jadi di benua Afrika. Pokok ini diperkenalkan ke negara-negara di Asia melalui pedagang-pedagang Arab yang datang singgah ke Asia Tenggara. India ialah negara yang mempunyai tanaman dan ladang asam jawa yang paling luas di dunia. Didapati sebanyak 250,000 metrik tan asam jawa dihasilkan setiap tahun seluruh dunia dimana 65% dihasilkan di India.

Pokok asam jawa mempunyai pelbagai gelaran dan nama tempatan. Nama lain bagi asam jawa adalah Asam, Asam Jawa, Asam Kemal, Asam Kuning (Melayu); Indian date, Sweet Tamarind, Tamarind (English); Anbli, Ambli, Chinh, Imalii, Tamarulhindi (India), Da Ma Lin; Loa Wang Zi (China), Bakham Somkham (Thailand), Me chua (Vietnam); Sempodok (Filipina), Tamarindo (Jepun); dan Khaam, Kok mak Kham (Laos).

Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang. Pokok asam jawa sebenarnya merupakan tumbuhan anugerah Tuhan yang mempunyai pelbagai guna. Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula. Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Pucuk muda mentah atau yang telah dicelur, dimakan dengan budu, cencaluk, sambal belacan atau pencecah lain dengan nasi. Buah muda asam jawa yang dikupas kulit dan ditumbuk kasar atau diracik kecil, dicampurkan dengan sambal belacan, sesuai dimakan dengan nasi. Rasa buah asam jawa adalah masam-masam manis manakala daunya berasa sedikit kelat dan masam.

Kandungan kimia: Buah mengandung vitamin A; zat gula; selulosa; asam-asam yang terikat oleh kalium; tartrat; gula invart; pektin.

Khasiat: Laksan; Analgesik; Diaforitik; Laksatif

Kegunaan

Buah asam jawa mempunyai dua jenis iaitu asam jawa yang manis dan yang masam. Kandungan utama dalam asam jawa ialah asid, gula, vitamin B dan kandungan kalsium yang tinggi. Kegunaan asam jawa dari segi perubatan tidak boleh dikira banyaknya. Untuk tujuan komersial didapati asam jawa dijadikan asas bahan penyejuk dalam ubat demam dan sebagai julap bagi mengatasi masalah perut kembung. Sama ada dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan jus limau, madu atau susu, asam jawa amat berkesan dalam mengatasi masalah penghadaman, penyakit hempedu dan kekurangan vitamin C (skurvi). Amalan ini juga telah terbukti secara klinikal di beberapa negara seperti di India. Asam jawa biasanya dijadikan jus minuman yang dicampur dengan air gula sebagai minuman segar terutama di Malaysia, Thailand dan Indonesia serta negara tropika lain.

Antara kegunaan lain asam jawa ialah:

1) Asam jawa juga digunakan sebagai sapuan untuk mengurangkan kesakitan akibat keradangan. Ia juga digunakan untuk berkumur-kumur bagi mengurangkan sakit tekak.

2) Caranya adalah dengan mengambil sedikit garam dicampur ke dalam air asam dan kemudian ia boleh digunakan sebagai sapuan bagi melegakan sakit sendi.

Petua kesihatan dan kecantikan menggunakan asam jawa

1) Menghilangkan parut pada wajah
Bancuh asam jawa bersama sedikit air sepekat yang mungkin dan tampal keseluruh muka. Biarkan ianya mengering barulah dicuci muka menggunakan air bersih.

atau

Campurkan pes asam jawa bersama minyak zaitun. Sebatikan kemudian sapulah ke kulit wajah. Biarkan selama 15 minit barulah dibasuh menggunakan air suam panas supaya terbuka pori-pori wajah. Kemudian bilas pula menggunakan air yang sedikit sejuk supaya pori wajah tertutup kembali. Lakukan rawatan selama 3 kali seminggu, Insyaallah parut akan hilang.

