BIHUN GORENG SAYURAN PEDAS 2 PUTERI

BIHUN GORENG SAYURAN PEDAS 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus 1/2 bihun – rendam dalam air sebentar. Air biasa je tak payah panas-panas
  • 1 biji tauhu – goreng sebentar & hiris nipis. Ketepikan
  • 3 ulas bawang merah – kisar
  • 1 ulas bawang putih – kisar
  • 1 biji bawang besar – kisar
  • 3 sudu besar Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 7 sudu besar Sos Char Kueyteow 2 Puteri – ikut suka yer
  • 2 sudu makan stok ayam
  • Isi ayam – didadukan agak-agak sejari
  • 6 ketul fishball – potong 4
  • 1 ketul fishcake – hiris nipis
  • Kobis – hiris nipis
  • Carrot – hiris memanjang nipis-nipis
  • Sayur sawi
  • Taugeh
  • Tomato – hiris serong nipis
  • Telur
  • Sedikit air
  • Garam dan gula

Caranya
1.  Rendam bihun dalam air biasa sebentar. Ketepikan.

2. Goreng tauhu sehingga masak. Bila siap biarkan sejuk dan hiris nipis. Ketepikan.

3. Tumis bahan kisar hingga keperangan. Guna minyak goreng tauhu tadi pun tak per. Masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri bersama sedikit garam kasar dan tumis hingga garing.

4. Tuang Sos Char Kueyteow 2 Puteri, stok ayam, sedikit air (agak-agak nak bagi rata ke ayam je yer), isi ayam, fishball, fishcake, garam dan sedikit gula. Gaul sebati dan biarkan ayam masak seketika.

5. Masukkan bihun yang direndam tadi bersama sedikit air. Agak-agak yer airnya jangan sampai terlebih pulak. Kang lembik jadinya. Selalunya saya letak secawan 1/2 dulu. Kalau nampak agak keras saya masukkan sikit lagi. Gaul sebati.

6. Agak-agak bila dah sebati dan bihun goreng tadi pun dah cun, buat satu lubang kat tengah-tengahnya. Ala-ala kawah gitu dan pecahkan le telur kat tengahnya. Tunggu beberapa minit. Bila nampak dah masak dalam 90% telur tu kacau-kacau dulu bagi jadi cam omlett. Dalam masa nak tunggu telur tu masak masukkan sayur-sayuran segala macam tu yer. Bila telur nampak agak masak dalam 90% baru gaul sebati semuanya. Sejurus sebelum tutup api masukkan taugeh dan tomato.

Ok dah siap. Simple kan tapi kalau rajin buat pulak bawang goreng dan cili potong… Ha.. Yang simple jadi masyuk beb. Tu yang kena buat nalar punya banyak hehehe. Makan pulak dengan ayam goreng dan keropok ikan heheh. Satu je yang saya ubah dalam resepi ni iaitu masa masukkan telur tu heheh. Kan per saya selalunya buat omelett dulu. Tak sekalikan dengan bihun sebab pada saya telur kuning putih nampak lebih cun berbanding dengan telur yang ada cili-cili kat kelilingnya. Lagi pun mudah sekali buat je untuk anak-anak dare ni makan juga.

Kalau guna lebih sikit Sos Char Kueyteow 2 Puteri camni le jadinya warna Bihun Goreng tu tau. Tak gelap sangat tapi warna camni Mr Hb suka. Yang merah dia tak layan. Tu sebab kot jadi tokey Sos Char Kueyteow 2 Puteri hahaha

Announcement!! Tawaran Hebat dari 14 – 25 March 2013 di Pasaraya Mydin

 

 

TAWARAN HEBAT!!
DI PASARAYA MYDIN HYPERMARKET SELURUH MALAYSIA
SOS CHAR KUEYTEOW 2 PUTERI
 
HANYA RM4.49 SEBOTOL (350g)

 

 

TAWARAN sah di SEMUA CAWANGAN MYDIN HYPERMARKET SELURUH MALAYSIA dari 14 MARCH 2013 hingga 25 MARCH 2013 sahaja bersemperna dengan Promosi Pengusaha Industri Kecil Dan Sederhana (IKS)

  Semua dijemput beramai-ramai ke MYDIN HYPERMARKET yang berdekatan…:) Terima kasih.

