Sos Char Kueyteow 2 Puteri

Char Kueyteow adalah satu daripada hidangan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Ianya satu hidangan yang amat terkenal di Pulau Pinang dan dewasa ini ianya makin dikenali di semua negeri seluruh Malaysia. Namun, untuk mendapatkan hidangan yang enak kadangkala mengecewakan selain daripada harganya yang sedikit mahal.

Tetapi kini masalah itu dapat diatasi dengan adanya Sos Char Kueyteow 2 Puteri dipasaran. Sesiapa sahaja kini boleh menghidangkan sendiri hidangan Char Kueyteow untuk dinikmati bersama keluarga dalam harga yang amat berpatutan. Ianya dapat memberi kepuasan yang sebenar kerana keenakannya disamping memberi penjimatan kepada wang anda. Ini kerana selain hidangan khusus Char Kueyteow, Sos Char Kueyteow 2 Puteri juga dapat diolah untuk lain-lain hidangan antaranya menggoreng pasta, mee, bihun; menambah perisa dalam hidangan Asam Pedas, Sambal Tumis, Masak Kicap dan Nasi Ayam Hainan. ‘Fell Like A Chef!’ Jadi berekperimentasilah dengan Sos Char Kueyteow 2 Puteri kami.

Ramai juga dikalangan pengguna setia kami kini dapat menambahkan pendapatan mereka dengan menjual Sos Char Kueyteow 2 Puteri digerai-gerai atau restoran milik mereka. Ada juga yang bersedia menjadi wakil jualan dikawasan tempat tinggal atau tempat kerja masing-masing kerana harganya yang amat berpatutan selain dari kepelbagaian hidangan yang boleh dilakukan. Jika anda turut berminat untuk menyertai kami boleh hubungi kami.

Kini Sos Char Kueyteow 2 Puteri telah menembusi pasaran 33 cawangan Pasaraya Tesco seluruh Malaysia dibahagian ‘Produk Malaysia Citarasa Kita’ dan 7 buah cawangan Mydin Hypermarket dibahagian Sos dan Agrobazaar. Dengan harga RM6.00 (350g) untuk sebotol yang dapat menghasilkan sehingga 10 hidangan Char Kueyteow, ianya memang berbaloi. Ayuh milikinya sekarang!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s