2) Penjagaan suara
Bancuh asam jawa bersama segelas air. amalkan dengan meminum airnya setiap hari.

3) Untuk turunkan berat badan
Air asam jawa elok diamalakan setiap hari untuk membuang lemak dalam badan dan memberi kesegaran tubuh dengan cara ambil sebuku asam jawa dan ramas dalam segelas air. Amalkan selepas makan tengah hari dan makan malam. Kalau tak suka suam, boleh buat dengan air dari fridge atau lepas diramas tu simpan sekejap dalam peti ais, lepas makan baru ambil dan minum.

Untuk lain-lain petua penggunaan asam jawa ni boleh baca di Asam Garam 2 Puteri kay 😉 Banyak lagi tau!

Cabaran G1GIH – Anjuran Agensi Inovasi Malaysia (AIM)

pihak Kementerian Inovasi buat satu cabaran yang diberi nama G1GIH untuk semua rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti menambahkan pendapatan keluarga dalam bidang keusahawanan. Tak kira cara apa pun janji menambahkan pendapatan keluarga. Kira penambahan pendapatan paling kurang RM1000.00 pun dah boleh masuk cabaran ni.

Ganjaran diberi untuk sesiapa yang terbukti berjaya mengubah diri sendiri jadi orang yang  berjaya. Kira RM1000.00 yang kita dapat ekstra tu hasil usaha kita le nak ubah diri jadi lebih baik. Kepada yang berminat boleh lah mengisi borang di www:gigih.my.

Cerita lebih lanjut di asamgaram2puteri.blogspot.

Tips Penjagaan Mesin Pengisar

 

Mesin pengisar antara alatan rumah yang amat-amat berguna kepada semua yang terlibat dalam duania masakan. Memang besar jasanya dalam membantu menghancur atau melumatkan segala macam benda yang kita perlukan. Namun, setelah diguna lama kadang kala keuzurannya mula terasa. Mata kisar yang tidak lagi tajam, warnanya yang mula kekuningan disebabkan mengisar kunyit hidup dan pelbagai lagi. Kadang kala masalah-masalah ini membuatkan ada yang terpaksa mencari balang lain yang lebih elok menggantikan yang lama. Namun dek kerana terlepas pandang, balang yang diganti tidak sesuai dengan motor yang ada. Hendak digantikan semua terasa sayang kerana motornya masih lagi berkuasa untuk memutarkan pengisar berkenaan.

Di bawah ini saya kongsikan beberapa tips penjagaan mesin pengisar untuk rujukan bersama. Moga-moga ianya bermanafaat buat sahabat-sahabat 2 Puteri sekelian…. 🙂

 

Pengisar Sentiasa Tajam

Kisarkan garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit. Amalkan langkah ini setiap bulan. Dengan cara ini mata pengisar akan kekal tajam.

 

Hilangkan Kotoran Pada Pengisar

Tuang air sabun yang panas dan campurkan dua senduk cuka ke dalam pengisar. Putar pengisar dengan air suam dan keringkan.

 

 

Hilangkan Kesan Kunyit Pada Pengisar

Anda hanya perlu titikkan 3 atau 4 titis cecair peluntur ke dalam pengisar. Kemudian goncangkan sehingga warna kunyit pada pengisar tadi mengembang. Cucikan pula dengan hampas kelapa ataupun kulit limau. Cuci bersih dan lihat hasilnya.

 

 Bersihkan Pengisar

Bagi memudahkan membersih blender selepas digunakan, masukkan sedikir air, serbuk pencuci dan kulit telur. Kisar bahan-bahan tersebut untuk seketika. Kulit telur yang hancur berperanan sebagai berus. Hasilnya anda akan dapati pengisar lebih bersih. Boleh juga di tambah sedikit perahan jus limau nipis kedalam blender tersebut untuk kebersihan dan nyah bau tahap maksima.

