2 Puteri kini di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping

Maafkan kami…
Maafkan kami…

Sebahagian lirik lagu Maafkan Kami dendangan Tan Sri P. Ramlee dengan rakan-rakannya.

Sebenarnya itu juga yang saya ingin ucapkan buat sahabat semua yang sudi bertandang ke laman ni.

Dah lama tak update sebarang berita kini saya tampil seketika untuk mewar-warkan bahawa bermula dari bulan Disember 2013 yang lepas 2 Puteri kini telah melangkah setapak lagi dalam industri perniagaan ini.

Alhamdulillah, kini buat pengguna semua boleh menikmati pelbagai hidangan enak yang diolah menggunakan Produk 2 Puteri. Semuanya di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping.

Pelbagai menu yang enak disediakan buat pelanggan kami antaranya:-

1) Char Kueyteow 2 Puteri

2) Mee Goreng 2 Puteri

3) Mee Rebus Tok Perak

4) Nasi Rendang Ayam

5) Nasi Maharaja

6) Nasi Lemak

7) Pulut Kuning

Yang istimewanya semua hidangan yang disediakan itu menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri sebagai heronya (ramuan utama) manakala Cili Boh Asli 2 Puteri turut digunakan dalam beberapa hidangan. Termasuk masakan Sup Daging yang istimewa tau.

Mungkin 2puteri di wordpress ni akan senyap seketika dari arena perblogkan ini (amboi ayatttt heheh) namun Insyaallah kalau ada kesempatan kita akan bertemu kembali di sini.

Doakan kejayaan kami dan berilah sokongan jika sudi πŸ™‚ Kami amat menghargainya!

Terima kasih semua…..

Assalamualaikum..

Jumpa di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping nanti!!!! Insyaallah puas hati…. πŸ™‚

2 puteri yang turut membantu
Advertisements

CAbaran G1GIH – Anjuran Agensi Inovasi Malaysia (AIM) : Part 2

Salam semua πŸ™‚

Ingat lagi tak cerita saya pasal Cabaran G1GIH anjuran Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang saya sertai sekitar Bulan Mac dulu? Ada ceritanya kat sini….

Ha… Nih saya nak ceritakan perkembangannya kay πŸ™‚

Actually, lepas saya kirimkan borang melalui talian tempoh hari idak le saya pikirkan sangat pasal tu dah. Nak nak pulak bile yang ditunjukkan kat TV masa Berita Perdana lebih banyak kepada projek-projek yang hebat je. Saya ni apa le sangat yer tak huhu… Nak pulak bila tetiba dah tak tunjuk sebarang iklan promosi kat TV lagi le saya dah tak harap pa per dah.

Bulan berganti bulan sekarang dah nak ke pertengahan Bulan Ogos dah. So makin tak harap le langsung. Nak pulak saya ni memang payah nak menang mana-mana pertandingan yang disertai heheh…

Tapi… Semalam, yer semalammmm… Masa tengah ralit menulis N3 pasal Persiapan Raya… Raya dah dekat wehhhhh… saya terdengar bunyi motor Mr Postmen. Tapi menulis lagi penting huakkkk saya tak endahkan je la pasal surat yang dihantar. Kang-kang le kononnnya lepas habis menulis saya gi le ambik. Tapi lepas menulis saya siapkan kerja lain pulak terus terlupa. Heheh.. Tu le tangguh le lagi kerja. Jangan amalkan tau!

Mr Hb balik dari kilang terus dia serahkan envelope pos express pada saya. Eh.. Yer la surat heheh. Cuak gak mulanya tapiiiiii Alhamdulillah!!!!! Rupanya envelope dari AIM la. Terus saya buka dan lihat Wow!!!! Saya dapat hadiah dari cabaran G1GIH yang saya sertai dulu.

Syukurrrr sangat-sangat. Alhamdulillah. Walaupun sekadar mendapat hadiah saguhati tapi cukup besar pada saya. Hati berbunga suka.

Selain daripada hadiah berupa wang tunai turut disertakan sijil penyertaan dan surat ucapan tahniah. Syukur Alhamdulillah. Hadiah ni macam hadiah 3 tahun penubuhan syarikat dan semperna raya gak heheh.

