Sejarah Negeri Perak…. Part 2

Kali ini kita sambung kembali bicara tentang sejarah Negeri Perak. Dah bacakan Sejarah Negeri Perak part I yang kami kongsikan di sini tempoh hari? Hari ini ada lagi sambungannya. Jadi kami amat berharapkan tiada rasa bosan kala membaca cerita-cerita sejarah ni. Sekadar perkongsian ilmu dari kami, 2 Puteri… Juga buat tinggalan untuk rujukan anak-anak kelak Insyaallah ๐Ÿ™‚
Sambungannya…

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi. Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah. Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.

Jemput-jemput Pisang / Cucur Kodok

Hari ni saya kongsikan resepi yang tak berkaitan dengan produk 2 Puteri iaitu Jemput-jemput Pisang atau kalau orang-orang Utara kenali sebagai Cucur Kodok. Resepi enak warisan turun temurun memang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Juadah yang sesuai untuk dihidangkan untuk minum pagi atau petang sedap dimakan bersama Kopi O kaww. Untuk resepinya yang enak boleh dapatkan di sini.

 

**Terima kasih pada sahabat lama, Azian Omar dan keluarga atas pemberian pisang yang memang kesukaan kami sekeluarga.

Kursus Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)

Pada 21 hingga 23 Januari lepas saya telah hadiri Kursus Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri atau lebih dikenali sebagai MeSTI anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama KPW Bagan Serai.

Bermula pada tahun 2014 depan, semua pengusaha IKS dikatakan wajib mendapatkan Sijil berkenaan untuk memberi jaminan kepada para pengguna tentang keselamatan produk hasilan pengusaha IKS seperti kami. Insyaallah kami bagi pihak 2 Puteri akan berusaha untuk mendapatkan sijil ini Insyaallah.

Sijil yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Malaysia ini adalah garispanduan terkini yang dikeluarkan kepada para penguasaha. Sebelum ini kami telah mendapat status ‘selamat’ ini dibawah Akta Keselamatan Makanan tahun 1983. Jadi kami harus berusaha untuk menukar status ini kepada MeSTI seperti yang baru dikuatkuasakan pada Oktober 2012 yang lalu. Ianya meliputi carakerja dan insfrastruktur bangunan premis kami.

Insyaallah dengan pengalaman dan carakerja yang kami amalkan ianya tidak mustahil. Namun kemudahan insfrastruktur bangunan mungkin akan membataskan kami kerana binaan bangunan kami sebelum ini tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.

Untuk membaikpulih kami memerlukan dana yang besar yang pada masa ini dengan modal yang terhad agak sukar untuk kami realisasikan. Namun kami akan usahakan juga demi untuk memberikan yang terbaik pada pengguna 2 Puteri semua. Moga-moga kami akan peroleh bantuan dari mana-mana pihak kementerian untuk mengatasi masalah ini hendaknya. Insyaallah. Jika ada syukur ianya akan terealisasi cepat tapi jika tidak juga… Macam biasalah kami akan kumpulkan modal perlahan-lahan. Insyaallah. Doakan kami dapat memberikan yang terbaik buat pengguna produk 2 Puteri semua ya! ๐Ÿ˜€

Cita-cita kami Insyaallah satu hari nanti 2 Puteri akan capai tahap yang sebegini hendaknya aaamiin… ๐Ÿ™‚

Sejarah Negeri Perak…. Part 1

Perak negeri kelahiran produk 2 Puteri telah terbukti wujud pada zaman pra sejarah lagi. Dianggarkan negeri Perak telah diduduki oleh manusia zaman batu lama semenjak 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi lagi. Penemuan artifak pra sejarah membuktikan telah wujuk penampatan di Zaman Batu Lama Tanah Melayu di Perak.

Perak Darul Ridzuan terkenal dengan kepelbagaian sosiobudaya, malah ramai mengakui negeri di Utara Semenanjung ini menyimpan seribu satu khazanah unik yang mengagumkan. Kedudukannya yang bersempadankan lima negeri menjadikan Negeri Perak kaya dengan adat resam masyarakat, adat setempat serta adat resam jirannya. Jesteru, tidak hairanlah jika ada empat dialek bahasa Melayu utama yang dituturkan oleh penduduk di Negeri Perak iaitu Perak Utara (Pengaruh Kedah), Perak Selatan (Selangor), Perak Timur (Kelantan) dan Perak Tengah (dialek Perak sejati).

