Resepi Hebat: Kari Kambing 2 Puteri

KARI KAMBING 2 PUTERI
By: asamgaram2puteri

Bahan-bahan

  • 1kg daging kambing – potong sederhana tebal
  • 200ml minyak masak
  • 300g (1 biji) kentang – potong wedges
  • 1/2 liter santan
  • 2 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • 1/2 sudu makan kerisik
  • Garam
  • Gula

Bahan tumis

  • 200g (2 sudu makan) serbuk kari dagingbancuh dengan air dijadikan pes
  • 1 tangkai daun kari – masukkan dalam pes serbuk kari yer
  • 1/2 sudu makan Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 5cm kulit kayu manis
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 2-3 biji buah pelaga

Bahan kisar

  • 500g bawang merah
  • 30g bawang putih
  • 5cm halia
  • 50g bawang besar – potong
  • 30g cili merah – potong (jika suka)
  • 1 ulas bawang putih – hiris nipis
  • Sedikit halia – hiris nipis memanjang

Caranya
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis (kecuali serbuk kari daging) dan bahan kisar serta yang dipotong hingga naik bau.

2. Masukkan pes serbuk kari daging dan tumis hingga pecah minyak. Kacau sekali sekala supaya tidak hangit dasarnya.

3. Masukkan kentang bersama secubit kecil garam kasar dan masak hingga agak empuk.

4. Masukkan daging kambing dan santan. Kacau sekali sekala dan masak hingga daging empuk (kira-kira 45 minit).

5. Perasakan dengan garam, gula, kerisik dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Masak hingga kepekatan yang disukai.

Ha.. Dah siap pun. Mudah je kan. Tak perlu masukkan sebarang perasa lain dah. Cukup dengan garam, gula dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri tau. Hidangan pasti enak dan warnanya pun cantik. Guarantee! 🙂

Advertisements

Resepi Hebat: Pajeri Nanas 2 Puteri

PAJERI NANAS 2 PUTERI
By: asamgaram2puteri
Sumber: Lina Hana, Resepi Bonda..

Bahan-bahan

  • 1/2 biji nanas saiz sederhana – potong ikut suka (saya buat sebiji sebab saiz agak kecil)
  • Rempah 4 sekawan (cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
  • 1 sudu makan udang kering – ditumbuk
  • 3 sudu makan serbuk kari ayam/daging – bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes
  • 1 sudu makan kerisik
  • 4 sudu makan pati santan
  • Air secukupnya
  • 1 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Garam dan gula
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar

  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia 

Caranya
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis rempah 4 sekawan diikuti bahan kisar dan udang kering. Tumis hingga naik bau.

2. Masukkan pes serbuk kari daging dan kacau sekali sekala hingga pecah minyak.

3. Masukkan nanas dan kacau bagi nanas tersalut bahan rempah yang telah ditumis tadi.

4. Tuangkan sedikit air dan biarkan ianya merendidih seketika.

5. Akhir sekali masukkan santan, kerisik, garam, gula dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Lebihkan sedikit gula dan tunggu hingga mendidih.

Rendang Ayam Minang MeleTop 2 Puteri

Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau juga Melayu bersantan dengan daging lembu atau ayam sebagai bahan utamanya.

 

Masakan ini disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja.

 

Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kendara.

Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak.

 

2 Puteri ingin berkongsi resepi enak yang dapat dihasilkan menggunakan Produk 2 Puteri dalam menghasilkan Rendang ini.  Rendang yang dihasilkan kali ini untuk hidangan sekeluarga ialah Rendang Ayam Minang MeleTop 2 Puteri yang enak sekali.

Untuk resepi yang mudah dan enak ini boleh di RUJUK di SINI 🙂

 

Penyediaannya yang mudah dan ringkas pastinya menyenangkan semua yang ingin mencubanya namun hasilnya pasti mengembirakan 🙂 Cubalah!

