Sejarah & Pelancongan : Sungai Siput, Perak

Sungai Siput terletak di negeri Perak, Malaysia. Sungai Siput berhampiran dengan Kuala Kangsar, Salak Utara, Jalong, Kantan, Lintang dan Felda Lasah. Daerah Sungai Siput bersempadankan daerah Hulu Perak di Utaranya, Daerah Kinta di selatannya, Negeri Kelantan Darul Naim disebelah timurnya dan daerah Kuala Kangsar di sebelah baratnya. Daerah kecil Sungai Siput merupakan sebahagian daripada Daerah Kuala Kangsar. Keluasannya yang merangkumi 155,141 hektar adalah merupakan 61.5% daripada keseluruhan Daerah Kuala Kangsar.

Untuk ketahui lebih lanjut boleh baca perkongsian saya di sini. Moga-moga tambah lagi pengetahuan kita tentang daerah yang sinonim dengan Datuk Seri Samy Vellu ๐Ÿ™‚

Advertisements

Penghantaran ke Tesco Store dan New & Improved Sos Char Kueyteow 2 Puteri

Alhamdulillah… Selamat akhirnya kerja menghantar stok ke Tesco Store hari ini.

Pada sahabat yang mencari produk 2 Puteri di Pasaraya Tesco Store sebelum ini, kami ingin memohon ribuan kemaafan kerana stok kami kehabisan terus di beberapa cawangan. Mungkin berlaku tempahan lewat diterima itu puncanya. Lagi pun perjanjian penghantaran hanya akan dibuat seminggu selepas dapat tempahan. Mungkin itu faktor-faktornya. Maafkan kami.

Di sini juga saya ingin menwar-warkan bahawa kami telah mengimprove produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri kepada lebih baik. Kini pengguna boleh terus memasak Char Kueyteow tanpa memasukkan garam jika suka (walau terdapat arahan dalam resepi). Insyaallah resepi yang lebih tepat akan kami berikan nanti.

Terima kasih dan selamat mencuba produk 2 Puteri. Jika anda berpuas hati dengan produk kami, syukurlah. Bolehlah war-warnya pada sahabat lain. Andai ada kekurangan sila beritahu kami. Insyaallah kami akan berusaha berikan yang terbaik lagi kelak.

Terung Goreng Sambal 2 Puteri

Satu lagi resepi enak menggunakan Produk 2 Puteri iaitu Terung Goreng Sambal 2 Puteri. Resepi enak warisan berzaman memang istimewa jika dimasak menggunakan produk 2 Puteri yang asli.

TERUNG GORENG SAMBAL 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri
Gambar: Anna, Sahabat blogger

Bahan-bahan

  • Terung
  • Cili Boh Asli 2 Puteri
  • Bawang putih – kisar/tumbuk/hiris nipis
  • Bawang merah – kisar/tumbuk/hiris nipis
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Garam & Gula

Caranya
1. Potong terung ikut cara yang disukai. Boleh dipotong serong nipis sikit. Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit jika suka. Boleh juga digoreng terus. Goreng terung sehingga keperangan dan layu. Terus angkat dan ketepikan.

2. Sambal: Tumis bawang merah dan bawang putih atas api sederhana kecil hingga keperangan.

3. Masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri dan masak hingga garing dan pecah minyak.

4. Masukkan gula dan garam. Untuk lebih enak jumlah gula tu lebihkan sikit bagi manis-manis terasa.

5. Tuangkan sedikit (agak-agak sesudu dua) Sos Char Kueyteow 2 Puteri untuk beri rasa lemak-lemak dalam hidangan tu.

6. Kacau seketika. Masukkan terung yang digoreng tadi. Kaup balikkan dan tutup api. Siap.

**Kalau suka atau ada bahannya, tumbuk udang kering/ikan bilis atau baki isi ikan goreng. Masukkan dalam Sambal sebelum masukkan garam dan gula untuk elak dari terlebih masin. Rasa dulu sebelum masukkan garam. Hidangan Terung Sambal 2 Puteri akan rasa lagi lemak dan enak.

Hari kerja kami di Tesco Store dan Mydin Hypermarket Subang Jaya

Alhamdulillah semalam selamat kami hantar produk 2 Puteri ke Tesco Store dan Mydin Wholesale Hypermarket Subang Jaya.

Perjalanan seawal jam 3.00 pagi selesai jam 10.00 malam. Memenatkan tapi syukur selamat sepanjang berurusan. Sebelum tu sempat juga melawat produk 2 Puteri di Mydin Hypermarket Subang Jaya dan Mydin RTC Gopeng.

Rehat sehari untuk selesaikan urusan lain selain dari lepaskan lelah kerja semalam. Insyaallah esok kitarang akan mulakan urusan sediakan produk untuk dihantar ke Tesco Store semula. Alhamdulillah order tak putus-putus masuk. Syukur dan terima kasih semua atas sambutan yang diberikan terhadap produk 2 Puteri.