HATI DAGING MASAK JINTAN 2 PUTERI

Di sini 2 Puteri kongsikan satu lagi resepi warisan yang enak untuk dihidangkan buat keluarga tercinta. Seperti biasa resepi yang seringkali kami kongsikan ini diolah menggunakan Produk 2 Puteri supaya ianya dapat beri inspirasi buat para pengguna Produk 2 Puteri dalam mempelbagaikan hasil masakan masing-masing.
Nak beriklan tak mampu jadi cam ni je la yang mampu kami buat untuk ketengahkan kualiti yang ada pada Produk 2 Puteri ni ;). Mari kita tengok resepinya yang mudah ni..

 

HATI DAGING MASAK JINTAN 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri
Resepi Asal: Sis Yatt, MyR
Dipanjangkan By: Sis Nor, Secubit Garam

Bahan-bahan

  • 1/2 hati lembu di potong kecil (hati ayam atau daging sahaja pun boleh digunakan dalam resepi ini)
  • Sedikit daging – yang ni ditambah sebab hati yang ada sikit sangat
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 5 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Garam dan gula secukup rasa 

 Bahan untuk diblender/tumbuk

  • 1 sudu jintan manis dan jintan putih
  • Sedikit biji ketumbar
  • Sedikit lada hitam
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 asam keping
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 biji cili hijau

Caranya
1. Potong hati lembu sebesar ibu cari dan rendam dalam air bercampur tepung gandum selama 5-8 minit. Kemudian bersihkan.

2. Goreng daun kari, bawang putih dan merah hingga kekuningan kemudian masukan kulit kayu manis, bahan dikisar, Cili Boh Asli 2 Puteri bersama rempah kurma masak hingga naik minyak (garing).

3. Kemudian tambah sedikit air dan masukan hati lembu tadi masak sehingga 3 minit.

4. Letak asam keping, Sos Char Kueyteow 2 Puteri, cili hijau serta garam dan sedikit gula. Siap di santap.

**Tepung gandum yang nak buat cuci hati lembu tu kena banyak sikit yer. Kang tak pepasal kena goreng telur lak sebab tak sanggup makan hidangan ni sebab tak tahan dengan baunya yang kuat tu heheh.
**Peringatan: Hati lembu/ayam jangan dimasak terlalu lama kerana hati lembu/ayam lembut akan jadi keras jika terlalu lama di masak.

Mudah je kan??? Ha hujung minggu ni leh le dapatkan sedikit hati dan masak hidangan ni untuk keluarga tersayang. Confirm puas hati punya 🙂

Popiah Goreng Berinti Burger Maggie 2 Puteri

 

POPIAH GORENG BERINTI BURGER MAGGIE 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri
Gambar: Siti Delima.com


Bahan-bahan

  • Kulit popiah- defrostkan pada suhu bilik
  • 1 peket maggie – rendam sehingga lembut
  • 2 keping daging burger – lembutkan dan hancurkan
  • 1/2 biji bawang besar – didadu halus
  • 1 ulas bawng putih – cincang halus
  • 1 sudu teh Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 2 sudu besar Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk oregano – ikut suka kalau nak masukkan yang lain
  • 2 inci lobak merah – sagat halus
  • 1/2 biji ubi sengkuang saiz kecil – sagat halus
  • Sedikit garam atau perasa

 Caranya
1. 1 peket maggie direndam sehingga lembut. Masukkan sedikit garam atau serbuk perasa ke dalam air rendaman. Apabila lembut, toskan dan ketepikan sebentar.  

2. Daging burger dihancurkan dan diketepikan. Jika baru dikeluarkan daripada peti sejuk beku, rendam seketika di dalam air sehingga lembut. Baru dihancurkan.

3. Dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Kemudian masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri. Tumis sehingga garing.

4. Masukkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri, sedikit lada sulah dan serbuk oregano. Sebatikan.

5. Masukkan daging burger, maggie yang telah direndam tadi, lobak merah dan sengkuang. Gaul sebati dan perasakan dengan garam atau serbuk perasa. Goreng sehingga bahan inti tadi agak kering (90% kering). Setelah itu tutup api dan sejukkan sebentar.

6. Bentangkan kulit popiah dan sendukkan sedikit bahan inti yang telah sejuk. Gulung mengikut saiz yang disukai. Buat sehingga habis semua.

7. Goreng sebentar popiah tadi sehingga berwarna kuning keemasan. Angkat dan wallah dah siap untuk dijamu kepada keluarga.

Popiah Goreng Berinti Burger Maggie 2 Puteri ni boleh dimakan begitu sahaja ataupun bersama apa-apa jenis sos yang digemari.

Promosi Sos Char Kueyteow 2 Puteri di Pasaraya Mydin Hypermarket (14 – 25 March 1013)

Mydin Hypermarket sedang mengadakan promosi ‘IKS & Wedding’ yang berlangsung selama 12 hari bermula pada 14 March hingga 25 March.

