Sijil MeSTI – Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri

Ini merupakan sijil penghargaan. Sijil MeSTI yang sebenar masih dalam proses pengaihan oleh pihak KKM

 

7/11/2013 menjadi detik berharga.  Akhirnya usaha 2 Puteri untuk mendapatkan Sijil MeSTI menjadi kenyataan.

Sijil MeSTI – Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri merupakan satu sijil pengiktirafan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia buat pengusaha yang mengamalkan sistem pembuatan produk yang bersih, selamat dan terbaik.

Dalam proses untuk dapatkan sijil MeSTI ni, semua aspek perlu kena titik beratkan. Kalau terkehel mana-mana satu terus tolak. No sijil-sijil..

Macam saya ceritakan tadi, pihak KKM nilai habis semua bahagian. Dari produk (diambil untuk analisa bahan kimianya), bahan mentah, kilang, cara kendali dan kenderaan pun dinilai bersih atau tidak. Selamat pada produk atau tidak…

Terharu dan berasa lega….

So buat para pengguna dan sahabat 2 Puteri – Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri semua… Dapatkan Produk 2 Puteri di pasaran kerana terbukti kini produk yang kami jalankan ini adalah secara bersih, halal dan terbaik untuk semua!

So gunakan tanpa was-was sebab ianya memang berbaloi dan mengenakkan lagi hidangan anda 🙂
Untuk coretan pengalaman sewaktu membuat permohonan untuk mendapatkan sijil MeSTI boleh lawat asamgaram2puteri.blogspot.
Advertisements

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera 2013… Mengharapkan yang terbaik

Sejak dua tiga minggu nih jadual memang padat sangat-sangat. Tak menang tangan nak siapkan tempahan produk yang masuk. Nak-nak adanya promosi kat Mydin Hypermarket seluruh Malaysia. Dapat pulak order hampir last minutes memang menyesakkan. Tapi syukur Alhamdulillah semuanya dapat disiapkan dengan tenaga empat kerat yang ada nih. Harap-harap promosi success le hendaknya aaamiin….

Promosi ada lagi nih kat Mydin tu… Berakhir 17 September nih. Jangan lupa dapatkan tau kalau masih belum ya.

Memang berbaloi beli tau! Produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri dijual dengan harga yang murah kat pasaraya-pasaraya tu. Harga biasa RM4.95 jadi anda boleh berjimat sebanyak RM0.96 sebotol. Memang berbaloi-baloi….

Tapi… Murah tu memang murah kualiti tetap kami jaga! Kalau dah try nanti pasti puas hati punya. Nak masak apa pun boleh tau, bukan sekadar Char Kueyteow sahaja.

🙂

Dua tiga hari ni kalau ditengok kat laman-laman blog atau di berita-berita, riuh orang bercerita pasal majlis ‘PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA‘ yang akan diadakan pada hari Sabtu, 14/9/2013 nih.

Orang-orang yang berniaga macam saya lagi le mengepak nak tahu hahaha.

Majlis nih akan diadakan pada jam 8.30 pagi – 12.00 tengah hari di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM Shah Alam, Selangor anjuran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Antara yang akan ada nanti katanya Tan Sri Dr Wan Zahid dan Prof Dato’ Dr Noor Azlan Ghazali. Dan paling ditunggu kelak pengumuman khas agenda Ekonomi Bumiputera oleh YAB Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak. Yang nih dijadualkan jam 10.30 pagi.

Sesiapa yang tinggal berdekatan boleh le hadirkan diri kat sana. Kami yang jauh nih boleh tengok melalui Live Streaming dari blog-blog yang ada je la. Harap-harap ada le lintas lansung kat TV nanti.

Menyentuh pasal Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera nih terasa nak tahu sangat apa perancangan pihak kerajaan dalam memperkasakan ekonomi kita, orang-orang Bumiputera nih.

