Sambutan rumah terbuka.. Elak obes / sakit dihari raya

Salam Syawal semua…

Banyak dapat undangan rumah terbuka? Mungkin berbaris rumah yang nak kena pergi tu. Bestnya. Selagi ada rumah terbuka yang perlu kita pergi selagi itu mood raya tak akan hilang.

Tapi jika menghadiri rumah terbuka tu jaga-jaga lah. Jangan terlebih makan dan hati-hati memilih makanan. Maklum lah makanan yang enak-enak memang menarik mata dan nafsu untuk menjamahnya tapi jangan sampai memudaratkan kita pula.

 

Dengan ketupat, rendang, lemang, lontong, nasi tomato, briyani dan kuih-muih pelbagai jenis… Memang susah untuk menolak. Nak pulak kalau dihidangkan dengan air-air manis yang pelbagai perisa. Lagi bertambah sedap rasanya.

Disini 2 Puteri nak kongsi sedikit beberapa panduan untuk kita jaga kesihatan di musim perayaan macam sekarang.

Pertama – Ketika berkunjung ke rumah teman dan saudara, minum air kosong kerana ianya zero kalori. Kalau tidak pun minum sikit sahaja air manis. Pastikan dalam kereta dibekalkan sebotol air kosong untuk diminum terlebih dahulu.

Kedua – Jika rumah yang anda ingin kunjungi itu tidak jauh dari tempat anda, lebih baik berjalan kaki sahaja, kerana ianya akan membakar kalori yang kita sudah ambil sebelumnya. Nak tahu tak, dengan semangkuk mee kari yang mengandungi 530 kalori orang perempuan kena berlari selama 72 minit atau 290 minit kalau berjalan perlahan untuk membakarnya ;D

KetigaMelayani tetamu juga adalah satu senaman, kerana ia akan buatkan anda bergerak sentiasa, dan juga mengeratkan silaturrahim antara teman dan saudara.

KeempatHindari perut dari kosong, hal ini kerana jika anda makan, anda akan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Jika senantiasa makan, namun ianya dalam kuantiti yang sedikit. Satu lagi petua, sebelum turun ke mana-mana destinasi rumah terbuka minum air banyak-banyak terlebih dahulu. Dengan meminum air kosong, kita akan terasa kenyang dan ini menghadkan pengambilan makanan yang berlebihan nanti.

 

KelimaNiat untuk sekadar merasa. Terlalu banyak makanan yang baru anda nampak, jangan diambil dalam kuantiti yang banyak pula, kerana makanan lain anda belum lagi rasa. Oleh demikian ambil lah sedikit-sedikit sahaja setiap hidangan.

KeenamMenilai kalori hidang. Anda perlulah kurangkan mengambil hidangan yang mempunyai lebih banyak kalori. Agak-agak sahaja andai tidak pandai mengiranya. Nampak yang bersantan, bergoreng atau berminyak hadkan pengambilan. Jika dapat elakkan terus lagi bagus.

Ketujuh – Lebihkan hidangan yang berprotein tinggi, kurangkan hidangan yang berkabohidrat tinggi.

KelapanMakan la secara perlahan-lahan, anda tidak akan ketinggalan untuk ke rumah lain. Jika takut tidak sempat ke rumah sahabat lain, ambil dalam amaun sikit🙂

KesembilanKunya chewing-gum ketika dalam perjalanan ke rumah seterusnya untuk merehatkan mulut dari memakan makanan yang lain. Ini salah satu petua yang memang elok kita amalkan.

KesepuluhMenolak tawaran, bukan untuk melebih-lebih atau memilih. Alasan anda semestinya kenyang ataupun nak jaga kesihatan. Tapi jika susah sebab yang mempelawa tu kawan baik kita, pastikan kita ambil makanan dalam amaun yang sedikit. Insyaallah kawan kita pasti tidak kisah sebab yang penting kehadiran kita meraikan majlis dia…

Kesebelas – Gunakan pinggan kecil. Pinggan kecil menampakkan kita ambil makanan macam banyak walaupun sebenarnya tidak. Jadi dari orang kata kita pelahap sebab nampak menimbun makanan tu, pasti kita akan ambil sikit yang secara tak langsung kita akan makan pun dalam jumlah yang kecil😀.

KeduabelasJangan lama di meja makan. Jika ada tempat lain lepas makan pindah lah ke tempat tu. Kalau tidak pun, rajin-rajin lah bersembang. Ini petua yang baik sebab dengan banyak tanya khabar kita akan kurang makan, secara tak langsung kita sihat. Kawan-kawan pun suka sebab kita ambil berat pasal khabar dia kan..

KetigabelasTunggu 15 – 20 minit sebelum mengambil hidangan lain. Bagi perut rehat sikit.

Keempatbelas – Rajin-rajin lakukan senaman disebelah pagi terutama sebelum pergi ke rumah terbuka nanti.

Kelimabelas – Minum air halia bagi membantu penghadaman. Dah makan macam-macam jadi dengan bantuan air halia ni dapat juga keluarkan angin dan bagi perut tu pulih sikit. Caranya…. Hiris atau tumbuk sikit halia, kemudian campurkan dengan air panas serta teh atau madu. Insyaallah.. Nanti kurang le rasa tak selesa perut tu.

Itu le lebih kurang serba sedikit yang 2 Puteri nak kongsikan kat sini. Tapi jangan lupa yer, buat sahabat yang punya penyakit yang pelbagai tu… Jangan lupa makan ubat dan pastikan ambil makanan dalam jumlah yang ala kadar je. Kang bertambah sakit kang naya lak.

Harap-harap dari himpunan petua yang ada nih leh gak bantu kita kawal berat badan.🙂

 
Kay… Selamat berjamuan semua😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s