 

Resepi 2 Puteri: Ayam Harum Hitam Manis 2 Puteri

Hidangan tengah hari hari ni saya telah cuba skill untuk hasilkan satu hidangan baru menggunakan Produk 2 Puteri. Risau gak hati kot-kot tak menjadi tapi kalau tak dicuba sapa le tahu hasilnya yer tak. Dah cuba leh le kita perbaiki mana-mana yang patut lain kali tak gitu… ;D

Dipersembahkan….. Teng tererengggggg…. Ayam Harum Hitam Manis 2 Puteri! Hihihi wokay tak nama hihihi…

Nak buatnya idak le sesusah mana pun. Main campur je apa bahan yang ada kat dapor nun tapi hasilnya membanggakan gak le heheh. Mana idaknya habis sekeluarga makan sampai tak sempat nak simpan sikit untuk malam. Nak pulak anak-anak dare saya niy punya taste kalau tak sedap jangan harap nak sentuh. Lagiii bangga le bila masing-masing bising nak ratah ayam lagi huak huak huak (gelak riak le pulak hehe).

Ayam tu pun bukan le kat mana-mana part yang diarang suka. Baik Mr Hb atau anak-anak sure pilih drumstick biasanya tapi stok drumstick dah habis tinggal dada je la. Tapi disebabkan hidangan kali ni sedap habis semuanya tu yang bangga terlebih jadinya.

Satu lagi resepi mudah menggunakan Produk 2 Puteri – Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri. Jadi pastikan ianya sentiasa berada dalam simpanan sahabat semua untuk kegunaan memasak hidangan yang enak-enak buat keluaraga tersayang!

Rupanya nak sikit macam Ayam Masak Kicap yang biasa kita tengok. Tapi rasanya ada kelainan sikit dengan penggunaan rempah-ratus yang pelbagai dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan madu yang memberi kalainan padanya. So saya dengan tak malunya meminjam le gambo-gambo hasilan sahabat blogger yang lain untuk menghiasi resepi saya nih. Minta halalkannya yer… suarainsan.com, isaurakitchen dan yang lain-lain tu… Nak buat macam mana, Cik Na tak der kamera yang leh bagi cantik gambo makanan tuh. Kang ada yang tak lalu lak tengok naya pulak jadinya. Pinjam yer…

Jom kita usha resepi. Kot berkenan sila le buat untuk hidang pada keluarga ek 😉

AYAM HARUM HITAM MANIS 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri

Bahan Perapan Ayam

  • Ayam
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk lada hitam
  • Garam

Bahan Sos

  • 1 biji bawang  merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia – mayang halus memanjang
  • 1/2 sudu makan Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 sudu KFC serbuk jintan manis
  • 3 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • 1 sudu makan madu
  • Sedikit air
  • 1 biji tomato
  • Sedikit daun bawang sebagai hiasan

Caranya
1. Perap seketika ayam bersama bahan perapan. Kemudian goreng 1/2 masak di atas api sederhana kecil. Angkat dan ketepikan.

2.  Untuk bahan sos: Tumis bawang, bawang putih, halia, buah pelaga dan bunga lawang sehingga wangi.

3. Masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri dan masak hingga pecah minyak. Kacau sekali sekala supaya tidak hangit.

4. Setelah ianya pecah minyak, masukkan serbuk jintan manis bersama sedikit air untuk jadikan ianya mudah sebati dengan bahan-bahan lain. Gaul seketika.

5. Masukkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri bersama madu. Gaul sebati.

6. Masukkan ayam yang digoreng 1/2 masak tadi. Masak seketika sambil dikaup balikkan supaya sosnya  tersalut ke keseluruhan  ayam. Biarkan seketika supaya ianya masak penuh.

7. Masukkan tomato yang dipotong wedges dan daun bawang yang dimayang halus. Kaup balikkan seketika dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.

** Hidangan ini tidak memerlukan sebarang perasa dimasukkan didalam sosnya kerana semua bahan perasa ini telah secukup rasa di dalam Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan dari madu yang dimasukkan tadi.

** Boleh dijadikan sekadar salutan pada ayam atau berkuah, terpulang pada citarasa masing-masing.

** Sos ini boleh juga salutkan pada ayam dan kemudian dibakar di dalam oven untuk kelainan citarasa.

Sos Char Kueyteow 2 Puteri.. Membantu anda menghasilkan hidangan enak untuk keluarga tersayang!

Sos Char Kueyteow 2 Puteri merupakan satu produk keluaran syarikat kami dalam memberikan satu alternatif buat penggemar Penang Char Kueyteow untuk mendapatkan satu hidangan yang lebih memuaskan selera anda semua! Puas kerana dihasilkan sendiri dan puas kerana rasanya yang enak menepati selera masing-masing. Harganya juga murah dan berbaloi dibeli.

