Isu Halal Haram: Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Saya ni kalau ada kelapangan rajin gak le menjengah laman blog sana-sini. Tambah ilmu, tambah pengetahuan apa yang patut. Nak pulak lepas letih pulun sakan dua tiga minggu lepas. Sesekali curi jab le masa untuk layan blog-blog yang menarik sebelum memulakan semula kerja-kerja yang ada.

Hah… Tadi masa membuka laman blog sana sini pasal makanan tersinggah di laman Taipingmali. Saya ternampak satu artikel yang dikongsikan beliau yang menarik perhatian saya untuk berkongsi di sini. Berkaitan Halal dan Haram dalam makanan.

Mmmm…. Bab Halal Haram ni kita sebagai orang Islam memang tak boleh tolak angsur punya kan. Buat le macam mana pun bab-bab yang nak jadi darah daging ni Insyaallah semua orang cukuppp jaga. Semua aspek kena ambik kira tak kira le dari segi bahan, cara pembuatan dan semua lah. Macam kami di 2 Puteri ni pun memang bab-bab nih tak der toleransi langsung. Nak cari rezeki Halal untuk anak-anak dan keluarga so semua aspek Halal Haram kena ambil berat le. Bab-bab kebersihan pun termasuk dalam Halal dan Haram gak pada saya. Yer la, takkan rezeki tu jadi Halal kalau tempat kita proses barang kotor dan berbahaya yer tak? Kalau jaga semua tu harus apa yang dihasilkan akan jadi Halal Insyaallah. Kalau kotor dan tak elok camner la rezeki yang datang nak Halal gak. Tapi itu pandangan saya le. Tapi tak salah kan kalau ianya bawa kebaikan pada semua🙂.

Eh dah terlebih panjang lak membebel. Pantang dapat peluang heheh. Moh le kita baca apa yang tertulis dalam Isu Halal Haram: Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi tu…..

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis ‘This product contain substance from porcine‘. Sebenarnya bermaksud ‘Produk ini mengandungi bahan daripada babi‘. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah ‘The source of gelatin capsule is porcine‘ yang bermaksud ‘Kapsul dari gelatin babi‘.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar : Babi liar.

5. Lard : Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon : Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham : Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk : Susu babi.

10.Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Isk… Pening nak ingat ni. Satu je benda asasnya tapi banyak lak istilah yang keluor yang buatkan kita confius. Tapi ada baiknya coba-coba le hafal demi menjaga pemakanan kita agar terhindar dari sesuatu yang haram. Seperti katanya… Meh kita sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati.. Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s