Selamat Menyambut Hari Keputeraan Sultan Perak Yang ke85 tahun buat Duli Yang Maha Mulia Sultan..

Tanggal 19 April merupakan Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Ghafarullahu-lah Shah, sultan kesayangan kami. Tahun ni hari keputeraan baginda yang ke85. Baginda diputerakan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak. Amboiii bangga birthday saya selang sehari je dengan Baginda Sultan heheh. Opss heheh.

DYMM Sultan Azlan Shah (standing second from right) and his mother, Toh Puan Dewangsa Khadijah binti Ahmad (sitting leftmost). (Photo: http://www.malaysianmonarchy.org.my)

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan. Baginda merupakan Sultan dari negeri Perak Darul Ridzuan ni sejak 3 Febuari 1984. DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari 26 April 1989 – 25 April 1994.

Kerjaya Baginda Sultan

DYMM Sultan Azlan Shah at 37 years of age on his appointment as High Court judge in 1965 – the youngest ever appointed to such a position in the Commonwealth. (Photo: http://www.malaysianmonarchy.org.my)

Kalau nak tahun Baginda pernah menjadi Hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 1965 ketika berusia 37 tahun. Omak aiiii mudo lai hah…. Rekod tu sebab dalam sejarah kehakiman Komanwel, Baginda le yang pertama-tama yang berusia bawah 40an jadi Hakim Mahkamah Tinggi ni. Mano tak banggo hah. Tahun 1973 Baginda dilantik pula sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan diikuti 6 tahun kemudian iaitu pada 1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya. Last sekali pada 12 November 1982 Baginda dilantik menjadi Ketua Hakim Negara yang ke5 menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara. Baginda menerima watikah perlantikan daripada Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tunku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman di Istana Tetamu, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (sekarang dah jadi Tun). Jawatan ini merupakan puncak karier kehakiman. Selepas berkhidmat selama 2 tahun, Baginda terpaksa melepaskan jawatan Ketua Hakin Negara pada 3 Februari 1984 setelah dilantik menjadi Sultan Perak berikutan kemangkatan Sultan ldris Shah.

3 Februari 1984 Baginda dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke34 dan 9 Disember 1985 ditabal sebagai Sultan Perak secara rasmi sebagai Sultan Perak ke34 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. Tuanku Bainun binti Mohamad Ali turut ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Perak. Sebenarnya 1 Julai 1983 Dewan Negara Perak memahkotakan baginda sebagai Raja Muda Perak oleh ayahanda saudara baginda, Sultan Idris Almutawakkil Alallahi Shah II berikutan kemangkatan Raja Muda Musa II ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz. Ketika itu baginda masih lagi memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara Malaysia. Enam bulan kemudian, Sultan Idris pula mangkat lalu Raja Azlan Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang ke-34.

The appointment letter (watikah) of DYMM Sultan Azlan Muhibuddin Shah. (Source: Buku Pertabalan DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah)
Family photos after the installation of DYMM Sultan Azlan Shah as Sultan Perak in 1984. (Photo: http://www.malaysianmonarchy.org.my)

Sebenarnya, kalau nak ikut kerjaya Baginda bermula sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Kemudian, Baginda menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen pula. Dari situ Baginda menyandang Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa. Baginda pernah dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu dan kerjaya selepas itu adalah sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi. Hebat kan….

Pendidikan Yang Baginda Terima

DYMM Sultan Azlan Shah before leaving for England in 1950. (Photo: Arkib Negara Malaysia)

Nak jadi orang hebat kena sekolah di tempat yang hebat. Tak gitu… Persekolahan Baginda bermula di Government English School, Batu Gajah. Sekarang dah tukar nama sekolah ni jadi SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah. Lepas tu Baginda masuk belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pula. Baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran dibidang undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1953. Tanggal 23 November 1954 Baginda sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn. Begitu le catatan pendidikan Baginda Sultan.

Graduating in law at the University of Nottingham in 1953. As a young prince, DYMM Tuanku had already set his sights on the distant future, already aware of the importance of education to the success of his future. (Photo: http://www.malaysianmonarchy.org.my)

Aktiviti Sukan Yang Baginda Minati

With Abdul Hamid Aroop (father of Tun Ahmad Sarji) at the Ipoh Padang on 5 November, 1949. (Photo: Arkib Negara Malaysia)

Tapi tu le jangan kata Baginda Sultan ni jenis menghadap buku je tau. Baginda ni serba serbi hebat. Agaknya tu le kunci nak jadi orang pandai ni. Kena hebat akademik dan korikulum juga kot. Telahan saya le sebab kalau tengok rekod Baginda, Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki sejak zaman persekolahan di Batu Gajah dan Kuala Kangsar. Baginda bermain sebagai Pasukan Melayu Perak dari tahun 1946-1950 sebelum berangkat ke England. Agaknya badan sihat otak pun jalan la yer… Kena ajar anak nih moga-moga jadi hebat seperti Baginda satu hari nanti, Aaamiin… Baginda juga kini dilantik sebagai Presiden Persekutuan Hoki Malaysia dan Presiden Hoki Asia. Dek minat dengan hoki, Baginda turut dilantik sebagai Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.