Mydin Wholesale Hypermarket MITC Melaka dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri punya cerita

Alhamdulillah Khamis lepas, 13 Disember 2012 kami selamat menghantar stok baru ke Mydin Wholesale Hypermarket MITC Melaka.

Perjalanan yang hampir 23 jam pergi balik dari tempat kami akhirnya sempurna sudah. Sebelum ke MITC yang terletak di Ayer Keroh, Melaka itu, kami singgah sebentar menghantar produk ke Tesco Store.

Buat sahabat yang tinggal di Melaka dan kawasan sekitarnya bolehlah dapatkan produk kami di sini selain daripada cawangan Tesco Store di Peringgit dan Melaka Cheng. Produk kami terletak di bahagian Agrobazaar dan bahagian Sos di Mydin MITC Melaka. Manakala di Tesco Store di bahagian ‘Produk Malaysia Citarasa Kita’.

Jangan lepaskan peluang untuk dapat produk kami sekarang ๐Ÿ™‚

Kursus Memasak Char Kueyteow, Mee, Kueyteow, Bihun dan Maggie Goreng

Hari ni saya nak war-warkan satu lagi aktiviti yang syarikat kami akan adakan bermula pada tahun 2013. Insyaallah bermula pada 6 Januari 2013 akan datang pada setiap hari Ahad.

Buat sahabat yang berkeinginan untuk mempelajari cara dan teknik memasak Char Kueyteow, Mee Goreng, Kueyteow Goreng, Bihun Goreng dan Maggie Goreng yang betul dan enak.

Insyaallah kami akan mendedahkan segala teknik, petua dan segala ilmu bagi mendapatkan hasil masakan Char Kueyteow, Mee Goreng, Kueyteow Goreng, Bihun Goreng dan Maggie Goreng yang enak. Kami akan memberi seberapa banyak teknik, petua dan ilmu berkenaannya kepada semua tanpa berselindung. Moga-moga apa yang kami lakukan ini bukan sekadar pada sahabat sahaja dalam menambahkan pendapatan tapi akan dapat diwariskan kepada zuriat semua hendaknya.

Kaedah pembelajaran adalah secara hands-on dan praktikal yang bermakna sahabat semua akan berpeluang memasaknya sendiri semasa sessi pembelajaran diadakan. Oleh itu sebarang masalah boleh dirujuk atau diutarakan terus semasa kursus. Jumlah maksimum setiap sessi cuma 5 orang sahaja kerana kami ingin memberi ilmu yang selengkapnya kepada peserta. Diharap dengan jumlah itu tumpuan dapat diberikan secara lebih khusus.

Buat sahabat yang ingin berniaga atau menghidangkan menu yang enak kepada keluarga juga buat peniaga yang ingin menambah menu masakan di restoran atau warung anda, dan yang nak cari tambahan pendapatan untuk keluarga dialu-alukan mendaftar dengan kami. Insyaallah ianya berbaloi kerana kami sediakan kursus praktikal untuk semua mencubanya sendiri. Kami juga akan lengkapi kursus ini dengan segala ilmu berkenaan taktik berniaga. Insyaallah setiap peserta juga akan diberi sedikit cenderahati atas penyertaan anda. Insyaallah.

Kami menawarkan yuran kursus yang murah dan berbaloi untuk semua iaitu sebanyak RM450.00 sahaja untuk 5 menu masakan yang lengkap dengan segala teknik, petua dan ilmu berkenaannya. Serta tambahan ilmu berniaga!

Peserta kursus akan memperoleh:

  1. Ilmu masakan yang lengkap
  2. Tips-tips dan petua bagi menghasilkan hidangan yang enak
  3. Nota / resepi
  4. Latihan praktikal semasa kursus bagi setiap peserta
  5. Pengalaman memasak yang sebenar
  6. Makanan semple hasil masakan anda
  7. Tambahan ilmu untuk menjadi peniaga yang berjaya
  8. Yang penting dapat tambah pendapatan keluarga
  9. Sedikit cenderahati dari kami
  10. Ilmu yang dapat diwarisi kepada zuriat kita kelak

Maklumat tempahan kursus

Langkah 1: PEMBAYARAN DEPOSIT KURSUS

Lakukan pembayaran deposit sebanyak RM250.00 sahaja ke akaun kami. Baki bayaran perlu dijelaskan pada hari kursus dijalankan.

Butiran Akaun:

558305505974

RM NINETYSIXBILLION ENTERPRISE

PENTING: Pastikan anda sentiasa menyimpan rekod transaksi (resit jika cash deposit) atau print screen / pdf print butiran transaksi untuk rujukan dikemudian hari. Tunjukkan pada hari kursus.

