2 Puteri kini di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping

Maafkan kami…
Maafkan kami…

Sebahagian lirik lagu Maafkan Kami dendangan Tan Sri P. Ramlee dengan rakan-rakannya.

Sebenarnya itu juga yang saya ingin ucapkan buat sahabat semua yang sudi bertandang ke laman ni.

Dah lama tak update sebarang berita kini saya tampil seketika untuk mewar-warkan bahawa bermula dari bulan Disember 2013 yang lepas 2 Puteri kini telah melangkah setapak lagi dalam industri perniagaan ini.

Alhamdulillah, kini buat pengguna semua boleh menikmati pelbagai hidangan enak yang diolah menggunakan Produk 2 Puteri. Semuanya di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping.

Pelbagai menu yang enak disediakan buat pelanggan kami antaranya:-

1) Char Kueyteow 2 Puteri

2) Mee Goreng 2 Puteri

3) Mee Rebus Tok Perak

4) Nasi Rendang Ayam

5) Nasi Maharaja

6) Nasi Lemak

7) Pulut Kuning

Yang istimewanya semua hidangan yang disediakan itu menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri sebagai heronya (ramuan utama) manakala Cili Boh Asli 2 Puteri turut digunakan dalam beberapa hidangan. Termasuk masakan Sup Daging yang istimewa tau.

Mungkin 2puteri di wordpress ni akan senyap seketika dari arena perblogkan ini (amboi ayatttt heheh) namun Insyaallah kalau ada kesempatan kita akan bertemu kembali di sini.

Doakan kejayaan kami dan berilah sokongan jika sudi 🙂 Kami amat menghargainya!

Terima kasih semua…..

Assalamualaikum..

Jumpa di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping nanti!!!! Insyaallah puas hati…. 🙂

2 puteri yang turut membantu
Advertisements

Saat Hampa: Promosi yang dirancang tidak kesampaian

Dalam post saya baru-baru ni saya ada cakap yang kami akan adakan promosi di semua cawangan Tesco Store bermula 20 June lepas hingga 25 Julai depan kan… Dengan penuh dukacitanya saya nak announcekan bahawa ianya tak jadi kenyataan huhu… Sayu bebeno beb… Srotttttt (cet gili pulak dengo huh).

Pertama-tama sebelum apa-apa saya sekeluarga mohon maaf pada sahabat yang kehampaan sebab produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri masih dalam harga yang sama. Actually saya pun tak tahu apa masalahnya sebab saya dah berurusan dengan pihak Tesco Store berkenaan promosi ini sejak bulan Mei yang lepas. Memang urusan ni tak mudah rupanya. Even kami bukan setakat sekali dua memaklumkan kepada pihak mereka berkenaan hal ini. Entah lah…

Mungkin kami sekadar satu syarikat yang kecil jadi perhatian tentang produk keluaran kami ni agak kurang diberikan. Jadi bila urusan yang agak luar biasa begini (belum pernah mana-mana pihak dari SME nak adakan promosi kecuali Jalen yang dah gah tu) keadaan jadi agak sulit sedikit.

Kami benar-benar mohon maaf pada semua dan kami tetap akan teruskan hasrat untuk mengadakan promosi dalam kadar segera yang mampu. Insyaallah… Doakan ianya jadi kenyataan dan amat besar harapan kami ianya jadi kenyataan kerana bagi kami ini sahaja yang kami mampu lakukan untuk menyatakan penghargaan kami buat pengguna semua buat masa ini.

Insyaallah kami akan cuba follow up lagi dengan pihak yang berkenaan dalam kadar yang segera…

Promosi Sos Char Kueyteow 2 Puteri di Tesco Store bermula 20 Jun – 25 Julai 2013

Ya Allah… Boleh terlupa saya yang kami ada promosi beli 1 percuma 1 di Tesco Puchong pada 15-16hb yang lepas. Iyer… Sabtu ngan Ahad semalammm. Jadual pack sangat sampai tak ingat nak war-warkan kat sini. Aduhaii apa le saya ni. Dah tua-tua ni cam tu le banyak sangat yang terlupanya. Banyak makan semut kot hehe.

