Rural Business Challenge 2013: Cabaran yang telah diharungi

Alhamdulillah.. Semalam kami sekeluarga selamat sampai ke rumah. Letih minda baru je nak hilang dah masuk bab nak meletihkan badan pulak hihihi.

Cerita pasal situasi pada hari pembentangan tu? Saya merupakan peserta terawal yang sampai. Pukul 7.49 pagi dah duduk ada di lobby. Pembentangan dijadualkan jam 9.00 pagi. Tapi biasa le dalam hal sampai awal ni. Memang adat kami baik menunggu dari ditunggu tak gitu?🙂 Nanti jika terlewat  mana nak tahu jadi apa-apa hal buat kita tak boleh sampai naya jadinya. Jadi lagi baik jadi penunggu untuk sesuatu yang bawa kebaikan. Tak ada salahnya….

Bila dah sampai yang terawal nak present pun yang pertama le jawabnya. Entah le apa yang jadi masa presentation tu. Tidak le saya ingat satu apa pun ;D. Nak pulak pandang muka ahli-ahli panel yang ada. Lagi le gelabah jadinya.

 

Tapi apa-apa pun syukur sangat sebab yang selama nih saya bayangkan ahli panel yang tahap keseriusannya yang terlampau tu tak le terpamer pada wajah setiap ahli panel yang ada🙂. Mesra dalam serius.. Tu pada saya lah🙂 Yang best jutawan idola para peniaga macam saya, Dr Irfan Khairi pun betul-betul mesra walaupun mungkin pembentangan saya ni tak hebat seperti yang lain. Kali pertama katakan…

Apa pun terima kasih pada setiap ahli panel yang ada masa hari pembentangan tu, staf-staf yang frendly dan krew tv yang menggoncang jiwa ;D. Paling saya bangga sebab Dr Irfan sudi nak pegang tengok Produk 2 Puteri. Bangga saya dibuatnya😀

Mana taknya kesudian beliau memberi semangat balik sebab sebelum tu ada dikalangan peserta yang beri komen mengatakan dia tak impress dengan packaging kitarang. Tak pe la.. Nak buat macam mana kalau dia tak impress. Harap-harap orang lain impress hendaknya sebab pandangan mata kita bukannya sama setiap orang kan. Setakat ni itu yang mampu. Insyaallah kalau sudah ada kemampuan nanti saya gajikan sorang pakar dalam design produk jadi masa tu mungkin setanding produk hebat lain.

Anyway pasal peratus potensi kemenangan…? Yang ini tak dapat saya nak agak le sebab rata-rata yang datang punya idea yang hebat-hebat belaka (saya tergolong dalam kategori rancangan perniagaan sebab tak cukup 12 hari untuk jadi 3 tahun). Buat diri ini terasa tak berani nak letak harapan yang tinggi. Cukup sekadar saya dah cuba sedaya upaya moga pihak panel dapat pertimbangkan pencapaian kami dengan sewajarnya.

Masa ditanya apa harapan saya dalam pertandingan ni pun tak dapat saya jawab. Yer la saya ni mewakili satu entiti perniagaan kecik yang diberi peluang akhirnya lepas mencuba berkali-kali. Dulu seringkali saya pergi ke mana-mana dengan harapan yang tinggi tapi kecewa jadi kali ni memang saya tak berani meletakkan harapan yang tinggi. Sebab itu kali ni saya cuma minta a part dari yang saya pernah minta dulu dalam pertandingan yang sama saya sertai last year. Dulu siap minta bangunan kilang dan sebuah lori sebab kilang yang ada sekarang terlalu sempit untuk menyimpan mesin dan stok bahan mentah serta van yang terlalu uzur. Kononnya nak dapatkan Sijil GMP  untuk tambah keyakinan kepada pengguna.

Nak minta peluang pengiklanan pun takut tak dapat sebab hadiah ditawarkan RM10,000 je. Nak beriklan harus beratus ribu itu pasal saya fokus pada idea lain kami iaitu membangunkan produk dibawah jenama 2 Puteri. Walaupun ada antara panel yang mungkin tak berapa setuju dengan keputusan kami ni. Tapi entah la..

Kami di mana???? Nanti saya ceritakan…🙂

Apa pun terserah pada perbincangan mereka kerana mereka lebih arif dalam bidang masing-masing. Kalau dapat pastinya kami sekeluarga manusia paling gembira walaupun tak kisah le banyak mana yang diberi (walau sekadar hadiah kemenangan seperti yang ditawarkan). Kalau tidak pun kami tetap berterima kasih kerana memberi kami pengalaman yang Insyaallah dapat mengajar kami untuk terus berusaha. Insyaallah.

Kecewa???? Mungkin jika tak terpilih tapi apa pun kami serah pada Allah Yang Maha Berkuasa. Dia memberi kami peluang untuk mengetengahkan Produk 2 Puteri ke mata pihak-pihak yang berkuasa ni pun dah cukup baik. Insyaallah dengan ini kami akan lebih berlapang dada untuk terima sebarang keputusan.

Terima kasih tak terhingga pada Dr Irfan Khairi yang sudi beri idea dalam masa yang singkat pada kami. Insyaallah akan kami cuba buat yang terhabis baik (yang ni janji pasti cuba tau) untuk jayakannya sebab memang itulah target awal kami sebenarnya.

Terima kasih banyak-banyak semua yang sudi doakan kami dan terima kasih yang tak terhingga pada semua ahli panel dan staf-staf di Rural Business Challenge yang sudi mendengar pembentangan saya yang tak seberapa tampoh hari. Pengalaman ini amat berharga buat saya sekeluarga. Moga kejayaan dan kebaikan buat kita semua hendaknya. Aaamiin…

Terima kasih sekali lagi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s