Dengan resepi yang disertakan akan memudahkan kerja-kerja memasak supaya walaupun untuk pertama kali mencuba menghasilkan hidangan ini juga akan mendapat hasil yang memuaskan dan seperti hidangan Penang Char Kueyteow yang sebenarnya. Sesiapa sahaja kini boleh menghidangkan sendiri hidangan Penang Char Kueyteow untuk dinikmati bersama keluarga dalam harga yang amat berpatutan. Ianya dapat memberi kepuasan yang sebenar kerana keenakannya.

Selain hidangan khusus Penang Char Kueyteow, Sos Char Kueyteow 2 Puteri juga dapat diolah untuk lain-lain hidangan antaranya menggoreng pasta, mee, bihun; menambah perisa dalam hidangan Asam Pedas, Sambal Tumis, Masak Kicap dan Nasi Ayam Hainan. Resepi-resepi untuk hidangan-hidangan itu turut kami kongsikan di laman blog Asam Garam 2 Puteri dan 2puteri.wordpress untuk memudahkan anda. ‘Fell Like A Chef!’ Jadi berekperimentasilah dengan Sos Char Kueyteow 2 Puteri kami dan hasilkan hidangan enak dengannya.

 

Ramai juga dikalangan pengguna setia kami kini dapat menambahkan pendapatan mereka dengan menggunakan produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri dalam hidangan mereka. Ada juga yang bersedia menjadi wakil jualan dikawasan tempat tinggal atau tempat kerja masing-masing kerana harganya yang amat berpatutan selain dari kepelbagaian hidangan yang boleh dilakukan. Jika anda turut berminat untuk menyertai kami boleh hubungi kami.

Memiliki status Halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia, Sos Char Kueyteow 2 Puteri boleh digunakan didalam hidangan anda tanpa was-was.

Kini Sos Char Kueyteow 2 Puteri telah menembusi pasaran 34 cawangan Pasaraya Tesco Store seluruh Malaysia dibahagian ‘Produk Malaysia Citarasa Kita’ dan 10 buah cawangan Mydin Hypermarket dibahagian Sos dan bahagian Agrobazaar. Untuk senarai boleh lihat di sebelah kanan laman blog Asam Garam 2 Puteri atau di 2puteri.wordpress. Syarikat juga dalam proses memasarkan Produk 2 Puteri di 22 cawangan Pasaraya Aeon Big sedikit masa lagi.

Dengan harga kurang daripada RM6.00 (350g) untuk sebotol yang dapat menghasilkan sehingga 10 hidangan Char Kueyteow, ianya memang berbaloi. Ayuh dapatkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri di pasaraya berdekatan anda sekarang!

BIHUN GORENG SAYURAN PEDAS 2 PUTERI

BIHUN GORENG SAYURAN PEDAS 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus 1/2 bihun – rendam dalam air sebentar. Air biasa je tak payah panas-panas
  • 1 biji tauhu – goreng sebentar & hiris nipis. Ketepikan
  • 3 ulas bawang merah – kisar
  • 1 ulas bawang putih – kisar
  • 1 biji bawang besar – kisar
  • 3 sudu besar Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 7 sudu besar Sos Char Kueyteow 2 Puteri – ikut suka yer
  • 2 sudu makan stok ayam
  • Isi ayam – didadukan agak-agak sejari
  • 6 ketul fishball – potong 4
  • 1 ketul fishcake – hiris nipis
  • Kobis – hiris nipis
  • Carrot – hiris memanjang nipis-nipis
  • Sayur sawi
  • Taugeh
  • Tomato – hiris serong nipis
  • Telur
  • Sedikit air
  • Garam dan gula

Caranya
1.  Rendam bihun dalam air biasa sebentar. Ketepikan.

2. Goreng tauhu sehingga masak. Bila siap biarkan sejuk dan hiris nipis. Ketepikan.

3. Tumis bahan kisar hingga keperangan. Guna minyak goreng tauhu tadi pun tak per. Masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri bersama sedikit garam kasar dan tumis hingga garing.