Memang le dah makin ramai Bumiputera yang mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Peratusannya makin meningkat dari tahun ke setahun. Tapi kebanyakkannya masih ditahap perniagaan miko dan IKS je. Nak melangkah ke peringkat yang lebih tinggi perlu modal yang banyak dan besar. Jadi harap-harap kerajaan ada le bantuan untuk menjayakan perniagaan bagi orang-orang yang kecil macam kami nih.

Sos Char Kueyteow 2 Puteri dengan label lama. Kini ‘pink’ macam baju bang nih heheh

Dalam perniagaan nih yang paling penting adalah pemasaran. Baik mini ke, mikro ke, kecil ke, besar ke tu le satu yang penting. Sama je….

Memang le pembuatan dan lain-lain penting tapi kalau tak der pasaran mana le nak letak hasil pembuatan tu yer tak. Jadi saya harap sangat kerajaan beri penekanan kepada aspek nih.

Apa yang kerajaan sediakan selama ini memang memberi manafaat kepada pengusaha Bumiputera khususnya namun masih ada beberapa bahagian yang boleh diperbaiki. Nih cita pendapat saya jer tau heheh.

Cam gini le kalo tak der pasaran yang oooi. Nauzubillah…. Minta dijauhkan Allah le…

Paling-paling saya harap sangat agar pihak kerajaan buat satu dasar kepada pasaraya besar untuk mengetengahkan produk tempatan yang bermutu. Sekarang nih memang ada tapi tak berapa nak kuat sangat pada hemat saya. Kena kuat lagi. Wajibkan produk yang ditengahkan oleh Jabatan/Kementerian/Agensi yang dilantik oleh kerajaan untuk dibawa masuk ke pasaraya-pasaraya yang diwujudkan di Malaysia nih.

Nak buat pasaraya kena jual produk tempatan (IKS). Wajib kot tak tak leh.. Hehhehe… Ha.. Camtu…

Tapi kalau setakat wajib pun tak datangkan kebaikan kalau produk-produk tu dibiarkan diletakkan di lorong-lorong yang tak mempamerkan secara nyata tentang kewujudan produk ini. Antara tempat yang saya katakan tak mempamerkan secara nyata tu adalah di bahagian-bahagian yang tak seangkatan dengan kategori produk yang dipasarkan. Seperti bahagian segar, susu, sos dan lain-lain.

Kalau nak kategorikan produk IKS daripada produk-produk lain buat macam kat Mydin. Siap banner tulis Agrobazaar besar-besar. Letak pulak kat depan kaunter bayaran. Semua orang boleh tahu, semua orang boleh nampak. Jadi peluang tu cerah le sikit kan kalau orang tahu dan nampak. Jadi pengguna yang nak membantu pengusaha IKS mudah mendapatkannya.

Tak pun buat macam Aeon Big, tak kategorikan mana-mana produk dibawah IKS ke apa. Semua dibawah kategori yang sama diletakkan sekali. Yang nih kebaikannya ialah kedudukan produk IKS setaraf dengan produk besar lain. Jadi kekuatan pada pengusaha untuk fikirkan cara untuk beri saingan yang sengit pada pengusaha-pengusaha besar tu untuk menarik perhatian pembeli. So siapa beri yang terbaik akan jadi pilihan pengguna tak gitu?!?

Bantuan ke apa yang mungkin akan diberikan tu tak le jadi keutamaan pada saya. Kalau ada dan mudah, syukurrrr Alhamdulillah. Kalau tak der pun, macam nih le saya hehehe. Kayuh je perlahan-lahan dengan doa agar Allah beri peluang pada saya maju cepat :).

