2 Puteri kini di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping

Maafkan kami…
Maafkan kami…

Sebahagian lirik lagu Maafkan Kami dendangan Tan Sri P. Ramlee dengan rakan-rakannya.

Sebenarnya itu juga yang saya ingin ucapkan buat sahabat semua yang sudi bertandang ke laman ni.

Dah lama tak update sebarang berita kini saya tampil seketika untuk mewar-warkan bahawa bermula dari bulan Disember 2013 yang lepas 2 Puteri kini telah melangkah setapak lagi dalam industri perniagaan ini.

Alhamdulillah, kini buat pengguna semua boleh menikmati pelbagai hidangan enak yang diolah menggunakan Produk 2 Puteri. Semuanya di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping.

Pelbagai menu yang enak disediakan buat pelanggan kami antaranya:-

1) Char Kueyteow 2 Puteri

2) Mee Goreng 2 Puteri

3) Mee Rebus Tok Perak

4) Nasi Rendang Ayam

5) Nasi Maharaja

6) Nasi Lemak

7) Pulut Kuning

Yang istimewanya semua hidangan yang disediakan itu menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri sebagai heronya (ramuan utama) manakala Cili Boh Asli 2 Puteri turut digunakan dalam beberapa hidangan. Termasuk masakan Sup Daging yang istimewa tau.

Mungkin 2puteri di wordpress ni akan senyap seketika dari arena perblogkan ini (amboi ayatttt heheh) namun Insyaallah kalau ada kesempatan kita akan bertemu kembali di sini.

Doakan kejayaan kami dan berilah sokongan jika sudi 🙂 Kami amat menghargainya!

Terima kasih semua…..

Assalamualaikum..

Jumpa di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping nanti!!!! Insyaallah puas hati…. 🙂

2 puteri yang turut membantu

Rural Business Challenge 2013: Alhamdulillah… Idea Perniagaan 2 Puteri diterima

Program Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2013.

Syukur Alhamdulillah akhirnya penantian untuk mengetahui keputusan Pertandingan Rural Business Challenge 2013 akhirnya terjawab semuanya di program ini lah.


Ingat tak saya telah ceritakan tentang pertandingan bawah tajuk Rural Business Challange 2013 disini bawah tajuk Promosi Tesco Store & Rural Business Challenge, juga di sini dengan tajuk Doakan Saya Yer!, serta disini bawah tajuk This Is The Day! dan bawah tajuk Cabaran Yang Telah Diharungi.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bangga akak dikkkk. Beliau diiringi oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaacob selaku tuan rumah program.

Sempat gak ucapkan terima kasih pada YAB Dato’ Seri Mohd. Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah sebab dibawah kepimpinan beliau nampak banyak juga peluang yang terbuka untuk peniaga-peniaga muda nih (muda sangat le tuuuuu).

Selain daripada kami, pemenang Pertandingan RBC kategori Idea Perniagaan, ada gak hadiah untuk kampung-kampung yang berinovasi yang diraikan dalam majlis ni.

Sebenarnya majlis ni lebih kepada mereka, kami cuma menumpang je huhu.. Tak der program untuk kami rupanya sobbbbb.

Kampung yang memang ialah Kampung Peruas, Hulu Dong, Pahang yang telah mengalahkan 9 penyertaan lainnya seluruh Malaysia dengan projek Pelancongan Desa. Mereka menerima hadiah berupa wang tunai RM50,000, trofi dan tiket ke luar negara.

johan kategori Anugerah Ilham Desa 2013… bagus la diarang ni

Hadiah kedua dimenangi oleh Kampung Parut Warijo, Batu Pahat, Johor dengan projek ternakan kambing, arnab dan pengeluaran baja organik. Mereka ni pulak dapat RM40,000, trofi dan tiket penerbangan ke luar negara.

Tempat ketiga dimenangi oleh Kampung Batu 26, Bandar Baharu Kulim, Kedah yang mengetengahkan projek Alat Penetasan Unggas. Memang menarik hasil diarang ni. Mula le idea mencurah-curah dikepala saya ni  heheh. Mereka mendapat RM30,000, trofi dan tiket penerbangan ke luar negara juga. Mana agaknya diarang dapat pergi tu kan…..