Berakhirnya semalam promosi kat Tesco Puchong tu bermakna berakhirnya promosi ini buat sementara waktu. Ada 2 lagi lokasi yang dijadualkan tapi kedua-duanya bulan Ogos depan. Satu di Tesco Mutiara Damansara pada 17-18 Ogos dan yang terakhir 31 Ogos – 1 September di Tesco Shah Alam. Insyaallah yang ni akan saya war-warkan nanti kay. Insyaallah.

Sebenarnya fokus saya terlari sikit minggu nih. Jadual yang sedia banyak ni ditambah dengan lawatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk persijilan MeSTI, SME Corporation dan menghasilkan produk. Sepatutnya ada seminar yang kena attend hari Jumaat lepas pun dah termiss gak. Dah malam baru hengat. Ada ke patut heheh. Harapnya pihak UUM tak blacklistkan kitarang jika ada apa-apa rancangan kelak. Memang tak ingat langsung. Bukan tak der diary catat sebarang urusjanji tapi macam saya cakap tadi bila fokus dah kacau memang baca apa yang tercatat pun leh tak betul. Naya tul…

Dah nama KKM nak datang… Banyak le yang kena check! Jangan silap kalau rasa nak buat derk je dengan kedatangan diarang nih. Kang tak pasal-pasal ada yang tutup premis perniagaan hihi. Sebenarnya kitarang ni tak le ada masalah apa pun kalau diarang nak datang mengejut ke hapa. Insyaallah semuanya dijalankan dan penjagaan tip top. Sehabis baik kitarang buat supaya tak timbul sebarang masalah dalam menghasilkan produk untuk semua. Tapi dah tabiat kot. Dada nih tetap dup dap kencang gak walau dah lali dengan lawatan pihak kementerian nih hehe. Nanti saya ulas pasal kedatangan diarang nih kay.

piZap.com free online photo editor, fun photo effects

Fokus kitarang yang lebih sebenarnya untuk adakan promosi penurunan harga bagi produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri di seluruh Tesco Store bermula 20hb Jun – 25 Julai 2013 nih. Ni kira nak tunaikan janji macam yang saya cakap tu hari yang kami akan usahakan adakan promosi untuk semua pengguna Produk 2 Puteri seluruh Malaysia yang lain juga. Takkan dengar je kitarang buat promosi kat lokasi-lokasi terpilihkan. So nak bagi fair kami tengah usahakan agar ianya terrealisasi. Isnyaallah…

Tapi tu le… Entah le jadi ke tak sebab surat yang kitarang hantar dulu tak le pihak Tesco jawab. Melalui perbincangan menerusi panggilan tepon katanya bila sampai masanya pihak Tesco akan letak tanda je kata promosi sedang dijalankan. Isk tu yang berdebar tu… Nak tunggu 20hb terasa lama sangat tapi sehari-sehari rasa cam pantas berlalu. Camno tu?!?

More promotion will come 2 U… Insyaallah dalam perancangan

20hb nanti saya akan lawat Tesco Store dan harap ianya terlaksana. Walaupun nak buat promosi ni pun kita yang kena bayar, tapi bukan mudah rupanya nak realisasikannya. Entah le camno syarikat besar tu yang dok saban waktu buat rangka promosi. Tapi mungkin sebab kami ni baru first time nak buat tu kot yang terasa susah. Next time akan jadi mudah hendaknya.

Ok udah tengok gambo kilang kami yang serba sederhana sangat tu??? Hhehe. Terima le seadanya heheh. Kat ateh tu ngan kat bawah ni le ghope kilang kami yang tak seberapa untuk tatapan mengkome yer. Udah tuko gaya bahase la pulakkkk. Harap-harap korang puas hati le yer. Tu bukan gambar lama yer. Tarikh kat camera tu je yang terlama sebab tukang ambik gambo nih masa tukar bateri terlupa nak update tarikh baru. 2005 saya baru rasa di alam fana cinta dengan Mr Hb heheh. Bangunan ni pun tak der lagi hahah.

