HATI DAGING MASAK JINTAN 2 PUTERI

Di sini 2 Puteri kongsikan satu lagi resepi warisan yang enak untuk dihidangkan buat keluarga tercinta. Seperti biasa resepi yang seringkali kami kongsikan ini diolah menggunakan Produk 2 Puteri supaya ianya dapat beri inspirasi buat para pengguna Produk 2 Puteri dalam mempelbagaikan hasil masakan masing-masing.
Nak beriklan tak mampu jadi cam ni je la yang mampu kami buat untuk ketengahkan kualiti yang ada pada Produk 2 Puteri ni😉. Mari kita tengok resepinya yang mudah ni..

 

HATI DAGING MASAK JINTAN 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri
Resepi Asal: Sis Yatt, MyR
Dipanjangkan By: Sis Nor, Secubit Garam

Bahan-bahan

  • 1/2 hati lembu di potong kecil (hati ayam atau daging sahaja pun boleh digunakan dalam resepi ini)
  • Sedikit daging – yang ni ditambah sebab hati yang ada sikit sangat
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 5 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Garam dan gula secukup rasa 

 Bahan untuk diblender/tumbuk

  • 1 sudu jintan manis dan jintan putih
  • Sedikit biji ketumbar
  • Sedikit lada hitam
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 asam keping
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 biji cili hijau

Caranya
1. Potong hati lembu sebesar ibu cari dan rendam dalam air bercampur tepung gandum selama 5-8 minit. Kemudian bersihkan.

2. Goreng daun kari, bawang putih dan merah hingga kekuningan kemudian masukan kulit kayu manis, bahan dikisar, Cili Boh Asli 2 Puteri bersama rempah kurma masak hingga naik minyak (garing).

3. Kemudian tambah sedikit air dan masukan hati lembu tadi masak sehingga 3 minit.

4. Letak asam keping, Sos Char Kueyteow 2 Puteri, cili hijau serta garam dan sedikit gula. Siap di santap.

**Tepung gandum yang nak buat cuci hati lembu tu kena banyak sikit yer. Kang tak pepasal kena goreng telur lak sebab tak sanggup makan hidangan ni sebab tak tahan dengan baunya yang kuat tu heheh.
**Peringatan: Hati lembu/ayam jangan dimasak terlalu lama kerana hati lembu/ayam lembut akan jadi keras jika terlalu lama di masak.

Mudah je kan??? Ha hujung minggu ni leh le dapatkan sedikit hati dan masak hidangan ni untuk keluarga tersayang. Confirm puas hati punya🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s