 

Sejarah Negeri Perak…. Part 2

Kali ini kita sambung kembali bicara tentang sejarah Negeri Perak. Dah bacakan Sejarah Negeri Perak part I yang kami kongsikan di sini tempoh hari? Hari ini ada lagi sambungannya. Jadi kami amat berharapkan tiada rasa bosan kala membaca cerita-cerita sejarah ni. Sekadar perkongsian ilmu dari kami, 2 Puteri… Juga buat tinggalan untuk rujukan anak-anak kelak Insyaallah 🙂
Sambungannya…

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi. Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah. Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.

Kursus Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)

Pada 21 hingga 23 Januari lepas saya telah hadiri Kursus Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri atau lebih dikenali sebagai MeSTI anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama KPW Bagan Serai.

Bermula pada tahun 2014 depan, semua pengusaha IKS dikatakan wajib mendapatkan Sijil berkenaan untuk memberi jaminan kepada para pengguna tentang keselamatan produk hasilan pengusaha IKS seperti kami. Insyaallah kami bagi pihak 2 Puteri akan berusaha untuk mendapatkan sijil ini Insyaallah.

Sijil yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Malaysia ini adalah garispanduan terkini yang dikeluarkan kepada para penguasaha. Sebelum ini kami telah mendapat status ‘selamat’ ini dibawah Akta Keselamatan Makanan tahun 1983. Jadi kami harus berusaha untuk menukar status ini kepada MeSTI seperti yang baru dikuatkuasakan pada Oktober 2012 yang lalu. Ianya meliputi carakerja dan insfrastruktur bangunan premis kami.

Insyaallah dengan pengalaman dan carakerja yang kami amalkan ianya tidak mustahil. Namun kemudahan insfrastruktur bangunan mungkin akan membataskan kami kerana binaan bangunan kami sebelum ini tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.

Untuk membaikpulih kami memerlukan dana yang besar yang pada masa ini dengan modal yang terhad agak sukar untuk kami realisasikan. Namun kami akan usahakan juga demi untuk memberikan yang terbaik pada pengguna 2 Puteri semua. Moga-moga kami akan peroleh bantuan dari mana-mana pihak kementerian untuk mengatasi masalah ini hendaknya. Insyaallah. Jika ada syukur ianya akan terealisasi cepat tapi jika tidak juga… Macam biasalah kami akan kumpulkan modal perlahan-lahan. Insyaallah. Doakan kami dapat memberikan yang terbaik buat pengguna produk 2 Puteri semua ya! 😀

Cita-cita kami Insyaallah satu hari nanti 2 Puteri akan capai tahap yang sebegini hendaknya aaamiin… 🙂

Sejarah Negeri Perak…. Part 1

Perak negeri kelahiran produk 2 Puteri telah terbukti wujud pada zaman pra sejarah lagi. Dianggarkan negeri Perak telah diduduki oleh manusia zaman batu lama semenjak 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi lagi. Penemuan artifak pra sejarah membuktikan telah wujuk penampatan di Zaman Batu Lama Tanah Melayu di Perak.

Perak Darul Ridzuan terkenal dengan kepelbagaian sosiobudaya, malah ramai mengakui negeri di Utara Semenanjung ini menyimpan seribu satu khazanah unik yang mengagumkan. Kedudukannya yang bersempadankan lima negeri menjadikan Negeri Perak kaya dengan adat resam masyarakat, adat setempat serta adat resam jirannya. Jesteru, tidak hairanlah jika ada empat dialek bahasa Melayu utama yang dituturkan oleh penduduk di Negeri Perak iaitu Perak Utara (Pengaruh Kedah), Perak Selatan (Selangor), Perak Timur (Kelantan) dan Perak Tengah (dialek Perak sejati).

Asal usul nama dan sejarahnya yang panjang boleh di rujuk di Sejarah Negeri Perak…Part I yang kami kongsikan bersama untuk menambah pengetahuan kita disamping memperkenalkan negeri kesayangan kami ini kepada sahabat semua. Untuk bacaan selanjutnya boleh di ikuti di sini. 😀