Asal usul nama dan sejarahnya yang panjang boleh di rujuk di Sejarah Negeri Perak…Part I yang kami kongsikan bersama untuk menambah pengetahuan kita disamping memperkenalkan negeri kesayangan kami ini kepada sahabat semua. Untuk bacaan selanjutnya boleh di ikuti di sini. ๐Ÿ˜€

Mee Goreng Mamak 2 Puteri

Mee Goreng Mamak 2 Puteri adalah satu lagi resepi yang enak hasil gubahan produk 2 Puteri.

Dengan penggunaan Sos Char Kueyteow 2 Puteri sebagai pengganti kicap dan sos lain ianya sudah lengkap memberi rasa dan warna seperti Mee Goreng Mamak yang biasa kita makan di restoran-restoran mamak. Digoreng kering bersama bahan-bahan lain disalam menu, ianya merupakan juadah yang lazat dah lengkap.

Penggunaan cili hijau yang membangkitkan bau, tauhu yang digoreng, cucur udang yang berperisa dan kentang yang empuk membuatkan ianya sesuai dihidangkan untuk apa saja ketika. Rasanya yang tidak terlalu pedas dengan penggunaan Cili Boh Asli 2 Puteri membangkitkan selera sesiapa yang menjamahnya. Kepedasan yang beransur datang menambah keinginan untuk terus menjamah hidangan ini. Resepi yang enak ini boleh dirujuk di sini…

2013 Moga Kejayaan Milik 2 Puteri. Sepertimana tahun 2012

Tahun 2013 dah seminggu berlalu. Bermakna dah seminggu juga kita telah tinggalkan tahun 2012. Perjalanan suka duka sepanjang tahun 2012 akan kami jadikan iktibar dan pembakar semangat untuk lebih berjaya di tahun 2013 dan tahun-tahun yang akan datang.

Tahun 2013 juga bermakna akan masuk tahun ketiga sejak kami bermula. Mungkin dari usia kami terlalu muda dan mentah. Namun, semua itu adalah pembakar semangat untuk kami capai kejayaan dengan lebih jaya lagi. Kami akan berusaha untuk bergerak lebih jauh lagi disamping menawarkan produk yang berkualiti dan yang menguntungkan semua pihak. Insyaallah. Itu tekad dan harapan kami.

Tahun 2012 kami berjaya catat sedikit kejayaan sebagai pemangkin untuk kami lebih berjaya, Insyaallah. Bermula dari awal tahun, kami berjaya menempatkan salah satu produk kebanggaan kami, Sos Char Kueyteow 2 Puteri ke pasaran Pasaraya Mydin Hypermarket. Bermula dari 4 cawangan iaitu Mydin Hypermarket Bukit Jambul di Pulau Pinang, Mydin Hypermarket Subang Jaya di Selangor, Mydin Hypermarket Terminal 2 di Seremban Negeri Sembilan dan Mydin Hypermarket MITC Melaka; kini kami berjaya menembusi 3 lagi cawangan Mydin Hypermarket iaitu Mydin Hypermaket Meru Raya, Mydin Hypermarket Manjoi dan Mydin Hypermarket RTC, Gopeng yang kesemuanya di Perak. Insyaallah kami akan berusaha untuk mengembangkan lagi kebanyak lagi cawangan Mydin yang ada, Insyaallah. Aaamiin.

Produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri berada dibahagian Agrobazaar dan bahagian Sos di setiap cawangan Mydin Hypermarket berkenaan.

Kami agak sedikit terkilan kerana faktor masalah dikilang pembuatan plastik untuk pembungkusan Cili Boh Asli 2 Puteri menyebabkan kami tidak dapat menyertakan produk cili boh kami di rangkaian pasaraya Mydin Hypermarket juga. Namun Allah lebih mengetahuinya… Kami serah hanya padaNya. Pasrah dan redha. Insyaallah kami akan berusaha selepas ini untuk turut memasarkan produk Cili Boh Asli 2 Puteriย  di pasaraya Mydin Hypermarket.

Pada masa ini kami agak terbatas untuk pergi lebih jauh di cawangan Mydin walaupun tawaran untuk meluaskan produkย  Sos Char Kueyteow 2 Puteri di cawangan lain ada. Insyaallah mungkin sedikit masa lagi kami akan penuhi tawaran yang datang. Insyaallah.

Pada bulan 7 kami berjaya menandatangani perjanjian dengan pihak Tesco Store. Kedatangan dokumen perjanjian tepat pada tarikh penubuhan kami 27 Julai sangat-sangat menggembirakan. Umpama satu hadiah yang tak ternilai. Setelah 3 bulan, kami dengan rasminya menempatkan produk kami Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri bermula dari 32 cawangan pada bulan Oktober 2012 kini menjadi 34 cawangan keseluruhannya di seluruh rangkaian Tesco Store dan Tesco Extra.

