Announcement: Promosi Besar-besaran dari 19 September 2013 – 2 Januari 2014 di TESCO STORE

 

Promosi Besar-Besaran

Sos Char Kueyteow 2 Puteri

 

19 September 2013 – 2 Januari 2014

@

 

Kini Hanya…

 

 

Advertisements

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera 2013… Mengharapkan yang terbaik

Sejak dua tiga minggu nih jadual memang padat sangat-sangat. Tak menang tangan nak siapkan tempahan produk yang masuk. Nak-nak adanya promosi kat Mydin Hypermarket seluruh Malaysia. Dapat pulak order hampir last minutes memang menyesakkan. Tapi syukur Alhamdulillah semuanya dapat disiapkan dengan tenaga empat kerat yang ada nih. Harap-harap promosi success le hendaknya aaamiin….

Promosi ada lagi nih kat Mydin tu… Berakhir 17 September nih. Jangan lupa dapatkan tau kalau masih belum ya.

Memang berbaloi beli tau! Produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri dijual dengan harga yang murah kat pasaraya-pasaraya tu. Harga biasa RM4.95 jadi anda boleh berjimat sebanyak RM0.96 sebotol. Memang berbaloi-baloi….

Tapi… Murah tu memang murah kualiti tetap kami jaga! Kalau dah try nanti pasti puas hati punya. Nak masak apa pun boleh tau, bukan sekadar Char Kueyteow sahaja.

๐Ÿ™‚

Dua tiga hari ni kalau ditengok kat laman-laman blog atau di berita-berita, riuh orang bercerita pasal majlis ‘PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA‘ yang akan diadakan pada hari Sabtu, 14/9/2013 nih.

Orang-orang yang berniaga macam saya lagi le mengepak nak tahu hahaha.

Majlis nih akan diadakan pada jam 8.30 pagi – 12.00 tengah hari di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM Shah Alam, Selangor anjuran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Antara yang akan ada nanti katanya Tan Sri Dr Wan Zahid dan Prof Dato’ Dr Noor Azlan Ghazali. Dan paling ditunggu kelak pengumuman khas agenda Ekonomi Bumiputera oleh YAB Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak. Yang nih dijadualkan jam 10.30 pagi.

Sesiapa yang tinggal berdekatan boleh le hadirkan diri kat sana. Kami yang jauh nih boleh tengok melalui Live Streaming dari blog-blog yang ada je la. Harap-harap ada le lintas lansung kat TV nanti.

Menyentuh pasal Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera nih terasa nak tahu sangat apa perancangan pihak kerajaan dalam memperkasakan ekonomi kita, orang-orang Bumiputera nih.

Memang le dah makin ramai Bumiputera yang mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Peratusannya makin meningkat dari tahun ke setahun. Tapi kebanyakkannya masih ditahap perniagaan miko dan IKS je. Nak melangkah ke peringkat yang lebih tinggi perlu modal yang banyak dan besar. Jadi harap-harap kerajaan ada le bantuan untuk menjayakan perniagaan bagi orang-orang yang kecil macam kami nih.

Sos Char Kueyteow 2 Puteri dengan label lama. Kini ‘pink’ macam baju bang nih heheh

Dalam perniagaan nih yang paling penting adalah pemasaran. Baik mini ke, mikro ke, kecil ke, besar ke tu le satu yang penting. Sama je….

Memang le pembuatan dan lain-lain penting tapi kalau tak der pasaran mana le nak letak hasil pembuatan tu yer tak. Jadi saya harap sangat kerajaan beri penekanan kepada aspek nih.

Apa yang kerajaan sediakan selama ini memang memberi manafaat kepada pengusaha Bumiputera khususnya namun masih ada beberapa bahagian yang boleh diperbaiki. Nih cita pendapat saya jer tau heheh.

Cam gini le kalo tak der pasaran yang oooi. Nauzubillah…. Minta dijauhkan Allah le…

Paling-paling saya harap sangat agar pihak kerajaan buat satu dasar kepada pasaraya besar untuk mengetengahkan produk tempatan yang bermutu. Sekarang nih memang ada tapi tak berapa nak kuat sangat pada hemat saya. Kena kuat lagi. Wajibkan produk yang ditengahkan oleh Jabatan/Kementerian/Agensi yang dilantik oleh kerajaan untuk dibawa masuk ke pasaraya-pasaraya yang diwujudkan di Malaysia nih.

