Alhamdulilah… 2 Puteri dah melangkah ke Mydin Kubang Kerian, Kuala Terengganu dan Kulai pula

Alhamdulillah….

Bermula pada 13 March, Produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri makin jauh perjalanannya. Kini, Sos Char Kueyteow 2 Puteri boleh didapati di Mydin Hypermarket Kubang Kerian, Kelantan; Mydin Hypermarket Kuala Terengganu, Terengganu dan Mydin Hypermarket Kulai Utama, Johor. 2 PUTERI dah ke Kelantan, Terengganu dan Johor pulakkkkk!!!! Best best.. Tak le susah orang-orang sana nak dapatkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri kami. Dah makin dekat dah🙂


Dengan kemasukkan ini bermakna Sos Char Kueyteow 2 Puteri kini telah dipasarkan di 10 cawangan Mydin Hypermarket. Bermula daripada hanya 4 cawangan di awal tahun 2012 iaitu Mydin Hypermarket Bukit Jambul, Pulau Pinang; Mydin Hypermarket Subang Jaya, Selangor; Mydin Hypermarket Terminal 2, Seremban, Negeri Sembilan dan Mydin Hypermarket MITC, Ayer Keroh, Melaka. Kemudian bertambah sebanyak 3 cawangan lagi bermula pada pertengahan tahun 2012 iaitu di Mydin Hypermarket Meru; Mydin Hypermarket Manjoi dan Mydin Hypermarket Gopeng yang kesemuanya di Ipoh, Perak menjadikan 7 cawangan yang memasarkan Produk 2 Puteri.

Produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri berada dibahagian Agrobazaar dan bahagian Sos di setiap cawangan Mydin Hypermarket. Bahagian Agraobazaar ditanda dengan pintu gerbang yang tertulis ‘Agrobazaar’ manakala bahagian Sos di letak sign di atas setiap lorong. Kena dongak le sikit untuk melihatnya.

Buat sahabat yang tinggal di tanah jajahan Kelantan, Terengganu dan Johor sila-sila le dapatkan Produk 2 Puteri dipasaran Pasaraya Mydin Hypermarket ya… Kalau nak ke Tesco Store pun Insyaallah ada. Baik dapatkan sekarang, kang habiskan rugi tauuuuu……. Kalau di Tesco Store, kena cari dibahagian IKS atau ‘Produk Malaysia Citarasa Kita’ (ditanda dengan flag biru) tu. Insyaallah ada.

Sos Char Kueyteow 2 Puteri tidak hanya enak dibuat Char Kueyteow malah boleh diaplikasikan ke atas lain-lain hidangan seperti Mee Goreng, Pasta, Lauk-pauk dan boleh dimakan begitu sahaja sebagai pengganti kicap. Banyak juga resepi yang menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri dah kami kongsikan kat sini bagi memudahkan sahabat untuk mempelbagaikan masakan menggunakan produk kami. Dengan Produk 2 Puteri, kerja masak memasak menjadi semakin mudah dan enak!

Produk 2 Puteri Insyaallah dibuat dengan pernuh ketelitian, bersih dan paling penting ianya menggunakan semua bahan-bahan yang halal. Segala tatacara dan operasi pembuatan dilakukan mengikut prosedurr yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak Jabatan Agama Islam yang memberikan sijil Halal. Kami memberi yang terbaik kepada para pengguna kami supaya rezeki yang kami peroleh juga merupakan rezeki yang halal Insyaaaallah. Jadi…. Gunakan tanpa was-was😉.

Pada yang dah cuba produk kitarang, Sos Char Kueyteow 2 Puteri ngan Cili Boh Asli 2 Puteri terima kasih banyak-banyak. Teruskan bersama kami yer sampai bila-bila🙂 Buat sahabat jangan lupa dapatkan produk kami di semua cawangan Mydin Hypermarket yang berdekatan. Atau boleh juga di cawangan Tesco Store yang berhampiran. Haa… Dah makin mudah nak dapatkan Produk 2 Puteri tu jadi minta beri sokongan ya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s