Apa pun syukur Alhamdulillah sekali lagi sebab rezeki ini dapat le jugak saya gunakan untuk projek kedua saya nanti. Huhu ingat boleh joli sakan. Idakkk jugak yer huhu..

So nantikan yer apa projek saya nanti heheheh…. Insyaallah akan saya war-warkan kelak 🙂

lihat le donia… ini le wajah-wajah yang dalam kebanggaan.. heheheh 😉

Tahniah buat sahabat yang turut menang RBC 2013 kategori Idea Perniagaan nih… So apa perancangan mike yer laling semua? Macam yang dah ada produk nice… Teruskan hingga berjaya mana le nak tahu kita setaraf Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kan…. (aaamiin heheh).

Kot yang belum sebab idea baru kan… Moga peluang yang Allah bagi ni tidak dipersiakan. Jadikan modal dikkk. Akak dulu duit sendiri je hahahah.

Terima kasih KKLW, Dr Noor Irfan Khairi dan panel juri serta semua yang terlibat. Tak lupa terima kasih yang tak terhingga buat family tercinta kerana sabar segala dugaan dalam menempuh kejayaan ini..

Allah bersama kita semua… Insyaallah 🙂

sis Yana staff di KKLW yg byk membantu & layan kerenah saya. org nak kasi pun ngengadakan hikhik

Terima kasih juga buat sahabat semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan kami. Akan kami berikan yang sebaiknya Insyaallah… 🙂

**ececehhh ngengada nak beri ucapan gak ek hahahah. Tu le tu hari tak dapat so kat sini le berkongsi ucapannya hahahah

Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2013 di MITC Melaka dari 29/11/13 – 1/12/13

Alhamdulillah.. Dengan sukacitanya kami di asamgaram2puteri ingin mewar-warkan kepada pembaca semua bahawa Produk 2 Puteri telah terpilih sebagai pempamer bagi Negeri Perak untuk menyertai

 

PROGRAM SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI)
Bertempat di  MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE (MITC), MELAKA
Pada  29/11/2013 – 1/12/2013

* Jualan produk dengan harga yang menarik serta peluang rasa-rasa masakan dengan menggunakan Produk 2 Puteri akan diadakan dalam memperkenalkan Produk 2 Puteri yang telah ada dipasaran Mydin Hypermarket dan Tesco Store.

* Pengguna akan diberi resepi-resepi menarik yang menggunakan Produk 2 Puteri dalam masakan seharian.

Semua yang ada berdekatan Melaka dijemput ke Booth 2 Puteri ya…

 

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera 2013… Mengharapkan yang terbaik

Sejak dua tiga minggu nih jadual memang padat sangat-sangat. Tak menang tangan nak siapkan tempahan produk yang masuk. Nak-nak adanya promosi kat Mydin Hypermarket seluruh Malaysia. Dapat pulak order hampir last minutes memang menyesakkan. Tapi syukur Alhamdulillah semuanya dapat disiapkan dengan tenaga empat kerat yang ada nih. Harap-harap promosi success le hendaknya aaamiin….

Promosi ada lagi nih kat Mydin tu… Berakhir 17 September nih. Jangan lupa dapatkan tau kalau masih belum ya.

Memang berbaloi beli tau! Produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri dijual dengan harga yang murah kat pasaraya-pasaraya tu. Harga biasa RM4.95 jadi anda boleh berjimat sebanyak RM0.96 sebotol. Memang berbaloi-baloi….

Tapi… Murah tu memang murah kualiti tetap kami jaga! Kalau dah try nanti pasti puas hati punya. Nak masak apa pun boleh tau, bukan sekadar Char Kueyteow sahaja.

🙂

Dua tiga hari ni kalau ditengok kat laman-laman blog atau di berita-berita, riuh orang bercerita pasal majlis ‘PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA‘ yang akan diadakan pada hari Sabtu, 14/9/2013 nih.

Orang-orang yang berniaga macam saya lagi le mengepak nak tahu hahaha.

Majlis nih akan diadakan pada jam 8.30 pagi – 12.00 tengah hari di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM Shah Alam, Selangor anjuran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Antara yang akan ada nanti katanya Tan Sri Dr Wan Zahid dan Prof Dato’ Dr Noor Azlan Ghazali. Dan paling ditunggu kelak pengumuman khas agenda Ekonomi Bumiputera oleh YAB Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak. Yang nih dijadualkan jam 10.30 pagi.

