2 Puteri kini di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping

Maafkan kami…
Maafkan kami…

Sebahagian lirik lagu Maafkan Kami dendangan Tan Sri P. Ramlee dengan rakan-rakannya.

Sebenarnya itu juga yang saya ingin ucapkan buat sahabat semua yang sudi bertandang ke laman ni.

Dah lama tak update sebarang berita kini saya tampil seketika untuk mewar-warkan bahawa bermula dari bulan Disember 2013 yang lepas 2 Puteri kini telah melangkah setapak lagi dalam industri perniagaan ini.

Alhamdulillah, kini buat pengguna semua boleh menikmati pelbagai hidangan enak yang diolah menggunakan Produk 2 Puteri. Semuanya di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping.

Pelbagai menu yang enak disediakan buat pelanggan kami antaranya:-

1) Char Kueyteow 2 Puteri

2) Mee Goreng 2 Puteri

3) Mee Rebus Tok Perak

4) Nasi Rendang Ayam

5) Nasi Maharaja

6) Nasi Lemak

7) Pulut Kuning

Yang istimewanya semua hidangan yang disediakan itu menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri sebagai heronya (ramuan utama) manakala Cili Boh Asli 2 Puteri turut digunakan dalam beberapa hidangan. Termasuk masakan Sup Daging yang istimewa tau.

Mungkin 2puteri di wordpress ni akan senyap seketika dari arena perblogkan ini (amboi ayatttt heheh) namun Insyaallah kalau ada kesempatan kita akan bertemu kembali di sini.

Doakan kejayaan kami dan berilah sokongan jika sudi 🙂 Kami amat menghargainya!

Terima kasih semua…..

Assalamualaikum..

Jumpa di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping nanti!!!! Insyaallah puas hati…. 🙂

2 puteri yang turut membantu

Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2013 di MITC Melaka dari 29/11/13 – 1/12/13

Alhamdulillah.. Dengan sukacitanya kami di asamgaram2puteri ingin mewar-warkan kepada pembaca semua bahawa Produk 2 Puteri telah terpilih sebagai pempamer bagi Negeri Perak untuk menyertai

 

PROGRAM SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI)
Bertempat di  MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE (MITC), MELAKA
Pada  29/11/2013 – 1/12/2013

* Jualan produk dengan harga yang menarik serta peluang rasa-rasa masakan dengan menggunakan Produk 2 Puteri akan diadakan dalam memperkenalkan Produk 2 Puteri yang telah ada dipasaran Mydin Hypermarket dan Tesco Store.

* Pengguna akan diberi resepi-resepi menarik yang menggunakan Produk 2 Puteri dalam masakan seharian.

Semua yang ada berdekatan Melaka dijemput ke Booth 2 Puteri ya…

 

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera 2013… Mengharapkan yang terbaik

Sejak dua tiga minggu nih jadual memang padat sangat-sangat. Tak menang tangan nak siapkan tempahan produk yang masuk. Nak-nak adanya promosi kat Mydin Hypermarket seluruh Malaysia. Dapat pulak order hampir last minutes memang menyesakkan. Tapi syukur Alhamdulillah semuanya dapat disiapkan dengan tenaga empat kerat yang ada nih. Harap-harap promosi success le hendaknya aaamiin….

Promosi ada lagi nih kat Mydin tu… Berakhir 17 September nih. Jangan lupa dapatkan tau kalau masih belum ya.

Memang berbaloi beli tau! Produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri dijual dengan harga yang murah kat pasaraya-pasaraya tu. Harga biasa RM4.95 jadi anda boleh berjimat sebanyak RM0.96 sebotol. Memang berbaloi-baloi….

Tapi… Murah tu memang murah kualiti tetap kami jaga! Kalau dah try nanti pasti puas hati punya. Nak masak apa pun boleh tau, bukan sekadar Char Kueyteow sahaja.

