Taiping Bandar Warisan

Bandar Taiping yang terletak di Perak merupakan bandar yang kedua maju di negrei bertuah ini yang juga dikenali sebagai Bandar Warisan. Banyak sejarah yang tersebunyi dari pengetahuan orang ramai. Di sini kami di 2 Puteri mengambil kesempatan berkongsi serba sedikit cerita berkenaan Bandar Taiping ini.

Bandar Taiping merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Taiping terletak di koordinat 4.8° Utara dan 104.7° Timur. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.

Ianya ditukarkan kepada Taiping yang bermaksud AMAN atau DAMAI dalam bahasa Hakka (bahasa atau dialek yang di bawah keluarga Bahasa Cina). Ianya berikutan tercetusnya pertelingkahan antara puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu puak Ghee Hin dan puak Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air.

Sebelum Ipoh sebagai Ibu Negeri Perak, Taiping merupakan Ibu Negerinya yang pertama. Dengan penubuhan Taiping sebagai ibu negeri Perak ketika itu banyak kemudahan telah dibina dan hasil binaan dan kemudahan ini adalah yang pertama di Malaysia. Malah, bandar ini sering diberi jolokan “yang pertama” di sidang penulisan bercetak mahupun elektronik. Hakikatnya, keistimewaan Taiping sebagai bandar warisan dan bersejarah jelas dilihat kerana terdapat kira-kira 31 bahan sejarah pertama di negara ini. Ini antara kemudahan yang terbina di Taiping ketika itu:-

1.  Antaranya adalah kemudahan jalan kereta api yang menghubungkan Bandar Taiping ke Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld) bermula dari tahun 1882 dan siap di dalam tahun 1885, dengan nilai kos sebanyak ₤7000, yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak ketika itu. Landasan keretapi pertama ini dirasmikan oleh Residen Perak ketika itu, Sir Hugh Low. Tujuan pembinaan adalah sebagai kemudahan pengangkutan tenaga buruh lombong bijih timah dan sebagai medium pengangkutan untuk pengeluaran bijih timah dari Taiping.

Bangunan hospital pertama Taiping dibina tahun 1880.

2.  Port Weld/Kuala Sepetang juga dikenali sebagai pelabuhan pertama di Tanah Melayu

Untuk Cerita yang lebih lanjut berkenaan Bandar Taiping ini bolehlah dibaca di Asam Garam 2 Puteri yang berkongsikan ceritanya.

Old Post and Telegraph Office (now Taiping Court), Taiping, Perak (1884)

Ayam Goreng Salut Sos 2 Puteri Berkicap

 

AYAM GORENG SALUT SOS 2 PUTERI BERKICAP

By: http://asamgaram2puteri.blogspot.com
Bahan-bahan

  • Ayam
  • 1 sudu makan Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 2 biji cili padi – diketuk
  • 1 biji cili hijau – belah 2
  • 1 batang serai – diketuk
  • 2 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • 4 sudu makan kicap pekat manis
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • Gula
  • Garam
  • 1/2 biji bawang besar – potong bulat
  • 1 biji tomato – belah 6

Bahan perlu ditumbuk halus

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1/2 inci halia

Bahan perapan ayam

  • 1 biji bawang kecil – tumbuk halus
  • 1 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • Sedikit Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 1 sudu kecil Sos Char Kueyteow 2 Puteri 
  • Serbuk kunyit
  • Sedikit rempah kari ayam
  • Sedikit rempah 5 spice
  • Garam

Caranya
1. Perap ayam yang telah dibasuh bersih bersama bahan perapan semalaman atau sekurang-kurangnya 1-3 jam sebelum proses memasak. Lebih lama diperap lebih enak rasa ayam nanti.

2. Goreng sehingga masak dan ketepikan.

3. Keluarkan minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam tadi sehingga tinggal 3 sudu makan. Tumis bahan tumbuk tadi sehingga wangi atau keperangan.

4. Masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri dan tumis sehingga naik minyak.

5. Masukkan serai yang diketuk tadi, cili padi dan cili hijau. Gaulkan sekejap.

6. Tuang Sos Char Kueyteow 2 Puteri, kicap pekat manis dan pes asam jawa. Sebatikan. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

7. Gaul bagi sebati dan kuah kelihatan agak pekat masukkan ayam goreng tadi bersama bawang yang dipotong bulat dan tomato. Gaul rata dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!!

 

Tips Penjagaan Mesin Pengisar

 

Mesin pengisar antara alatan rumah yang amat-amat berguna kepada semua yang terlibat dalam duania masakan. Memang besar jasanya dalam membantu menghancur atau melumatkan segala macam benda yang kita perlukan. Namun, setelah diguna lama kadang kala keuzurannya mula terasa. Mata kisar yang tidak lagi tajam, warnanya yang mula kekuningan disebabkan mengisar kunyit hidup dan pelbagai lagi. Kadang kala masalah-masalah ini membuatkan ada yang terpaksa mencari balang lain yang lebih elok menggantikan yang lama. Namun dek kerana terlepas pandang, balang yang diganti tidak sesuai dengan motor yang ada. Hendak digantikan semua terasa sayang kerana motornya masih lagi berkuasa untuk memutarkan pengisar berkenaan.

Di bawah ini saya kongsikan beberapa tips penjagaan mesin pengisar untuk rujukan bersama. Moga-moga ianya bermanafaat buat sahabat-sahabat 2 Puteri sekelian…. 🙂

 

Pengisar Sentiasa Tajam

Kisarkan garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit. Amalkan langkah ini setiap bulan. Dengan cara ini mata pengisar akan kekal tajam.

 

Hilangkan Kotoran Pada Pengisar

Tuang air sabun yang panas dan campurkan dua senduk cuka ke dalam pengisar. Putar pengisar dengan air suam dan keringkan.

 

 

Hilangkan Kesan Kunyit Pada Pengisar

Anda hanya perlu titikkan 3 atau 4 titis cecair peluntur ke dalam pengisar. Kemudian goncangkan sehingga warna kunyit pada pengisar tadi mengembang. Cucikan pula dengan hampas kelapa ataupun kulit limau. Cuci bersih dan lihat hasilnya.

 

 Bersihkan Pengisar

Bagi memudahkan membersih blender selepas digunakan, masukkan sedikir air, serbuk pencuci dan kulit telur. Kisar bahan-bahan tersebut untuk seketika. Kulit telur yang hancur berperanan sebagai berus. Hasilnya anda akan dapati pengisar lebih bersih. Boleh juga di tambah sedikit perahan jus limau nipis kedalam blender tersebut untuk kebersihan dan nyah bau tahap maksima.

 

Bicara Santai: Masalah pembantu rumah/orang gaji… Apa cara penyelesaiannya

Bicara santai seketika…..

Beberapa hari lepas kita digemparkan dengan berita amah yang dera baby kat Kuantan, Pahang. Rasanya ramai yang dah tengok kat Youtube atau Facebook. Yang macam saya tengok kat TV je masa Berita. Tak sanggup nak tengok lebih-lebih jadi tak der upaya nak gi cari kat sumber-sumber lain dah. Jadi tak le saya tahu lama mana durasinya baby tu terseksa camtu. Saya juga tak sanggup nak share kat sini. Rasa sayu, marah, sedih dan pedih tangkai hati bila tengok tu.

Simpati yang tak terhingga buat keluarga si baby berkenaan terutama buat si ibu dan ayahnya. Dengar cita kat berita terakhir katanya baby tu masuk ICU sebab tak sedarkan diri… Camner dah agaknya. Kami di 2 Puteri doakan agar dia beransur sihat le hendaknya Aaamiin.