 

 

Alhamdulillah…. Terima kasih Agensi Inovasi Malaysia (AIM) – atas kemenangan ini, terima kasih TM – atas sebab saya dapat masuk talian untuk sertai pertandingan nih, terima kasih Pos Malaysia – sebab hantarkan envelope pos express yang bermakna nih, terima kasih MR Hb – izinkan saya masuk cabaran nih dan terima kasih buat semua yang doakan dan menyokong kami selama ini. Terima kasih sekali lagi…

Ewahhhh ngengada kan hahaha… But I mean it :]

πŸ˜‰

Rural Business Challenge 2013: Cabaran yang telah diharungi

Alhamdulillah.. Semalam kami sekeluarga selamat sampai ke rumah. Letih minda baru je nak hilang dah masuk bab nak meletihkan badan pulak hihihi.

Cerita pasal situasi pada hari pembentangan tu? Saya merupakan peserta terawal yang sampai. Pukul 7.49 pagi dah duduk ada di lobby. Pembentangan dijadualkan jam 9.00 pagi. Tapi biasa le dalam hal sampai awal ni. Memang adat kami baik menunggu dari ditunggu tak gitu? πŸ™‚ Nanti jika terlewatΒ  mana nak tahu jadi apa-apa hal buat kita tak boleh sampai naya jadinya. Jadi lagi baik jadi penunggu untuk sesuatu yang bawa kebaikan. Tak ada salahnya….

Bila dah sampai yang terawal nak present pun yang pertama le jawabnya. Entah le apa yang jadi masa presentation tu. Tidak le saya ingat satu apa pun ;D. Nak pulak pandang muka ahli-ahli panel yang ada. Lagi le gelabah jadinya.

 

Tapi apa-apa pun syukur sangat sebab yang selama nih saya bayangkan ahli panel yang tahap keseriusannya yang terlampau tu tak le terpamer pada wajah setiap ahli panel yang ada :). Mesra dalam serius.. Tu pada saya lah πŸ™‚ Yang best jutawan idola para peniaga macam saya, Dr Irfan Khairi pun betul-betul mesra walaupun mungkin pembentangan saya ni tak hebat seperti yang lain. Kali pertama katakan…

Apa pun terima kasih pada setiap ahli panel yang ada masa hari pembentangan tu, staf-staf yang frendly dan krew tv yang menggoncang jiwa ;D. Paling saya bangga sebab Dr Irfan sudi nak pegang tengok Produk 2 Puteri. Bangga saya dibuatnya πŸ˜€

Mana taknya kesudian beliau memberi semangat balik sebab sebelum tu ada dikalangan peserta yang beri komen mengatakan dia tak impress dengan packaging kitarang. Tak pe la.. Nak buat macam mana kalau dia tak impress. Harap-harap orang lain impress hendaknya sebab pandangan mata kita bukannya sama setiap orang kan. Setakat ni itu yang mampu. Insyaallah kalau sudah ada kemampuan nanti saya gajikan sorang pakar dalam design produk jadi masa tu mungkin setanding produk hebat lain.

Anyway pasal peratus potensi kemenangan…? Yang ini tak dapat saya nak agak le sebab rata-rata yang datang punya idea yang hebat-hebat belaka (saya tergolong dalam kategori rancangan perniagaan sebab tak cukup 12 hari untuk jadi 3 tahun). Buat diri ini terasa tak berani nak letak harapan yang tinggi. Cukup sekadar saya dah cuba sedaya upaya moga pihak panel dapat pertimbangkan pencapaian kami dengan sewajarnya.

Masa ditanya apa harapan saya dalam pertandingan ni pun tak dapat saya jawab. Yer la saya ni mewakili satu entiti perniagaan kecik yang diberi peluang akhirnya lepas mencuba berkali-kali. Dulu seringkali saya pergi ke mana-mana dengan harapan yang tinggi tapi kecewa jadi kali ni memang saya tak berani meletakkan harapan yang tinggi. Sebab itu kali ni saya cuma minta a part dari yang saya pernah minta dulu dalam pertandingan yang sama saya sertai last year. Dulu siap minta bangunan kilang dan sebuah lori sebab kilang yang ada sekarang terlalu sempit untuk menyimpan mesin dan stok bahan mentah serta van yang terlalu uzur. Kononnya nak dapatkan Sijil GMPΒ  untuk tambah keyakinan kepada pengguna.

