Ancaman jerebu: Bahaya dalam diam

Fenomena yang melanda Malaysia sekarang ini adalah masalah jerebu yang mendatangkan pelbagai masalah kepada kita rakyat yang menghuni negara yang permai ini.

fenomena pencemaran jerebu semakin menular di seluruh Malaysia yang dikatakan berpunca daripada kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia. Mengikut pantauan titik panas di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia, terdapat 123 titik panas di Sumatera pada 15 Jun 2013.
Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup masuk dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini.
Ini juga membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini.

– See more at: http://fuh.my/bacaan-ipu-jerebu-malaysia-2013/#sthash.wpWegyuS.dpuf

Fenomena ini dikatakan berpunca dari kebakaran tanah gambut di Wilayah Riau, Indonesia. Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum dijangkakan kekal sebagai monsun barat daya sehingga November ini dikatakan punca jerebu ini ditiup masuk ke negara kita.

Dikatakan ianya permulaan tidak sihat kerana kemarau diramalkan berlaku pada pada tahun ini. Ini juga membayangkan bahawa masalah jerebu ini yang berkemungkinnan lebih teruk akan melanda menjelang pertengahan monsun barat daya.

Menurut wikipedia, Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia (“World Meteorological Organization”) termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus, kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk, pasir dan salji.

Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut yang biasanya disebabkan oleh pencemaran industri. Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.

Jerebu di Tanah Pamah China Utara.

Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) dan bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari, jerebu mungkin kelihatan keperangan atau kebiruan, manakala kabus cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering dianggap sebagai satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena udara lembap.

Sejak tahun 1991, jerebu telah menjadi masalah yang meruncing di Asia Tenggara, kebakaran hutan di Indonesia yang dibakar bagi membersihkan tanah menjadi punca. Sebagai tindak balas pada jerebu 1997 di Asia Tenggara itu, negara-negara ASEAN bersetuju dengan Pelan Tindakan Jerebu Serantau (1997). Pada tahun 2002, semua negara ASEAN kecuali Indonesia menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan, tetapi pencemaran masih merupakan masalah pada hari ini. Di bawah perjanjian itu sekretariat ASEAN menjadi tuan rumah penyelarasan dan unit sokongan.

Untuk makluman, jerebu kali ini adalah antara yang paling teruk pernah berlaku di Malaysia sehingga menyebabkan dua buah daerah iaitu Ledang dan Muar diisytiharkan darurat oleh Perdana Menteri. Selain itu, sekolah di beberapa buah negeri atau daerah seperti Melaka, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Kuantan telah ditutup buat sementara waktu sehingga diberitahukan kemudian.

Indeks Pencemaran Udara

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU Kualiti udara
0 – 50 Baik
51 – 100 Sederhana
101 – 200 Tidak sihat
201 – 300 Sangat tidak sihat
301 – 400 Berbahaya
401 – 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat
Pengiraan IPU

      Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata 
      setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2, CO, O3 
      dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan 
      kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar 
      yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, 
      kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi 
      berbanding dengan pencemar yang lain dan ini 
      menentukan bacaan IPU.
 Pembentukan ozon di permukaan bumi (O3) 

      Menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, 
      lazimnya kepekatan ozon adalah tinggi dan 
      mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan. 
      Di bawah pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid 
      nitrogen dan sebatian organik meruap yang 
      dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan 
      industri bertindakbalas bagi membentuk ozon 
      di permukaan bumi.

Masalah kesihatan

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:

  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:

  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:

  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap.
  • Kurangkan aktiviti di luar rumah
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah seperti muka; mandi
  • Selalu minum air kosong/mineral
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan. Alert jika keadaan masih berterusan setelah penggunaan ubat seperti inhaler. Segera ke hospital/klinik yang berdekatan. Jangan berlengah
  • Pesakit yang mempunyai penyakit seperti batuk, selesema, asthma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit yang berhubung dengan paru-paru yang agak kronik hendaklah ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah teruk
  • Perokok dinasihatkan agar sekurang-kurangnya kurangkan aktiviti menghisap rokok dalam sehari jika tidak menghentikannya sekalipun. Bagi perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit dinasihatkan agar tidak merokok di dalam rumah
  • Elakkan melakukan aktiviti riadah/bersukan diluar rumah
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan bercuti diluar kawasan dilanda jerebu seandainya bacaan IPU dikawasan mereka mencapai tahap yang merbahaya, sehingga keadaan terkawal semula

Semakan Tahap IPU

Untuk menyemak indeks pencemaran udara (IPU) Jerebu di Malaysia secara online. Orang ramai yang terjejas dengan kawasan yang dilanda Jerebu boleh membuat semakan IPU di kawasan masing-masing untuk mengetahui tahap bahaya jerebu dikawasan anda. Berikut adalah cara mudah untuk membuat semakan IPU Jerebu dan juga maklumat terkini Jerebu.

Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Jerebu Di Malaysia

Untuk maklumat semasa jerebu sila layari http://www.doe.gov.my/webportal/ – iaitu laman sesawang rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

Topeng Muka

Pemakaian topeng muka memang penting waktu-waktu ini terutama buat yang berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan serius. Anak-anak kecil, orang-orang yang lanjut usia tidak terkecuali. Terdapat 2 jenis topeng muka yang ada dipasaran sekarang, satu ialah surgical mask biasa yang didatangkan dengan 3 design iaitu yang berwarna biru, hijau dan yang nipis putih. Manakala satu lagi ialah jenis cembung yang dikenali sebagai N95. N95 ini turut mempunyai beberapa jenis lagi yang mempunyai kelebihan setiap satu darinya. Namun yang biasa kita dapati di farmasi ialah jenis ini:

Mana satu pilihan yang sebaiknya untuk dipakai diwaktu-waktu sebegini? N95 adalah yang terbaik untuk dipakai. Ianya dijamin 99% dapat menapis partikel habuk dari jerebu menurut seorang doktor di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang ditayangkan di TV3 semalam (24/6/2013). Manakala surgical mask biasa sekadar menghalang partikel besar dari masuk ke salur pernafasan biasa dan tidak bersifat menuras berbanding N95 ini. Nak tahu zarah-zarah merbahaya yang perlukan topeng bersifat penuras ini dipakai? Sila rujuk dibawah ini 

Nota Rujuk Bacaan IPU

Kalau kita lihat pada jadual bacaan IPU pasti ada simbol *, a, b, c dan lain-lain. Apa maknanya pada kita ya? Untuk ketahuinya sila rujuk jadual di bawah ini:

*   –  Habuk Halus (PM10)                           c    –  Ozon (O3)
a   –  Sulfur Dioksida (SO2)                          d    –  Karbon Monoksida (CO)
b   –  Nitrogen Dioksida (NO2)                   &   –  Lebih daripada satu pencemar

Berdoa PadaNya

Jadi marilah bersama-sama kita berdoa pada Yang Maha Kuasa agar masalah jerebu ini akan hilang demi kesihatan kita semua. Antara yang boleh kita lakukan ialah:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s