Jangan le macam nih heheh… Bila mau sampeinya dong ;p

Doa tetap tau.. Bersama usaha dan tawakkal. Moga-moga apa yang kita harapkan jadi kenyataan…

Tak pun kalau-kalau kerajaan cuba bangunkan Pasarayanya sendiri yang mengetengahkan juga produk Bumiputera selain produk-produk lain lagi baik. Pihak kerajaan boleh le bergabung dengan pihak-pihak yang dah terbukti berjaya dalam bidang nih macam Datuk Ameer Mydin ke untuk jayakannya. Selain dapat ketengahkan produk Bumiputera dengan lebih baik dapat gak kerajaan tambah pendapatan negara tak gitew????

Kalau dah kerajaan sendiri yang jadi tokey pasaraya pastinya dapatt gak buat kawalan harga produk yang biasa kita dengar sering ancam pengguna kat Malaysia nih.

Tapi tu le itu cuma buah fikiran saya orang kecik yang cuba nasib dalam bidang perniagaan nih. Tak tahu le macam mana pulak yang akan PM bentangkan nanti heheh. Harusnya lebih gah dan besar sebab yang pasti ianya hasil dari pandangan dan idea pihak-pihak yang lebih besar dan hebat yer tak.

Harap-harap nanti PM beri tumpuan juga pada pengusaha Mikro juga tak sahaja pada pengusaha IKS dan Pengusaha Berprestasi Tinggi. Mikro pun boleh jadi Pengusaha Berprestasi Tinggi kalau lorongnya betul. Nak pulak ada bantuan dan peluang yang lebih baik.. Insyaallah ianya akan jadi kenyataan…

Jadi moh kita tunggu Sabtu nih untuk ketahui apakah yang akan dibentangkan nanti….:) Doakan yang terbaik yer!

Jabatan kerajaan/pihak berwajib, tolong kami bantu kami…

Beberapa minggu lepas saya dapat satu email bertanyakan tentang maklumat produk kerana diarang berminat untuk pasarkan produk 2 Puteri ke pasaran luar negara. Isk tak sangka ada gak yang sudi mengetengahkan produk kitarang. Tapi dalam syok tu terasa risau gak tetiba satu syarikat besar berpangkalan kat Amerika tunjuk minat terhadap produk keluaran syarikat kami yang kecik ni. Boleh percaya ke yang company ni benar-benar wujud. Betul ke company ni betul-betul berminat? Banyak persoalan yang timbul dalam benak.

Dalam tengah pikir-pikir tu saya check dulu company diarang. Wujud ke tidak. Tengok yup.. Bukan spam ke hapa tapi company diarang pasarkan produk games dan yang seangkatan dengannya. Saya pun balas le reply lebih kurang. Menolak le kononnya tapi dibalas balik dengan menunjukkan yang company diarang turut pasarkan produk makanan dan pelbagai lagi… Amboiii besar le company diarang. Eiii rupanya ada cabang lain rupanya diarang ni. Jual produk yang kebanyakannya dari China. Banyak pulak tu produk yang diarang jual. Dari serbuk lada hingga ke mesin untuk industri perkilangan, semua ada. Nak pulak bila tengok jumlah order yang diarang ambik 2 tone le 50 carton le bagai. Camner nih. Kami dah le tak pandai bab-bab ni. Kang tersilap setuju ada masalah lain pulak timbul. Dalam dok pikir tu jawapan tak le bagi lagi sebab pertama-tama kena pikir cari lobang yang terbaik untuk beri khidmat nasihat, pastu baru bergerak ke arah mana yang perlu.

Dalam dok pikir-pikir terlintas nak cari agensi kerajaan yang berkaitan untuk bertanyakan panduan dan syarat-syarat untuk pasarkan produk.