Itu adalah berita yang disebarkan, banyak lagi kes-kes yang terpencil yang kita tak tahu berlaku sebenarnya. Nauzubillah tapi itulah kenyataannya.

Sebenarnya dalam kes ini adalah terdorong atas faktor mencari rezeki untuk keluarga. Dengan keadaan sekarang yang menuntut perbelanjaan lebih dalam setiap segi memang itu faktor utama. Mungkin itu puncanya…. Telahan saya.
Celik je mata duit… Jalani kehidupan, duit. Nak tidur pun duit…. Mungkin ada yang tak setuju dengan saya sebab dah macam mata duitan je kan. Tapi kalau dipikirkan betul tak???? Celik mata, lepas mengeliat atau bersenam sikit pasti kita tuju ke tandas untuk tunai segala hajat…. Petik suis lampu sebab bangun awal dalam kul 6 pagi. Gelap lagi… ‘Tup’ kiraan duit juga dah berjalan untuk supply elektrik ke lampu. Nak mandi pun duit… Jadi memang kita tak lepas dengan duit. Nak pulak makan, belanja dapur dan lelain… Pun perlukan peruntukan duit yang banyak juga kan??? Kalau dulu RM50 cukup untuk belanja dapur seminggu. Tapi sekarang rasanya sekali ke kedai RM50 pun tak cukup.

Agak-agak lama mana yer duit gaji ada kat kita ada full sebelum segala pembayaran dibuat????

Atas faktor itu, si ibu terpaksa turut keluar bekerja mencari rezeki demi membantu suami. Kalau nak harap suami je memang kesian jugakan. Berapa sangat gaji suami. Dari situ anak-anak terpaksa ditinggalkan sementara bersama orang lain. Mungkin pada ibu jika dia sanggup menjaga si cucu. Mungkin pengasuh jika ada atau jika nak selesa banyak pakai orang gaji yang tinggal bersama kita. Sambil-sambil dia menjaga anak dapat juga dia bantu kemas rumah atau lipat kain ;). Itu le harapannya sebab balik dari pejabat dah terasa keletihan sikit, mana pulak nak tumpu pada anak-anak selepas ditinggalkan separuh hari. Baki masa dengan anak cuma lebih kurang 4 jam je untuk bermesra. Lepas tu dah nak tidur untuk jalani aktiviti lain keesokan harinya. Anak-anak pulak ada yang nak kena bangun awal untuk ke sekolah jika ada yang bersekolah. Kalau tak ada orang gaji, dah nak kena masak, kemas rumah, lipat kain baju dan pelbagai lagi tanggungjawab yang nampak remeh tapi tetap kena beri tumpuan. Kalau dapat suami yang boleh bertolak ansur terasa ringan le sikit beban dibahu, tapi kalau tidak??? Macam mana??

Kesiankan….. Sudah lah si isteri bantu dia cari rezeki tak nak pulak dibalasnya jasa isteri tu dengan bantu buat kerja-kerja rumah tu. Bersyukur pada yang dapat suami yang bertolak ansur dengan kita dengan turut lakukan kerja-kerja rumah macam sapu sampah dan mengemas rumah kalau tak memasak sama pun…. Kalau tak ada… Cik suami tolonglah isteri kalian, hidup suami isteri ni kena sama-sama susah, sama-sama senang. Bukan takat duit ringgit tapi segala aspek kehidupan :).

Orang gaji sekarang, nak diharapkan dari kalangan masyarakat setempat atau senegara rasanya dah payah kot. Mana le ada anak-anak gadis memuda nak jadi orang gaji dah kan. Masing-masing punya cita-cita nak bergaji besar, berEPF, berSocso dan berelaun kalau tak pun berkenaikan pangkat. Jangan kata diarang, kita pun sure nak macam tu gak kan. Kalau ada pun biasa le, ada yang rajin nak bercuti balik kampung bagai…. Jab-jab mak sakit (Wallahualam), jab-jab tak sihat. Tu camna pulak dengan anak kita yang perlu jagaan kan??? Itu la masalahnya.

