Kari Udang Marvelous 2 Puteri…. Sesedap namanya

Produk 2 Puteri – Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri merupakan produk yang pelbagai guna untuk mengenakkan hidangan yang dimasak.  ‘Feel Like A Chef!’ sememangnya memberi anda perasaan sebagai seorang Chef Hebat! yang dapat menghasilkan hidangan-hidangan enak yang menjadi sebutan keluarga.

Kari Udang Marvelous 2 Puteri, satu lagi hidangan enak yang kami sediakan menggunakan Produk 2 Puteri.  Dengan tambahan perkongsian petua pastinya semua akan berpuashati. Selamat Mencuba!! 🙂

Doa Qunut Nazilah…

Marilah bersama-sama kita berdoa untuk keselamatan saudara-saudara yang teraniaya dengan kezaliman manusia.

Maksudnya: ‘Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Sumber: Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM)

Panduan dan tatacara untuk melakukan Qunut Nazilah boleh dirujuk di sini.

Gaza…Kami Utuskan Doa Buat Mereka Ya Allah

 

Maksudnya:

“ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

 

Aaamiin…. Ya Rabbil A’aalamiin…

Sos Char Kueyteow 2 Puteri kini di Mydin Hypermarket RTC Gopeng, Ipoh

Alhamdulillah…

Kini Sos Char Kueyteow 2 Puteri boleh didapati di Mydin Hypermarket RTC Gopeng pula (cerita lanjut di sini). Dengan ini, makin bertambah menjadi 8 Pasaraya yang memasarkan Produk 2 Puteri di Perak Darul Ridzuan.

Insyaallah pembukaan Mydin Hypermarket RTC Gopeng akan dilakukan pada bulan Disember nanti. Dengan harganya yang murah dan kemampuan Sos Char Kueyteow 2 Puteri ini dipelbagaikan dalam menyedapkan hidangan anda, ianya memang berbaloi untuk dicuba…

Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri dipasaran Mydin Hypermarket RTC Gopeng.

Makna Disebalik Nama Dalam Islam

Orang Arab memberi nama bulan-bulan ini dengan melihat keadaan alam dan masyarakat pada masa-masa tertentu sepanjang tahun. la diterima pakai hingga sekarang. Berikut adalah maksud bagi nama-nama bulan dalam Islam:

 

Muharam:

Ertinya yang diharamkan atau menjadi pantang larang. Dinamakan Muharam kerana pada bulan itu dilarang menumpahkan darah atau berperang.

Safar:

Ertinya kosong. Penamaan Safar terjadi kerana pada bulan itu, semua orang lelaki Arab zaman dahulu pergi meninggalkan rumah untuk merantau, berniaga dan berperang sehingga pemukiman mereka tiada orang lelaki.

 

Rabiul Awal:

Ertinya berasal dari kata Rabi’ (menetap) Awal (pertama). Masa kembalinya kaum lelaki yang telah meninggalkan rumah atau merantau. Pada bulan ini juga berlaku banyak peristiwa bersejarah bagi umat Islam.

 

Rabiul Akhir:

Ertinya masa menetap kaum lelaki di rumah untuk tempoh penghabisan.

 

Jamadil Awal:

Ertinya Jumadi (kering) dan Awal (pertama). Bulan ini merupakan awal musim kemarau, apabila masalah kekeringan mula terjadi.

 

Jamadil Akhir:

Ertinya musim kemarau yang penghabisan.

 

Rejab:

Ertinya mulia. Ini kerana bangsa Arab masa dulu sangat memuliakan bulan ini antaranya dilarang berperang.

 

Sya’aban:

Ertinya berkelompok. Orang Arab pada bulan ini lazimnya berkelompok mencari nafkah. Peristiwa penting bagi umat Islam yang terjadi pada bulan ini adalah perpindahan kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah (Baitullah).

 

Ramadan:

Ertinya sangat panas. Bulan ini merupakan satu-satunya bulan yang tersebut dalam al-Quran, satu bulan yang memiliki keutamaan, kesucian dan pelbagai keistimewaan.

 

Syawal:

Ertinya kebahagiaan, iaitu kembalinya manusia ke dalam fitrah (kesucian) selepas menunaikan puasa dan membayar zakat fitrah serta saling bermaaf-maafan. Itulah maksud membahagiakan.

 

Zulkaedah:

Ertinya Zul (pemilik) dan Kaedah (duduk). Bulan ini merupakan waktu istirehat bagi kaum lelaki Arab dahulu. Mereka menikmatinya dengan beristirehat di rumah mereka.

 

Zulhijjah:

Ertinya menunaikan haji. Umat Islam menunaikan haji pada bulan ini, sejak nabi Adam A.S menunaikan ibadah haji.