Nak buat pasaraya kena jual produk tempatan (IKS). Wajib kot tak tak leh.. Hehhehe… Ha.. Camtu…

Tapi kalau setakat wajib pun tak datangkan kebaikan kalau produk-produk tu dibiarkan diletakkan di lorong-lorong yang tak mempamerkan secara nyata tentang kewujudan produk ini. Antara tempat yang saya katakan tak mempamerkan secara nyata tu adalah di bahagian-bahagian yang tak seangkatan dengan kategori produk yang dipasarkan. Seperti bahagian segar, susu, sos dan lain-lain.

Kalau nak kategorikan produk IKS daripada produk-produk lain buat macam kat Mydin. Siap banner tulis Agrobazaar besar-besar. Letak pulak kat depan kaunter bayaran. Semua orang boleh tahu, semua orang boleh nampak. Jadi peluang tu cerah le sikit kan kalau orang tahu dan nampak. Jadi pengguna yang nak membantu pengusaha IKS mudah mendapatkannya.

Tak pun buat macam Aeon Big, tak kategorikan mana-mana produk dibawah IKS ke apa. Semua dibawah kategori yang sama diletakkan sekali. Yang nih kebaikannya ialah kedudukan produk IKS setaraf dengan produk besar lain. Jadi kekuatan pada pengusaha untuk fikirkan cara untuk beri saingan yang sengit pada pengusaha-pengusaha besar tu untuk menarik perhatian pembeli. So siapa beri yang terbaik akan jadi pilihan pengguna tak gitu?!?

Bantuan ke apa yang mungkin akan diberikan tu tak le jadi keutamaan pada saya. Kalau ada dan mudah, syukurrrr Alhamdulillah. Kalau tak der pun, macam nih le saya hehehe. Kayuh je perlahan-lahan dengan doa agar Allah beri peluang pada saya maju cepat :).

Jangan le macam nih heheh… Bila mau sampeinya dong ;p

Doa tetap tau.. Bersama usaha dan tawakkal. Moga-moga apa yang kita harapkan jadi kenyataan…

Tak pun kalau-kalau kerajaan cuba bangunkan Pasarayanya sendiri yang mengetengahkan juga produk Bumiputera selain produk-produk lain lagi baik. Pihak kerajaan boleh le bergabung dengan pihak-pihak yang dah terbukti berjaya dalam bidang nih macam Datuk Ameer Mydin ke untuk jayakannya. Selain dapat ketengahkan produk Bumiputera dengan lebih baik dapat gak kerajaan tambah pendapatan negara tak gitew????

Kalau dah kerajaan sendiri yang jadi tokey pasaraya pastinya dapatt gak buat kawalan harga produk yang biasa kita dengar sering ancam pengguna kat Malaysia nih.

Tapi tu le itu cuma buah fikiran saya orang kecik yang cuba nasib dalam bidang perniagaan nih. Tak tahu le macam mana pulak yang akan PM bentangkan nanti heheh. Harusnya lebih gah dan besar sebab yang pasti ianya hasil dari pandangan dan idea pihak-pihak yang lebih besar dan hebat yer tak.

Harap-harap nanti PM beri tumpuan juga pada pengusaha Mikro juga tak sahaja pada pengusaha IKS dan Pengusaha Berprestasi Tinggi. Mikro pun boleh jadi Pengusaha Berprestasi Tinggi kalau lorongnya betul. Nak pulak ada bantuan dan peluang yang lebih baik.. Insyaallah ianya akan jadi kenyataan…

Jadi moh kita tunggu Sabtu nih untuk ketahui apakah yang akan dibentangkan nanti….:) Doakan yang terbaik yer!

Rendang Ayam Minang MeleTop 2 Puteri

Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau juga Melayu bersantan dengan daging lembu atau ayam sebagai bahan utamanya.

 

Masakan ini disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja.

 

Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kendara.

Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak.

 

2 Puteri ingin berkongsi resepi enak yang dapat dihasilkan menggunakan Produk 2 Puteri dalam menghasilkan Rendang ini.ย  Rendang yang dihasilkan kali ini untuk hidangan sekeluarga ialah Rendang Ayam Minang MeleTop 2 Puteri yang enak sekali.

Untuk resepi yang mudah dan enak ini boleh di RUJUK di SINI ๐Ÿ™‚

 

Penyediaannya yang mudah dan ringkas pastinya menyenangkan semua yang ingin mencubanya namun hasilnya pasti mengembirakan ๐Ÿ™‚ Cubalah!