Import orang gaji dari over the sea…. Dari Indonesia, Myammar dan lelain negara. Itu je yang terpikir untuk selesaikan masalah yang timbul. Tapi disebabkan lain budaya, lain cara dan lain bangsanya mungkin itu satu faktor yang mendorong timbulnya masalah. Jika dulu mungkin ada yang ikhlas untuk mencari rezeki membantu keluarga diarang kat negara asal. Tapi sekarang diarang pun punya keinginan yang lebih untuk pelbagai lagi keinginan selain daripada mencari rezeki. Kita pernah dengar yang ada yang datang ke sini katanya nak cari rezeki, jadi pembantu rumah kita tapi last-last lari dengan orang lain atau mencuri kalau tak pun merompak. Ada gak yang tahan jerat pada kaum-kaum lelaki rakyat negara kita untuk dapat taraf kerakyatan. Semuanya kerana desakan hidup diarang yang tinggi dalam pelbagai aspek. Ada le jugak yang ikhlas nak cari rezeki, Alhamdulillah tapi banyak gak yang dah mula menyimpang dari matlamat asal. Masalah ini tak boleh kita abaikan sebab yang teraniaya adalah dikalangan kita, anak-anak kita, keluarga kita, kaum kita, bangsa kita dan masyarakat kita…

Ramai yang bagi pendapat untuk pihak berwajib sediakan rawatan psychology sebelum diarang dibawa masuk selain daripada latihan-latihan lain. Mungkin ada baiknya… Tapi bagi saya adalah lebih baik pihak kerajaan sediakan tempat untuk tempatkan anak-anak kita sewaktu ibu bapa keluar bekerja. Tak payah nak suruh-suruh pihak majikan sediakan tempat. Rasanya dah berapa tahun dicadangkan tapi tak der pun yang sambut sebab majikan dah pikir kos tempat, kot tenaga penjaga dan lelain. Baik kerajaan je buat sendiri. Dari import rakyat luar yang kekadang leh bawa mudarat kat kita lagi baik gajikan anak-anak muda kita sendiri. Kalau bawah kerajaan Insyaallah ramai yang mahunya. Alah… Ambik contoh dengan adanya Tadika Kemas tu. Ha.. Dah siap building, dah siap cikgu. Tapi kalau biasa Kemas takat pukul 12 tengah hari, tapi yang ni lanjutkan la sampai kul 5 atau 6 petang. Tambah le sikit lagi gaji diarang tak salahkan… Tawarkan kat cikgu-cikgu tadika Insyaallah ramai yang nak rasanya. Diarang pun boleh bawa anak memasing untuk dijaga disitu. Rasanya tak der masalah kot kerja lebih masa. Kalau kilang atau kedai-kedai pun boleh buat bagi pekerjanya kerja lebih masa dengan bayaran yang ciput berserta sedikit elaun… Inikan pula badan kerajaan kan.

Takat gaji naikkan sikit untuk tambat hati anak-anak muda, diarang dapat gak Socso dan EPF atau kalau ada yang rajin buat overtime untuk jaga anak-anak yang ibu-ibu diarang turut kena overtime. Yang part ni si parent la kena bayar. Takkan awak nak tambah rezeki kerja lebih, kerajaan pun nak tanggung yer tak. So win-win situation la. Tapi jangan lak charge nala punya mahal. Cukup le takat RM20 untuk tolong jaga  lebih masa tu. Kalau boleh bawa ke sekolah rendah pun tak salah rasanya yer tak. Mungkin ada yang cakap susah la apa la.. Tapi rasanya tak susah sebab rata-rata kerja 9-5 kan. So agak-agak tak salah kot kalau cikgu-cikgu ni kerja lebih masa sikit. Alah rasanya tambah lagi 5 jam ok kot. Buat le system bergilir untuk dapat rasa duit overtime sorang sikit yer tak.. Tak pun buat je KAFA kat sekolah tu terus, tak payah bazir duit untuk buat bangunan dan kawasan persekolahan baru. Kongsi beberapa kelas yang dah kosong waktu petang tu dan buat satu bilik guru je untuk cikgu-cikgu KAFA. Kecik je bangunan yang perlu dibuat sebab cikgu-cikgu KAFA berapa kerat le sangat yer tak.