Produk kami boleh didapatkan di bahagian ‘Produk Malaysia Citarasa Kita’.ย  Mungkin ada ‘tag’ yang menunjukkan ke lorong IKS berkenaan. Namun ada juga yang tiada. Hanya di pamerkan melalui tag berbentuk bendera yang tertulis ‘Produk Malaysia Citarasa Kita’. Namun, walaupun kedudukannya agak tersorok, namun Alhamdulillah saban minggu ada tempahan produk yang masuk dari pihak Tesco Store. Terima kasih buat semua yang telah mencuba produk kami tawarkan. Moga terus kekal bersama kami.

Di penghujung tahun sekali lagi kami dianugerahkan Allah dengan satu lagi kejayaan. Kali ini kami berjaya menandatangani perjanjian dengan pihak pasaraya Carrefour yang kini dikenali sebagai Aeon Big. Jangkaan pasaran pada awalnya bulan Januari 2013. Namun sehingga sekarang kami masih menunggu panggilan dari pihak Aeon Big. Doa kami agak kemasukkannya disegerakan supaya kami lebih hampir dengan sahabat semua, pengguna produk 2 Puteri.ย 

Melalui kemasukkan ini kelak Insyaallah kami akan ada di 22 cawangan Aeon Big. Syukur juga, di Aeon Big kedua-dua produk kami tersenarai untuk dipasarkan. Insyaallah sebarang berita akan kami khabarkan dari masa ke semasa. Doakan ya agar semuanya berjalan lancar dan akan berada di pasaran rangkaian pasaraya Aeon Big sedikit masa lagi hendaknya. Aaamiin.

Syukur itu antara kejayaan yang kami kecapi pada tahun lepas. Tahun lepas juga kami berjaya mengubah penampilan baru pada Cili Boh Asli 2 Puteri. Dengan hasil tabungan kami sendiri kami berjaya mendapatkan plastik yang lebih baik untuk membungkus produk kami ini. Jika dulu labelnya hanya hasil godekkan saya yang saya photostat sahaja. Kini ianya berwajah lebih baik. Juga hasil perbincangan kami suami isteri sahaja yang kami serahkan pada pengilang untuk realisasikan. Walau tiada kelulusan akademi dalam bidang berkenaan, namun berkat berusaha kami berjaya. Insyaallah semua orang boleh jika berusaha.

Segala penghasilan produk kami lakukan dengan hati-hati dan kami jaga agar kebersihan terjamin demi mencari rezeki yang benar-benar halal. Bermula dari pencarian bahan mentah sehingga terhasilnya produk kami jaga dengan penuh baik. Mungkin itu punca walaupun belum 3 tahun kami beroperasi, Allah telah izinkan kami ada disini dengan kejayaan-kejayaan yang hampir sama dengan pengusaha-pengusaha lain yang lebih berpengalaman. Moga-moga lepas ini kami akan setanding dengan mereka juga aaamiin.

Moga produk 2 Puteri akan melangkah dan melompat lebih tinggi lagi dengan kejayaan aaamiin

Tahun 2013 kami turut mengharapkan kejayaan yang berganda. Perancangan-perancangan yang kami atur untuk bergerak lebih kehadapan amat-amat kami harap dan doakan agar berjaya, Insyaallah. Kami juga perlu lebih berani menongkah arus agar kejayaan akan kami kecapi. Mungkin akan lebih banyak pengorbanan yang perlu kami lakukan tapi demi kejayaan kami amat berharap agar semuanya menjadi nyata. Moga Allah permudahkan segala yang kami lakukan.

Allah telah berikan yang terbaik untuk kami. Moga Allah berikan yang lebih baik selepas ini, aaamiin. Mungkin berkat doa, usaha dan tawaran kami produk yang terbaik untuk semua menyebabkan Allah tunaikannya walau ada beberapa dugaan sepanjang perjalanan kami melangkah. Namun dengan apa yang kami kecapi sekarang, syukur Alhamdulillah.

Tahun 2010 – 2012 kami bergerak sendiri tanpa bantuan. Sedikit perlahan namun kami berjaya buktikan Anak Melayu Boleh walau banyak kesukaran. 2013 kami harapkan sinar yang lebih lagi. Kami ingin berlari walau sekadar berlari anak untuk lebih berjaya. Moga Allah permudahkannya dan lancarkan segala perancangan kami kelak, Insyaallah aaamiin.