Mula-mula saya singgah kat Mida (Malaysian Investment Development Authority). Tanya le kot diarang leh bantu, rupanya Mida ni untuk pengusaha yang nak meningkatkan tahap kilang diarang jadi yang lebih baik. Cam nak besarkan ke, nak beli mesin ke hapa gitu le kot. Tapi yang diarang layan cuma pada yang buat jualan RM2.4juta setahun. Paling sikit pun RM500ribu. Amboiii mak, paling cepat pun leh guna khidmat diarang 15 tahun lagi kot (hahahah berangan le sangatttt). Diarang suruh gi ke Miti pulak. Sib baik bersebelahan je heheh. Saya pun tuju le ke Miti (Ministry of International Trade and Industry) pulak. Lepas saya terangkan serba sedikit tentang tujuan kami serba sedikit, baru kami tahu yang Miti cuma buat pada selected country. Kot country yang diarang tak select tak leh bantu. Adoi mak… Susah le ini machiam. Diarang suruh ke Matrade pulak. Gocoh-gocoh kami ke Matrade yang berlokasi di tempat lain pulak.

Sampai kat Matrade (Malaysian External Trade Development Corporation) dalam kul 3.00 lebih. Elok tanya pada receptionist yang ada rupa-rupanya pegawai yang berkenaan tak masuk le pulak. Sebenarnya Matrade sewa je kat situ dan hanya hari Selasa dan Rabu je yang dia ada. Kalau tak base kat KL. Udah balik tangan kosong le wajabnya. Lepas selesai kerja-kerja yang lain kami bertolak balik dalam hujan. Umpama hati yang sedih ni huhu ‘(

Awal pagi Rabu kami try call pegawai Matrade tapi lepas dua kali contact masih tak berjawab, saya try pulak hunting line diarang ke KL nun. Sib baik disambut. Lepas cerita serba sedikit tentang tujuan kami pegawai berkenaan beritahu yang kami tak layak untuk export produk ke oversea sebab bukan company Sdn Bhd. Kalau register kepada Sdn Bhd (Sendirian Berhad) baru boleh tapi kena register dengan Matrade pulak. Aduhhhh nampaknya peluang berkubur sebelum bermula le. Nak register company jadi Sdn Bhd kena RMribu-ribu. Kalau tak salah RM2000.00 kot paling kurang. Pastu kalau dah jadi Sdn Bhd kena cari Company Secretary untuk urus segala berkaitan akaun. Tah berapa kena bayar untuk khidmat diarang. Mana nak kena sediakan produk ikut speck pihak pemborong untuk membolehkan produk sampai ke sana. Aduh susahnya jadi pengusaha ni.

Kalau boleh tu kalau ada kes macam kami ni bagi le khidmat nasihat atau panduan supaya kami tak terkial-kial sendiri. Jangan le tolak sana sini. Kalau boleh, bantu kami supaya dapat pasarkan produk seperti yang diminta oleh pihak sana. Bukan ke ni satu dari hasrat kerajaan untuk pasarkan produk Malaysia ke pasaran antarabangsa? Jadi kenapa bila ada peluang, tak di cuba ketengahkan? Mana yang betulnya. Atau peluang ni hanya untuk company yang gah (ada nama) dan ada duit banyak sahaja? Kami pergi untuk minta khidmat nasihat supaya syarikat yang kecil dapat berkembang menjadi besar Insyaallah. Tapi yang kami dapat sebaliknya. ‘Terkubur sebelum bermula’ itu yang lebih tepat. Sedih tapi itulah realiti sebagai sebuah syarikat kecil yang cuba menongkah arus. Daratan luas hampir digapai namun ada yang menolak supaya hanyut lebih jauh lagi.