Sesiapa yang tinggal berdekatan boleh le hadirkan diri kat sana. Kami yang jauh nih boleh tengok melalui Live Streaming dari blog-blog yang ada je la. Harap-harap ada le lintas lansung kat TV nanti.

Menyentuh pasal Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera nih terasa nak tahu sangat apa perancangan pihak kerajaan dalam memperkasakan ekonomi kita, orang-orang Bumiputera nih.

Memang le dah makin ramai Bumiputera yang mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Peratusannya makin meningkat dari tahun ke setahun. Tapi kebanyakkannya masih ditahap perniagaan miko dan IKS je. Nak melangkah ke peringkat yang lebih tinggi perlu modal yang banyak dan besar. Jadi harap-harap kerajaan ada le bantuan untuk menjayakan perniagaan bagi orang-orang yang kecil macam kami nih.

Sos Char Kueyteow 2 Puteri dengan label lama. Kini ‘pink’ macam baju bang nih heheh

Dalam perniagaan nih yang paling penting adalah pemasaran. Baik mini ke, mikro ke, kecil ke, besar ke tu le satu yang penting. Sama je….

Memang le pembuatan dan lain-lain penting tapi kalau tak der pasaran mana le nak letak hasil pembuatan tu yer tak. Jadi saya harap sangat kerajaan beri penekanan kepada aspek nih.

Apa yang kerajaan sediakan selama ini memang memberi manafaat kepada pengusaha Bumiputera khususnya namun masih ada beberapa bahagian yang boleh diperbaiki. Nih cita pendapat saya jer tau heheh.

Cam gini le kalo tak der pasaran yang oooi. Nauzubillah…. Minta dijauhkan Allah le…

Paling-paling saya harap sangat agar pihak kerajaan buat satu dasar kepada pasaraya besar untuk mengetengahkan produk tempatan yang bermutu. Sekarang nih memang ada tapi tak berapa nak kuat sangat pada hemat saya. Kena kuat lagi. Wajibkan produk yang ditengahkan oleh Jabatan/Kementerian/Agensi yang dilantik oleh kerajaan untuk dibawa masuk ke pasaraya-pasaraya yang diwujudkan di Malaysia nih.

Nak buat pasaraya kena jual produk tempatan (IKS). Wajib kot tak tak leh.. Hehhehe… Ha.. Camtu…

Tapi kalau setakat wajib pun tak datangkan kebaikan kalau produk-produk tu dibiarkan diletakkan di lorong-lorong yang tak mempamerkan secara nyata tentang kewujudan produk ini. Antara tempat yang saya katakan tak mempamerkan secara nyata tu adalah di bahagian-bahagian yang tak seangkatan dengan kategori produk yang dipasarkan. Seperti bahagian segar, susu, sos dan lain-lain.

Kalau nak kategorikan produk IKS daripada produk-produk lain buat macam kat Mydin. Siap banner tulis Agrobazaar besar-besar. Letak pulak kat depan kaunter bayaran. Semua orang boleh tahu, semua orang boleh nampak. Jadi peluang tu cerah le sikit kan kalau orang tahu dan nampak. Jadi pengguna yang nak membantu pengusaha IKS mudah mendapatkannya.

Tak pun buat macam Aeon Big, tak kategorikan mana-mana produk dibawah IKS ke apa. Semua dibawah kategori yang sama diletakkan sekali. Yang nih kebaikannya ialah kedudukan produk IKS setaraf dengan produk besar lain. Jadi kekuatan pada pengusaha untuk fikirkan cara untuk beri saingan yang sengit pada pengusaha-pengusaha besar tu untuk menarik perhatian pembeli. So siapa beri yang terbaik akan jadi pilihan pengguna tak gitu?!?

Bantuan ke apa yang mungkin akan diberikan tu tak le jadi keutamaan pada saya. Kalau ada dan mudah, syukurrrr Alhamdulillah. Kalau tak der pun, macam nih le saya hehehe. Kayuh je perlahan-lahan dengan doa agar Allah beri peluang pada saya maju cepat :).