Nak minta peluang pengiklanan pun takut tak dapat sebab hadiah ditawarkan RM10,000 je. Nak beriklan harus beratus ribu itu pasal saya fokus pada idea lain kami iaitu membangunkan produk dibawah jenama 2 Puteri. Walaupun ada antara panel yang mungkin tak berapa setuju dengan keputusan kami ni. Tapi entah la..

Kami di mana???? Nanti saya ceritakan… πŸ™‚

Apa pun terserah pada perbincangan mereka kerana mereka lebih arif dalam bidang masing-masing. Kalau dapat pastinya kami sekeluarga manusia paling gembira walaupun tak kisah le banyak mana yang diberi (walau sekadar hadiah kemenangan seperti yang ditawarkan). Kalau tidak pun kami tetap berterima kasih kerana memberi kami pengalaman yang Insyaallah dapat mengajar kami untuk terus berusaha. Insyaallah.

Kecewa???? Mungkin jika tak terpilih tapi apa pun kami serah pada Allah Yang Maha Berkuasa. Dia memberi kami peluang untuk mengetengahkan Produk 2 Puteri ke mata pihak-pihak yang berkuasa ni pun dah cukup baik. Insyaallah dengan ini kami akan lebih berlapang dada untuk terima sebarang keputusan.

Terima kasih tak terhingga pada Dr Irfan Khairi yang sudi beri idea dalam masa yang singkat pada kami. Insyaallah akan kami cuba buat yang terhabis baik (yang ni janji pasti cuba tau) untuk jayakannya sebab memang itulah target awal kami sebenarnya.

Terima kasih banyak-banyak semua yang sudi doakan kami dan terima kasih yang tak terhingga pada semua ahli panel dan staf-staf di Rural Business Challenge yang sudi mendengar pembentangan saya yang tak seberapa tampoh hari. Pengalaman ini amat berharga buat saya sekeluarga. Moga kejayaan dan kebaikan buat kita semua hendaknya. Aaamiin…

Terima kasih sekali lagi…

Rural Business Challenge… Doakan saya yer ;)

Hari ni saya nak khabarkan satu berita gumbira buat semua. Actually berita ni dah saya terima hari Khamis lepas tapi dek masalah kesuntukan masa baru hari nih saya dapat war-warkan.

Syukur Alhamdulillah syarikat kami tercalon untuk senarai short list untuk cabaran peringkat kedua Rural Business Challenge. Alah pertandingan yang saya citakan kat sini dulu… Syukur penyertaan kali kedua membuahkan hasil.

Penyenaraian syarikat kami dalam kategori Idea Perniagaan. Kategori ni untuk perniagaan yang masih belum wujud hingga kepada syarikat yang telah ditubuhkan kurang 3 tahun. Sedih gak sebab kalau nak tahu 27 Julai nih kami masuk tahun ke3 penubuhan syarikat. Tinggal lagi 13 hari dari sekarang. Tapi dah itu ketentuan Ilahi terima seadanya. Dia lebih tahu rahsia yang diaturNya kan πŸ˜€

Memang la ada setapak lagi cabaran yang harus diharungi. Tapi dah tercalon pun terasa besar hati sangat-sangat. Nak ikutkan siapa le kita ni kan… Amboiii tangkap rendah diri le pulak heheh. Tapi itu tandanya sedar diri yer tak hahahah.

Untuk pertandingan kali kedua ni saya harus bentangkan idea perniagaan ni dihadapan para panel yang dilantik yang terdiri daripada antaranya Dr Noor Irfan Khairi, jutawan internet dari syarikat Irfan Khairi Sdn Bhd yang merupakan duta Rural Business Challenge nih.

Perghhh gayat gak le hati nih rasanya. Mampukah….?!?

Dah lama tak bercakap terutama di hadapan public. Adakah masih ada taring heheh. Sejak duduk dibelakang tabir nih selalunya bab-bab bercakap ni saya tolak pada Mr Hb. Baik face to face mahupun melalui telefon memang Mr Hb le yang mewakili saya. Nah sekarang yang paling besar sudah mari. Nak tolak kat Mr Hb tak leh… Dup dap dup dap jantung nih. Risau ya amat..

Macam nak tempuh ribuan lorong berliku dalam maze lak hikhik….