Atau sekurang-kurangnya pihak yang berkenaan seperti Fama, Mardi, Sirim, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, SME Corporation, Matrade, Miti atau lain-lain kementerian yang berkaitan la kenalpasti produk atau syarikat yang ada potensi untuk diketengahkan. Jangan cuma pilih syarikat yang besar-besar sahaja kerana syarikat-syarikat kecil juga boleh menjadi besar andai ada landasan yang betul. Saya tengok banyak cabang yang pihak kerajaan sediakan dan war-warkan. Sampai pening kepala nak pilih masa satu yang sesuai dengan kita. Tapi bila kita cuba approach pihak sana tunding pihak sini, pihak sini kata pihak sinun. Pihak sinun kata ok tapi senyap sunyi sampai kesudah. Akhirnya yang merana kami pengusaha kecil. Jangan cuma dipandang ijazah yang bergulung-gulung andai kami dapat buktikan kami masih mampu bersaing. Jangan dibaca terlampau dalam pada pencapaian jualan kalau modal untuk memasarkan produk terlalu kecil. Dan jangan dihalang perkembangan sesuatu produk andai dikatakan tidak didalam golongan yang berkenaan sahaja. Bantu kami dengan bimbingan. Bantu kami dengan nasihat dan tunjuk ajar. Dan bantu kami dengan kewangan yang sepatutnya supaya kami akan capai matlamat sebagai satu syarikat IKS yang berjaya.

Mungkin pengalaman dulu dikatakan punca pengusaha yang ada sekarang susah mendapat bantuan kewangan. Itu memang tidak dinafikan tetapi jangan kerana salah orang lain terpalit pada kami. Yang sewajarnya pantau secara dekat sebelum dan selepas diberi bantuan. Insyaallah, jauh mana dapat kami lari kalau pihak yang berwajib sentiasa ada berdekatan. Kalau payah suruh sign satu agreement yang nyatakan lepas dapat pinjaman, kalau tak bayar pihak kerajaan boleh ambik dari akaun syarikat yang ada tanpa perlu bnyak bicara. Alah nak ambil duit sendiri harus ada je cara yang boleh diikhtiarkan betul tak. Tapi jangan le sampai kami pulak yang teraniaya. Banyak dah syarat pihak berwajib tuntut dah kami cuba penuhi jedi kalau bahagian kami ni tolong le pulak. Baru le win-win situation… Tak gitu????

Kursus Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)

Pada 21 hingga 23 Januari lepas saya telah hadiri Kursus Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri atau lebih dikenali sebagai MeSTI anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama KPW Bagan Serai.

Bermula pada tahun 2014 depan, semua pengusaha IKS dikatakan wajib mendapatkan Sijil berkenaan untuk memberi jaminan kepada para pengguna tentang keselamatan produk hasilan pengusaha IKS seperti kami. Insyaallah kami bagi pihak 2 Puteri akan berusaha untuk mendapatkan sijil ini Insyaallah.

Sijil yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Malaysia ini adalah garispanduan terkini yang dikeluarkan kepada para penguasaha. Sebelum ini kami telah mendapat status ‘selamat’ ini dibawah Akta Keselamatan Makanan tahun 1983. Jadi kami harus berusaha untuk menukar status ini kepada MeSTI seperti yang baru dikuatkuasakan pada Oktober 2012 yang lalu. Ianya meliputi carakerja dan insfrastruktur bangunan premis kami.

Insyaallah dengan pengalaman dan carakerja yang kami amalkan ianya tidak mustahil. Namun kemudahan insfrastruktur bangunan mungkin akan membataskan kami kerana binaan bangunan kami sebelum ini tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.

Untuk membaikpulih kami memerlukan dana yang besar yang pada masa ini dengan modal yang terhad agak sukar untuk kami realisasikan. Namun kami akan usahakan juga demi untuk memberikan yang terbaik pada pengguna 2 Puteri semua. Moga-moga kami akan peroleh bantuan dari mana-mana pihak kementerian untuk mengatasi masalah ini hendaknya. Insyaallah. Jika ada syukur ianya akan terealisasi cepat tapi jika tidak juga… Macam biasalah kami akan kumpulkan modal perlahan-lahan. Insyaallah. Doakan kami dapat memberikan yang terbaik buat pengguna produk 2 Puteri semua ya! 😀

Cita-cita kami Insyaallah satu hari nanti 2 Puteri akan capai tahap yang sebegini hendaknya aaamiin… 🙂