Jangan le macam nih heheh… Bila mau sampeinya dong ;p

Doa tetap tau.. Bersama usaha dan tawakkal. Moga-moga apa yang kita harapkan jadi kenyataan…

Tak pun kalau-kalau kerajaan cuba bangunkan Pasarayanya sendiri yang mengetengahkan juga produk Bumiputera selain produk-produk lain lagi baik. Pihak kerajaan boleh le bergabung dengan pihak-pihak yang dah terbukti berjaya dalam bidang nih macam Datuk Ameer Mydin ke untuk jayakannya. Selain dapat ketengahkan produk Bumiputera dengan lebih baik dapat gak kerajaan tambah pendapatan negara tak gitew????

Kalau dah kerajaan sendiri yang jadi tokey pasaraya pastinya dapatt gak buat kawalan harga produk yang biasa kita dengar sering ancam pengguna kat Malaysia nih.

Tapi tu le itu cuma buah fikiran saya orang kecik yang cuba nasib dalam bidang perniagaan nih. Tak tahu le macam mana pulak yang akan PM bentangkan nanti heheh. Harusnya lebih gah dan besar sebab yang pasti ianya hasil dari pandangan dan idea pihak-pihak yang lebih besar dan hebat yer tak.

Harap-harap nanti PM beri tumpuan juga pada pengusaha Mikro juga tak sahaja pada pengusaha IKS dan Pengusaha Berprestasi Tinggi. Mikro pun boleh jadi Pengusaha Berprestasi Tinggi kalau lorongnya betul. Nak pulak ada bantuan dan peluang yang lebih baik.. Insyaallah ianya akan jadi kenyataan…

Jadi moh kita tunggu Sabtu nih untuk ketahui apakah yang akan dibentangkan nanti….:) Doakan yang terbaik yer!

Selamat Hari Raya Semua!!!!

Alhamdulillah….

Dah masuk

Syukur sangat.

Di kesempatan ni saya sekeluarga ingin mengucapkan

Dan kami ingin mengambil kesempatan ini ingin memohon

 

Kami juga ingin mengucapkan

Buat yang akan pulang ke kampung halaman

Satu jer kitarang nak….

Hehehhe… 🙂

CAbaran G1GIH – Anjuran Agensi Inovasi Malaysia (AIM) : Part 2

Salam semua 🙂

Ingat lagi tak cerita saya pasal Cabaran G1GIH anjuran Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang saya sertai sekitar Bulan Mac dulu? Ada ceritanya kat sini….

Ha… Nih saya nak ceritakan perkembangannya kay 🙂

Actually, lepas saya kirimkan borang melalui talian tempoh hari idak le saya pikirkan sangat pasal tu dah. Nak nak pulak bile yang ditunjukkan kat TV masa Berita Perdana lebih banyak kepada projek-projek yang hebat je. Saya ni apa le sangat yer tak huhu… Nak pulak bila tetiba dah tak tunjuk sebarang iklan promosi kat TV lagi le saya dah tak harap pa per dah.

Bulan berganti bulan sekarang dah nak ke pertengahan Bulan Ogos dah. So makin tak harap le langsung. Nak pulak saya ni memang payah nak menang mana-mana pertandingan yang disertai heheh…

Tapi… Semalam, yer semalammmm… Masa tengah ralit menulis N3 pasal Persiapan Raya… Raya dah dekat wehhhhh… saya terdengar bunyi motor Mr Postmen. Tapi menulis lagi penting huakkkk saya tak endahkan je la pasal surat yang dihantar. Kang-kang le kononnnya lepas habis menulis saya gi le ambik. Tapi lepas menulis saya siapkan kerja lain pulak terus terlupa. Heheh.. Tu le tangguh le lagi kerja. Jangan amalkan tau!

Mr Hb balik dari kilang terus dia serahkan envelope pos express pada saya. Eh.. Yer la surat heheh. Cuak gak mulanya tapiiiiii Alhamdulillah!!!!! Rupanya envelope dari AIM la. Terus saya buka dan lihat Wow!!!! Saya dapat hadiah dari cabaran G1GIH yang saya sertai dulu.

Syukurrrr sangat-sangat. Alhamdulillah. Walaupun sekadar mendapat hadiah saguhati tapi cukup besar pada saya. Hati berbunga suka.

Selain daripada hadiah berupa wang tunai turut disertakan sijil penyertaan dan surat ucapan tahniah. Syukur Alhamdulillah. Hadiah ni macam hadiah 3 tahun penubuhan syarikat dan semperna raya gak heheh.