Photo taken in October 1949 in Ipoh. Tuanku Sultan Azlan (4th from the right). His father Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin is seen standing second from right. (Photo: Arkib Negara Malaysia)

Selain daripada minat yang mendalam dalam sukan hoki, Baginda turut berminat dalam sukan golf. Amat berminat sebenarnya heheh. Antara sumbangan Baginda untuk sukan hoki ni adalah mengusahakan pembinaan Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di lpoh pada 1983. Baginda hadir setiap kejohanan Piala Sultan Azlan Shah iaitu kejohanan tahunan lima penjuru peringkat antarabangsa.

Pencapaian Baginda

Photo of DYMM Sultan Azlan Shah (aged 21) published in the Sunday Times on January 1, 1950 with the caption, “Ruler’s son to be law student.” (Photo: http://www.malaysianmonarchy.org.my)

Baginda juga adalah Penaung Diraja bagi Persatuan Undang-undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Golf Diraja Perak, Kelab Polo lskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak. Banyak tu… Selain tu banyak juga Anugerah dan sumbangan yang Baginda dapat. Banyak tak terkira tapi yang saya dapat catatkan kat sini cuma antaranya Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai1986, Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988, Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991 dan Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999.

DYMM Sultan Azlan Muhibuddin Shah is also the Colonel-in-Chief for the Royal Engineers Regiment of the Malaysian Army. (Source: YM Raja Mimi Razman)

Darjah Kebesaran yang diterima Baginda pun banyak. Antaranya ialah Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati (Johor), Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (Selangor), Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B), Orden Al-Merito De Chile (Republik Chile), Bintang ADI PURNA (Republik Indonesia), Hon. Knight Grand Cross (Civil Division) of The Order of The Bath (United Kingdom), Grand Cordon of The Supreme Order of The Chrysanthemum (Jepun) dan Civil Order 1st Class (Oman)

Keluarga Baginda

Sultan Azlan berkahwin dengan Tuanku Bainun Mohd Ali yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang. Persekolahan Baginda bermula di St. Georga’s School, Pulau Pinang. Baginda dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke Teacher’s Training Collage, Krikby, England pada tahun 1952-1954. Setahun selepas kembali dari England, Baginda berkahwin dengan Sultan Azlan Shah ketika Baginda Sultan ketika itu merupakan Majestrate di Kuala Lumpur manakala waktu itu Tunku Bainun mengajar di sekolah asal Baginda. Baginda ditabal sebagai Permaisuri Perak pada 19 Febuari 1988.

The bersanding ceremony in Penang, 9th December 1955. (Photo: Arkib Negara Malaysia)

Baginda berdua memperoleh 2 putera dan 3 puteri yang sama hebat seperti Baginda iaitu:

  1. Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 27 November 1956. Raja Nazrin Shah ditabal sebagai Raja Muda Perak. Memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains Politik dan Ekonomi daripada Oxford University dan Ijazah Sarjana Political Economy and Government daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat.
  2. Raja Azureen binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 9 Disember 1957. Raja Azureen memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari University U.S.A dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada London Business School, University of London, England.Raja Azureen berkahwin dengan Dato’ Seri Mohd Salleh Dato’ lsmail.
  3. Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 28 Disember 1958 dan ditabal sebagai Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan pada 11 Mei 1987. Raja Ashman Shah memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of Nottingham, England dan Ijazah Sarjana Undang-undang daripadaa Cambridge University; Barrister-at-Law daripada Lincoln’s lnn, London serta Diploma Undang-undang Perniagaan, University of London, England. Raja Ashman Shah mangkat secara mengejut pada hari Jumaat, 30 Mac 2012 akibat asma.
  4. Raja Eleena binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 3 April 1960, memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang daripada University of London dan Barrister-at-Law daripada Lincoln’s lnn, London. Kini, Raja Eleena menguruskan firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur serta dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Gamuda Berhad, salah satu syarikat gergasi Malaysia.
  5. Raja Yong Sofia binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah dilahirkan pada 24 Jun 1961. Raja Yong Sofia memperolehi Ijazah Sarjana Pentadbiran daripada London’s lnternational University, England. Kini berkhidmat di Bank Bumiputra-Commerce Bhd. Raja Yong Sofia berkahwin dengan Tunku Kamel Rijaludin pada 5 Disember1987.

Tanda Kasih Rakyat

Antara tanda kasih rakyat kepada Baginda Sultan, sempena Ekspo Pelancongan Domestik Perak 1992 spesis bunga orkid terbaik dinamakan ‘Doritinopsis Sultan Azlan Shah’ dan sebagai penghormatan kepada Baginda selaku penaung Persatuan Alam Sekitar Malaysia, spesis serangga baru yang ditemui ketika Ekspedisi Saintifik Belum (1993-1994) dinamakan ‘Azlania Costatipennis (Jacoby), Azlania apicalis n.sp dan Azlania borneensis n.sp.

Berikutlah serba sedikit biodata Baginda Sultan yang sambut hari keputeraan baginda yang ke85 pada tahun ini.

“Moga Allah panjangkan umur Baginda Sultan bersama permaisuri serta putera dan puteri Baginda. Dan moga kebaikan buat Baginda sekeluarga. Juga semoga Negeri Perak tercinta ini bertambah makmur dibawah naungan Baginda Sultan yang menjaga kebajikan rakyat jelata hendaknya. Aaamiin… Insyaallah… “

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s