2 Puteri kini di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping

Maafkan kami…
Maafkan kami…

Sebahagian lirik lagu Maafkan Kami dendangan Tan Sri P. Ramlee dengan rakan-rakannya.

Sebenarnya itu juga yang saya ingin ucapkan buat sahabat semua yang sudi bertandang ke laman ni.

Dah lama tak update sebarang berita kini saya tampil seketika untuk mewar-warkan bahawa bermula dari bulan Disember 2013 yang lepas 2 Puteri kini telah melangkah setapak lagi dalam industri perniagaan ini.

Alhamdulillah, kini buat pengguna semua boleh menikmati pelbagai hidangan enak yang diolah menggunakan Produk 2 Puteri. Semuanya di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping.

Pelbagai menu yang enak disediakan buat pelanggan kami antaranya:-

1) Char Kueyteow 2 Puteri

2) Mee Goreng 2 Puteri

3) Mee Rebus Tok Perak

4) Nasi Rendang Ayam

5) Nasi Maharaja

6) Nasi Lemak

7) Pulut Kuning

Yang istimewanya semua hidangan yang disediakan itu menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri sebagai heronya (ramuan utama) manakala Cili Boh Asli 2 Puteri turut digunakan dalam beberapa hidangan. Termasuk masakan Sup Daging yang istimewa tau.

Mungkin 2puteri di wordpress ni akan senyap seketika dari arena perblogkan ini (amboi ayatttt heheh) namun Insyaallah kalau ada kesempatan kita akan bertemu kembali di sini.

Doakan kejayaan kami dan berilah sokongan jika sudi 🙂 Kami amat menghargainya!

Terima kasih semua…..

Assalamualaikum..

Jumpa di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping nanti!!!! Insyaallah puas hati…. 🙂

2 puteri yang turut membantu

Saat Hampa: Promosi yang dirancang tidak kesampaian

Dalam post saya baru-baru ni saya ada cakap yang kami akan adakan promosi di semua cawangan Tesco Store bermula 20 June lepas hingga 25 Julai depan kan… Dengan penuh dukacitanya saya nak announcekan bahawa ianya tak jadi kenyataan huhu… Sayu bebeno beb… Srotttttt (cet gili pulak dengo huh).

Pertama-tama sebelum apa-apa saya sekeluarga mohon maaf pada sahabat yang kehampaan sebab produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri masih dalam harga yang sama. Actually saya pun tak tahu apa masalahnya sebab saya dah berurusan dengan pihak Tesco Store berkenaan promosi ini sejak bulan Mei yang lepas. Memang urusan ni tak mudah rupanya. Even kami bukan setakat sekali dua memaklumkan kepada pihak mereka berkenaan hal ini. Entah lah…

Mungkin kami sekadar satu syarikat yang kecil jadi perhatian tentang produk keluaran kami ni agak kurang diberikan. Jadi bila urusan yang agak luar biasa begini (belum pernah mana-mana pihak dari SME nak adakan promosi kecuali Jalen yang dah gah tu) keadaan jadi agak sulit sedikit.

Kami benar-benar mohon maaf pada semua dan kami tetap akan teruskan hasrat untuk mengadakan promosi dalam kadar segera yang mampu. Insyaallah… Doakan ianya jadi kenyataan dan amat besar harapan kami ianya jadi kenyataan kerana bagi kami ini sahaja yang kami mampu lakukan untuk menyatakan penghargaan kami buat pengguna semua buat masa ini.

Insyaallah kami akan cuba follow up lagi dengan pihak yang berkenaan dalam kadar yang segera…

Promosi Sos Char Kueyteow 2 Puteri di Tesco Store bermula 20 Jun – 25 Julai 2013

Ya Allah… Boleh terlupa saya yang kami ada promosi beli 1 percuma 1 di Tesco Puchong pada 15-16hb yang lepas. Iyer… Sabtu ngan Ahad semalammm. Jadual pack sangat sampai tak ingat nak war-warkan kat sini. Aduhaii apa le saya ni. Dah tua-tua ni cam tu le banyak sangat yang terlupanya. Banyak makan semut kot hehe.

