Rural Business Challenge… Doakan saya yer ;)

Hari ni saya nak khabarkan satu berita gumbira buat semua. Actually berita ni dah saya terima hari Khamis lepas tapi dek masalah kesuntukan masa baru hari nih saya dapat war-warkan.

Syukur Alhamdulillah syarikat kami tercalon untuk senarai short list untuk cabaran peringkat kedua Rural Business Challenge. Alah pertandingan yang saya citakan kat sini dulu… Syukur penyertaan kali kedua membuahkan hasil.

Penyenaraian syarikat kami dalam kategori Idea Perniagaan. Kategori ni untuk perniagaan yang masih belum wujud hingga kepada syarikat yang telah ditubuhkan kurang 3 tahun. Sedih gak sebab kalau nak tahu 27 Julai nih kami masuk tahun ke3 penubuhan syarikat. Tinggal lagi 13 hari dari sekarang. Tapi dah itu ketentuan Ilahi terima seadanya. Dia lebih tahu rahsia yang diaturNya kan😀

Memang la ada setapak lagi cabaran yang harus diharungi. Tapi dah tercalon pun terasa besar hati sangat-sangat. Nak ikutkan siapa le kita ni kan… Amboiii tangkap rendah diri le pulak heheh. Tapi itu tandanya sedar diri yer tak hahahah.

Untuk pertandingan kali kedua ni saya harus bentangkan idea perniagaan ni dihadapan para panel yang dilantik yang terdiri daripada antaranya Dr Noor Irfan Khairi, jutawan internet dari syarikat Irfan Khairi Sdn Bhd yang merupakan duta Rural Business Challenge nih.

Perghhh gayat gak le hati nih rasanya. Mampukah….?!?

Dah lama tak bercakap terutama di hadapan public. Adakah masih ada taring heheh. Sejak duduk dibelakang tabir nih selalunya bab-bab bercakap ni saya tolak pada Mr Hb. Baik face to face mahupun melalui telefon memang Mr Hb le yang mewakili saya. Nah sekarang yang paling besar sudah mari. Nak tolak kat Mr Hb tak leh… Dup dap dup dap jantung nih. Risau ya amat..

Macam nak tempuh ribuan lorong berliku dalam maze lak hikhik….

Doakan kejayaan saya yer. Harap-harap smooth le esok ;]

Yer betul… Esok pembentangan tuh. Tu yang gelabah lebih sikit tuh. Kertas kerja dah siap tapi dek kerana ini pengalaman pertama jadi saya tak pasti yang saya sediakan tuh benar-benar menarik atau tidak. Tapi base on time limit yang diberi rasanya ok kot.

Sessi soal jawab paling saya gusarkan sekarang. Tak tahu apa yang akan ditanya. Dan tak tahu kemampuan saya menjawabnya. Harap-harap saya dapat berikan satu jawapan yang bernas dan tepat supaya pihak panel yakin dengan idea yang akan saya lontarkan hendaknya.

Doakan kejayaan saya yer…

Thanks all🙂

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s