 

Sambutan rumah terbuka.. Elak obes / sakit dihari raya

Salam Syawal semua…

Banyak dapat undangan rumah terbuka? Mungkin berbaris rumah yang nak kena pergi tu. Bestnya. Selagi ada rumah terbuka yang perlu kita pergi selagi itu mood raya tak akan hilang.

Tapi jika menghadiri rumah terbuka tu jaga-jaga lah. Jangan terlebih makan dan hati-hati memilih makanan. Maklum lah makanan yang enak-enak memang menarik mata dan nafsu untuk menjamahnya tapi jangan sampai memudaratkan kita pula.

 

Dengan ketupat, rendang, lemang, lontong, nasi tomato, briyani dan kuih-muih pelbagai jenis… Memang susah untuk menolak. Nak pulak kalau dihidangkan dengan air-air manis yang pelbagai perisa. Lagi bertambah sedap rasanya.

Disini 2 Puteri nak kongsi sedikit beberapa panduan untuk kita jaga kesihatan di musim perayaan macam sekarang.

Pertama – Ketika berkunjung ke rumah teman dan saudara, minum air kosong kerana ianya zeroย kalori. Kalau tidak pun minum sikit sahaja air manis. Pastikan dalam kereta dibekalkan sebotol air kosong untuk diminum terlebih dahulu.

Kedua – Jika rumah yang anda ingin kunjungi itu tidak jauh dari tempat anda, lebih baik berjalan kaki sahaja, kerana ianya akan membakar kalori yang kita sudah ambil sebelumnya. Nak tahu tak, dengan semangkuk mee kari yang mengandungi 530 kalori orang perempuan kena berlari selama 72 minit atau 290 minit kalau berjalan perlahan untuk membakarnya ;D

KetigaMelayani tetamu juga adalah satu senaman, kerana ia akan buatkan anda bergerak sentiasa, dan juga mengeratkan silaturrahim antara teman dan saudara.

KeempatHindari perut dari kosong, hal ini kerana jika anda makan, anda akan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Jika senantiasa makan, namun ianya dalam kuantiti yang sedikit. Satu lagi petua, sebelum turun ke mana-mana destinasi rumah terbuka minum air banyak-banyak terlebih dahulu. Dengan meminum air kosong, kita akan terasa kenyang dan ini menghadkan pengambilan makanan yang berlebihan nanti.

ย 

KelimaNiat untuk sekadar merasa. Terlalu banyak makanan yang baru anda nampak, jangan diambil dalam kuantiti yang banyak pula, kerana makanan lain anda belum lagi rasa. Oleh demikian ambil lah sedikit-sedikit sahaja setiap hidangan.

KeenamMenilai kalori hidang. Anda perlulah kurangkan mengambil hidangan yang mempunyai lebih banyak kalori. Agak-agak sahaja andai tidak pandai mengiranya. Nampak yang bersantan, bergoreng atau berminyak hadkan pengambilan. Jika dapat elakkan terus lagi bagus.

Ketujuh – Lebihkan hidangan yang berprotein tinggi, kurangkan hidangan yang berkabohidrat tinggi.

KelapanMakan la secara perlahan-lahan, anda tidak akan ketinggalan untuk ke rumah lain. Jika takut tidak sempat ke rumah sahabat lain, ambil dalam amaun sikit ๐Ÿ™‚

KesembilanKunyaย chewing-gum ketika dalam perjalanan ke rumah seterusnya untuk merehatkan mulut dari memakan makanan yang lain. Ini salah satu petua yang memang elok kita amalkan.

KesepuluhMenolak tawaran, bukan untuk melebih-lebih atau memilih. Alasan anda semestinya kenyang ataupun nak jaga kesihatan. Tapi jika susah sebab yang mempelawa tu kawan baik kita, pastikan kita ambil makanan dalam amaun yang sedikit. Insyaallah kawan kita pasti tidak kisah sebab yang penting kehadiran kita meraikan majlis dia…

Kesebelas – Gunakan pinggan kecil. Pinggan kecil menampakkan kita ambil makanan macam banyak walaupun sebenarnya tidak. Jadi dari orang kata kita pelahap sebab nampak menimbun makanan tu, pasti kita akan ambil sikit yang secara tak langsung kita akan makan pun dalam jumlah yang kecil :D.

KeduabelasJangan lama di meja makan. Jika ada tempat lain lepas makan pindah lah ke tempat tu. Kalau tidak pun, rajin-rajin lah bersembang. Ini petua yang baik sebab dengan banyak tanya khabar kita akan kurang makan, secara tak langsung kita sihat. Kawan-kawan pun suka sebab kita ambil berat pasal khabar dia kan..

