Sambutan rumah terbuka.. Elak obes / sakit dihari raya

Salam Syawal semua…

Banyak dapat undangan rumah terbuka? Mungkin berbaris rumah yang nak kena pergi tu. Bestnya. Selagi ada rumah terbuka yang perlu kita pergi selagi itu mood raya tak akan hilang.

Tapi jika menghadiri rumah terbuka tu jaga-jaga lah. Jangan terlebih makan dan hati-hati memilih makanan. Maklum lah makanan yang enak-enak memang menarik mata dan nafsu untuk menjamahnya tapi jangan sampai memudaratkan kita pula.

 

Dengan ketupat, rendang, lemang, lontong, nasi tomato, briyani dan kuih-muih pelbagai jenis… Memang susah untuk menolak. Nak pulak kalau dihidangkan dengan air-air manis yang pelbagai perisa. Lagi bertambah sedap rasanya.

Disini 2 Puteri nak kongsi sedikit beberapa panduan untuk kita jaga kesihatan di musim perayaan macam sekarang.

Pertama – Ketika berkunjung ke rumah teman dan saudara, minum air kosong kerana ianya zero kalori. Kalau tidak pun minum sikit sahaja air manis. Pastikan dalam kereta dibekalkan sebotol air kosong untuk diminum terlebih dahulu.

Kedua – Jika rumah yang anda ingin kunjungi itu tidak jauh dari tempat anda, lebih baik berjalan kaki sahaja, kerana ianya akan membakar kalori yang kita sudah ambil sebelumnya. Nak tahu tak, dengan semangkuk mee kari yang mengandungi 530 kalori orang perempuan kena berlari selama 72 minit atau 290 minit kalau berjalan perlahan untuk membakarnya ;D

KetigaMelayani tetamu juga adalah satu senaman, kerana ia akan buatkan anda bergerak sentiasa, dan juga mengeratkan silaturrahim antara teman dan saudara.

KeempatHindari perut dari kosong, hal ini kerana jika anda makan, anda akan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Jika senantiasa makan, namun ianya dalam kuantiti yang sedikit. Satu lagi petua, sebelum turun ke mana-mana destinasi rumah terbuka minum air banyak-banyak terlebih dahulu. Dengan meminum air kosong, kita akan terasa kenyang dan ini menghadkan pengambilan makanan yang berlebihan nanti.

 

KelimaNiat untuk sekadar merasa. Terlalu banyak makanan yang baru anda nampak, jangan diambil dalam kuantiti yang banyak pula, kerana makanan lain anda belum lagi rasa. Oleh demikian ambil lah sedikit-sedikit sahaja setiap hidangan.

KeenamMenilai kalori hidang. Anda perlulah kurangkan mengambil hidangan yang mempunyai lebih banyak kalori. Agak-agak sahaja andai tidak pandai mengiranya. Nampak yang bersantan, bergoreng atau berminyak hadkan pengambilan. Jika dapat elakkan terus lagi bagus.

Ketujuh – Lebihkan hidangan yang berprotein tinggi, kurangkan hidangan yang berkabohidrat tinggi.

KelapanMakan la secara perlahan-lahan, anda tidak akan ketinggalan untuk ke rumah lain. Jika takut tidak sempat ke rumah sahabat lain, ambil dalam amaun sikit 🙂

KesembilanKunya chewing-gum ketika dalam perjalanan ke rumah seterusnya untuk merehatkan mulut dari memakan makanan yang lain. Ini salah satu petua yang memang elok kita amalkan.

KesepuluhMenolak tawaran, bukan untuk melebih-lebih atau memilih. Alasan anda semestinya kenyang ataupun nak jaga kesihatan. Tapi jika susah sebab yang mempelawa tu kawan baik kita, pastikan kita ambil makanan dalam amaun yang sedikit. Insyaallah kawan kita pasti tidak kisah sebab yang penting kehadiran kita meraikan majlis dia…

Kesebelas – Gunakan pinggan kecil. Pinggan kecil menampakkan kita ambil makanan macam banyak walaupun sebenarnya tidak. Jadi dari orang kata kita pelahap sebab nampak menimbun makanan tu, pasti kita akan ambil sikit yang secara tak langsung kita akan makan pun dalam jumlah yang kecil :D.

KeduabelasJangan lama di meja makan. Jika ada tempat lain lepas makan pindah lah ke tempat tu. Kalau tidak pun, rajin-rajin lah bersembang. Ini petua yang baik sebab dengan banyak tanya khabar kita akan kurang makan, secara tak langsung kita sihat. Kawan-kawan pun suka sebab kita ambil berat pasal khabar dia kan..

KetigabelasTunggu 15 – 20 minit sebelum mengambil hidangan lain. Bagi perut rehat sikit.