Doakan kejayaan saya yer. Harap-harap smooth le esok ;]

Yer betul… Esok pembentangan tuh. Tu yang gelabah lebih sikit tuh. Kertas kerja dah siap tapi dek kerana ini pengalaman pertama jadi saya tak pasti yang saya sediakan tuh benar-benar menarik atau tidak. Tapi base on time limit yang diberi rasanya ok kot.

Sessi soal jawab paling saya gusarkan sekarang. Tak tahu apa yang akan ditanya. Dan tak tahu kemampuan saya menjawabnya. Harap-harap saya dapat berikan satu jawapan yang bernas dan tepat supaya pihak panel yakin dengan idea yang akan saya lontarkan hendaknya.

Doakan kejayaan saya yer…

Thanks all πŸ™‚

 

Rural Business Challange & Promotion at Tesco Store

Rural Business Challenge… Yep, Rural Business Challange datang lagi. Tahun ni pihak KKLW anjurkan challenge ini dengan 2 kategori. Yang pertama untuk nak kembangkan perniagaan. Yang ni hadiahnya sampai RM2 juta tau…. Tapi 2 Puteri tak layak sebab kurang berapa bulan je lagi nak 3 tahun operasi yang jadi syarat utama kategori ni. Sedih kan… Sebab kalah 3 bulan je huhu untuk penuhi syarat.

Kategori kedua pulak untuk yang nak mulakan business. Hadiahnya cuma RM10,000.00 untuk 10 pemenang bertuah. Yang ni je la yang boleh kami enter. Kategori ni sebenarnya tak terhad pada yang dah buka perniagaan tapi untuk yang baru nak cadang juga. Tapi kertas kerja kena mantop le yer.

Tahun ni tahun ke2 kami sertai cabaran ni.Β  Tahun lepas kami sertai juga tapi hampa mungkin terbatas atas faktor usia perniagaan sebab amsa tu masih belum ada kategori lagi. Hara-harap tahun ni cerah le hendaknya peluang tu…

Tah le ada harapan ke tak.Β  Harusnya yang masuk tu pun yang lagi hebat. So tak berani nak cakap la peluangnya.Β  Memang tawakal je la. Tapi kalau ada rezeki syukur Alhamdulillah yer tak.

Memang berharap sangat yang rezeki cerah le untuk kami, leh buat modal untuk projek 2 Puteri yang diplanning selama ni. Kitarang ni bab planning untuk kembangkan Produk 2 Puteri ni memang banyak. Rasanya hebat sebab idea datang dari otak orang yang hebat hahahah. Tapi tu le modal je yang bekukan planning kitarang dari jadi kenyataan. Letih gak le bila macam ni tapi tu le pengajarannya, jangan nak terus-terus buat perniagaan macam kitarang ni kalau modal takat RM20-RM30 ribu je. Lagi baik buat projek bakeri kat umah jual kat kengkawan diluar sana. Lagi selamat. Pulangan pun lumayan. Kot bidang macam kitarang ni modal permulaan sebaiknya RM beratus ribu baru le lega sikit. Lega sikit je tau sebab banyak lagi yang nak kena harung bila dah masuk bidang ni.

Jangan tak percaya, nak mula business ni kena ada premis kilang (walaupun kecik tapi kena ikut standard KKM), kena ada segala mesin bagai, pekerja lagi, nak upgrade pembungkusan produk la dan semua-semua la. Tak masuk lagi yang runcit-runcit macam bahan mentah, sijil-sijil dan lesen-lesen yang nak kena ada duit gak, pengangkutan dan macam-macam lagi la. So lagi baik pastikan ada modal beratus ribu baru joint dalam bidang ni. Kalau tak…. Payah sesangat nak kayuh untuk berjaya. Jadi le cam kitarang terhegeh-hegeh walau produk dah sampai kat Hypermarket nun.