KetigabelasTunggu 15 – 20 minit sebelum mengambil hidangan lain. Bagi perut rehat sikit.

Keempatbelas – Rajin-rajin lakukan senaman disebelah pagi terutama sebelum pergi ke rumah terbuka nanti.

Kelimabelas – Minum air halia bagi membantu penghadaman. Dah makan macam-macam jadi dengan bantuan air halia ni dapat juga keluarkan angin dan bagi perut tu pulih sikit. Caranya…. Hiris atau tumbuk sikit halia, kemudian campurkan dengan air panas serta teh atau madu. Insyaallah.. Nanti kurang le rasa tak selesa perut tu.

Itu le lebih kurang serba sedikit yang 2 Puteri nak kongsikan kat sini. Tapi jangan lupa yer, buat sahabat yang punya penyakit yang pelbagai tu… Jangan lupa makan ubat dan pastikan ambil makanan dalam jumlah yang ala kadar je. Kang bertambah sakit kang naya lak.

Harap-harap dari himpunan petua yang ada nih leh gak bantu kita kawal berat badan. ๐Ÿ™‚

ย 
Kay… Selamat berjamuan semua ๐Ÿ˜€

Selamat Hari Raya Semua!!!!

Alhamdulillah….

Dah masuk

Syukur sangat.

Di kesempatan ni saya sekeluarga ingin mengucapkan

Dan kami ingin mengambil kesempatan ini ingin memohon

 

Kami juga ingin mengucapkan

Buat yang akan pulang ke kampung halaman

Satu jer kitarang nak….

Hehehhe… ๐Ÿ™‚

CAbaran G1GIH – Anjuran Agensi Inovasi Malaysia (AIM) : Part 2

Salam semua ๐Ÿ™‚

Ingat lagi tak cerita saya pasal Cabaran G1GIH anjuran Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang saya sertai sekitar Bulan Mac dulu? Ada ceritanya kat sini….

Ha… Nih saya nak ceritakan perkembangannya kay ๐Ÿ™‚

Actually, lepas saya kirimkan borang melalui talian tempoh hari idak le saya pikirkan sangat pasal tu dah. Nak nak pulak bile yang ditunjukkan kat TV masa Berita Perdana lebih banyak kepada projek-projek yang hebat je. Saya ni apa le sangat yer tak huhu… Nak pulak bila tetiba dah tak tunjuk sebarang iklan promosi kat TV lagi le saya dah tak harap pa per dah.

Bulan berganti bulan sekarang dah nak ke pertengahan Bulan Ogos dah. So makin tak harap le langsung. Nak pulak saya ni memang payah nak menang mana-mana pertandingan yang disertai heheh…

Tapi… Semalam, yer semalammmm… Masa tengah ralit menulis N3 pasal Persiapan Raya… Raya dah dekat wehhhhh… saya terdengar bunyi motor Mr Postmen. Tapi menulis lagi penting huakkkk saya tak endahkan je la pasal surat yang dihantar. Kang-kang le kononnnya lepas habis menulis saya gi le ambik. Tapi lepas menulis saya siapkan kerja lain pulak terus terlupa. Heheh.. Tu le tangguh le lagi kerja. Jangan amalkan tau!

Mr Hb balik dari kilang terus dia serahkan envelope pos express pada saya. Eh.. Yer la surat heheh. Cuak gak mulanya tapiiiiii Alhamdulillah!!!!! Rupanya envelope dari AIM la. Terus saya buka dan lihat Wow!!!! Saya dapat hadiah dari cabaran G1GIH yang saya sertai dulu.

Syukurrrr sangat-sangat. Alhamdulillah. Walaupun sekadar mendapat hadiah saguhati tapi cukup besar pada saya. Hati berbunga suka.

Selain daripada hadiah berupa wang tunai turut disertakan sijil penyertaan dan surat ucapan tahniah. Syukur Alhamdulillah. Hadiah ni macam hadiah 3 tahun penubuhan syarikat dan semperna raya gak heheh.

 

 

Alhamdulillah…. Terima kasih Agensi Inovasi Malaysia (AIM) – atas kemenangan ini, terima kasih TM – atas sebab saya dapat masuk talian untuk sertai pertandingan nih, terima kasih Pos Malaysia – sebab hantarkan envelope pos express yang bermakna nih, terima kasih MR Hb – izinkan saya masuk cabaran nih dan terima kasih buat semua yang doakan dan menyokong kami selama ini. Terima kasih sekali lagi…

Ewahhhh ngengada kan hahaha… But I mean it :]

๐Ÿ˜‰

Rural Business Challenge 2013: Cabaran yang telah diharungi

Alhamdulillah.. Semalam kami sekeluarga selamat sampai ke rumah. Letih minda baru je nak hilang dah masuk bab nak meletihkan badan pulak hihihi.