 

 

Alhamdulillah…. Terima kasih Agensi Inovasi Malaysia (AIM) – atas kemenangan ini, terima kasih TM – atas sebab saya dapat masuk talian untuk sertai pertandingan nih, terima kasih Pos Malaysia – sebab hantarkan envelope pos express yang bermakna nih, terima kasih MR Hb – izinkan saya masuk cabaran nih dan terima kasih buat semua yang doakan dan menyokong kami selama ini. Terima kasih sekali lagi…

Ewahhhh ngengada kan hahaha… But I mean it :]

😉

Rural Business Challenge 2013: Cabaran yang telah diharungi

Alhamdulillah.. Semalam kami sekeluarga selamat sampai ke rumah. Letih minda baru je nak hilang dah masuk bab nak meletihkan badan pulak hihihi.

Cerita pasal situasi pada hari pembentangan tu? Saya merupakan peserta terawal yang sampai. Pukul 7.49 pagi dah duduk ada di lobby. Pembentangan dijadualkan jam 9.00 pagi. Tapi biasa le dalam hal sampai awal ni. Memang adat kami baik menunggu dari ditunggu tak gitu? 🙂 Nanti jika terlewat  mana nak tahu jadi apa-apa hal buat kita tak boleh sampai naya jadinya. Jadi lagi baik jadi penunggu untuk sesuatu yang bawa kebaikan. Tak ada salahnya….

Bila dah sampai yang terawal nak present pun yang pertama le jawabnya. Entah le apa yang jadi masa presentation tu. Tidak le saya ingat satu apa pun ;D. Nak pulak pandang muka ahli-ahli panel yang ada. Lagi le gelabah jadinya.

 

Tapi apa-apa pun syukur sangat sebab yang selama nih saya bayangkan ahli panel yang tahap keseriusannya yang terlampau tu tak le terpamer pada wajah setiap ahli panel yang ada :). Mesra dalam serius.. Tu pada saya lah 🙂 Yang best jutawan idola para peniaga macam saya, Dr Irfan Khairi pun betul-betul mesra walaupun mungkin pembentangan saya ni tak hebat seperti yang lain. Kali pertama katakan…

Apa pun terima kasih pada setiap ahli panel yang ada masa hari pembentangan tu, staf-staf yang frendly dan krew tv yang menggoncang jiwa ;D. Paling saya bangga sebab Dr Irfan sudi nak pegang tengok Produk 2 Puteri. Bangga saya dibuatnya 😀

Mana taknya kesudian beliau memberi semangat balik sebab sebelum tu ada dikalangan peserta yang beri komen mengatakan dia tak impress dengan packaging kitarang. Tak pe la.. Nak buat macam mana kalau dia tak impress. Harap-harap orang lain impress hendaknya sebab pandangan mata kita bukannya sama setiap orang kan. Setakat ni itu yang mampu. Insyaallah kalau sudah ada kemampuan nanti saya gajikan sorang pakar dalam design produk jadi masa tu mungkin setanding produk hebat lain.

Anyway pasal peratus potensi kemenangan…? Yang ini tak dapat saya nak agak le sebab rata-rata yang datang punya idea yang hebat-hebat belaka (saya tergolong dalam kategori rancangan perniagaan sebab tak cukup 12 hari untuk jadi 3 tahun). Buat diri ini terasa tak berani nak letak harapan yang tinggi. Cukup sekadar saya dah cuba sedaya upaya moga pihak panel dapat pertimbangkan pencapaian kami dengan sewajarnya.

Masa ditanya apa harapan saya dalam pertandingan ni pun tak dapat saya jawab. Yer la saya ni mewakili satu entiti perniagaan kecik yang diberi peluang akhirnya lepas mencuba berkali-kali. Dulu seringkali saya pergi ke mana-mana dengan harapan yang tinggi tapi kecewa jadi kali ni memang saya tak berani meletakkan harapan yang tinggi. Sebab itu kali ni saya cuma minta a part dari yang saya pernah minta dulu dalam pertandingan yang sama saya sertai last year. Dulu siap minta bangunan kilang dan sebuah lori sebab kilang yang ada sekarang terlalu sempit untuk menyimpan mesin dan stok bahan mentah serta van yang terlalu uzur. Kononnya nak dapatkan Sijil GMP  untuk tambah keyakinan kepada pengguna.

