Kursus Memasak Char Kueyteow, Mee, Kueyteow, Bihun dan Maggie Goreng

Hari ni saya nak war-warkan satu lagi aktiviti yang syarikat kami akan adakan bermula pada tahun 2013. Insyaallah bermula pada 6 Januari 2013 akan datang pada setiap hari Ahad.

Buat sahabat yang berkeinginan untuk mempelajari cara dan teknik memasak Char Kueyteow, Mee Goreng, Kueyteow Goreng, Bihun Goreng dan Maggie Goreng yang betul dan enak.

Insyaallah kami akan mendedahkan segala teknik, petua dan segala ilmu bagi mendapatkan hasil masakan Char Kueyteow, Mee Goreng, Kueyteow Goreng, Bihun Goreng dan Maggie Goreng yang enak. Kami akan memberi seberapa banyak teknik, petua dan ilmu berkenaannya kepada semua tanpa berselindung. Moga-moga apa yang kami lakukan ini bukan sekadar pada sahabat sahaja dalam menambahkan pendapatan tapi akan dapat diwariskan kepada zuriat semua hendaknya.

Kaedah pembelajaran adalah secara hands-on dan praktikal yang bermakna sahabat semua akan berpeluang memasaknya sendiri semasa sessi pembelajaran diadakan. Oleh itu sebarang masalah boleh dirujuk atau diutarakan terus semasa kursus. Jumlah maksimum setiap sessi cuma 5 orang sahaja kerana kami ingin memberi ilmu yang selengkapnya kepada peserta. Diharap dengan jumlah itu tumpuan dapat diberikan secara lebih khusus.

Buat sahabat yang ingin berniaga atau menghidangkan menu yang enak kepada keluarga juga buat peniaga yang ingin menambah menu masakan di restoran atau warung anda, dan yang nak cari tambahan pendapatan untuk keluarga dialu-alukan mendaftar dengan kami. Insyaallah ianya berbaloi kerana kami sediakan kursus praktikal untuk semua mencubanya sendiri. Kami juga akan lengkapi kursus ini dengan segala ilmu berkenaan taktik berniaga. Insyaallah setiap peserta juga akan diberi sedikit cenderahati atas penyertaan anda. Insyaallah.

Kami menawarkan yuran kursus yang murah dan berbaloi untuk semua iaitu sebanyak RM450.00 sahaja untuk 5 menu masakan yang lengkap dengan segala teknik, petua dan ilmu berkenaannya. Serta tambahan ilmu berniaga!

Peserta kursus akan memperoleh:

  1. Ilmu masakan yang lengkap
  2. Tips-tips dan petua bagi menghasilkan hidangan yang enak
  3. Nota / resepi
  4. Latihan praktikal semasa kursus bagi setiap peserta
  5. Pengalaman memasak yang sebenar
  6. Makanan semple hasil masakan anda
  7. Tambahan ilmu untuk menjadi peniaga yang berjaya
  8. Yang penting dapat tambah pendapatan keluarga
  9. Sedikit cenderahati dari kami
  10. Ilmu yang dapat diwarisi kepada zuriat kita kelak

Maklumat tempahan kursus

Langkah 1: PEMBAYARAN DEPOSIT KURSUS

Lakukan pembayaran deposit sebanyak RM250.00 sahaja ke akaun kami. Baki bayaran perlu dijelaskan pada hari kursus dijalankan.

Butiran Akaun:

558305505974

RM NINETYSIXBILLION ENTERPRISE

PENTING: Pastikan anda sentiasa menyimpan rekod transaksi (resit jika cash deposit) atau print screen / pdf print butiran transaksi untuk rujukan dikemudian hari. Tunjukkan pada hari kursus.

ARAHAN: Jika anda menggunakan Perbankan Online (Fund Transfer), COPY butiran transaksi anda untuk dikirimkan kepada kami. Emailkan ke alamat email duaputeri96@yahoo.com untuk rujukan bagi perbankan online

Langkah 2: PENGESAHAN BUKTI PEMBAYARAN

Pastikan anda melakukan pengesahan terhadap pembayaran anda. Anda perlu mengirimkan butiran tempahan anda serta bukti pembayaran anda kepada pihak kami untuk membolehkan kami mengesan bukti anda dengan kaedah

1. SMS: NAMA PENUH…>jarak<NO. IC…>jarak<TARIKH YANG DIPILIH…>jarak<BUTIRAN PEMBAYARAN (TARIKH, MASA, LOKASI DAN JUMLAH) dan HANTAR ke : 019-5759266

2. Fax: 05-7211145

3. Email: duaputeri96@yahoo.com

Anda juga boleh mengisi Borang Kursus / Pengesahan Pembayaran di sini. Sila isikan borang dibawah lengkap dengan data yang benar dan sah sahaja. Sebarang maklumat palsu adalah dilarang sama sekali.

PERINGATAN : Isi borang ini SELEPAS selesai membuat pembayaran sahaja.

Lokasi Kelas

Lokasi pembelajaran adalah di tempat kami iaitu di:

Lot 5758, Jalan Bukit Merah

Kubu Gajah 34310

Bagan Serai

Perak

(berdekatan tol keluar Bukit Merah sebelum ke Bukit Merah Laketown Water Theme Park)

Masa: 3.00 petang – 6.00 petang

Hari: Ahad (setiap minggu)

Sebarang Pertanyaan lanjut hubungi: 019-5759266

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s