🙂

Dua tiga hari ni kalau ditengok kat laman-laman blog atau di berita-berita, riuh orang bercerita pasal majlis ‘PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA‘ yang akan diadakan pada hari Sabtu, 14/9/2013 nih.

Orang-orang yang berniaga macam saya lagi le mengepak nak tahu hahaha.

Majlis nih akan diadakan pada jam 8.30 pagi – 12.00 tengah hari di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM Shah Alam, Selangor anjuran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Antara yang akan ada nanti katanya Tan Sri Dr Wan Zahid dan Prof Dato’ Dr Noor Azlan Ghazali. Dan paling ditunggu kelak pengumuman khas agenda Ekonomi Bumiputera oleh YAB Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak. Yang nih dijadualkan jam 10.30 pagi.

Sesiapa yang tinggal berdekatan boleh le hadirkan diri kat sana. Kami yang jauh nih boleh tengok melalui Live Streaming dari blog-blog yang ada je la. Harap-harap ada le lintas lansung kat TV nanti.

Menyentuh pasal Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera nih terasa nak tahu sangat apa perancangan pihak kerajaan dalam memperkasakan ekonomi kita, orang-orang Bumiputera nih.

Memang le dah makin ramai Bumiputera yang mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Peratusannya makin meningkat dari tahun ke setahun. Tapi kebanyakkannya masih ditahap perniagaan miko dan IKS je. Nak melangkah ke peringkat yang lebih tinggi perlu modal yang banyak dan besar. Jadi harap-harap kerajaan ada le bantuan untuk menjayakan perniagaan bagi orang-orang yang kecil macam kami nih.

Sos Char Kueyteow 2 Puteri dengan label lama. Kini ‘pink’ macam baju bang nih heheh

Dalam perniagaan nih yang paling penting adalah pemasaran. Baik mini ke, mikro ke, kecil ke, besar ke tu le satu yang penting. Sama je….

Memang le pembuatan dan lain-lain penting tapi kalau tak der pasaran mana le nak letak hasil pembuatan tu yer tak. Jadi saya harap sangat kerajaan beri penekanan kepada aspek nih.

Apa yang kerajaan sediakan selama ini memang memberi manafaat kepada pengusaha Bumiputera khususnya namun masih ada beberapa bahagian yang boleh diperbaiki. Nih cita pendapat saya jer tau heheh.

Cam gini le kalo tak der pasaran yang oooi. Nauzubillah…. Minta dijauhkan Allah le…

Paling-paling saya harap sangat agar pihak kerajaan buat satu dasar kepada pasaraya besar untuk mengetengahkan produk tempatan yang bermutu. Sekarang nih memang ada tapi tak berapa nak kuat sangat pada hemat saya. Kena kuat lagi. Wajibkan produk yang ditengahkan oleh Jabatan/Kementerian/Agensi yang dilantik oleh kerajaan untuk dibawa masuk ke pasaraya-pasaraya yang diwujudkan di Malaysia nih.

Nak buat pasaraya kena jual produk tempatan (IKS). Wajib kot tak tak leh.. Hehhehe… Ha.. Camtu…

Tapi kalau setakat wajib pun tak datangkan kebaikan kalau produk-produk tu dibiarkan diletakkan di lorong-lorong yang tak mempamerkan secara nyata tentang kewujudan produk ini. Antara tempat yang saya katakan tak mempamerkan secara nyata tu adalah di bahagian-bahagian yang tak seangkatan dengan kategori produk yang dipasarkan. Seperti bahagian segar, susu, sos dan lain-lain.

Kalau nak kategorikan produk IKS daripada produk-produk lain buat macam kat Mydin. Siap banner tulis Agrobazaar besar-besar. Letak pulak kat depan kaunter bayaran. Semua orang boleh tahu, semua orang boleh nampak. Jadi peluang tu cerah le sikit kan kalau orang tahu dan nampak. Jadi pengguna yang nak membantu pengusaha IKS mudah mendapatkannya.