Kalau cikgu-cikgu tak nak pun tak salah kalau ambik cikgu-cikgu yang ajar subject lain selain dari subject yang ajar kat sekolah-sekolah biasa contohnya ajar subject tambahan seperti bahasa atau kelas mempertahankan diri. Alahhh banyak aktiviti yang boleh ajar kat anak-anak kita. Banyak…. Cuma kreative sikit je.
Heheh cadangan ni agak-agak sampai sini je kot hahahha. Yer la yang bersuara ni cuma ibu, suri rumah dan pembantu dibelakang tadbir je. Suara yang kecil ni tak sampai kat Parlimen pun untuk diambilpakai hahahha. Tapi tu la tak salah kalau pikir lebih sikit dari kita import orang luar reramai kat sini tapi yang jadi mangsanya balik adalah kita. Pihak yang berkenaan juga yang selalu suarakan aliran wang keluar adalah tinggi jadi dengan cara ni sekurang-kurangnya aliran tu kurang le sikit yer idak???? Lagi pun kurang le masalah jenayah dan sebagainya. Masalah anak selesai tapi bab kerja-kerja kat rumah yang lain, suami isteri bertolak ansur lah… Buat sama-sama jadi sama-sama suka hati kan…kan…. Kalau nak jaga ibu bapa kat rumah yang uzur itu peranan jururawat atau kalau dah rasa perlu sangat baru ambil orang gaji luar. Jadi kalau bab anak-anak dah settle tak le ramai sangat orang luar ni. kalau dulu jaga anak pun orang luar, jaga ibu bapa uzur pun orang luar kan ramai tu. Kalau buang satu punca kurang sikit le kemasukan orang luar ni kan….

Cadangan saya je la….. 🙂

Ayam Goreng Salut Sos 2 Puteri Berkicap

Ayam Goreng Salut Sos 2 Puteri Berkicap satu lagi resepi yang dihasilkan menggunakan produk 2 Puteri iaitu Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri. Hidangan enak dimakan bersama Nasi Putih yang masih panas dan Sayur Kobis Goreng.

Untuk resepi yang mudah boleh lah lawat ke sini.

Selamat Menjamu selera!!

Sambal Kicap Sos Char Kueyteow 2 Puteri

First of all kami di 2 Puteri nak wish semua sahabat berbangsa Cina atau yang raikannya dengan ucapan Selamat Tahun Baru Cina.

Hari ni saya ingin berkongsikan satu lagi resepi hasil gubahan produk 2 Puteri. Tetapi kali ini hanya Sos Char Kueyteow 2 Puteri sebagai bahan utamanya. Boleh juga ditambah Cili Boh Asli 2 Puteri untuk tingkatkan kepedasannya jika suka.

Sambal Kicap Sos Char Kueyteow 2 Puteri resepi mudah yang enak dihidangkan bersama lauk pauk bakar atau goreng seperti Ikan, Daging dan lain-lain. Dimakan pula bersama Nasi Putih, Ulaman seperti salad sudah cukup untuk membuatkan kita makan bertambah-tambah.

Sambal Kicap Sos Char Kueyteow 2 Puteri ini boleh juga dimakan bersama Pisang Goreng seperti yang penduduk di negeri Johor buat. Memang sedap dan menambah selera. Untuk resepi yang mudah bolehlah dapatkannya di sini.

Selamat menjamu selera 🙂

Pemberitahuan: Masalah berkaitan sistem di Tesco Store

Kami mendapat makluman daripada pihak Tesco Store bahawa terdapat masalah berkaitan sistem sedang mereka hadapi. Untuk itu tiada sebarang tempahan dapat dilakukan sehingga masalah dapat diselesaikan.

