Pencerobohan di Lahat Datu, Sabah – Salam Takziah Dari Kami

Innalillahiwainnaillahirojiun…. Kami di 2 Puteri ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dan sanak saudara pejuang negara yang terkorban dalam krisis pencerobohan yang dilakukan oleh Tentera Kesultanan Sulu di Lahat Datu, Sabah. Juga takziah dan ucapan semoga cepat diberi kesembuhan oleh Allah buat anggota yang tercedera.

Apa yang kami ketahui sehingga tadi jumlah yang terkorban meningkat menjadi 5 orang. Pengesahan ini dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Dikatakan anggota pasukan keselamatan berkenaan terdiri daripada seorang pegawai dan 4 anggota polis.

Kesedihan meneylembungi insan yang ditinggalkan

Namun, dalam kesedihan kami turut bersyukur kerana kerajaan Malaysia bertindak prihatin dengan menaikkan pangkat kedua anggota yang terkorban semalam. Kenyataan itu diungkap sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang disiarkan di dalam berita perdana. Mungkin anggota pasukan keselamatan yang terkorban yang lain turut mendapat kenaikan pangkat berkenaan. Kenaikan pangkat ini adalah untuk anak dan isteri yang ditinggalkan. Berikutan dengan kenaikan pangkat ini, isteri akan menerima bantuan dan pencen yang meningkat jumlahnya yang amat membantu dalam kehidupan seharian.


Pihak Kerajaan Negeri Sabah juga berjanji untuk membantu meringankan beban keluarga anggota yang tercedera dan yang telah terkorban. Syukur…. Alhamdulillah kerana mereka tidak dibiarkan sengsara sendiri dan pihak yang berkenaan menghargai segala pengorbanan anggota pasukan keselamatan yang berjuang demi menjaga keamanan negara.

Dari apa yang kami baca, pencerobohan dilakukan dalam menuntut Sabah yang didakwa dibawah jajahan Kesultanan Sulu. Pencerobohan ini juga telah dirancang dan dilakukan secara perlahan-lahan bermula sejak 4 bulan yang lalu. Sebagai langkah pertama mereka ingin menawan Balai Polis Lahat Datu. Catatan penuh kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata berkenaan dari 9 Februari himgga 1 Mac boleh dibaca di laman Asam Garam 2 Puteri.

Moga-moga keadaan di Lahat Datu terutamanya akan semakin pulih dan tiada lagi jumlah anggota yang terkorban atau tercedera. Dan semoga Allah selamatkan Malaysia dari sebarang pencerobohan atau sebarang petaka hendaknya Aaamiin….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s