Profile Syarikat dan Produk 2 Puteri

Syarikat RM Ninetysixbillion Enterprise ditubuhkan pada 27 Julai 2010 dengan mengeluarkan produk makanan dibawah jenama 2 Puteri. Produk berkenaan ialah Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri.


Walaupun masih baru tetapi kami telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada pengguna-pengguna yang mahukan produk makanan yang halal, bersih dan terjamin kualitinya. Bermula dari kedai-kedai runcit, pasar basah, pasar malam dan kedai-kedai makan sekitar Ipoh, Taiping, Selama, Kuala Kangsar, Trong, Parit Buntar hingga ke Pulau Pinang kami bergerak sendiri. Kini kami telah melangkah lebih jauh lagi ke seluruh Malaysia dengan memasarkan produk kami di rangkaian Pasaraya Tesco Store di bahagian ‘Produk Malaysia Citarasa Kita’ dan Mydin Hypermarket di bahagian Sos dan bahagian Agrobazaar. Pada tahun 2013 kami akan memasuki rangkaian Pasaraya Carrefour seluruh Malaysia juga. Kami akan berusaha untuk mendekati pengguna kami sehampir mungkin.

Produk 2 Puteri

Pada masa ini kami hanya memasarkan 2 jenis produk iaitu Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri. Kedua-duanya dipekkan mengikut saiz yang sesuai untuk pengguna-pengguna di rumah. 

Sos Char Kueyteow 2 Puteri tidak hanya enak dibuat Char Kueyteow malah boleh diaplikasikan ke atas lain-lain hidangan seperti Mee Goreng, Pasta, Lauk-pauk dan boleh dimakan begitu sahaja. Pada tahun 2013, kami akan mengeluarkan saiz besar bagi produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri bagi memudahkan pengguna yang membuka restoran atau warung mendapatkan produk kami.

Logo Jenama 2 Puteri

2 Puteri di pilih sebagai jenama produk keluaran kami bersemperna 2 orang cahayamata perempuan kami. Potret wajah kedua-dua mereka sewaktu kecil diabadikan sebagai logo sebagai tanda kasih kami terhadap mereka.

Dengan penuh kasih sayang juga kami ingin memastikan produk yang kami hasilkan dibawah jenama ini berkualiti dan diyakini pengguna. Untuk itu kami akan memastikan hanya bahan yang terpilih dan terbaik sahaja dalam menghasilkannya. Kami turut memastikan setiap penghasil produk adalah berkualiti dan terbaik.

Komitmen Kami

Kebersihan dan keselamatan adalah keutamaan kami dalam menghasilkan produk yang terbaik untuk para pengguna. Oleh itu, kesemua produk keluaran kami dihasilkan mengikut standard piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibawah Akta Makanan 1983.

Dalam menghasilkan produk yang terbaik dan berkualiti, kami hanya menggunakan bahan mentah yang terpilih, segar dan dijamin Halal oleh Jabatan Agama Islam. Produk kami juga telah disahkan Halal oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak  (JAIP) pada 20 Mei 2011, kurang 1 tahun sejak ia mula dipasarkan.

Selain daripada aspek keselamatan produk dan kilang yang kami telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, premis perkilangan kami diluluskan oleh Majlis Daerah Kerian (MDK).

Jaminan kami hanya produk yang berkualiti dan segar dihasilkan di kilang kami untuk semua pengguna.Untuk itu stok sediaada tidak disimpan lama dipremis kilang. Setiap penghantaran merupakan stok baru yang dihasilkan oleh kami.

Visi dan Misi kami

Kami akan terus berusaha untuk menghasilkan produk yang bermutu, bersih, selamat dan pelbagai di bawah jenama 2 Puteri. Walaupun kami telah mendapat Sijil Pemeriksaan Keselamatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009, kami akan berusaha untuk memenuhi piawaian Skim Pensijilan GMP (GMP) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kami juga akan mula mengeluarkan pek besar bagi Sos Char Kueyteow 2 Puteri supaya memudahkan pengguna yang ingin mengusahakan perniagaan makanan seperti di restoran, warung, hotel dan katering. Selain daripada itu kami juga akan berusaha untuk meluaskan lagi pasaran produk ke seluruh Malaysia agar memudahkan pengguna mendapatkan bekalan produk kami di mana-mana sahaja.

Juga, bermula pada tahun 2013 kami akan merancakkan lagi perniagaan kami dengan mengadakan kelas untuk sesiapa yang berminat mempelajari teknik dan cara memasak Char Kueyteow, Mee Goreng, Kueyteow Goreng, Bihun Goreng dan Maggie Goreng yang enak dan sempurna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s