Anda dijemput untuk ke Pasaraya Mydin Hypermarket yang berhampiran dan sila beri sokongan kepada kami, pengusaha-pengusaha IKS. Jika berhajat untuk mengadakan majlis perkahwinan juga boleh singgah ke sana sambil-sambil mendapatkan produk-produk pengusaha IKS :).

Produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri  turut menawarkan harga promosi sekarang iaitu RM4.49 sahaja untuk sebotol bersaiz 350g. Satu botol Produk Sos CHar Kueyteow 2 Puteri boleh hasilkan 10 hidangan Char Kueyteow. Jadi buat sahabat yang sudi untuk mencuba Produk 2 Puteri atau yang nak dapatkan stok baru, sila dapatkan di Pasaraya Mydin Hypermarket yang berdekatan ya. Tengah murah ni. Insyaallah tak rugi 🙂

Alhamdulilah… 2 Puteri dah melangkah ke Mydin Kubang Kerian, Kuala Terengganu dan Kulai pula

Alhamdulillah….

Bermula pada 13 March, Produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri makin jauh perjalanannya. Kini, Sos Char Kueyteow 2 Puteri boleh didapati di Mydin Hypermarket Kubang Kerian, Kelantan; Mydin Hypermarket Kuala Terengganu, Terengganu dan Mydin Hypermarket Kulai Utama, Johor. 2 PUTERI dah ke Kelantan, Terengganu dan Johor pulakkkkk!!!! Best best.. Tak le susah orang-orang sana nak dapatkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri kami. Dah makin dekat dah 🙂


Dengan kemasukkan ini bermakna Sos Char Kueyteow 2 Puteri kini telah dipasarkan di 10 cawangan Mydin Hypermarket. Bermula daripada hanya 4 cawangan di awal tahun 2012 iaitu Mydin Hypermarket Bukit Jambul, Pulau Pinang; Mydin Hypermarket Subang Jaya, Selangor; Mydin Hypermarket Terminal 2, Seremban, Negeri Sembilan dan Mydin Hypermarket MITC, Ayer Keroh, Melaka. Kemudian bertambah sebanyak 3 cawangan lagi bermula pada pertengahan tahun 2012 iaitu di Mydin Hypermarket Meru; Mydin Hypermarket Manjoi dan Mydin Hypermarket Gopeng yang kesemuanya di Ipoh, Perak menjadikan 7 cawangan yang memasarkan Produk 2 Puteri.

Produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri berada dibahagian Agrobazaar dan bahagian Sos di setiap cawangan Mydin Hypermarket. Bahagian Agraobazaar ditanda dengan pintu gerbang yang tertulis ‘Agrobazaar’ manakala bahagian Sos di letak sign di atas setiap lorong. Kena dongak le sikit untuk melihatnya.

Buat sahabat yang tinggal di tanah jajahan Kelantan, Terengganu dan Johor sila-sila le dapatkan Produk 2 Puteri dipasaran Pasaraya Mydin Hypermarket ya… Kalau nak ke Tesco Store pun Insyaallah ada. Baik dapatkan sekarang, kang habiskan rugi tauuuuu……. Kalau di Tesco Store, kena cari dibahagian IKS atau ‘Produk Malaysia Citarasa Kita’ (ditanda dengan flag biru) tu. Insyaallah ada.

Sos Char Kueyteow 2 Puteri tidak hanya enak dibuat Char Kueyteow malah boleh diaplikasikan ke atas lain-lain hidangan seperti Mee Goreng, Pasta, Lauk-pauk dan boleh dimakan begitu sahaja sebagai pengganti kicap. Banyak juga resepi yang menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri dah kami kongsikan kat sini bagi memudahkan sahabat untuk mempelbagaikan masakan menggunakan produk kami. Dengan Produk 2 Puteri, kerja masak memasak menjadi semakin mudah dan enak!

Produk 2 Puteri Insyaallah dibuat dengan pernuh ketelitian, bersih dan paling penting ianya menggunakan semua bahan-bahan yang halal. Segala tatacara dan operasi pembuatan dilakukan mengikut prosedurr yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak Jabatan Agama Islam yang memberikan sijil Halal. Kami memberi yang terbaik kepada para pengguna kami supaya rezeki yang kami peroleh juga merupakan rezeki yang halal Insyaaaallah. Jadi…. Gunakan tanpa was-was ;).

