Mydin RTC Gopeng dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri punya kisah

Alhamdulillah tadi masuk satu lagi order dari Mydin RTC Gopeng, Perak. Syukur Alhamdulillah atas rezeki Mu Ya Allah berikan pada kami.

Short notice sebenarnya sebab penghantaran harus dibuat Khamis ini 13 Disember 2012. Tapi kerana 13 Disember kami harus menghantar produk ke Tesco Store dan Mydin Hypermarket MITC Melaka, penghantaran perlu dilakukan sesegera mungkin. Insyaallah Rabu ni penghantaran akan dibuat ke Mydin RTC Gopeng.

Sebenarnya kami tak jelas bila pembukaan rasmi Mydin RTC Gopeng yang sebenarnya. Seingat saya, sewaktu penghantaran stok pertama dulu dikhabarkan bahawa ia akan dibuka pada bulan Disember ini. Maknanya kurang 2 minggulah.

Sos Char Kueyteow 2 Puteri

Alhamdulillah… Terima kasih semua warga Gopeng dan yang berdekatan. Dan terima kasih juga buat sahabat semua yang telah mendapatkan produk kami di pasaran. Semoga semuanya berpuas hati dengan produk 2 Puteri. Insyaallah kami akan sediakan yang terbaik untuk semua.  Terima kasih sekali lagi. Buat yang belum, dapatkannya di pasaran Mydin Hypermarket dan Tesco Store yang berdekatan segera.

Alhamdulillah…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s