Berakhirnya semalam promosi kat Tesco Puchong tu bermakna berakhirnya promosi ini buat sementara waktu. Ada 2 lagi lokasi yang dijadualkan tapi kedua-duanya bulan Ogos depan. Satu di Tesco Mutiara Damansara pada 17-18 Ogos dan yang terakhir 31 Ogos – 1 September di Tesco Shah Alam. Insyaallah yang ni akan saya war-warkan nanti kay. Insyaallah.

Sebenarnya fokus saya terlari sikit minggu nih. Jadual yang sedia banyak ni ditambah dengan lawatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk persijilan MeSTI, SME Corporation dan menghasilkan produk. Sepatutnya ada seminar yang kena attend hari Jumaat lepas pun dah termiss gak. Dah malam baru hengat. Ada ke patut heheh. Harapnya pihak UUM tak blacklistkan kitarang jika ada apa-apa rancangan kelak. Memang tak ingat langsung. Bukan tak der diary catat sebarang urusjanji tapi macam saya cakap tadi bila fokus dah kacau memang baca apa yang tercatat pun leh tak betul. Naya tul…

Dah nama KKM nak datang… Banyak le yang kena check! Jangan silap kalau rasa nak buat derk je dengan kedatangan diarang nih. Kang tak pasal-pasal ada yang tutup premis perniagaan hihi. Sebenarnya kitarang ni tak le ada masalah apa pun kalau diarang nak datang mengejut ke hapa. Insyaallah semuanya dijalankan dan penjagaan tip top. Sehabis baik kitarang buat supaya tak timbul sebarang masalah dalam menghasilkan produk untuk semua. Tapi dah tabiat kot. Dada nih tetap dup dap kencang gak walau dah lali dengan lawatan pihak kementerian nih hehe. Nanti saya ulas pasal kedatangan diarang nih kay.

piZap.com free online photo editor, fun photo effects

Fokus kitarang yang lebih sebenarnya untuk adakan promosi penurunan harga bagi produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri di seluruh Tesco Store bermula 20hb Jun – 25 Julai 2013 nih. Ni kira nak tunaikan janji macam yang saya cakap tu hari yang kami akan usahakan adakan promosi untuk semua pengguna Produk 2 Puteri seluruh Malaysia yang lain juga. Takkan dengar je kitarang buat promosi kat lokasi-lokasi terpilihkan. So nak bagi fair kami tengah usahakan agar ianya terrealisasi. Isnyaallah…

Tapi tu le… Entah le jadi ke tak sebab surat yang kitarang hantar dulu tak le pihak Tesco jawab. Melalui perbincangan menerusi panggilan tepon katanya bila sampai masanya pihak Tesco akan letak tanda je kata promosi sedang dijalankan. Isk tu yang berdebar tu… Nak tunggu 20hb terasa lama sangat tapi sehari-sehari rasa cam pantas berlalu. Camno tu?!?

More promotion will come 2 U… Insyaallah dalam perancangan

20hb nanti saya akan lawat Tesco Store dan harap ianya terlaksana. Walaupun nak buat promosi ni pun kita yang kena bayar, tapi bukan mudah rupanya nak realisasikannya. Entah le camno syarikat besar tu yang dok saban waktu buat rangka promosi. Tapi mungkin sebab kami ni baru first time nak buat tu kot yang terasa susah. Next time akan jadi mudah hendaknya.

Ok udah tengok gambo kilang kami yang serba sederhana sangat tu??? Hhehe. Terima le seadanya heheh. Kat ateh tu ngan kat bawah ni le ghope kilang kami yang tak seberapa untuk tatapan mengkome yer. Udah tuko gaya bahase la pulakkkk. Harap-harap korang puas hati le yer. Tu bukan gambar lama yer. Tarikh kat camera tu je yang terlama sebab tukang ambik gambo nih masa tukar bateri terlupa nak update tarikh baru. 2005 saya baru rasa di alam fana cinta dengan Mr Hb heheh. Bangunan ni pun tak der lagi hahah.

