Rural Business Challenge 2013: Alhamdulillah… Idea Perniagaan 2 Puteri diterima

Program Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2013.

Syukur Alhamdulillah akhirnya penantian untuk mengetahui keputusan Pertandingan Rural Business Challenge 2013 akhirnya terjawab semuanya di program ini lah.


Ingat tak saya telah ceritakan tentang pertandingan bawah tajuk Rural Business Challange 2013 disini bawah tajuk Promosi Tesco Store & Rural Business Challenge, juga di sini dengan tajuk Doakan Saya Yer!, serta disini bawah tajuk This Is The Day! dan bawah tajuk Cabaran Yang Telah Diharungi.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bangga akak dikkkk. Beliau diiringi oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaacob selaku tuan rumah program.

Sempat gak ucapkan terima kasih pada YAB Dato’ Seri Mohd. Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah sebab dibawah kepimpinan beliau nampak banyak juga peluang yang terbuka untuk peniaga-peniaga muda nih (muda sangat le tuuuuu).

Selain daripada kami, pemenang Pertandingan RBC kategori Idea Perniagaan, ada gak hadiah untuk kampung-kampung yang berinovasi yang diraikan dalam majlis ni.

Sebenarnya majlis ni lebih kepada mereka, kami cuma menumpang je huhu.. Tak der program untuk kami rupanya sobbbbb.

Kampung yang memang ialah Kampung Peruas, Hulu Dong, Pahang yang telah mengalahkan 9 penyertaan lainnya seluruh Malaysia dengan projek Pelancongan Desa. Mereka menerima hadiah berupa wang tunai RM50,000, trofi dan tiket ke luar negara.

johan kategori Anugerah Ilham Desa 2013… bagus la diarang ni

Hadiah kedua dimenangi oleh Kampung Parut Warijo, Batu Pahat, Johor dengan projek ternakan kambing, arnab dan pengeluaran baja organik. Mereka ni pulak dapat RM40,000, trofi dan tiket penerbangan ke luar negara.

Tempat ketiga dimenangi oleh Kampung Batu 26, Bandar Baharu Kulim, Kedah yang mengetengahkan projek Alat Penetasan Unggas. Memang menarik hasil diarang ni. Mula le idea mencurah-curah dikepala saya ni  heheh. Mereka mendapat RM30,000, trofi dan tiket penerbangan ke luar negara juga. Mana agaknya diarang dapat pergi tu kan…..

Apa pun syukur Alhamdulillah sekali lagi sebab rezeki ini dapat le jugak saya gunakan untuk projek kedua saya nanti. Huhu ingat boleh joli sakan. Idakkk jugak yer huhu..

So nantikan yer apa projek saya nanti heheheh…. Insyaallah akan saya war-warkan kelak :)

lihat le donia… ini le wajah-wajah yang dalam kebanggaan.. heheheh ;)

Tahniah buat sahabat yang turut menang RBC 2013 kategori Idea Perniagaan nih… So apa perancangan mike yer laling semua? Macam yang dah ada produk nice… Teruskan hingga berjaya mana le nak tahu kita setaraf Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kan…. (aaamiin heheh).

Kot yang belum sebab idea baru kan… Moga peluang yang Allah bagi ni tidak dipersiakan. Jadikan modal dikkk. Akak dulu duit sendiri je hahahah.

Terima kasih KKLW, Dr Noor Irfan Khairi dan panel juri serta semua yang terlibat. Tak lupa terima kasih yang tak terhingga buat family tercinta kerana sabar segala dugaan dalam menempuh kejayaan ini..

Allah bersama kita semua… Insyaallah :)

sis Yana staff di KKLW yg byk membantu & layan kerenah saya. org nak kasi pun ngengadakan hikhik

Terima kasih juga buat sahabat semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan kami. Akan kami berikan yang sebaiknya Insyaallah… :)

**ececehhh ngengada nak beri ucapan gak ek hahahah. Tu le tu hari tak dapat so kat sini le berkongsi ucapannya hahahah

Sijil MeSTI – Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri

Ini merupakan sijil penghargaan. Sijil MeSTI yang sebenar masih dalam proses pengaihan oleh pihak KKM

 

7/11/2013 menjadi detik berharga.  Akhirnya usaha 2 Puteri untuk mendapatkan Sijil MeSTI menjadi kenyataan.