Tak pun buat macam Aeon Big, tak kategorikan mana-mana produk dibawah IKS ke apa. Semua dibawah kategori yang sama diletakkan sekali. Yang nih kebaikannya ialah kedudukan produk IKS setaraf dengan produk besar lain. Jadi kekuatan pada pengusaha untuk fikirkan cara untuk beri saingan yang sengit pada pengusaha-pengusaha besar tu untuk menarik perhatian pembeli. So siapa beri yang terbaik akan jadi pilihan pengguna tak gitu?!?

Bantuan ke apa yang mungkin akan diberikan tu tak le jadi keutamaan pada saya. Kalau ada dan mudah, syukurrrr Alhamdulillah. Kalau tak der pun, macam nih le saya hehehe. Kayuh je perlahan-lahan dengan doa agar Allah beri peluang pada saya maju cepat :).

Jangan le macam nih heheh… Bila mau sampeinya dong ;p

Doa tetap tau.. Bersama usaha dan tawakkal. Moga-moga apa yang kita harapkan jadi kenyataan…

Tak pun kalau-kalau kerajaan cuba bangunkan Pasarayanya sendiri yang mengetengahkan juga produk Bumiputera selain produk-produk lain lagi baik. Pihak kerajaan boleh le bergabung dengan pihak-pihak yang dah terbukti berjaya dalam bidang nih macam Datuk Ameer Mydin ke untuk jayakannya. Selain dapat ketengahkan produk Bumiputera dengan lebih baik dapat gak kerajaan tambah pendapatan negara tak gitew????

Kalau dah kerajaan sendiri yang jadi tokey pasaraya pastinya dapatt gak buat kawalan harga produk yang biasa kita dengar sering ancam pengguna kat Malaysia nih.

Tapi tu le itu cuma buah fikiran saya orang kecik yang cuba nasib dalam bidang perniagaan nih. Tak tahu le macam mana pulak yang akan PM bentangkan nanti heheh. Harusnya lebih gah dan besar sebab yang pasti ianya hasil dari pandangan dan idea pihak-pihak yang lebih besar dan hebat yer tak.

Harap-harap nanti PM beri tumpuan juga pada pengusaha Mikro juga tak sahaja pada pengusaha IKS dan Pengusaha Berprestasi Tinggi. Mikro pun boleh jadi Pengusaha Berprestasi Tinggi kalau lorongnya betul. Nak pulak ada bantuan dan peluang yang lebih baik.. Insyaallah ianya akan jadi kenyataan…

Jadi moh kita tunggu Sabtu nih untuk ketahui apakah yang akan dibentangkan nanti….:) Doakan yang terbaik yer!

Cili Boh Asli 2 Puteri.. Produk asli yang dijamin Halal!

Cili Boh Asli 2 Puteri merupakan satu lagi produk keluaran kami yang semakin panas dan menjadi permintaan ramai dipasaran. Menggunakan hanya cili yang terpilih, Cili Boh Asli 2 Puteri telah menjadi pilihan ramai suri rumah. Selain daripada warnanya yang asli, ia juga dapat memberi aroma yang tersendiri kepada hidangan. Kepedasan yang terkawal menambah selera kepada yang menikmatinya.

Pelbagai hidangan enak dapat dihasilkan dan ada antara resepi yang menggunakan Cili Boh Asli 2 Puteri ini dikongsikan bersama anda di laman blog Asam Garam 2 Puteri dan 2puteri.wordpress sebagai salah satu sumbangan kami buat pengguna semua dalam menghasilkan hidangan enak buat keluarga tersayang.