Cam tu le rupa kilang kami yang tak seberapa nih. Ok dah pueh tengok kan hihih… Jangan lupa yer 20hb Jun ni hingga 25 Julai nanti usha-usha Sos Char Kueyteow 2 Puteri di Tesco Store yang berdekatan. Insyaallah kami beri penawaran harga yang berpatutan buat anda!

Announcement!!!! Tawaran Hebat Produk 2 Puteri di cawangan Tesco Store & Mydin Hypermarket kini kembali

Tawaran hebat di Pasaraya Tesco Store terpilih…!!!

  1. 18-19 Mei 2013 – Tesco Store Ampang
  2. 1-2 June 2013 – Tesco Store Kajang
  3. 15-16 June 2013 – Tesco Store Puchong
  4. 17-18 August 2013 – Tesco Store Mutiara Damansara
  5. 31 August – 1 September 2013 – Tesco Store Shah Alam
BELI mana-mana 1 Produk 2 Puteri
(Sos Char Kueyteow 2 Puteri 350g & Cili Boh Asli 2 Puteri 280g)
AKAN Diberi…
PERCUMA
1 bungkus Cili Boh Asli 2 Puteri 280g

Dan…..

Tawaran Hebat di semua cawangan Mydin Hypermarket…

PENURUNAN harga
yang terbaik untuk
SETIAP pembelian Sos Char Kueyteow 2 Puteri 350g
bermula dari 23 Mei – 3 June 2013 sahaja
semperna Snack & Party Fair
CEPAT DAPATKAN Produk 2 Puteri yang bermutu ini SEKARANG!!!!

Shope Online di Tesco Store… Dapatkan Produk 2 Puteri di sini

Tesco Store dah lancarkan ‘Shope Online’ baru-baru ni. Wah.. Tak cukup dengan 47 cawangan yer.. Tesco tawar pulak pembelian online. Amboiii sampai setiap cara Tesco cuba dekat dengan pengguna ek. Bagus.. Bagus… Ni le otak bisness namanya.

Segala macam jenis produk yang ada kat Tesco disenaraikan kat dalam laman shopping online ni. Fresh food, grocery, baby products, chilled & frozen dan pelbagai lagi la. Cuba buat waktu ni, mungkin untuk tempoh percubaan pihak Tesco cuma anjurkan di kawasan area Klang Valley je dulu. Kalau ada sambutan Insyaallah kemungkinan diarang akan perluaskan service diarang.


Kalau ada sahabat yang tinggal di Klang Valley yang berminat kena le masuk ke laman web Tesco Store nih di eshop.tesco.com.my. Pastu Sign up sebagai pengguna. Lepas dah sign up maka dah boleh le mula penjelajahan untuk bershopping online. Mudah sangat perkhidmatan yang diarang berikan.

Kot-kot pulak nak tukar produk yang dah dipilih dengan produk lain boleh je buat pengubahan kat situ. Tak der masalah punya. Nak alter banyak mana pun boleh asal jangan dah sampai time diarang buat penghantaran dok nak tukar memang tak le yang tu heheh. Pembayarannya pulak after dah terima barang yang kita tempah tu dan lepas puashati dengan produk yang diarang deliver. Kot tak, boleh pulangkan balik kat diarang.

Senarai barang yang dibeli tadi akan masuk dalam favourite list dalam akaun memasing. So next time kot nak beli dah ada jenis produk yang memang biasa kita beli, tak payah lagi dok scroll sana sini belek listing yang banyak tu. Jimat dah sikit masa yang ada dan tak le naik juling bijik mata lagi dah. Tapi kot nak alter – tambah atau kurangkan lain-lain produk pun masih dibuat lagi.