Cerita pasal situasi pada hari pembentangan tu? Saya merupakan peserta terawal yang sampai. Pukul 7.49 pagi dah duduk ada di lobby. Pembentangan dijadualkan jam 9.00 pagi. Tapi biasa le dalam hal sampai awal ni. Memang adat kami baik menunggu dari ditunggu tak gitu? ๐Ÿ™‚ Nanti jika terlewatย  mana nak tahu jadi apa-apa hal buat kita tak boleh sampai naya jadinya. Jadi lagi baik jadi penunggu untuk sesuatu yang bawa kebaikan. Tak ada salahnya….

Bila dah sampai yang terawal nak present pun yang pertama le jawabnya. Entah le apa yang jadi masa presentation tu. Tidak le saya ingat satu apa pun ;D. Nak pulak pandang muka ahli-ahli panel yang ada. Lagi le gelabah jadinya.

 

Tapi apa-apa pun syukur sangat sebab yang selama nih saya bayangkan ahli panel yang tahap keseriusannya yang terlampau tu tak le terpamer pada wajah setiap ahli panel yang ada :). Mesra dalam serius.. Tu pada saya lah ๐Ÿ™‚ Yang best jutawan idola para peniaga macam saya, Dr Irfan Khairi pun betul-betul mesra walaupun mungkin pembentangan saya ni tak hebat seperti yang lain. Kali pertama katakan…

Apa pun terima kasih pada setiap ahli panel yang ada masa hari pembentangan tu, staf-staf yang frendly dan krew tv yang menggoncang jiwa ;D. Paling saya bangga sebab Dr Irfan sudi nak pegang tengok Produk 2 Puteri. Bangga saya dibuatnya ๐Ÿ˜€

Mana taknya kesudian beliau memberi semangat balik sebab sebelum tu ada dikalangan peserta yang beri komen mengatakan dia tak impress dengan packaging kitarang. Tak pe la.. Nak buat macam mana kalau dia tak impress. Harap-harap orang lain impress hendaknya sebab pandangan mata kita bukannya sama setiap orang kan. Setakat ni itu yang mampu. Insyaallah kalau sudah ada kemampuan nanti saya gajikan sorang pakar dalam design produk jadi masa tu mungkin setanding produk hebat lain.

Anyway pasal peratus potensi kemenangan…? Yang ini tak dapat saya nak agak le sebab rata-rata yang datang punya idea yang hebat-hebat belaka (saya tergolong dalam kategori rancangan perniagaan sebab tak cukup 12 hari untuk jadi 3 tahun). Buat diri ini terasa tak berani nak letak harapan yang tinggi. Cukup sekadar saya dah cuba sedaya upaya moga pihak panel dapat pertimbangkan pencapaian kami dengan sewajarnya.

Masa ditanya apa harapan saya dalam pertandingan ni pun tak dapat saya jawab. Yer la saya ni mewakili satu entiti perniagaan kecik yang diberi peluang akhirnya lepas mencuba berkali-kali. Dulu seringkali saya pergi ke mana-mana dengan harapan yang tinggi tapi kecewa jadi kali ni memang saya tak berani meletakkan harapan yang tinggi. Sebab itu kali ni saya cuma minta a part dari yang saya pernah minta dulu dalam pertandingan yang sama saya sertai last year. Dulu siap minta bangunan kilang dan sebuah lori sebab kilang yang ada sekarang terlalu sempit untuk menyimpan mesin dan stok bahan mentah serta van yang terlalu uzur. Kononnya nak dapatkan Sijil GMPย  untuk tambah keyakinan kepada pengguna.

Nak minta peluang pengiklanan pun takut tak dapat sebab hadiah ditawarkan RM10,000 je. Nak beriklan harus beratus ribu itu pasal saya fokus pada idea lain kami iaitu membangunkan produk dibawah jenama 2 Puteri. Walaupun ada antara panel yang mungkin tak berapa setuju dengan keputusan kami ni. Tapi entah la..