Kini Cili Boh Asli 2 Puteri bergerak menemui anda melalui 34 cawangan Pasaraya Tesco Store seluruh Malaysia dibahagian segar, selain daripada kedai-kedai runcit dan pasar-pasar basah. Untuk melihat senarai cawangan Pasaraya Tesco Store berkenaan boleh lawat laman blog Asam Garam 2 Puteri dan 2puteri.wordpress. Demi untuk memudahkan pengguna mendapatkan produk kami, syarikat juga dalam proses memasarkan Cili Boh Asli 2 Puteri di 22 rangkaian Pasaraya Aeon Big sedikit masa lagi.

Memiliki status Halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia serta mendapat seliaan daripada Kementerian Kesihatam Malaysia, Cili Boh Asli 2 Puteri boleh digunakan didalam hidangan anda tanpa was-was.

Dengan harga RM2.00 untuk sebungkus dengan berat 280g+/- ianya memang berbaloi untuk diperolehi kerana ianya menggunakan HANYA CILI ASLI.

Ayuh dapatkan di Pasaraya Tesco Store sekarang dan jadikan ia sebagai satu bahan dalam setiap hidangan anda untuk keluarga tersayang! Feel like a Chef!

**Terima kasih pada pemilik gambar yang terpapar. Credit kepada hasil kerja mereka yang terbaik.

Saat Hampa: Promosi yang dirancang tidak kesampaian

Dalam post saya baru-baru ni saya ada cakap yang kami akan adakan promosi di semua cawangan Tesco Store bermula 20 June lepas hingga 25 Julai depan kan… Dengan penuh dukacitanya saya nak announcekan bahawa ianya tak jadi kenyataan huhu… Sayu bebeno beb… Srotttttt (cet gili pulak dengo huh).

Pertama-tama sebelum apa-apa saya sekeluarga mohon maaf pada sahabat yang kehampaan sebab produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri masih dalam harga yang sama. Actually saya pun tak tahu apa masalahnya sebab saya dah berurusan dengan pihak Tesco Store berkenaan promosi ini sejak bulan Mei yang lepas. Memang urusan ni tak mudah rupanya. Even kami bukan setakat sekali dua memaklumkan kepada pihak mereka berkenaan hal ini. Entah lah…

Mungkin kami sekadar satu syarikat yang kecil jadi perhatian tentang produk keluaran kami ni agak kurang diberikan. Jadi bila urusan yang agak luar biasa begini (belum pernah mana-mana pihak dari SME nak adakan promosi kecuali Jalen yang dah gah tu) keadaan jadi agak sulit sedikit.

Kami benar-benar mohon maaf pada semua dan kami tetap akan teruskan hasrat untuk mengadakan promosi dalam kadar segera yang mampu. Insyaallah… Doakan ianya jadi kenyataan dan amat besar harapan kami ianya jadi kenyataan kerana bagi kami ini sahaja yang kami mampu lakukan untuk menyatakan penghargaan kami buat pengguna semua buat masa ini.

Insyaallah kami akan cuba follow up lagi dengan pihak yang berkenaan dalam kadar yang segera…

Promosi Sos Char Kueyteow 2 Puteri di Tesco Store bermula 20 Jun – 25 Julai 2013

Ya Allah… Boleh terlupa saya yang kami ada promosi beli 1 percuma 1 di Tesco Puchong pada 15-16hb yang lepas. Iyer… Sabtu ngan Ahad semalammm. Jadual pack sangat sampai tak ingat nak war-warkan kat sini. Aduhaii apa le saya ni. Dah tua-tua ni cam tu le banyak sangat yang terlupanya. Banyak makan semut kot hehe.

Berakhirnya semalam promosi kat Tesco Puchong tu bermakna berakhirnya promosi ini buat sementara waktu. Ada 2 lagi lokasi yang dijadualkan tapi kedua-duanya bulan Ogos depan. Satu di Tesco Mutiara Damansara pada 17-18 Ogos dan yang terakhir 31 Ogos – 1 September di Tesco Shah Alam. Insyaallah yang ni akan saya war-warkan nanti kay. Insyaallah.