Cam tu le rupa kilang kami yang tak seberapa nih. Ok dah pueh tengok kan hihih… Jangan lupa yer 20hb Jun ni hingga 25 Julai nanti usha-usha Sos Char Kueyteow 2 Puteri di Tesco Store yang berdekatan. Insyaallah kami beri penawaran harga yang berpatutan buat anda!

Announcement!!!! Produk 2 Puteri dah sampai ke Tesco Extra Seberang Jaya dahhhh

Bulan ni memang busy sikit dengan aktiviti kat sini. Mana taknya kebetulan tempoh promosi boleh dikatakan hampir serentak antara Tesco dan Mydin. Tapi tu le Tesco cuma beberapa lokasi je la. Pihak Tesco Store yang bagi lokasi-lokasi tu. Mydin Insyaallah semua cawangan. Tapi buat sahabat kat lokasi lain yang memang pengguna Produk 2 Puteri atau yang nak try, Insyaallah kami akan usahakan untuk adakan promosi kat seluruh cawangan Tesco Store kay… 🙂

Sebenarnya saya nih nak war-warkan yang Produk 2 Puteri dah ada di Tesco Extra Seberang Jaya, Pulau Pinang dahhhh. Dah lebih seminggu rasanya tapi tu ler dek kerana terextra busy saya pun hampir terlupa nak cerita. Alhamdulillah, sib baik tak le lama sangat memori nih dah mari semula hahahha. Tak terlewat le sangat kan heheh.

Ramai sahabat yang tinggal area Seberang Jaya, Bertam dan beberapa tempat lagi (tak teringat pulak mana lagi…heh) yang bertanya tentang Produk 2 Puteri nih. Haha sekarang dah sampai dah. Dah mai dekat dahhh. Jadi jangan lepaskan peluang ya!

Dengan kemasukkan Produk 2 Puteri di Tesco Extra Seberang Jaya ni bermakna sudah 35 cawangan Tesco Store seluruh Malaysia dah Produk 2 Puteri dipasarkan. Dan ini merupakan cawangan ke 5 untuk pasaran seluruh Pulau Pinang dan ke 4 dibawah rangkaian Tesco Store di Pulau Pinang ni. Syukur Alhamdulillah… Harap-harap ianya semakin berkembang bagi memudahkan sahabat semua mendapatkan produk kami ini.

Insyaallah harganya memang amat berpatutan. Nak pulak setiap satu (Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri) boleh dipelbagaikan memang ianya amat berbaloi. ‘Value for money‘ kata opah heheh. Nak cuba resepi-resepi yang enak boleh rujuk kat bahagian Resepi 2 Puteri atau Resepi Hebat 2 Puteri di halaman 2Puteri.wordpress.com kay yang saya sisipkan kat sebelah kanan setiap laman. Antara resepi tu ialah Sambal Tumis Ikan Bilis 2 Puteri, Terung Goreng Sambal 2 Puteri, Sambal Kicap Sos Char Kueyteow 2 Puteri, Hati Daging Masak Jintan 2 Puteri dan pelbagai hidangan enak lain.

Announcement!!!! Tawaran Hebat Produk 2 Puteri di cawangan Tesco Store & Mydin Hypermarket kini kembali

Tawaran hebat di Pasaraya Tesco Store terpilih…!!!

  1. 18-19 Mei 2013 – Tesco Store Ampang
  2. 1-2 June 2013 – Tesco Store Kajang
  3. 15-16 June 2013 – Tesco Store Puchong
  4. 17-18 August 2013 – Tesco Store Mutiara Damansara
  5. 31 August – 1 September 2013 – Tesco Store Shah Alam
BELI mana-mana 1 Produk 2 Puteri
(Sos Char Kueyteow 2 Puteri 350g & Cili Boh Asli 2 Puteri 280g)
AKAN Diberi…
PERCUMA
1 bungkus Cili Boh Asli 2 Puteri 280g

Dan…..