Keempatbelas – Rajin-rajin lakukan senaman disebelah pagi terutama sebelum pergi ke rumah terbuka nanti.

Kelimabelas – Minum air halia bagi membantu penghadaman. Dah makan macam-macam jadi dengan bantuan air halia ni dapat juga keluarkan angin dan bagi perut tu pulih sikit. Caranya…. Hiris atau tumbuk sikit halia, kemudian campurkan dengan air panas serta teh atau madu. Insyaallah.. Nanti kurang le rasa tak selesa perut tu.

Itu le lebih kurang serba sedikit yang 2 Puteri nak kongsikan kat sini. Tapi jangan lupa yer, buat sahabat yang punya penyakit yang pelbagai tu… Jangan lupa makan ubat dan pastikan ambil makanan dalam jumlah yang ala kadar je. Kang bertambah sakit kang naya lak.

Harap-harap dari himpunan petua yang ada nih leh gak bantu kita kawal berat badan. 🙂

 
Kay… Selamat berjamuan semua 😀

Dilema Memilih Pelan Telefon, Apa Sebabnya?

Sekadar perkongsian dari sumber yang baru saya baca di http://my.news.yahoo.com… Ni lebih untuk orang-orang seangkatan dengan saya le hihih. Tau bukak tenet je dan guna apa-apa yang biasa digunakan. Yang lelain pocittt. Tak tau hapa langsung. So harap-harap perkongsian yang saya baca ni leh le bukak mata kita sikit sambil-sambil sekat aliran yang keluar dari poket kita saban bulan heheh….

Dilema Memilih Pelan Telefon, Apa Sebabnya?

Selalunya kita akan menghadapi dilema memilih pelan data yang bersesuaian dengan penggunaan seharian kita. Kalau tidakpun, kadang-kadang anda sendiri tidak mengetahui keperluan kapasiti data yang bersesuaian.

Pelan data ditawarkan berkapasiti serendah 100MB hingga menjangkau 5GB sama ada dalam bentuk prabayar atau pascabayar. Sebab itu, jika kita memilih pelan, jangan hanya bergantung kepada minit berbual atau pakej SMS percuma saja.

Data bermakna kapasiti rangkaian yang diperlukan bagi mengoperasikan aplikasi dalam telefon anda. Misalnya, jika anda membuka laman web, ia memerlukan ‘loading’ tertentu dengan kapasiti yang berubah-ubah. Pada kebiasaannya, membuka satu laman memerlukan 1kb data saja.

Adakah penting memilih pelan data bersesuaian? Mestilah, bayangkan kalau anda melanggan pelanggan 2GB tetapi penggunaan bulanan hanya 1GB saja. Lebihan 1GB pasti membazir dengan kos mungkin antara RM50 hingga RM80. Berdasarkan rekod Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, terdapat sejumlah 14.6 juta pelanggan mudah alih pada tahun lepas dan ia terus meningkat. Angka tersebut menjadi penentu yang menguntungkan syarikat telekomunikasi tetapi ada juga merugikan pengguna.

Meskipun agak susah bagi mengesan tabiat penggunaan data yang betul-betul bersesuaian, dalam blog ini serba sedikit mengajar penggunaan data bagi aplikasi tertentu nanti. Sebenarnya, paling ideal adalah anda menggunakan wifi semaksimumkan mungkin jika ada, samada di rumah atau, sekolah, universiti, kafe, pusat membeli-belah dan pejabat.amai antara kita yang mungkin membayar lebih kuota data daripada apa yang kita sebenarnya perlukan setiap bulan.

Kalau mengikut trend aplikasi semasa, Facebook menjadi pilihan aplikasi laman sosial paling kerap dilanggan rakyat negara yang tentulah penyumbang utama kepada penggunaan data yang banyak apabila mengemaskini foto, ‘check in’ dan sebagainya. Tambahan pula, ia akan sentiasa mengemaskini muka depan jadi banyak data diperlukan.

Oleh kerana penggunaan data untuk Facebook boleh dikatakan antara yang tertinggi di kalangan rakyat negara ini, banyak syarikat telekomunikasi menawarkan kuota data khas bagi penggunaan laman sosial tersebut.

Sementara Whatsapp mempunyai anggaran penggunaan data kira-kira 4MB hingga 10MB jika anda seorang yang aktif termasuk menghantar serta menerima puluhan mesej dalam tempoh sehari. Laman video seperti YouTube pula memakan data pelan anda sebanyak 18.8MB jika anda menonton video animasi dalam tempoh 9 minit bersama format 1080p. Bermakna, jika anda menonton selama sejam, kapasiti data diperlukan mungkin 118MB.

