Resepi Hebat: Kari Kambing 2 Puteri

KARI KAMBING 2 PUTERI
By: asamgaram2puteri

Bahan-bahan

  • 1kg daging kambing – potong sederhana tebal
  • 200ml minyak masak
  • 300g (1 biji) kentang – potong wedges
  • 1/2 liter santan
  • 2 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • 1/2 sudu makan kerisik
  • Garam
  • Gula

Bahan tumis

  • 200g (2 sudu makan) serbuk kari dagingbancuh dengan air dijadikan pes
  • 1 tangkai daun kari – masukkan dalam pes serbuk kari yer
  • 1/2 sudu makan Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 5cm kulit kayu manis
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 2-3 biji buah pelaga

Bahan kisar

  • 500g bawang merah
  • 30g bawang putih
  • 5cm halia
  • 50g bawang besar – potong
  • 30g cili merah – potong (jika suka)
  • 1 ulas bawang putih – hiris nipis
  • Sedikit halia – hiris nipis memanjang

Caranya
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis (kecuali serbuk kari daging) dan bahan kisar serta yang dipotong hingga naik bau.

2. Masukkan pes serbuk kari daging dan tumis hingga pecah minyak. Kacau sekali sekala supaya tidak hangit dasarnya.

3. Masukkan kentang bersama secubit kecil garam kasar dan masak hingga agak empuk.

4. Masukkan daging kambing dan santan. Kacau sekali sekala dan masak hingga daging empuk (kira-kira 45 minit).

5. Perasakan dengan garam, gula, kerisik dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Masak hingga kepekatan yang disukai.

Ha.. Dah siap pun. Mudah je kan. Tak perlu masukkan sebarang perasa lain dah. Cukup dengan garam, gula dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri tau. Hidangan pasti enak dan warnanya pun cantik. Guarantee! 🙂

Resepi Hebat: Pajeri Nanas 2 Puteri

PAJERI NANAS 2 PUTERI
By: asamgaram2puteri
Sumber: Lina Hana, Resepi Bonda..

Bahan-bahan

  • 1/2 biji nanas saiz sederhana – potong ikut suka (saya buat sebiji sebab saiz agak kecil)
  • Rempah 4 sekawan (cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
  • 1 sudu makan udang kering – ditumbuk
  • 3 sudu makan serbuk kari ayam/daging – bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes
  • 1 sudu makan kerisik
  • 4 sudu makan pati santan
  • Air secukupnya
  • 1 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Garam dan gula
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar

  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia 

Caranya
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis rempah 4 sekawan diikuti bahan kisar dan udang kering. Tumis hingga naik bau.

2. Masukkan pes serbuk kari daging dan kacau sekali sekala hingga pecah minyak.

3. Masukkan nanas dan kacau bagi nanas tersalut bahan rempah yang telah ditumis tadi.

4. Tuangkan sedikit air dan biarkan ianya merendidih seketika.

5. Akhir sekali masukkan santan, kerisik, garam, gula dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Lebihkan sedikit gula dan tunggu hingga mendidih.

Rendang Ayam Minang MeleTop 2 Puteri

Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau juga Melayu bersantan dengan daging lembu atau ayam sebagai bahan utamanya.

 

Masakan ini disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja.

 

Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kendara.

Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak.

 

2 Puteri ingin berkongsi resepi enak yang dapat dihasilkan menggunakan Produk 2 Puteri dalam menghasilkan Rendang ini.  Rendang yang dihasilkan kali ini untuk hidangan sekeluarga ialah Rendang Ayam Minang MeleTop 2 Puteri yang enak sekali.

Untuk resepi yang mudah dan enak ini boleh di RUJUK di SINI 🙂

 

Penyediaannya yang mudah dan ringkas pastinya menyenangkan semua yang ingin mencubanya namun hasilnya pasti mengembirakan 🙂 Cubalah!

 

Cili Boh Asli 2 Puteri.. Produk asli yang dijamin Halal!

Cili Boh Asli 2 Puteri merupakan satu lagi produk keluaran kami yang semakin panas dan menjadi permintaan ramai dipasaran. Menggunakan hanya cili yang terpilih, Cili Boh Asli 2 Puteri telah menjadi pilihan ramai suri rumah. Selain daripada warnanya yang asli, ia juga dapat memberi aroma yang tersendiri kepada hidangan. Kepedasan yang terkawal menambah selera kepada yang menikmatinya.

Pelbagai hidangan enak dapat dihasilkan dan ada antara resepi yang menggunakan Cili Boh Asli 2 Puteri ini dikongsikan bersama anda di laman blog Asam Garam 2 Puteri dan 2puteri.wordpress sebagai salah satu sumbangan kami buat pengguna semua dalam menghasilkan hidangan enak buat keluarga tersayang.