Tawaran Hebat di semua cawangan Mydin Hypermarket…

PENURUNAN harga
yang terbaik untuk
SETIAP pembelian Sos Char Kueyteow 2 Puteri 350g
bermula dari 23 Mei – 3 June 2013 sahaja
semperna Snack & Party Fair
CEPAT DAPATKAN Produk 2 Puteri yang bermutu ini SEKARANG!!!!

Rural Business Challange & Promotion at Tesco Store

Rural Business Challenge… Yep, Rural Business Challange datang lagi. Tahun ni pihak KKLW anjurkan challenge ini dengan 2 kategori. Yang pertama untuk nak kembangkan perniagaan. Yang ni hadiahnya sampai RM2 juta tau…. Tapi 2 Puteri tak layak sebab kurang berapa bulan je lagi nak 3 tahun operasi yang jadi syarat utama kategori ni. Sedih kan… Sebab kalah 3 bulan je huhu untuk penuhi syarat.

Kategori kedua pulak untuk yang nak mulakan business. Hadiahnya cuma RM10,000.00 untuk 10 pemenang bertuah. Yang ni je la yang boleh kami enter. Kategori ni sebenarnya tak terhad pada yang dah buka perniagaan tapi untuk yang baru nak cadang juga. Tapi kertas kerja kena mantop le yer.

Tahun ni tahun ke2 kami sertai cabaran ni.  Tahun lepas kami sertai juga tapi hampa mungkin terbatas atas faktor usia perniagaan sebab amsa tu masih belum ada kategori lagi. Hara-harap tahun ni cerah le hendaknya peluang tu…

Tah le ada harapan ke tak.  Harusnya yang masuk tu pun yang lagi hebat. So tak berani nak cakap la peluangnya.  Memang tawakal je la. Tapi kalau ada rezeki syukur Alhamdulillah yer tak.

Memang berharap sangat yang rezeki cerah le untuk kami, leh buat modal untuk projek 2 Puteri yang diplanning selama ni. Kitarang ni bab planning untuk kembangkan Produk 2 Puteri ni memang banyak. Rasanya hebat sebab idea datang dari otak orang yang hebat hahahah. Tapi tu le modal je yang bekukan planning kitarang dari jadi kenyataan. Letih gak le bila macam ni tapi tu le pengajarannya, jangan nak terus-terus buat perniagaan macam kitarang ni kalau modal takat RM20-RM30 ribu je. Lagi baik buat projek bakeri kat umah jual kat kengkawan diluar sana. Lagi selamat. Pulangan pun lumayan. Kot bidang macam kitarang ni modal permulaan sebaiknya RM beratus ribu baru le lega sikit. Lega sikit je tau sebab banyak lagi yang nak kena harung bila dah masuk bidang ni.

Jangan tak percaya, nak mula business ni kena ada premis kilang (walaupun kecik tapi kena ikut standard KKM), kena ada segala mesin bagai, pekerja lagi, nak upgrade pembungkusan produk la dan semua-semua la. Tak masuk lagi yang runcit-runcit macam bahan mentah, sijil-sijil dan lesen-lesen yang nak kena ada duit gak, pengangkutan dan macam-macam lagi la. So lagi baik pastikan ada modal beratus ribu baru joint dalam bidang ni. Kalau tak…. Payah sesangat nak kayuh untuk berjaya. Jadi le cam kitarang terhegeh-hegeh walau produk dah sampai kat Hypermarket nun.

Berkenaan promosi di Tesco Store, ada 5 cawangan yang ditawarkan kat kitarang. Semuanya date berlainan. So boleh le serang kat setiap cawangan untuk dapatkan produk kitarang yer. Ni jadualnya:

  1. 18-19 Mei 2013 – Tesco Store Ampang
  2. 1-2 June 2013 – Tesco Store Kajang
  3. 15-16 June 2013 – Tesco Store Puchong
  4. 17-18 August 2013 – Tesco Store Mutiara Damansara
  5. 31 August – 1 September 2013 – Tesco Store Shah Alam

