Perihal Asam Jawa, kegunaan dan petua untuk kesihatan & kecantikan

Asam jawa atau celagi ialah sejenis pokok saka malar hijau yang mana pokok matang boleh mencapai ketinggian sehingga 25 meter yang menghasilkan buah asam untuk kegunaan masakan harian di Malaysia. Nama latin bagi asam jawa ni ialah Tamarindus indica Linn manakala nama daerah pula Tangkal asam; Acem; Celagi. Rekod dan sejarah menunjukkan yang ibu negeri Senegal diberi nama ‘Dakar’ dalam bahasa tempatan yang bermaksud “pokok asam jawa”. Pokok asam jawa adalah tumbuhan semula jadi di benua Afrika. Pokok ini diperkenalkan ke negara-negara di Asia melalui pedagang-pedagang Arab yang datang singgah ke Asia Tenggara. India ialah negara yang mempunyai tanaman dan ladang asam jawa yang paling luas di dunia. Didapati sebanyak 250,000 metrik tan asam jawa dihasilkan setiap tahun seluruh dunia dimana 65% dihasilkan di India.

Pokok asam jawa mempunyai pelbagai gelaran dan nama tempatan. Nama lain bagi asam jawa adalah Asam, Asam Jawa, Asam Kemal, Asam Kuning (Melayu); Indian date, Sweet Tamarind, Tamarind (English); Anbli, Ambli, Chinh, Imalii, Tamarulhindi (India), Da Ma Lin; Loa Wang Zi (China), Bakham Somkham (Thailand), Me chua (Vietnam); Sempodok (Filipina), Tamarindo (Jepun); dan Khaam, Kok mak Kham (Laos).

Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang. Pokok asam jawa sebenarnya merupakan tumbuhan anugerah Tuhan yang mempunyai pelbagai guna. Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula. Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Pucuk muda mentah atau yang telah dicelur, dimakan dengan budu, cencaluk, sambal belacan atau pencecah lain dengan nasi. Buah muda asam jawa yang dikupas kulit dan ditumbuk kasar atau diracik kecil, dicampurkan dengan sambal belacan, sesuai dimakan dengan nasi. Rasa buah asam jawa adalah masam-masam manis manakala daunya berasa sedikit kelat dan masam.

Kandungan kimia: Buah mengandung vitamin A; zat gula; selulosa; asam-asam yang terikat oleh kalium; tartrat; gula invart; pektin.

Khasiat: Laksan; Analgesik; Diaforitik; Laksatif

Kegunaan

Buah asam jawa mempunyai dua jenis iaitu asam jawa yang manis dan yang masam. Kandungan utama dalam asam jawa ialah asid, gula, vitamin B dan kandungan kalsium yang tinggi. Kegunaan asam jawa dari segi perubatan tidak boleh dikira banyaknya. Untuk tujuan komersial didapati asam jawa dijadikan asas bahan penyejuk dalam ubat demam dan sebagai julap bagi mengatasi masalah perut kembung. Sama ada dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan jus limau, madu atau susu, asam jawa amat berkesan dalam mengatasi masalah penghadaman, penyakit hempedu dan kekurangan vitamin C (skurvi). Amalan ini juga telah terbukti secara klinikal di beberapa negara seperti di India. Asam jawa biasanya dijadikan jus minuman yang dicampur dengan air gula sebagai minuman segar terutama di Malaysia, Thailand dan Indonesia serta negara tropika lain.

Antara kegunaan lain asam jawa ialah:

1) Asam jawa juga digunakan sebagai sapuan untuk mengurangkan kesakitan akibat keradangan. Ia juga digunakan untuk berkumur-kumur bagi mengurangkan sakit tekak.

2) Caranya adalah dengan mengambil sedikit garam dicampur ke dalam air asam dan kemudian ia boleh digunakan sebagai sapuan bagi melegakan sakit sendi.

Petua kesihatan dan kecantikan menggunakan asam jawa

1) Menghilangkan parut pada wajah
Bancuh asam jawa bersama sedikit air sepekat yang mungkin dan tampal keseluruh muka. Biarkan ianya mengering barulah dicuci muka menggunakan air bersih.

atau

Campurkan pes asam jawa bersama minyak zaitun. Sebatikan kemudian sapulah ke kulit wajah. Biarkan selama 15 minit barulah dibasuh menggunakan air suam panas supaya terbuka pori-pori wajah. Kemudian bilas pula menggunakan air yang sedikit sejuk supaya pori wajah tertutup kembali. Lakukan rawatan selama 3 kali seminggu, Insyaallah parut akan hilang.

2) Penjagaan suara
Bancuh asam jawa bersama segelas air. amalkan dengan meminum airnya setiap hari.

3) Untuk turunkan berat badan
Air asam jawa elok diamalakan setiap hari untuk membuang lemak dalam badan dan memberi kesegaran tubuh dengan cara ambil sebuku asam jawa dan ramas dalam segelas air. Amalkan selepas makan tengah hari dan makan malam. Kalau tak suka suam, boleh buat dengan air dari fridge atau lepas diramas tu simpan sekejap dalam peti ais, lepas makan baru ambil dan minum.

Untuk lain-lain petua penggunaan asam jawa ni boleh baca di Asam Garam 2 Puteri kay😉 Banyak lagi tau!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s