Program Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2013.
Syukur Alhamdulillah akhirnya penantian untuk mengetahui keputusan Pertandingan Rural Business Challenge 2013 akhirnya terjawab semuanya di program ini lah.
Ingat tak saya telah ceritakan tentang pertandingan bawah tajuk Rural Business Challange 2013 disini bawah tajuk Promosi Tesco Store & Rural Business Challenge, juga di sini dengan tajuk Doakan Saya Yer!, serta disini bawah tajuk This Is The Day! dan bawah tajuk Cabaran Yang Telah Diharungi.
Hadiah kemenangan disampaikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bangga akak dikkkk. Beliau diiringi oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaacob selaku tuan rumah program.
Sempat gak ucapkan terima kasih pada YAB Dato’ Seri Mohd. Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah sebab dibawah kepimpinan beliau nampak banyak juga peluang yang terbuka untuk peniaga-peniaga muda nih (muda sangat le tuuuuu).
Selain daripada kami, pemenang Pertandingan RBC kategori Idea Perniagaan, ada gak hadiah untuk kampung-kampung yang berinovasi yang diraikan dalam majlis ni.
Sebenarnya majlis ni lebih kepada mereka, kami cuma menumpang je huhu.. Tak der program untuk kami rupanya sobbbbb.
Kampung yang memang ialah Kampung Peruas, Hulu Dong, Pahang yang telah mengalahkan 9 penyertaan lainnya seluruh Malaysia dengan projek Pelancongan Desa. Mereka menerima hadiah berupa wang tunai RM50,000, trofi dan tiket ke luar negara.
|
johan kategori Anugerah Ilham Desa 2013… bagus la diarang ni |
Hadiah kedua dimenangi oleh Kampung Parut Warijo, Batu Pahat, Johor dengan projek ternakan kambing, arnab dan pengeluaran baja organik. Mereka ni pulak dapat RM40,000, trofi dan tiket penerbangan ke luar negara.
Tempat ketiga dimenangi oleh Kampung Batu 26, Bandar Baharu Kulim, Kedah yang mengetengahkan projek Alat Penetasan Unggas. Memang menarik hasil diarang ni. Mula le idea mencurah-curah dikepala saya ni heheh. Mereka mendapat RM30,000, trofi dan tiket penerbangan ke luar negara juga. Mana agaknya diarang dapat pergi tu kan…..
Apa pun syukur Alhamdulillah sekali lagi sebab rezeki ini dapat le jugak saya gunakan untuk projek kedua saya nanti. Huhu ingat boleh joli sakan. Idakkk jugak yer huhu..
So nantikan yer apa projek saya nanti heheheh…. Insyaallah akan saya war-warkan kelak 🙂
|
lihat le donia… ini le wajah-wajah yang dalam kebanggaan.. heheheh 😉 |
Tahniah buat sahabat yang turut menang RBC 2013 kategori Idea Perniagaan nih… So apa perancangan mike yer laling semua? Macam yang dah ada produk nice… Teruskan hingga berjaya mana le nak tahu kita setaraf Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kan…. (aaamiin heheh).
Kot yang belum sebab idea baru kan… Moga peluang yang Allah bagi ni tidak dipersiakan. Jadikan modal dikkk. Akak dulu duit sendiri je hahahah.
Terima kasih KKLW, Dr Noor Irfan Khairi dan panel juri serta semua yang terlibat. Tak lupa terima kasih yang tak terhingga buat family tercinta kerana sabar segala dugaan dalam menempuh kejayaan ini..
Allah bersama kita semua… Insyaallah 🙂
|
sis Yana staff di KKLW yg byk membantu & layan kerenah saya. org nak kasi pun ngengadakan hikhik |
Terima kasih juga buat sahabat semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan kami. Akan kami berikan yang sebaiknya Insyaallah… 🙂
**ececehhh ngengada nak beri ucapan gak ek hahahah. Tu le tu hari tak dapat so kat sini le berkongsi ucapannya hahahah