Insyaallah masa tu nanti rasanya kitarang tak buat produk sampling macam biasa tu. Yang rasa-rasa tu sebab nak masak kat mana nak bagi orang rasa yer tak. Nak hantar dari sini jauh tu… So kitarang decide untuk bagi PERCUMA 1 bungkus Cili Boh Asli 2 Puteri 280g untuk setiap pembelian Produk 2 Puteri Insyaallah. Tak kisah le nak beli Sos Char Kueyteow 2 Puteri ke, Cili Boh Asli 2 Puteri ke giftnya sama heheh. Tu je yang termampu buat masa ni. Insyaallah kot next time ada rezeki lebih kitarang akan bagi lebih lagi, Insyaallah. So jemput-jemput la yer nanti ke cawangan Tesco Store yang dimaksudkan pada tarikh-tarikh berkenaan dan dapatkan Produk 2 Puteri ya.

Sos Char Kueyteow 2 Puteri.. Membantu anda menghasilkan hidangan enak untuk keluarga tersayang!

Sos Char Kueyteow 2 Puteri merupakan satu produk keluaran syarikat kami dalam memberikan satu alternatif buat penggemar Penang Char Kueyteow untuk mendapatkan satu hidangan yang lebih memuaskan selera anda semua! Puas kerana dihasilkan sendiri dan puas kerana rasanya yang enak menepati selera masing-masing. Harganya juga murah dan berbaloi dibeli.

Dengan resepi yang disertakan akan memudahkan kerja-kerja memasak supaya walaupun untuk pertama kali mencuba menghasilkan hidangan ini juga akan mendapat hasil yang memuaskan dan seperti hidangan Penang Char Kueyteow yang sebenarnya. Sesiapa sahaja kini boleh menghidangkan sendiri hidangan Penang Char Kueyteow untuk dinikmati bersama keluarga dalam harga yang amat berpatutan. Ianya dapat memberi kepuasan yang sebenar kerana keenakannya.

Selain hidangan khusus Penang Char Kueyteow, Sos Char Kueyteow 2 Puteri juga dapat diolah untuk lain-lain hidangan antaranya menggoreng pasta, mee, bihun; menambah perisa dalam hidangan Asam Pedas, Sambal Tumis, Masak Kicap dan Nasi Ayam Hainan. Resepi-resepi untuk hidangan-hidangan itu turut kami kongsikan di laman blog Asam Garam 2 Puteri dan 2puteri.wordpress untuk memudahkan anda. ‘Fell Like A Chef!’ Jadi berekperimentasilah dengan Sos Char Kueyteow 2 Puteri kami dan hasilkan hidangan enak dengannya.

 

Ramai juga dikalangan pengguna setia kami kini dapat menambahkan pendapatan mereka dengan menggunakan produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri dalam hidangan mereka. Ada juga yang bersedia menjadi wakil jualan dikawasan tempat tinggal atau tempat kerja masing-masing kerana harganya yang amat berpatutan selain dari kepelbagaian hidangan yang boleh dilakukan. Jika anda turut berminat untuk menyertai kami boleh hubungi kami.

Memiliki status Halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia, Sos Char Kueyteow 2 Puteri boleh digunakan didalam hidangan anda tanpa was-was.

Kini Sos Char Kueyteow 2 Puteri telah menembusi pasaran 34 cawangan Pasaraya Tesco Store seluruh Malaysia dibahagian ‘Produk Malaysia Citarasa Kita’ dan 10 buah cawangan Mydin Hypermarket dibahagian Sos dan bahagian Agrobazaar. Untuk senarai boleh lihat di sebelah kanan laman blog Asam Garam 2 Puteri atau di 2puteri.wordpress. Syarikat juga dalam proses memasarkan Produk 2 Puteri di 22 cawangan Pasaraya Aeon Big sedikit masa lagi.

Dengan harga kurang daripada RM6.00 (350g) untuk sebotol yang dapat menghasilkan sehingga 10 hidangan Char Kueyteow, ianya memang berbaloi. Ayuh dapatkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri di pasaraya berdekatan anda sekarang!