Kini Cili Boh Asli 2 Puteri bergerak menemui anda melalui 34 cawangan Pasaraya Tesco Store seluruh Malaysia dibahagian segar, selain daripada kedai-kedai runcit dan pasar-pasar basah. Untuk melihat senarai cawangan Pasaraya Tesco Store berkenaan boleh lawat laman blog Asam Garam 2 Puteri dan 2puteri.wordpress. Demi untuk memudahkan pengguna mendapatkan produk kami, syarikat juga dalam proses memasarkan Cili Boh Asli 2 Puteri di 22 rangkaian Pasaraya Aeon Big sedikit masa lagi.

Memiliki status Halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia serta mendapat seliaan daripada Kementerian Kesihatam Malaysia, Cili Boh Asli 2 Puteri boleh digunakan didalam hidangan anda tanpa was-was.

Dengan harga RM2.00 untuk sebungkus dengan berat 280g+/- ianya memang berbaloi untuk diperolehi kerana ianya menggunakan HANYA CILI ASLI.

Ayuh dapatkan di Pasaraya Tesco Store sekarang dan jadikan ia sebagai satu bahan dalam setiap hidangan anda untuk keluarga tersayang! Feel like a Chef!

**Terima kasih pada pemilik gambar yang terpapar. Credit kepada hasil kerja mereka yang terbaik.

Jemput-jemput Pisang / Cucur Kodok

Hari ni saya kongsikan resepi yang tak berkaitan dengan produk 2 Puteri iaitu Jemput-jemput Pisang atau kalau orang-orang Utara kenali sebagai Cucur Kodok. Resepi enak warisan turun temurun memang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Juadah yang sesuai untuk dihidangkan untuk minum pagi atau petang sedap dimakan bersama Kopi O kaww. Untuk resepinya yang enak boleh dapatkan di sini.

 

**Terima kasih pada sahabat lama, Azian Omar dan keluarga atas pemberian pisang yang memang kesukaan kami sekeluarga.

Siakap Sweet Sour Berempah 2 Puteri

 

Resepi gubahan saya menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri ini memang mudah sekali. Rasanya masam manis dan sedikit pedas memang memikat selera. Tidak menggunakan cili, namun rasa pedas hadir melalui penggunaan Serbuk Lada Putih dan Serbuk Mustard dalam menu. Kelainan berbanding masakan Siakap Sweet Sour yang biasa kita nikmati di restoran-restoran. Sila rujuk menu yang menarik ini di sini.

Feel Like A Chef!!’. Jadi gunalah produk 2 Puteri dan gubahlah hidangan anda mengikut citarasa dan creativity anda. Anda pasti akan menyukainya!

Terung Goreng Sambal 2 Puteri

Satu lagi resepi enak menggunakan Produk 2 Puteri iaitu Terung Goreng Sambal 2 Puteri. Resepi enak warisan berzaman memang istimewa jika dimasak menggunakan produk 2 Puteri yang asli.

TERUNG GORENG SAMBAL 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri
Gambar: Anna, Sahabat blogger

Bahan-bahan

  • Terung
  • Cili Boh Asli 2 Puteri
  • Bawang putih – kisar/tumbuk/hiris nipis
  • Bawang merah – kisar/tumbuk/hiris nipis
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Garam & Gula

Caranya
1. Potong terung ikut cara yang disukai. Boleh dipotong serong nipis sikit. Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit jika suka. Boleh juga digoreng terus. Goreng terung sehingga keperangan dan layu. Terus angkat dan ketepikan.

2. Sambal: Tumis bawang merah dan bawang putih atas api sederhana kecil hingga keperangan.

3. Masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri dan masak hingga garing dan pecah minyak.

4. Masukkan gula dan garam. Untuk lebih enak jumlah gula tu lebihkan sikit bagi manis-manis terasa.

5. Tuangkan sedikit (agak-agak sesudu dua) Sos Char Kueyteow 2 Puteri untuk beri rasa lemak-lemak dalam hidangan tu.

6. Kacau seketika. Masukkan terung yang digoreng tadi. Kaup balikkan dan tutup api. Siap.

**Kalau suka atau ada bahannya, tumbuk udang kering/ikan bilis atau baki isi ikan goreng. Masukkan dalam Sambal sebelum masukkan garam dan gula untuk elak dari terlebih masin. Rasa dulu sebelum masukkan garam. Hidangan Terung Sambal 2 Puteri akan rasa lagi lemak dan enak.