Source : Kosmo

Mydin Hypermarket Manjoi… Kami kembali. Maafkan kami

Alhamdulillah kini Sos Char Kueyteow 2 Puteri kembali ke Mydin Hypermarket Manjoi, Ipoh, Perak… Maafkan kami kerana sudah agak lama kehabisan stok. Semoga kejadian ini tidak akan berulang lagi 😀

Buat sahabat yang ingin mencuba sila dapatkannya di Mydin Hypermarket Manjoi dibahagian Sos dan Agrobazaar. Insyaallah berbaloi untuk dicuba :).

*- juga boleh didapati di  Tesco Store dan cawangan Mydin Hypermarket lain

Salam Maal Hijrah 1434. Mari Bersama Berdoa Awal & Akhir Tahun

Salam Maal Hijrah 1434. Moga tahun-tahun yang mendatang memberikan seribu kebaikan dan keberkatan kepada kita sekeluarga. Aaamiin 2 Puteri, Asamgaram2puteri

************************************************

‘Doa Akhir Tahun’ dibaca tiga kali tatkala menjelang berakhir tahun baru Islam, boleh dilakukan sesudah Asar atau sebelum masukwaktuMaghrib di hari terakhir bulan Zulhijjah, sama ada pada tarikh 29 atau 30 Zulhijjah sesuatu tahun tersebut.

Dengan doa ini, kita memohon agar ketika akan mengakhiri perjalanan setahun yang bakal ditinggalkan, moga akan mendapat keampunan daripada Allah SWT atas segala perbuatan kita yang dilarang oleh-Nya; Dan jika dalam tahun yang akan ditinggalkan, terdapat amal perbuatan yang kita lakukan diredhai oleh Allah SWT, maka mohon supaya amal soleh tersebut diterima oleh Allah Ta’ala.

Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun terbelakang.

Video Doa Akhir Tahun

 

*****

‘Doa Awal Tahun’ dibaca ketika menjelang masuknya tarikh 1 Muharam. Doa ini adalah rentetan daripada ‘Doa Akhir Tahun’ yang telah dibaca di penghujung waktu Asar hari terakhir pada 29 atau 30 Zulhijjah tahun sebelumnya.

Doa Awal Tahun boleh dibaca tiga kali yang dilakukan selepas Maghrib, sesudahnya ataupun pada malam 1 Muharam. Dengan doa ini kita sebagai Mu’min, memohon kepada Allah SWT agar dalam memasuki tahun baru ini, kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepada-Nya.

Berikut adalah Doa Awal Tahun:

Fadilat Doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Sesiapa yang membaca doa ini, InsyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun mendatang

 

Video Doa Awal Tahun

 

Sumber: shafiqolbu.wordpress

Sos Char Kueyteow 2 Puteri

Char Kueyteow adalah satu daripada hidangan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Ianya satu hidangan yang amat terkenal di Pulau Pinang dan dewasa ini ianya makin dikenali di semua negeri seluruh Malaysia. Namun, untuk mendapatkan hidangan yang enak kadangkala mengecewakan selain daripada harganya yang sedikit mahal.

Tetapi kini masalah itu dapat diatasi dengan adanya Sos Char Kueyteow 2 Puteri dipasaran. Sesiapa sahaja kini boleh menghidangkan sendiri hidangan Char Kueyteow untuk dinikmati bersama keluarga dalam harga yang amat berpatutan. Ianya dapat memberi kepuasan yang sebenar kerana keenakannya disamping memberi penjimatan kepada wang anda. Ini kerana selain hidangan khusus Char Kueyteow, Sos Char Kueyteow 2 Puteri juga dapat diolah untuk lain-lain hidangan antaranya menggoreng pasta, mee, bihun; menambah perisa dalam hidangan Asam Pedas, Sambal Tumis, Masak Kicap dan Nasi Ayam Hainan. ‘Fell Like A Chef!’ Jadi berekperimentasilah dengan Sos Char Kueyteow 2 Puteri kami.

Ramai juga dikalangan pengguna setia kami kini dapat menambahkan pendapatan mereka dengan menjual Sos Char Kueyteow 2 Puteri digerai-gerai atau restoran milik mereka. Ada juga yang bersedia menjadi wakil jualan dikawasan tempat tinggal atau tempat kerja masing-masing kerana harganya yang amat berpatutan selain dari kepelbagaian hidangan yang boleh dilakukan. Jika anda turut berminat untuk menyertai kami boleh hubungi kami.

Kini Sos Char Kueyteow 2 Puteri telah menembusi pasaran 33 cawangan Pasaraya Tesco seluruh Malaysia dibahagian ‘Produk Malaysia Citarasa Kita’ dan 7 buah cawangan Mydin Hypermarket dibahagian Sos dan Agrobazaar. Dengan harga RM6.00 (350g) untuk sebotol yang dapat menghasilkan sehingga 10 hidangan Char Kueyteow, ianya memang berbaloi. Ayuh milikinya sekarang!