Mengikut kajian dilakukan satu syarikat telekomunikasi, anggaran perkhidmatan yang menggunakan purata data seperti berikut:

Perkhidmatan Penggunaan Purata Saiz Data
TV Online Menonton satu episod siri selama 15 minit 45MB
YouTube Video muzik 4 minit 11MB
Aplikasi Radio App (stream) 10 minit 15MB
Facebook 15 minit tanpa membuka video 5MB
Emel 100 emel diterima/diterima tanpa sebarang lampiran (attachment) 2.5MB
Emel dengan foto atau dokumen 10 emel diterima/diterima bersama sebarang lampiran (attachment) 18MB
Melayari Web (standard web yang kebanyakannya teks) 50 laman web / 30minit 10MB / 13MB
Google Maps 10 minit 6MB
Muzik 1 trek muzik 5MB

Bagaimana untuk memantau atau memeriksa penggunaa data anda? Selain daripada menyemak bil bulanan, melihat tetapan dalam Setting (sila ke Wireless & Networks – Usage) bagi sesetengah model telefon atau anda boleh memuat turun beberapa aplikasi seperti My Data Manager, DataMan, Data Usage serta 3G Watchdog.

Selepas itu, anda boleh memperoleh sedikit idea bagaimana data pelan yang bersesuaian. Dalam satu kajian rambang, purata penggunaan data bulanan bagi seorang pelanggan dengan data ‘caps’ 1GB hanya 580MB. Adakah anda salah seorang darinya? Jika ya, anda boleh pergi ke syarikat telekomunikasi dan menukar pelan.

Kata Encik Kenneth Chiew dalam ruangan komen, “Jangan lupa pulak apps dan games yg free tu, banyak iklan yg keluar masa guna apps atau games tu akan “makan” data anda juga”.

Perihal Asam Jawa, kegunaan dan petua untuk kesihatan & kecantikan

Asam jawa atau celagi ialah sejenis pokok saka malar hijau yang mana pokok matang boleh mencapai ketinggian sehingga 25 meter yang menghasilkan buah asam untuk kegunaan masakan harian di Malaysia. Nama latin bagi asam jawa ni ialah Tamarindus indica Linn manakala nama daerah pula Tangkal asam; Acem; Celagi. Rekod dan sejarah menunjukkan yang ibu negeri Senegal diberi nama ‘Dakar’ dalam bahasa tempatan yang bermaksud “pokok asam jawa”. Pokok asam jawa adalah tumbuhan semula jadi di benua Afrika. Pokok ini diperkenalkan ke negara-negara di Asia melalui pedagang-pedagang Arab yang datang singgah ke Asia Tenggara. India ialah negara yang mempunyai tanaman dan ladang asam jawa yang paling luas di dunia. Didapati sebanyak 250,000 metrik tan asam jawa dihasilkan setiap tahun seluruh dunia dimana 65% dihasilkan di India.

Pokok asam jawa mempunyai pelbagai gelaran dan nama tempatan. Nama lain bagi asam jawa adalah Asam, Asam Jawa, Asam Kemal, Asam Kuning (Melayu); Indian date, Sweet Tamarind, Tamarind (English); Anbli, Ambli, Chinh, Imalii, Tamarulhindi (India), Da Ma Lin; Loa Wang Zi (China), Bakham Somkham (Thailand), Me chua (Vietnam); Sempodok (Filipina), Tamarindo (Jepun); dan Khaam, Kok mak Kham (Laos).

Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang. Pokok asam jawa sebenarnya merupakan tumbuhan anugerah Tuhan yang mempunyai pelbagai guna. Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula. Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Pucuk muda mentah atau yang telah dicelur, dimakan dengan budu, cencaluk, sambal belacan atau pencecah lain dengan nasi. Buah muda asam jawa yang dikupas kulit dan ditumbuk kasar atau diracik kecil, dicampurkan dengan sambal belacan, sesuai dimakan dengan nasi. Rasa buah asam jawa adalah masam-masam manis manakala daunya berasa sedikit kelat dan masam.

Kandungan kimia: Buah mengandung vitamin A; zat gula; selulosa; asam-asam yang terikat oleh kalium; tartrat; gula invart; pektin.

Khasiat: Laksan; Analgesik; Diaforitik; Laksatif

Kegunaan

Buah asam jawa mempunyai dua jenis iaitu asam jawa yang manis dan yang masam. Kandungan utama dalam asam jawa ialah asid, gula, vitamin B dan kandungan kalsium yang tinggi. Kegunaan asam jawa dari segi perubatan tidak boleh dikira banyaknya. Untuk tujuan komersial didapati asam jawa dijadikan asas bahan penyejuk dalam ubat demam dan sebagai julap bagi mengatasi masalah perut kembung. Sama ada dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan jus limau, madu atau susu, asam jawa amat berkesan dalam mengatasi masalah penghadaman, penyakit hempedu dan kekurangan vitamin C (skurvi). Amalan ini juga telah terbukti secara klinikal di beberapa negara seperti di India. Asam jawa biasanya dijadikan jus minuman yang dicampur dengan air gula sebagai minuman segar terutama di Malaysia, Thailand dan Indonesia serta negara tropika lain.

