Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2013 di MITC Melaka dari 29/11/13 – 1/12/13

Alhamdulillah.. Dengan sukacitanya kami di asamgaram2puteri ingin mewar-warkan kepada pembaca semua bahawa Produk 2 Puteri telah terpilih sebagai pempamer bagi Negeri Perak untuk menyertai

 

PROGRAM SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI)
Bertempat di  MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE (MITC), MELAKA
Pada  29/11/2013 – 1/12/2013

* Jualan produk dengan harga yang menarik serta peluang rasa-rasa masakan dengan menggunakan Produk 2 Puteri akan diadakan dalam memperkenalkan Produk 2 Puteri yang telah ada dipasaran Mydin Hypermarket dan Tesco Store.

* Pengguna akan diberi resepi-resepi menarik yang menggunakan Produk 2 Puteri dalam masakan seharian.

Semua yang ada berdekatan Melaka dijemput ke Booth 2 Puteri ya…

 

Advertisements

Resepi Hebat: Kari Kambing 2 Puteri

KARI KAMBING 2 PUTERI
By: asamgaram2puteri

Bahan-bahan

  • 1kg daging kambing – potong sederhana tebal
  • 200ml minyak masak
  • 300g (1 biji) kentang – potong wedges
  • 1/2 liter santan
  • 2 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • 1/2 sudu makan kerisik
  • Garam
  • Gula

Bahan tumis

  • 200g (2 sudu makan) serbuk kari dagingbancuh dengan air dijadikan pes
  • 1 tangkai daun kari – masukkan dalam pes serbuk kari yer
  • 1/2 sudu makan Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 5cm kulit kayu manis
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 2-3 biji buah pelaga

Bahan kisar

  • 500g bawang merah
  • 30g bawang putih
  • 5cm halia
  • 50g bawang besar – potong
  • 30g cili merah – potong (jika suka)
  • 1 ulas bawang putih – hiris nipis
  • Sedikit halia – hiris nipis memanjang

Caranya
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis (kecuali serbuk kari daging) dan bahan kisar serta yang dipotong hingga naik bau.

2. Masukkan pes serbuk kari daging dan tumis hingga pecah minyak. Kacau sekali sekala supaya tidak hangit dasarnya.

3. Masukkan kentang bersama secubit kecil garam kasar dan masak hingga agak empuk.

4. Masukkan daging kambing dan santan. Kacau sekali sekala dan masak hingga daging empuk (kira-kira 45 minit).

5. Perasakan dengan garam, gula, kerisik dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Masak hingga kepekatan yang disukai.

Ha.. Dah siap pun. Mudah je kan. Tak perlu masukkan sebarang perasa lain dah. Cukup dengan garam, gula dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri tau. Hidangan pasti enak dan warnanya pun cantik. Guarantee! 🙂

Sijil MeSTI – Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri

Ini merupakan sijil penghargaan. Sijil MeSTI yang sebenar masih dalam proses pengaihan oleh pihak KKM

 

7/11/2013 menjadi detik berharga.  Akhirnya usaha 2 Puteri untuk mendapatkan Sijil MeSTI menjadi kenyataan.

Sijil MeSTI – Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri merupakan satu sijil pengiktirafan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia buat pengusaha yang mengamalkan sistem pembuatan produk yang bersih, selamat dan terbaik.

Dalam proses untuk dapatkan sijil MeSTI ni, semua aspek perlu kena titik beratkan. Kalau terkehel mana-mana satu terus tolak. No sijil-sijil..

Macam saya ceritakan tadi, pihak KKM nilai habis semua bahagian. Dari produk (diambil untuk analisa bahan kimianya), bahan mentah, kilang, cara kendali dan kenderaan pun dinilai bersih atau tidak. Selamat pada produk atau tidak…

Terharu dan berasa lega….

So buat para pengguna dan sahabat 2 Puteri – Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri semua… Dapatkan Produk 2 Puteri di pasaran kerana terbukti kini produk yang kami jalankan ini adalah secara bersih, halal dan terbaik untuk semua!

So gunakan tanpa was-was sebab ianya memang berbaloi dan mengenakkan lagi hidangan anda 🙂
Untuk coretan pengalaman sewaktu membuat permohonan untuk mendapatkan sijil MeSTI boleh lawat asamgaram2puteri.blogspot.

Resepi Hebat: Pajeri Nanas 2 Puteri

PAJERI NANAS 2 PUTERI
By: asamgaram2puteri
Sumber: Lina Hana, Resepi Bonda..

Bahan-bahan

  • 1/2 biji nanas saiz sederhana – potong ikut suka (saya buat sebiji sebab saiz agak kecil)
  • Rempah 4 sekawan (cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
  • 1 sudu makan udang kering – ditumbuk
  • 3 sudu makan serbuk kari ayam/daging – bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes
  • 1 sudu makan kerisik
  • 4 sudu makan pati santan
  • Air secukupnya
  • 1 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Garam dan gula
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar

  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia 

Caranya
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis rempah 4 sekawan diikuti bahan kisar dan udang kering. Tumis hingga naik bau.

2. Masukkan pes serbuk kari daging dan kacau sekali sekala hingga pecah minyak.

3. Masukkan nanas dan kacau bagi nanas tersalut bahan rempah yang telah ditumis tadi.

4. Tuangkan sedikit air dan biarkan ianya merendidih seketika.

5. Akhir sekali masukkan santan, kerisik, garam, gula dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Lebihkan sedikit gula dan tunggu hingga mendidih.