4. Tuang Sos Char Kueyteow 2 Puteri, stok ayam, sedikit air (agak-agak nak bagi rata ke ayam je yer), isi ayam, fishball, fishcake, garam dan sedikit gula. Gaul sebati dan biarkan ayam masak seketika.

5. Masukkan bihun yang direndam tadi bersama sedikit air. Agak-agak yer airnya jangan sampai terlebih pulak. Kang lembik jadinya. Selalunya saya letak secawan 1/2 dulu. Kalau nampak agak keras saya masukkan sikit lagi. Gaul sebati.

6. Agak-agak bila dah sebati dan bihun goreng tadi pun dah cun, buat satu lubang kat tengah-tengahnya. Ala-ala kawah gitu dan pecahkan le telur kat tengahnya. Tunggu beberapa minit. Bila nampak dah masak dalam 90% telur tu kacau-kacau dulu bagi jadi cam omlett. Dalam masa nak tunggu telur tu masak masukkan sayur-sayuran segala macam tu yer. Bila telur nampak agak masak dalam 90% baru gaul sebati semuanya. Sejurus sebelum tutup api masukkan taugeh dan tomato.

Ok dah siap. Simple kan tapi kalau rajin buat pulak bawang goreng dan cili potong… Ha.. Yang simple jadi masyuk beb. Tu yang kena buat nalar punya banyak hehehe. Makan pulak dengan ayam goreng dan keropok ikan heheh. Satu je yang saya ubah dalam resepi ni iaitu masa masukkan telur tu heheh. Kan per saya selalunya buat omelett dulu. Tak sekalikan dengan bihun sebab pada saya telur kuning putih nampak lebih cun berbanding dengan telur yang ada cili-cili kat kelilingnya. Lagi pun mudah sekali buat je untuk anak-anak dare ni makan juga.

Kalau guna lebih sikit Sos Char Kueyteow 2 Puteri camni le jadinya warna Bihun Goreng tu tau. Tak gelap sangat tapi warna camni Mr Hb suka. Yang merah dia tak layan. Tu sebab kot jadi tokey Sos Char Kueyteow 2 Puteri hahaha

HATI DAGING MASAK JINTAN 2 PUTERI

Di sini 2 Puteri kongsikan satu lagi resepi warisan yang enak untuk dihidangkan buat keluarga tercinta. Seperti biasa resepi yang seringkali kami kongsikan ini diolah menggunakan Produk 2 Puteri supaya ianya dapat beri inspirasi buat para pengguna Produk 2 Puteri dalam mempelbagaikan hasil masakan masing-masing.
Nak beriklan tak mampu jadi cam ni je la yang mampu kami buat untuk ketengahkan kualiti yang ada pada Produk 2 Puteri ni ;). Mari kita tengok resepinya yang mudah ni..

 

HATI DAGING MASAK JINTAN 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri
Resepi Asal: Sis Yatt, MyR
Dipanjangkan By: Sis Nor, Secubit Garam

Bahan-bahan

  • 1/2 hati lembu di potong kecil (hati ayam atau daging sahaja pun boleh digunakan dalam resepi ini)
  • Sedikit daging – yang ni ditambah sebab hati yang ada sikit sangat
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 5 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Garam dan gula secukup rasa 

 Bahan untuk diblender/tumbuk

  • 1 sudu jintan manis dan jintan putih
  • Sedikit biji ketumbar
  • Sedikit lada hitam
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 asam keping
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 biji cili hijau

Caranya
1. Potong hati lembu sebesar ibu cari dan rendam dalam air bercampur tepung gandum selama 5-8 minit. Kemudian bersihkan.

2. Goreng daun kari, bawang putih dan merah hingga kekuningan kemudian masukan kulit kayu manis, bahan dikisar, Cili Boh Asli 2 Puteri bersama rempah kurma masak hingga naik minyak (garing).

3. Kemudian tambah sedikit air dan masukan hati lembu tadi masak sehingga 3 minit.

4. Letak asam keping, Sos Char Kueyteow 2 Puteri, cili hijau serta garam dan sedikit gula. Siap di santap.

**Tepung gandum yang nak buat cuci hati lembu tu kena banyak sikit yer. Kang tak pepasal kena goreng telur lak sebab tak sanggup makan hidangan ni sebab tak tahan dengan baunya yang kuat tu heheh.
**Peringatan: Hati lembu/ayam jangan dimasak terlalu lama kerana hati lembu/ayam lembut akan jadi keras jika terlalu lama di masak.