Nama pun ada produk kat Tesco Store, saya pun apa lagi mula le cari kot-kot Sos Char Kueyteow 2 Puteri ngan Cili Boh Asli 2 Puteri terselit atau tidak dalam senarai. Cari kat Grocery… Amboi banyaknya produk, leh juling nak baca sesatu. Maleh nak belek, saya pergi kat bahagian search dan type Sos Char Kueyteow… Alhamdulillah Ada!!!! Bestnya. Walaupun gambo tak der lagi tapi sekurang-kurangnya sahabat-sahabat masih boleh dapatkan produk kitarang secara online. Butiran lain ada oklah. Cuma harap sedikit masa lagi diarang upload gambo le pulak, baru cunkan heheh.

Kot nak Sos Char Kueyteow 2 Puteri boleh select kat sini

Pastu cari pulak Cili Boh Asli 2 Puteri tapi hampa.. Tak der pun hukhuk.. Sedih akak dikkkk. Sedih dalam gumbira gitu boleh? Nak buat cam ner satu ada satu tak der huk huk. Harap-harap next time akan tersenarai cik Cili Boh Asli 2 Puteri nih.

Tapi macam saya tadi, pergi kat search ada kat belah kanan tu, pastu type ler brand name atau product name. Biasanya kalau dah ada product yang memang jadi favourite kita buat sekian lama mudah le yer tak. Untuk produk baru kena le tengok -tengok kat senarai  atau tulis kat ruang search tu apa yang kita nak cari. Insyaallah ada. Kot nak cari Sos Char Kueyteow 2 Puteri pun boleh dan buat le tempahan korang yer.

Hah.. Kot ada yang berminat nak try perkhidmatan diarang ni cuma perlu bayar RM10.00 je sebagai service payment. Tak mahal mana mana pun kan. So kalau-kalau barang runcit dah nak kehabisan stok boleh le buat tempahan dan tunggu je ketibaannya esok ikut time slot yang kita pilih.
Selamat membeli belah… Jangan lupa dapatkan Sos Char Kueytoew 2 Puteri di Tesco On-line Shop juga!

Pemberitahuan: Masalah berkaitan sistem di Tesco Store

Kami mendapat makluman daripada pihak Tesco Store bahawa terdapat masalah berkaitan sistem sedang mereka hadapi. Untuk itu tiada sebarang tempahan dapat dilakukan sehingga masalah dapat diselesaikan.

Oleh yang demikian, kami bagi pihak 2 Puteri juga ingin memohon jutaan maaf andai produk kami telah kehabisan stok dibeberapa cawangan Tesco Store. Insyaallah kami akan lakukan penghantaran semula selepas masalah berkenaan dapat diatasi dan tempahan produk masuk kembali.

Terima kasih dan harap maklum…

Tesco Extra Selayang… Kini produk 2 Puteri di menemui anda di sini

Syukur Alhamdulillah….

Baru-baru ni kitarang dapat order untuk kemasukkan produk 2 Puteri ke Tesco Extra Selayang pula. Syukur Alhamdulillah. Dengan kemasukan ini bermakna pasaran kitarang dirangkaian Pasaraya Tesco Store bertambah menjadi 34 cawangan.

Moga-moga dengan pertambahan ini akan bertambah maju lagi pertambahan jualan produk 2 Puteri iaitu Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri.

Bagi cawangan Tesco Extra, ini adalah yang ketiga selepas Tesco Extra Ipoh, Perak dan Tesco Extra Plentong, Johor. Insyaallah jika ada peluang dan dapat sambutan yang lebih menggalakkan mungkin kami akan tersenarai ke banyak lagi cawangan Tesco Store yang ada.

Jadi mulai dari minggu depan, Insyaallah semua warga Selayang dan yang seangkatan dengannya tak perlu lagi ke cawangan Tesco Rawang atau Tesco Puchong dah. Kami lebih hampir setapak lagi dengan kalian semua nanti. Jangan lupa jumpa kami di bahagian ‘Produk Malaysia Citarasa Kita’ di semua rangkaian Tesco Store ya.