Berkenaan promosi di Tesco Store, ada 5 cawangan yang ditawarkan kat kitarang. Semuanya date berlainan. So boleh le serang kat setiap cawangan untuk dapatkan produk kitarang yer. Ni jadualnya:

  1. 18-19 Mei 2013 – Tesco Store Ampang
  2. 1-2 June 2013 – Tesco Store Kajang
  3. 15-16 June 2013 – Tesco Store Puchong
  4. 17-18 August 2013 – Tesco Store Mutiara Damansara
  5. 31 August – 1 September 2013 – Tesco Store Shah Alam

Insyaallah masa tu nanti rasanya kitarang tak buat produk sampling macam biasa tu. Yang rasa-rasa tu sebab nak masak kat mana nak bagi orang rasa yer tak. Nak hantar dari sini jauh tu… So kitarang decide untuk bagi PERCUMA 1 bungkus Cili Boh Asli 2 Puteri 280g untuk setiap pembelian Produk 2 Puteri Insyaallah. Tak kisah le nak beli Sos Char Kueyteow 2 Puteri ke, Cili Boh Asli 2 Puteri ke giftnya sama heheh. Tu je yang termampu buat masa ni. Insyaallah kot next time ada rezeki lebih kitarang akan bagi lebih lagi, Insyaallah. So jemput-jemput la yer nanti ke cawangan Tesco Store yang dimaksudkan pada tarikh-tarikh berkenaan dan dapatkan Produk 2 Puteri ya.

Jabatan kerajaan/pihak berwajib, tolong kami bantu kami…

Beberapa minggu lepas saya dapat satu email bertanyakan tentang maklumat produk kerana diarang berminat untuk pasarkan produk 2 Puteri ke pasaran luar negara. Isk tak sangka ada gak yang sudi mengetengahkan produk kitarang. Tapi dalam syok tu terasa risau gak tetiba satu syarikat besar berpangkalan kat Amerika tunjuk minat terhadap produk keluaran syarikat kami yang kecik ni. Boleh percaya ke yang company ni benar-benar wujud. Betul ke company ni betul-betul berminat? Banyak persoalan yang timbul dalam benak.

Dalam tengah pikir-pikir tu saya check dulu company diarang. Wujud ke tidak. Tengok yup.. Bukan spam ke hapa tapi company diarang pasarkan produk games dan yang seangkatan dengannya. Saya pun balas le reply lebih kurang. Menolak le kononnya tapi dibalas balik dengan menunjukkan yang company diarang turut pasarkan produk makanan dan pelbagai lagi… Amboiii besar le company diarang. Eiii rupanya ada cabang lain rupanya diarang ni. Jual produk yang kebanyakannya dari China. Banyak pulak tu produk yang diarang jual. Dari serbuk lada hingga ke mesin untuk industri perkilangan, semua ada. Nak pulak bila tengok jumlah order yang diarang ambik 2 tone le 50 carton le bagai. Camner nih. Kami dah le tak pandai bab-bab ni. Kang tersilap setuju ada masalah lain pulak timbul. Dalam dok pikir tu jawapan tak le bagi lagi sebab pertama-tama kena pikir cari lobang yang terbaik untuk beri khidmat nasihat, pastu baru bergerak ke arah mana yang perlu.

Dalam dok pikir-pikir terlintas nak cari agensi kerajaan yang berkaitan untuk bertanyakan panduan dan syarat-syarat untuk pasarkan produk.


Mula-mula saya singgah kat Mida (Malaysian Investment Development Authority). Tanya le kot diarang leh bantu, rupanya Mida ni untuk pengusaha yang nak meningkatkan tahap kilang diarang jadi yang lebih baik. Cam nak besarkan ke, nak beli mesin ke hapa gitu le kot. Tapi yang diarang layan cuma pada yang buat jualan RM2.4juta setahun. Paling sikit pun RM500ribu. Amboiii mak, paling cepat pun leh guna khidmat diarang 15 tahun lagi kot (hahahah berangan le sangatttt). Diarang suruh gi ke Miti pulak. Sib baik bersebelahan je heheh. Saya pun tuju le ke Miti (Ministry of International Trade and Industry) pulak. Lepas saya terangkan serba sedikit tentang tujuan kami serba sedikit, baru kami tahu yang Miti cuma buat pada selected country. Kot country yang diarang tak select tak leh bantu. Adoi mak… Susah le ini machiam. Diarang suruh ke Matrade pulak. Gocoh-gocoh kami ke Matrade yang berlokasi di tempat lain pulak.