Mudah je kan??? Ha hujung minggu ni leh le dapatkan sedikit hati dan masak hidangan ni untuk keluarga tersayang. Confirm puas hati punya 🙂

Popiah Goreng Berinti Burger Maggie 2 Puteri

 

POPIAH GORENG BERINTI BURGER MAGGIE 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri
Gambar: Siti Delima.com


Bahan-bahan

  • Kulit popiah- defrostkan pada suhu bilik
  • 1 peket maggie – rendam sehingga lembut
  • 2 keping daging burger – lembutkan dan hancurkan
  • 1/2 biji bawang besar – didadu halus
  • 1 ulas bawng putih – cincang halus
  • 1 sudu teh Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 2 sudu besar Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk oregano – ikut suka kalau nak masukkan yang lain
  • 2 inci lobak merah – sagat halus
  • 1/2 biji ubi sengkuang saiz kecil – sagat halus
  • Sedikit garam atau perasa

 Caranya
1. 1 peket maggie direndam sehingga lembut. Masukkan sedikit garam atau serbuk perasa ke dalam air rendaman. Apabila lembut, toskan dan ketepikan sebentar.  

2. Daging burger dihancurkan dan diketepikan. Jika baru dikeluarkan daripada peti sejuk beku, rendam seketika di dalam air sehingga lembut. Baru dihancurkan.

3. Dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Kemudian masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri. Tumis sehingga garing.

4. Masukkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri, sedikit lada sulah dan serbuk oregano. Sebatikan.

5. Masukkan daging burger, maggie yang telah direndam tadi, lobak merah dan sengkuang. Gaul sebati dan perasakan dengan garam atau serbuk perasa. Goreng sehingga bahan inti tadi agak kering (90% kering). Setelah itu tutup api dan sejukkan sebentar.

6. Bentangkan kulit popiah dan sendukkan sedikit bahan inti yang telah sejuk. Gulung mengikut saiz yang disukai. Buat sehingga habis semua.

7. Goreng sebentar popiah tadi sehingga berwarna kuning keemasan. Angkat dan wallah dah siap untuk dijamu kepada keluarga.

Popiah Goreng Berinti Burger Maggie 2 Puteri ni boleh dimakan begitu sahaja ataupun bersama apa-apa jenis sos yang digemari.

Ayam Goreng Salut Sos 2 Puteri Berkicap

 

AYAM GORENG SALUT SOS 2 PUTERI BERKICAP

By: http://asamgaram2puteri.blogspot.com
Bahan-bahan

  • Ayam
  • 1 sudu makan Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 2 biji cili padi – diketuk
  • 1 biji cili hijau – belah 2
  • 1 batang serai – diketuk
  • 2 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • 4 sudu makan kicap pekat manis
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • Gula
  • Garam
  • 1/2 biji bawang besar – potong bulat
  • 1 biji tomato – belah 6

Bahan perlu ditumbuk halus

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1/2 inci halia

Bahan perapan ayam

  • 1 biji bawang kecil – tumbuk halus
  • 1 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • Sedikit Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 1 sudu kecil Sos Char Kueyteow 2 Puteri 
  • Serbuk kunyit
  • Sedikit rempah kari ayam
  • Sedikit rempah 5 spice
  • Garam

Caranya
1. Perap ayam yang telah dibasuh bersih bersama bahan perapan semalaman atau sekurang-kurangnya 1-3 jam sebelum proses memasak. Lebih lama diperap lebih enak rasa ayam nanti.

2. Goreng sehingga masak dan ketepikan.

3. Keluarkan minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam tadi sehingga tinggal 3 sudu makan. Tumis bahan tumbuk tadi sehingga wangi atau keperangan.

4. Masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri dan tumis sehingga naik minyak.

5. Masukkan serai yang diketuk tadi, cili padi dan cili hijau. Gaulkan sekejap.

6. Tuang Sos Char Kueyteow 2 Puteri, kicap pekat manis dan pes asam jawa. Sebatikan. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

7. Gaul bagi sebati dan kuah kelihatan agak pekat masukkan ayam goreng tadi bersama bawang yang dipotong bulat dan tomato. Gaul rata dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!!