Buat sahabat yang telah bersama kami sedari mula, ribuan terima kasih kami ucapkan dan kami amat berharap agar kalian terus kekal bersama kami. Insyaallah kami akan berusaha memberi yang terbaik dan kami berusaha menjaga kualiti setiap produk hasilan kami dengan lebih lagi. Kami amat berharap anda semua berpuashati dengan produk yang kami hasilkan dan agar ianya berbaloi dengan wang yang kalian keluarkan untuk mendapatkan produk kami ini. Insyaallah dari masa ke semasa kami akan sertakan bonus resepi yang menggunalkan produk 2 Puteri. Juga kami akan terus berikan ilmu-ilmu yang berguna yang kami rasakan wajar kami berkongsi di sini, Insyaallah. Terima kasih juga kerana sudi mengikuti kami di blog asamgaram2puteri ini, di 2 Puteri wordpress dan di pages facebook kami, 2 Puteri.

Moga 2013 memberi sinar yang lebih berwarna warni kepada kami. Terima kasih sahabat semua dan teruskan bersama kami…. ๐Ÿ™‚

Thank you all & thank you Allah for the wonderful achievement we gain in 2012 and for 2013…. will be a bright future ever

Tesco Extra Selayang… Kini produk 2 Puteri di menemui anda di sini

Syukur Alhamdulillah….

Baru-baru ni kitarang dapat order untuk kemasukkan produk 2 Puteri ke Tesco Extra Selayang pula. Syukur Alhamdulillah. Dengan kemasukan ini bermakna pasaran kitarang dirangkaian Pasaraya Tesco Store bertambah menjadi 34 cawangan.

Moga-moga dengan pertambahan ini akan bertambah maju lagi pertambahan jualan produk 2 Puteri iaitu Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri.

Bagi cawangan Tesco Extra, ini adalah yang ketiga selepas Tesco Extra Ipoh, Perak dan Tesco Extra Plentong, Johor. Insyaallah jika ada peluang dan dapat sambutan yang lebih menggalakkan mungkin kami akan tersenarai ke banyak lagi cawangan Tesco Store yang ada.

Jadi mulai dari minggu depan, Insyaallah semua warga Selayang dan yang seangkatan dengannya tak perlu lagi ke cawangan Tesco Rawang atau Tesco Puchong dah. Kami lebih hampir setapak lagi dengan kalian semua nanti. Jangan lupa jumpa kami di bahagian ‘Produk Malaysia Citarasa Kita’ di semua rangkaian Tesco Store ya.

Siakap Sweet Sour Berempah 2 Puteri

 

Resepi gubahan saya menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri ini memang mudah sekali. Rasanya masam manis dan sedikit pedas memang memikat selera. Tidak menggunakan cili, namun rasa pedas hadir melalui penggunaan Serbuk Lada Putih dan Serbuk Mustard dalam menu. Kelainan berbanding masakan Siakap Sweet Sour yang biasa kita nikmati di restoran-restoran. Sila rujuk menu yang menarik ini di sini.

Feel Like A Chef!!’. Jadi gunalah produk 2 Puteri dan gubahlah hidangan anda mengikut citarasa dan creativity anda. Anda pasti akan menyukainya!

Cuka dan penggunaannya dalam pembersihan

Cuka cukup sinonim sabagai bahan masakan atau jika ingin membuat jeruk. Namun selain itu kegunaan lain cuka yang ramai orang sering terlepas pandang ialah sabagai bahan pencuci.

Selain dari dapat berjimat, ia juga membantu dalam menjaga kesihatan sekeluarga kerana dapat hindari dari bahan kimia yang berbahaya. Berikut adalah langkah dan petuanya yang boleh digunapakai.

Selamat Kembali Ke Sekolah buat adik-adik

Dah bermulanya waktu persekolahan bagi tahun 2013 ya. Buat adik-adik yang dikasihi, kami dari 2 Puteri mengucapkan selamat kembali menjalani tugas sebagai pelajar. Moga kejayaan milik kalian yang berusaha. Insyaallah.

Alhamdulillah, salah seorang dari 2 puteri yang ada pun turut mula memasuki alam persekolahan pada tahun ini. Semoga Puteri Afif Khadyeeja Hairol akan success dan berjaya dalam pelajaran dan kehidupan kelak. Aaamiin.

Di sini 2 Puteri ada berkongsi segala persiapan yang perlu disediakan semasa pendaftaran anak kesekolah. Insyaallah semoga ianya akan dapat membantu ibu bapa baru yang anaknya akan memulakan persekolahan pada tahun-tahun akan datang.ย  Moga-moga dengan ini akan memudahkan perjalanan atur acara pendaftaran anak kalian kelak ๐Ÿ™‚

Tahniah dan selamat maju jaya sekali lagi buat pelajar semua ikhlas dari kami 2 Puteri!