Sampai kat Matrade (Malaysian External Trade Development Corporation) dalam kul 3.00 lebih. Elok tanya pada receptionist yang ada rupa-rupanya pegawai yang berkenaan tak masuk le pulak. Sebenarnya Matrade sewa je kat situ dan hanya hari Selasa dan Rabu je yang dia ada. Kalau tak base kat KL. Udah balik tangan kosong le wajabnya. Lepas selesai kerja-kerja yang lain kami bertolak balik dalam hujan. Umpama hati yang sedih ni huhu ‘(

Awal pagi Rabu kami try call pegawai Matrade tapi lepas dua kali contact masih tak berjawab, saya try pulak hunting line diarang ke KL nun. Sib baik disambut. Lepas cerita serba sedikit tentang tujuan kami pegawai berkenaan beritahu yang kami tak layak untuk export produk ke oversea sebab bukan company Sdn Bhd. Kalau register kepada Sdn Bhd (Sendirian Berhad) baru boleh tapi kena register dengan Matrade pulak. Aduhhhh nampaknya peluang berkubur sebelum bermula le. Nak register company jadi Sdn Bhd kena RMribu-ribu. Kalau tak salah RM2000.00 kot paling kurang. Pastu kalau dah jadi Sdn Bhd kena cari Company Secretary untuk urus segala berkaitan akaun. Tah berapa kena bayar untuk khidmat diarang. Mana nak kena sediakan produk ikut speck pihak pemborong untuk membolehkan produk sampai ke sana. Aduh susahnya jadi pengusaha ni.

Kalau boleh tu kalau ada kes macam kami ni bagi le khidmat nasihat atau panduan supaya kami tak terkial-kial sendiri. Jangan le tolak sana sini. Kalau boleh, bantu kami supaya dapat pasarkan produk seperti yang diminta oleh pihak sana. Bukan ke ni satu dari hasrat kerajaan untuk pasarkan produk Malaysia ke pasaran antarabangsa? Jadi kenapa bila ada peluang, tak di cuba ketengahkan? Mana yang betulnya. Atau peluang ni hanya untuk company yang gah (ada nama) dan ada duit banyak sahaja? Kami pergi untuk minta khidmat nasihat supaya syarikat yang kecil dapat berkembang menjadi besar Insyaallah. Tapi yang kami dapat sebaliknya. ‘Terkubur sebelum bermula’ itu yang lebih tepat. Sedih tapi itulah realiti sebagai sebuah syarikat kecil yang cuba menongkah arus. Daratan luas hampir digapai namun ada yang menolak supaya hanyut lebih jauh lagi.

Atau sekurang-kurangnya pihak yang berkenaan seperti Fama, Mardi, Sirim, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, SME Corporation, Matrade, Miti atau lain-lain kementerian yang berkaitan la kenalpasti produk atau syarikat yang ada potensi untuk diketengahkan. Jangan cuma pilih syarikat yang besar-besar sahaja kerana syarikat-syarikat kecil juga boleh menjadi besar andai ada landasan yang betul. Saya tengok banyak cabang yang pihak kerajaan sediakan dan war-warkan. Sampai pening kepala nak pilih masa satu yang sesuai dengan kita. Tapi bila kita cuba approach pihak sana tunding pihak sini, pihak sini kata pihak sinun. Pihak sinun kata ok tapi senyap sunyi sampai kesudah. Akhirnya yang merana kami pengusaha kecil. Jangan cuma dipandang ijazah yang bergulung-gulung andai kami dapat buktikan kami masih mampu bersaing. Jangan dibaca terlampau dalam pada pencapaian jualan kalau modal untuk memasarkan produk terlalu kecil. Dan jangan dihalang perkembangan sesuatu produk andai dikatakan tidak didalam golongan yang berkenaan sahaja. Bantu kami dengan bimbingan. Bantu kami dengan nasihat dan tunjuk ajar. Dan bantu kami dengan kewangan yang sepatutnya supaya kami akan capai matlamat sebagai satu syarikat IKS yang berjaya.

Mungkin pengalaman dulu dikatakan punca pengusaha yang ada sekarang susah mendapat bantuan kewangan. Itu memang tidak dinafikan tetapi jangan kerana salah orang lain terpalit pada kami. Yang sewajarnya pantau secara dekat sebelum dan selepas diberi bantuan. Insyaallah, jauh mana dapat kami lari kalau pihak yang berwajib sentiasa ada berdekatan. Kalau payah suruh sign satu agreement yang nyatakan lepas dapat pinjaman, kalau tak bayar pihak kerajaan boleh ambik dari akaun syarikat yang ada tanpa perlu bnyak bicara. Alah nak ambil duit sendiri harus ada je cara yang boleh diikhtiarkan betul tak. Tapi jangan le sampai kami pulak yang teraniaya. Banyak dah syarat pihak berwajib tuntut dah kami cuba penuhi jedi kalau bahagian kami ni tolong le pulak. Baru le win-win situation… Tak gitu????

