Kursus Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)

Pada 21 hingga 23 Januari lepas saya telah hadiri Kursus Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri atau lebih dikenali sebagai MeSTI anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama KPW Bagan Serai.

Bermula pada tahun 2014 depan, semua pengusaha IKS dikatakan wajib mendapatkan Sijil berkenaan untuk memberi jaminan kepada para pengguna tentang keselamatan produk hasilan pengusaha IKS seperti kami. Insyaallah kami bagi pihak 2 Puteri akan berusaha untuk mendapatkan sijil ini Insyaallah.

Sijil yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Malaysia ini adalah garispanduan terkini yang dikeluarkan kepada para penguasaha. Sebelum ini kami telah mendapat status ‘selamat’ ini dibawah Akta Keselamatan Makanan tahun 1983. Jadi kami harus berusaha untuk menukar status ini kepada MeSTI seperti yang baru dikuatkuasakan pada Oktober 2012 yang lalu. Ianya meliputi carakerja dan insfrastruktur bangunan premis kami.

Insyaallah dengan pengalaman dan carakerja yang kami amalkan ianya tidak mustahil. Namun kemudahan insfrastruktur bangunan mungkin akan membataskan kami kerana binaan bangunan kami sebelum ini tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.

Untuk membaikpulih kami memerlukan dana yang besar yang pada masa ini dengan modal yang terhad agak sukar untuk kami realisasikan. Namun kami akan usahakan juga demi untuk memberikan yang terbaik pada pengguna 2 Puteri semua. Moga-moga kami akan peroleh bantuan dari mana-mana pihak kementerian untuk mengatasi masalah ini hendaknya. Insyaallah. Jika ada syukur ianya akan terealisasi cepat tapi jika tidak juga… Macam biasalah kami akan kumpulkan modal perlahan-lahan. Insyaallah. Doakan kami dapat memberikan yang terbaik buat pengguna produk 2 Puteri semua ya!😀

Cita-cita kami Insyaallah satu hari nanti 2 Puteri akan capai tahap yang sebegini hendaknya aaamiin…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s