Antara kegunaan lain asam jawa ialah:

1) Asam jawa juga digunakan sebagai sapuan untuk mengurangkan kesakitan akibat keradangan. Ia juga digunakan untuk berkumur-kumur bagi mengurangkan sakit tekak.

2) Caranya adalah dengan mengambil sedikit garam dicampur ke dalam air asam dan kemudian ia boleh digunakan sebagai sapuan bagi melegakan sakit sendi.

Petua kesihatan dan kecantikan menggunakan asam jawa

1) Menghilangkan parut pada wajah
Bancuh asam jawa bersama sedikit air sepekat yang mungkin dan tampal keseluruh muka. Biarkan ianya mengering barulah dicuci muka menggunakan air bersih.

atau

Campurkan pes asam jawa bersama minyak zaitun. Sebatikan kemudian sapulah ke kulit wajah. Biarkan selama 15 minit barulah dibasuh menggunakan air suam panas supaya terbuka pori-pori wajah. Kemudian bilas pula menggunakan air yang sedikit sejuk supaya pori wajah tertutup kembali. Lakukan rawatan selama 3 kali seminggu, Insyaallah parut akan hilang.

2) Penjagaan suara
Bancuh asam jawa bersama segelas air. amalkan dengan meminum airnya setiap hari.

3) Untuk turunkan berat badan
Air asam jawa elok diamalakan setiap hari untuk membuang lemak dalam badan dan memberi kesegaran tubuh dengan cara ambil sebuku asam jawa dan ramas dalam segelas air. Amalkan selepas makan tengah hari dan makan malam. Kalau tak suka suam, boleh buat dengan air dari fridge atau lepas diramas tu simpan sekejap dalam peti ais, lepas makan baru ambil dan minum.

Untuk lain-lain petua penggunaan asam jawa ni boleh baca di Asam Garam 2 Puteri kay 😉 Banyak lagi tau!

Tips Penjagaan Mesin Pengisar

 

Mesin pengisar antara alatan rumah yang amat-amat berguna kepada semua yang terlibat dalam duania masakan. Memang besar jasanya dalam membantu menghancur atau melumatkan segala macam benda yang kita perlukan. Namun, setelah diguna lama kadang kala keuzurannya mula terasa. Mata kisar yang tidak lagi tajam, warnanya yang mula kekuningan disebabkan mengisar kunyit hidup dan pelbagai lagi. Kadang kala masalah-masalah ini membuatkan ada yang terpaksa mencari balang lain yang lebih elok menggantikan yang lama. Namun dek kerana terlepas pandang, balang yang diganti tidak sesuai dengan motor yang ada. Hendak digantikan semua terasa sayang kerana motornya masih lagi berkuasa untuk memutarkan pengisar berkenaan.

Di bawah ini saya kongsikan beberapa tips penjagaan mesin pengisar untuk rujukan bersama. Moga-moga ianya bermanafaat buat sahabat-sahabat 2 Puteri sekelian…. 🙂

 

Pengisar Sentiasa Tajam

Kisarkan garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit. Amalkan langkah ini setiap bulan. Dengan cara ini mata pengisar akan kekal tajam.

 

Hilangkan Kotoran Pada Pengisar

Tuang air sabun yang panas dan campurkan dua senduk cuka ke dalam pengisar. Putar pengisar dengan air suam dan keringkan.

 

 

Hilangkan Kesan Kunyit Pada Pengisar

Anda hanya perlu titikkan 3 atau 4 titis cecair peluntur ke dalam pengisar. Kemudian goncangkan sehingga warna kunyit pada pengisar tadi mengembang. Cucikan pula dengan hampas kelapa ataupun kulit limau. Cuci bersih dan lihat hasilnya.

 

 Bersihkan Pengisar

Bagi memudahkan membersih blender selepas digunakan, masukkan sedikir air, serbuk pencuci dan kulit telur. Kisar bahan-bahan tersebut untuk seketika. Kulit telur yang hancur berperanan sebagai berus. Hasilnya anda akan dapati pengisar lebih bersih. Boleh juga di tambah sedikit perahan jus limau nipis kedalam blender tersebut untuk kebersihan dan nyah bau tahap maksima.

 

Cuka dan penggunaannya dalam pembersihan

Cuka cukup sinonim sabagai bahan masakan atau jika ingin membuat jeruk. Namun selain itu kegunaan lain cuka yang ramai orang sering terlepas pandang ialah sabagai bahan pencuci.

Selain dari dapat berjimat, ia juga membantu dalam menjaga kesihatan sekeluarga kerana dapat hindari dari bahan kimia yang berbahaya. Berikut adalah langkah dan petuanya yang boleh digunapakai.