Kami di mana???? Nanti saya ceritakan… ๐Ÿ™‚

Apa pun terserah pada perbincangan mereka kerana mereka lebih arif dalam bidang masing-masing. Kalau dapat pastinya kami sekeluarga manusia paling gembira walaupun tak kisah le banyak mana yang diberi (walau sekadar hadiah kemenangan seperti yang ditawarkan). Kalau tidak pun kami tetap berterima kasih kerana memberi kami pengalaman yang Insyaallah dapat mengajar kami untuk terus berusaha. Insyaallah.

Kecewa???? Mungkin jika tak terpilih tapi apa pun kami serah pada Allah Yang Maha Berkuasa. Dia memberi kami peluang untuk mengetengahkan Produk 2 Puteri ke mata pihak-pihak yang berkuasa ni pun dah cukup baik. Insyaallah dengan ini kami akan lebih berlapang dada untuk terima sebarang keputusan.

Terima kasih tak terhingga pada Dr Irfan Khairi yang sudi beri idea dalam masa yang singkat pada kami. Insyaallah akan kami cuba buat yang terhabis baik (yang ni janji pasti cuba tau) untuk jayakannya sebab memang itulah target awal kami sebenarnya.

Terima kasih banyak-banyak semua yang sudi doakan kami dan terima kasih yang tak terhingga pada semua ahli panel dan staf-staf di Rural Business Challenge yang sudi mendengar pembentangan saya yang tak seberapa tampoh hari. Pengalaman ini amat berharga buat saya sekeluarga. Moga kejayaan dan kebaikan buat kita semua hendaknya. Aaamiin…

Terima kasih sekali lagi…

Rural Business Challenge… Doakan saya yer ;)

Hari ni saya nak khabarkan satu berita gumbira buat semua. Actually berita ni dah saya terima hari Khamis lepas tapi dek masalah kesuntukan masa baru hari nih saya dapat war-warkan.

Syukur Alhamdulillah syarikat kami tercalon untuk senarai short list untuk cabaran peringkat kedua Rural Business Challenge. Alah pertandingan yang saya citakan kat sini dulu… Syukur penyertaan kali kedua membuahkan hasil.

Penyenaraian syarikat kami dalam kategori Idea Perniagaan. Kategori ni untuk perniagaan yang masih belum wujud hingga kepada syarikat yang telah ditubuhkan kurang 3 tahun. Sedih gak sebab kalau nak tahu 27 Julai nih kami masuk tahun ke3 penubuhan syarikat. Tinggal lagi 13 hari dari sekarang. Tapi dah itu ketentuan Ilahi terima seadanya. Dia lebih tahu rahsia yang diaturNya kan ๐Ÿ˜€

Memang la ada setapak lagi cabaran yang harus diharungi. Tapi dah tercalon pun terasa besar hati sangat-sangat. Nak ikutkan siapa le kita ni kan… Amboiii tangkap rendah diri le pulak heheh. Tapi itu tandanya sedar diri yer tak hahahah.

Untuk pertandingan kali kedua ni saya harus bentangkan idea perniagaan ni dihadapan para panel yang dilantik yang terdiri daripada antaranya Dr Noor Irfan Khairi, jutawan internet dari syarikat Irfan Khairi Sdn Bhd yang merupakan duta Rural Business Challenge nih.

Perghhh gayat gak le hati nih rasanya. Mampukah….?!?

Dah lama tak bercakap terutama di hadapan public. Adakah masih ada taring heheh. Sejak duduk dibelakang tabir nih selalunya bab-bab bercakap ni saya tolak pada Mr Hb. Baik face to face mahupun melalui telefon memang Mr Hb le yang mewakili saya. Nah sekarang yang paling besar sudah mari. Nak tolak kat Mr Hb tak leh… Dup dap dup dap jantung nih. Risau ya amat..

Macam nak tempuh ribuan lorong berliku dalam maze lak hikhik….

Doakan kejayaan saya yer. Harap-harap smooth le esok ;]

Yer betul… Esok pembentangan tuh. Tu yang gelabah lebih sikit tuh. Kertas kerja dah siap tapi dek kerana ini pengalaman pertama jadi saya tak pasti yang saya sediakan tuh benar-benar menarik atau tidak. Tapi base on time limit yang diberi rasanya ok kot.

Sessi soal jawab paling saya gusarkan sekarang. Tak tahu apa yang akan ditanya. Dan tak tahu kemampuan saya menjawabnya. Harap-harap saya dapat berikan satu jawapan yang bernas dan tepat supaya pihak panel yakin dengan idea yang akan saya lontarkan hendaknya.

Doakan kejayaan saya yer…

Thanks all ๐Ÿ™‚