Nak minta peluang pengiklanan pun takut tak dapat sebab hadiah ditawarkan RM10,000 je. Nak beriklan harus beratus ribu itu pasal saya fokus pada idea lain kami iaitu membangunkan produk dibawah jenama 2 Puteri. Walaupun ada antara panel yang mungkin tak berapa setuju dengan keputusan kami ni. Tapi entah la..

Kami di mana???? Nanti saya ceritakan… 🙂

Apa pun terserah pada perbincangan mereka kerana mereka lebih arif dalam bidang masing-masing. Kalau dapat pastinya kami sekeluarga manusia paling gembira walaupun tak kisah le banyak mana yang diberi (walau sekadar hadiah kemenangan seperti yang ditawarkan). Kalau tidak pun kami tetap berterima kasih kerana memberi kami pengalaman yang Insyaallah dapat mengajar kami untuk terus berusaha. Insyaallah.

Kecewa???? Mungkin jika tak terpilih tapi apa pun kami serah pada Allah Yang Maha Berkuasa. Dia memberi kami peluang untuk mengetengahkan Produk 2 Puteri ke mata pihak-pihak yang berkuasa ni pun dah cukup baik. Insyaallah dengan ini kami akan lebih berlapang dada untuk terima sebarang keputusan.

Terima kasih tak terhingga pada Dr Irfan Khairi yang sudi beri idea dalam masa yang singkat pada kami. Insyaallah akan kami cuba buat yang terhabis baik (yang ni janji pasti cuba tau) untuk jayakannya sebab memang itulah target awal kami sebenarnya.

Terima kasih banyak-banyak semua yang sudi doakan kami dan terima kasih yang tak terhingga pada semua ahli panel dan staf-staf di Rural Business Challenge yang sudi mendengar pembentangan saya yang tak seberapa tampoh hari. Pengalaman ini amat berharga buat saya sekeluarga. Moga kejayaan dan kebaikan buat kita semua hendaknya. Aaamiin…

Terima kasih sekali lagi…

Kalangan Pengguna Produk 2 Puteri… Terima kasih dari kami

Alhamdulillah Seorang lagi sahabat yang telah mendapatkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Anda bila lagi?

Terima kasih sekali lagi. Juga buat pengguna Produk 2 Puteri yang turut mendapatkan produk kami, terima kasih banyak atas sokongan kalian. Kami akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik, Insyaallah 🙂

Saat Hampa: Promosi yang dirancang tidak kesampaian

Dalam post saya baru-baru ni saya ada cakap yang kami akan adakan promosi di semua cawangan Tesco Store bermula 20 June lepas hingga 25 Julai depan kan… Dengan penuh dukacitanya saya nak announcekan bahawa ianya tak jadi kenyataan huhu… Sayu bebeno beb… Srotttttt (cet gili pulak dengo huh).

Pertama-tama sebelum apa-apa saya sekeluarga mohon maaf pada sahabat yang kehampaan sebab produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri masih dalam harga yang sama. Actually saya pun tak tahu apa masalahnya sebab saya dah berurusan dengan pihak Tesco Store berkenaan promosi ini sejak bulan Mei yang lepas. Memang urusan ni tak mudah rupanya. Even kami bukan setakat sekali dua memaklumkan kepada pihak mereka berkenaan hal ini. Entah lah…

Mungkin kami sekadar satu syarikat yang kecil jadi perhatian tentang produk keluaran kami ni agak kurang diberikan. Jadi bila urusan yang agak luar biasa begini (belum pernah mana-mana pihak dari SME nak adakan promosi kecuali Jalen yang dah gah tu) keadaan jadi agak sulit sedikit.

Kami benar-benar mohon maaf pada semua dan kami tetap akan teruskan hasrat untuk mengadakan promosi dalam kadar segera yang mampu. Insyaallah… Doakan ianya jadi kenyataan dan amat besar harapan kami ianya jadi kenyataan kerana bagi kami ini sahaja yang kami mampu lakukan untuk menyatakan penghargaan kami buat pengguna semua buat masa ini.

Insyaallah kami akan cuba follow up lagi dengan pihak yang berkenaan dalam kadar yang segera…