Shope Online di Tesco Store… Dapatkan Produk 2 Puteri di sini

Tesco Store dah lancarkan ‘Shope Online’ baru-baru ni. Wah.. Tak cukup dengan 47 cawangan yer.. Tesco tawar pulak pembelian online. Amboiii sampai setiap cara Tesco cuba dekat dengan pengguna ek. Bagus.. Bagus… Ni le otak bisness namanya.

Segala macam jenis produk yang ada kat Tesco disenaraikan kat dalam laman shopping online ni. Fresh food, grocery, baby products, chilled & frozen dan pelbagai lagi la. Cuba buat waktu ni, mungkin untuk tempoh percubaan pihak Tesco cuma anjurkan di kawasan area Klang Valley je dulu. Kalau ada sambutan Insyaallah kemungkinan diarang akan perluaskan service diarang.


Kalau ada sahabat yang tinggal di Klang Valley yang berminat kena le masuk ke laman web Tesco Store nih di eshop.tesco.com.my. Pastu Sign up sebagai pengguna. Lepas dah sign up maka dah boleh le mula penjelajahan untuk bershopping online. Mudah sangat perkhidmatan yang diarang berikan.

Kot-kot pulak nak tukar produk yang dah dipilih dengan produk lain boleh je buat pengubahan kat situ. Tak der masalah punya. Nak alter banyak mana pun boleh asal jangan dah sampai time diarang buat penghantaran dok nak tukar memang tak le yang tu heheh. Pembayarannya pulak after dah terima barang yang kita tempah tu dan lepas puashati dengan produk yang diarang deliver. Kot tak, boleh pulangkan balik kat diarang.

Senarai barang yang dibeli tadi akan masuk dalam favourite list dalam akaun memasing. So next time kot nak beli dah ada jenis produk yang memang biasa kita beli, tak payah lagi dok scroll sana sini belek listing yang banyak tu. Jimat dah sikit masa yang ada dan tak le naik juling bijik mata lagi dah. Tapi kot nak alter – tambah atau kurangkan lain-lain produk pun masih dibuat lagi.

Nama pun ada produk kat Tesco Store, saya pun apa lagi mula le cari kot-kot Sos Char Kueyteow 2 Puteri ngan Cili Boh Asli 2 Puteri terselit atau tidak dalam senarai. Cari kat Grocery… Amboi banyaknya produk, leh juling nak baca sesatu. Maleh nak belek, saya pergi kat bahagian search dan type Sos Char Kueyteow… Alhamdulillah Ada!!!! Bestnya. Walaupun gambo tak der lagi tapi sekurang-kurangnya sahabat-sahabat masih boleh dapatkan produk kitarang secara online. Butiran lain ada oklah. Cuma harap sedikit masa lagi diarang upload gambo le pulak, baru cunkan heheh.

Kot nak Sos Char Kueyteow 2 Puteri boleh select kat sini

Pastu cari pulak Cili Boh Asli 2 Puteri tapi hampa.. Tak der pun hukhuk.. Sedih akak dikkkk. Sedih dalam gumbira gitu boleh? Nak buat cam ner satu ada satu tak der huk huk. Harap-harap next time akan tersenarai cik Cili Boh Asli 2 Puteri nih.

Tapi macam saya tadi, pergi kat search ada kat belah kanan tu, pastu type ler brand name atau product name. Biasanya kalau dah ada product yang memang jadi favourite kita buat sekian lama mudah le yer tak. Untuk produk baru kena le tengok -tengok kat senarai  atau tulis kat ruang search tu apa yang kita nak cari. Insyaallah ada. Kot nak cari Sos Char Kueyteow 2 Puteri pun boleh dan buat le tempahan korang yer.

Hah.. Kot ada yang berminat nak try perkhidmatan diarang ni cuma perlu bayar RM10.00 je sebagai service payment. Tak mahal mana mana pun kan. So kalau-kalau barang runcit dah nak kehabisan stok boleh le buat tempahan dan tunggu je ketibaannya esok ikut time slot yang kita pilih.
Selamat membeli belah… Jangan lupa dapatkan Sos Char Kueytoew 2 Puteri di Tesco On-line Shop juga!