Sebenarnya fokus saya terlari sikit minggu nih. Jadual yang sedia banyak ni ditambah dengan lawatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk persijilan MeSTI, SME Corporation dan menghasilkan produk. Sepatutnya ada seminar yang kena attend hari Jumaat lepas pun dah termiss gak. Dah malam baru hengat. Ada ke patut heheh. Harapnya pihak UUM tak blacklistkan kitarang jika ada apa-apa rancangan kelak. Memang tak ingat langsung. Bukan tak der diary catat sebarang urusjanji tapi macam saya cakap tadi bila fokus dah kacau memang baca apa yang tercatat pun leh tak betul. Naya tul…

Dah nama KKM nak datang… Banyak le yang kena check! Jangan silap kalau rasa nak buat derk je dengan kedatangan diarang nih. Kang tak pasal-pasal ada yang tutup premis perniagaan hihi. Sebenarnya kitarang ni tak le ada masalah apa pun kalau diarang nak datang mengejut ke hapa. Insyaallah semuanya dijalankan dan penjagaan tip top. Sehabis baik kitarang buat supaya tak timbul sebarang masalah dalam menghasilkan produk untuk semua. Tapi dah tabiat kot. Dada nih tetap dup dap kencang gak walau dah lali dengan lawatan pihak kementerian nih hehe. Nanti saya ulas pasal kedatangan diarang nih kay.

piZap.com free online photo editor, fun photo effects

Fokus kitarang yang lebih sebenarnya untuk adakan promosi penurunan harga bagi produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri di seluruh Tesco Store bermula 20hb Jun – 25 Julai 2013 nih. Ni kira nak tunaikan janji macam yang saya cakap tu hari yang kami akan usahakan adakan promosi untuk semua pengguna Produk 2 Puteri seluruh Malaysia yang lain juga. Takkan dengar je kitarang buat promosi kat lokasi-lokasi terpilihkan. So nak bagi fair kami tengah usahakan agar ianya terrealisasi. Isnyaallah…

Tapi tu le… Entah le jadi ke tak sebab surat yang kitarang hantar dulu tak le pihak Tesco jawab. Melalui perbincangan menerusi panggilan tepon katanya bila sampai masanya pihak Tesco akan letak tanda je kata promosi sedang dijalankan. Isk tu yang berdebar tu… Nak tunggu 20hb terasa lama sangat tapi sehari-sehari rasa cam pantas berlalu. Camno tu?!?

More promotion will come 2 U… Insyaallah dalam perancangan

20hb nanti saya akan lawat Tesco Store dan harap ianya terlaksana. Walaupun nak buat promosi ni pun kita yang kena bayar, tapi bukan mudah rupanya nak realisasikannya. Entah le camno syarikat besar tu yang dok saban waktu buat rangka promosi. Tapi mungkin sebab kami ni baru first time nak buat tu kot yang terasa susah. Next time akan jadi mudah hendaknya.

Ok udah tengok gambo kilang kami yang serba sederhana sangat tu??? Hhehe. Terima le seadanya heheh. Kat ateh tu ngan kat bawah ni le ghope kilang kami yang tak seberapa untuk tatapan mengkome yer. Udah tuko gaya bahase la pulakkkk. Harap-harap korang puas hati le yer. Tu bukan gambar lama yer. Tarikh kat camera tu je yang terlama sebab tukang ambik gambo nih masa tukar bateri terlupa nak update tarikh baru. 2005 saya baru rasa di alam fana cinta dengan Mr Hb heheh. Bangunan ni pun tak der lagi hahah.

Cam tu le rupa kilang kami yang tak seberapa nih. Ok dah pueh tengok kan hihih… Jangan lupa yer 20hb Jun ni hingga 25 Julai nanti usha-usha Sos Char Kueyteow 2 Puteri di Tesco Store yang berdekatan. Insyaallah kami beri penawaran harga yang berpatutan buat anda!