ARAHAN: Jika anda menggunakan Perbankan Online (Fund Transfer), COPY butiran transaksi anda untuk dikirimkan kepada kami. Emailkan ke alamat email duaputeri96@yahoo.com untuk rujukan bagi perbankan online

Langkah 2: PENGESAHAN BUKTI PEMBAYARAN

Pastikan anda melakukan pengesahan terhadap pembayaran anda. Anda perlu mengirimkan butiran tempahan anda serta bukti pembayaran anda kepada pihak kami untuk membolehkan kami mengesan bukti anda dengan kaedah

1. SMS: NAMA PENUH…>jarak<NO. IC…>jarak<TARIKH YANG DIPILIH…>jarak<BUTIRAN PEMBAYARAN (TARIKH, MASA, LOKASI DAN JUMLAH) dan HANTAR ke : 019-5759266

2. Fax: 05-7211145

3. Email: duaputeri96@yahoo.com

Anda juga boleh mengisi Borang Kursus / Pengesahan Pembayaran di sini. Sila isikan borang dibawah lengkap dengan data yang benar dan sah sahaja. Sebarang maklumat palsu adalah dilarang sama sekali.

PERINGATAN : Isi borang ini SELEPAS selesai membuat pembayaran sahaja.

Lokasi Kelas

Lokasi pembelajaran adalah di tempat kami iaitu di:

Lot 5758, Jalan Bukit Merah

Kubu Gajah 34310

Bagan Serai

Perak

(berdekatan tol keluar Bukit Merah sebelum ke Bukit Merah Laketown Water Theme Park)

Masa: 3.00 petang – 6.00 petang

Hari: Ahad (setiap minggu)

Sebarang Pertanyaan lanjut hubungi: 019-5759266

Mydin RTC Gopeng..

Alhamdulillah dah selesai menghantar produk ke Mydin RTC Gopeng. Insyaallah perasmiannya hari Sabtu, 15 Disember 2012 nanti. Jadi tak le open lagi hihihi. Silap information rupanya ;p

Tapi dah order yang kami hantar ni untuk kali ke dua tu yang tersalah makluman tu. Apa pun Alahmdulillah. Moga-moga kat sini juga akan jadi tempat yang menghangatkan pemasaran produk kami hendaknya. Aaamiin.

Mydin RTC Gopeng dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri punya kisah

Alhamdulillah tadi masuk satu lagi order dari Mydin RTC Gopeng, Perak. Syukur Alhamdulillah atas rezeki Mu Ya Allah berikan pada kami.

Short notice sebenarnya sebab penghantaran harus dibuat Khamis ini 13 Disember 2012. Tapi kerana 13 Disember kami harus menghantar produk ke Tesco Store dan Mydin Hypermarket MITC Melaka, penghantaran perlu dilakukan sesegera mungkin. Insyaallah Rabu ni penghantaran akan dibuat ke Mydin RTC Gopeng.

Sebenarnya kami tak jelas bila pembukaan rasmi Mydin RTC Gopeng yang sebenarnya. Seingat saya, sewaktu penghantaran stok pertama dulu dikhabarkan bahawa ia akan dibuka pada bulan Disember ini. Maknanya kurang 2 minggulah.

Sos Char Kueyteow 2 Puteri

Alhamdulillah… Terima kasih semua warga Gopeng dan yang berdekatan. Dan terima kasih juga buat sahabat semua yang telah mendapatkan produk kami di pasaran. Semoga semuanya berpuas hati dengan produk 2 Puteri. Insyaallah kami akan sediakan yang terbaik untuk semua.ย  Terima kasih sekali lagi. Buat yang belum, dapatkannya di pasaran Mydin Hypermarket dan Tesco Store yang berdekatan segera.

Alhamdulillah… ๐Ÿ™‚

Usaha Tangga Kejayaan

Sekadar cebisan perkongsian…

Dalam berniaga bermacam-macam halangan yang harus ditempuhi. Bukan mudah untuk uruskan sesebuah perniagaan terutama buat yang baru hendak memulakannya.

Rezeki dikatakan 99% datangnya dari perniagaan namun kalau tidak kuat mengharung segala dugaan yang datang ianya tak mungkin akan jadi kenyataan. Untuk peroleh rezeki yang halal dari 99% itu seseorang peniaga harus berusaha memberikan yang terbaik buat pelanggan. Jangan sekadar mengambil kesempatan atas apa yang dilakukan. Insyaallah jika itu yang disediakan ianya pasti akan jadi kenyataan.

Selain daripada itu, pastikan yang paling

utama perlu ada target, kuatkan tekad dan banyakkan kesabaran dalam diri. Ini saya perincikan dalam santai 2 Puteri.

Insyaallah dengan bekalan ini kejayaan pasti milik kita kelak… ๐Ÿ™‚