Pada yang dah cuba produk kitarang, Sos Char Kueyteow 2 Puteri ngan Cili Boh Asli 2 Puteri terima kasih banyak-banyak. Teruskan bersama kami yer sampai bila-bila 🙂 Buat sahabat jangan lupa dapatkan produk kami di semua cawangan Mydin Hypermarket yang berdekatan. Atau boleh juga di cawangan Tesco Store yang berhampiran. Haa… Dah makin mudah nak dapatkan Produk 2 Puteri tu jadi minta beri sokongan ya….

Cabaran G1GIH – Anjuran Agensi Inovasi Malaysia (AIM)

pihak Kementerian Inovasi buat satu cabaran yang diberi nama G1GIH untuk semua rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti menambahkan pendapatan keluarga dalam bidang keusahawanan. Tak kira cara apa pun janji menambahkan pendapatan keluarga. Kira penambahan pendapatan paling kurang RM1000.00 pun dah boleh masuk cabaran ni.

Ganjaran diberi untuk sesiapa yang terbukti berjaya mengubah diri sendiri jadi orang yang  berjaya. Kira RM1000.00 yang kita dapat ekstra tu hasil usaha kita le nak ubah diri jadi lebih baik. Kepada yang berminat boleh lah mengisi borang di www:gigih.my.

Cerita lebih lanjut di asamgaram2puteri.blogspot.

Serangan di Lahat Datu, Ya Allah selamatkan tanah airku

“Ya Allah, lindungi kami semua di sini. Amankan kehidupan kami dan tetapkan kami dilandasan yang betul yakni tetap beriman padaMu serta mampu melahirkan negara dan generasi yang hebat untuk masa depan kami semua. Hentikan segala bencana yang menggugat keamanan, kehidupan serta hentikan juga sebarang ancaman terhadap Agama kami. Aaamiin”

Sedih sangat dengar lagu ni…

 

Doa kami…

 

Janji kami….

 
Kami harap tidak berlaku begini….
 
Terima kasih dari kami….
 

Pencerobohan di Lahat Datu, Sabah – Salam Takziah Dari Kami

Innalillahiwainnaillahirojiun…. Kami di 2 Puteri ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dan sanak saudara pejuang negara yang terkorban dalam krisis pencerobohan yang dilakukan oleh Tentera Kesultanan Sulu di Lahat Datu, Sabah. Juga takziah dan ucapan semoga cepat diberi kesembuhan oleh Allah buat anggota yang tercedera.

Apa yang kami ketahui sehingga tadi jumlah yang terkorban meningkat menjadi 5 orang. Pengesahan ini dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Dikatakan anggota pasukan keselamatan berkenaan terdiri daripada seorang pegawai dan 4 anggota polis.

Kesedihan meneylembungi insan yang ditinggalkan

Namun, dalam kesedihan kami turut bersyukur kerana kerajaan Malaysia bertindak prihatin dengan menaikkan pangkat kedua anggota yang terkorban semalam. Kenyataan itu diungkap sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang disiarkan di dalam berita perdana. Mungkin anggota pasukan keselamatan yang terkorban yang lain turut mendapat kenaikan pangkat berkenaan. Kenaikan pangkat ini adalah untuk anak dan isteri yang ditinggalkan. Berikutan dengan kenaikan pangkat ini, isteri akan menerima bantuan dan pencen yang meningkat jumlahnya yang amat membantu dalam kehidupan seharian.


Pihak Kerajaan Negeri Sabah juga berjanji untuk membantu meringankan beban keluarga anggota yang tercedera dan yang telah terkorban. Syukur…. Alhamdulillah kerana mereka tidak dibiarkan sengsara sendiri dan pihak yang berkenaan menghargai segala pengorbanan anggota pasukan keselamatan yang berjuang demi menjaga keamanan negara.

Dari apa yang kami baca, pencerobohan dilakukan dalam menuntut Sabah yang didakwa dibawah jajahan Kesultanan Sulu. Pencerobohan ini juga telah dirancang dan dilakukan secara perlahan-lahan bermula sejak 4 bulan yang lalu. Sebagai langkah pertama mereka ingin menawan Balai Polis Lahat Datu. Catatan penuh kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata berkenaan dari 9 Februari himgga 1 Mac boleh dibaca di laman Asam Garam 2 Puteri.

Moga-moga keadaan di Lahat Datu terutamanya akan semakin pulih dan tiada lagi jumlah anggota yang terkorban atau tercedera. Dan semoga Allah selamatkan Malaysia dari sebarang pencerobohan atau sebarang petaka hendaknya Aaamiin….