Oleh yang demikian, kami bagi pihak 2 Puteri juga ingin memohon jutaan maaf andai produk kami telah kehabisan stok dibeberapa cawangan Tesco Store. Insyaallah kami akan lakukan penghantaran semula selepas masalah berkenaan dapat diatasi dan tempahan produk masuk kembali.

Terima kasih dan harap maklum…

Antara sahabat yang berpuashati dengan Produk 2 Puteri

Sekadar perkongsian antara komen-komen sahabat yang telah menggunakan Produk 2 Puteri yang dapat kami kongsikan di sini.

Nasyeera Khairiah Nadzri…mmg menjadi aarrr, tqvm darling. – ambil dr komen Azian Omar kat fb

syeera,yg tinggal byk ni jer ko..yg lain udah yelek…hahaha…sedap chef… — bersama dengan Nasyeera Khairiah Nadzri
Missy Iena – aku buat sambal sotong..kak aku kata sedap chef maikel…


Kamilia Ibrahim Kak Uteh Nasyeera Khairiah Nadzri...terima kasih ye Nas atas kiriman cili boh tu. mmg mudah kerja memasak dgn adanya cili boh 2 puteri.

  • Sufiya Annissa

    “Wah…hr ni aku masak pajeri nenas n asam pedas mmg terangkat aarr…aku bubuh 1 sudu sos char kuey teow. (actually aku tuang saja dr botol) ha..ha…perrghhh, sodap kau…”
  • Faridah Ali –
    “arr..sheera,jauh kit..tp..xle jd mslh sgt jk p tu…jk tesco extra yg kat alor star kat star gate tu..dkt la sgt2 ngan umh mak aku…xpe..nnti aku p bli….hehe
    kan jauh kit dr sbrg jy..kena bli le spare..lbh dr 1..ank aku ska sgt char koteow..kat cni ada…tp,cair&xpekt sgt….hampr ari2@selg sehari mnta bt..hahaha xmkn ns pn xpa…”
  • Azlin Ismail – “Thanks dear! :)”

** link ke nama-nama di atas dipadamkan untuk priversi sahabat berkenaan 🙂

Demikianlah yang dapat kami kongsikan pendapat sahabat-sahabat yang berpuashati dengan produk kami. Nak guna Irfanview (betul kot ya :))untuk tag segala komen tu untuk show genuine komen tak dapat sebab komputer ni tak der aplikasi tu. Nak buat sendiri tak pandai jadi just copy & paste je yang saya tahu.

Buat sahabat yang masih belum mencubanya sila dapatkan di Pasarya Tesco Store dibahagian ‘Produk Malaysia Citarasa Kita” (ditanda dengan flag pada rak). Manakala di Mydin Hypermarket boleh didapati dibahagian Agrobazaar dan bahagian Sos. Buat yang telah menggunakan Produk 2 Puteri teruskan bersama kami yer. Boleh juga dimasak dengan lain-lain hidangan. Selamat Mencuba!!

 

Terima Kasih Atas Bantuan RM100.00 Kepada Murid Sekolah

Syukur Alhamdulillah pada 31/1/2013 lepas kami telah menerima RM100.00 untuk Bantuan Persekolahan Murid oleh pihak Kerajaan Malaysia.  Terima kasih yang tidak terhingga buat pihak pemerintah atas pemberian ini yang besar ertinya untuk orang-orang seperti kami dalam meringankan beban persekolahan anak-anak.

Dengan adanya pemberian bantuan ini dapatlah kami gunakan dalam pembelian alatan persekolahan anak apa yang perlu. Dapat juag meringankan serba sedikit bebanan kewangan kami ibu bapa Insyaallah.

Terima Kasih sekali lagi dan Alhamdulillah…. 🙂