Cabaran G1GIH – Anjuran Agensi Inovasi Malaysia (AIM)

pihak Kementerian Inovasi buat satu cabaran yang diberi nama G1GIH untuk semua rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti menambahkan pendapatan keluarga dalam bidang keusahawanan. Tak kira cara apa pun janji menambahkan pendapatan keluarga. Kira penambahan pendapatan paling kurang RM1000.00 pun dah boleh masuk cabaran ni.

Ganjaran diberi untuk sesiapa yang terbukti berjaya mengubah diri sendiri jadi orang yangΒ  berjaya. Kira RM1000.00 yang kita dapat ekstra tu hasil usaha kita le nak ubah diri jadi lebih baik. Kepada yang berminat boleh lah mengisi borang di www:gigih.my.

Cerita lebih lanjut di asamgaram2puteri.blogspot.

Kursus Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)

Pada 21 hingga 23 Januari lepas saya telah hadiri Kursus Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri atau lebih dikenali sebagai MeSTI anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama KPW Bagan Serai.

Bermula pada tahun 2014 depan, semua pengusaha IKS dikatakan wajib mendapatkan Sijil berkenaan untuk memberi jaminan kepada para pengguna tentang keselamatan produk hasilan pengusaha IKS seperti kami. Insyaallah kami bagi pihak 2 Puteri akan berusaha untuk mendapatkan sijil ini Insyaallah.

Sijil yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Malaysia ini adalah garispanduan terkini yang dikeluarkan kepada para penguasaha. Sebelum ini kami telah mendapat status ‘selamat’ ini dibawah Akta Keselamatan Makanan tahun 1983. Jadi kami harus berusaha untuk menukar status ini kepada MeSTI seperti yang baru dikuatkuasakan pada Oktober 2012 yang lalu. Ianya meliputi carakerja dan insfrastruktur bangunan premis kami.

Insyaallah dengan pengalaman dan carakerja yang kami amalkan ianya tidak mustahil. Namun kemudahan insfrastruktur bangunan mungkin akan membataskan kami kerana binaan bangunan kami sebelum ini tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.

Untuk membaikpulih kami memerlukan dana yang besar yang pada masa ini dengan modal yang terhad agak sukar untuk kami realisasikan. Namun kami akan usahakan juga demi untuk memberikan yang terbaik pada pengguna 2 Puteri semua. Moga-moga kami akan peroleh bantuan dari mana-mana pihak kementerian untuk mengatasi masalah ini hendaknya. Insyaallah. Jika ada syukur ianya akan terealisasi cepat tapi jika tidak juga… Macam biasalah kami akan kumpulkan modal perlahan-lahan. Insyaallah. Doakan kami dapat memberikan yang terbaik buat pengguna produk 2 Puteri semua ya! πŸ˜€

Cita-cita kami Insyaallah satu hari nanti 2 Puteri akan capai tahap yang sebegini hendaknya aaamiin… πŸ™‚

Usaha Tangga Kejayaan

Sekadar cebisan perkongsian…

Dalam berniaga bermacam-macam halangan yang harus ditempuhi. Bukan mudah untuk uruskan sesebuah perniagaan terutama buat yang baru hendak memulakannya.

Rezeki dikatakan 99% datangnya dari perniagaan namun kalau tidak kuat mengharung segala dugaan yang datang ianya tak mungkin akan jadi kenyataan. Untuk peroleh rezeki yang halal dari 99% itu seseorang peniaga harus berusaha memberikan yang terbaik buat pelanggan. Jangan sekadar mengambil kesempatan atas apa yang dilakukan. Insyaallah jika itu yang disediakan ianya pasti akan jadi kenyataan.

Selain daripada itu, pastikan yang paling

utama perlu ada target, kuatkan tekad dan banyakkan kesabaran dalam diri. Ini saya perincikan dalam santai 2 Puteri.

Insyaallah dengan bekalan ini kejayaan pasti milik kita kelak… πŸ™‚