Sijil MeSTI – Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri merupakan satu sijil pengiktirafan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia buat pengusaha yang mengamalkan sistem pembuatan produk yang bersih, selamat dan terbaik.

Dalam proses untuk dapatkan sijil MeSTI ni, semua aspek perlu kena titik beratkan. Kalau terkehel mana-mana satu terus tolak. No sijil-sijil..

Macam saya ceritakan tadi, pihak KKM nilai habis semua bahagian. Dari produk (diambil untuk analisa bahan kimianya), bahan mentah, kilang, cara kendali dan kenderaan pun dinilai bersih atau tidak. Selamat pada produk atau tidak…

Terharu dan berasa lega….

So buat para pengguna dan sahabat 2 Puteri – Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri semua… Dapatkan Produk 2 Puteri di pasaran kerana terbukti kini produk yang kami jalankan ini adalah secara bersih, halal dan terbaik untuk semua!

So gunakan tanpa was-was sebab ianya memang berbaloi dan mengenakkan lagi hidangan anda :)
Untuk coretan pengalaman sewaktu membuat permohonan untuk mendapatkan sijil MeSTI boleh lawat asamgaram2puteri.blogspot.

CAbaran G1GIH – Anjuran Agensi Inovasi Malaysia (AIM) : Part 2

Salam semua :)

Ingat lagi tak cerita saya pasal Cabaran G1GIH anjuran Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang saya sertai sekitar Bulan Mac dulu? Ada ceritanya kat sini….

Ha… Nih saya nak ceritakan perkembangannya kay :)

Actually, lepas saya kirimkan borang melalui talian tempoh hari idak le saya pikirkan sangat pasal tu dah. Nak nak pulak bile yang ditunjukkan kat TV masa Berita Perdana lebih banyak kepada projek-projek yang hebat je. Saya ni apa le sangat yer tak huhu… Nak pulak bila tetiba dah tak tunjuk sebarang iklan promosi kat TV lagi le saya dah tak harap pa per dah.

Bulan berganti bulan sekarang dah nak ke pertengahan Bulan Ogos dah. So makin tak harap le langsung. Nak pulak saya ni memang payah nak menang mana-mana pertandingan yang disertai heheh…

Tapi… Semalam, yer semalammmm… Masa tengah ralit menulis N3 pasal Persiapan Raya… Raya dah dekat wehhhhh… saya terdengar bunyi motor Mr Postmen. Tapi menulis lagi penting huakkkk saya tak endahkan je la pasal surat yang dihantar. Kang-kang le kononnnya lepas habis menulis saya gi le ambik. Tapi lepas menulis saya siapkan kerja lain pulak terus terlupa. Heheh.. Tu le tangguh le lagi kerja. Jangan amalkan tau!

Mr Hb balik dari kilang terus dia serahkan envelope pos express pada saya. Eh.. Yer la surat heheh. Cuak gak mulanya tapiiiiii Alhamdulillah!!!!! Rupanya envelope dari AIM la. Terus saya buka dan lihat Wow!!!! Saya dapat hadiah dari cabaran G1GIH yang saya sertai dulu.

Syukurrrr sangat-sangat. Alhamdulillah. Walaupun sekadar mendapat hadiah saguhati tapi cukup besar pada saya. Hati berbunga suka.

Selain daripada hadiah berupa wang tunai turut disertakan sijil penyertaan dan surat ucapan tahniah. Syukur Alhamdulillah. Hadiah ni macam hadiah 3 tahun penubuhan syarikat dan semperna raya gak heheh.

 

 

Alhamdulillah…. Terima kasih Agensi Inovasi Malaysia (AIM) – atas kemenangan ini, terima kasih TM – atas sebab saya dapat masuk talian untuk sertai pertandingan nih, terima kasih Pos Malaysia – sebab hantarkan envelope pos express yang bermakna nih, terima kasih MR Hb – izinkan saya masuk cabaran nih dan terima kasih buat semua yang doakan dan menyokong kami selama ini. Terima kasih sekali lagi…

Ewahhhh ngengada kan hahaha… But I mean it :]

;)

Rural Business Challenge 2013: Cabaran yang telah diharungi

Alhamdulillah.. Semalam kami sekeluarga selamat sampai ke rumah. Letih minda baru je nak hilang dah masuk bab nak meletihkan badan pulak hihihi.

Cerita pasal situasi pada hari pembentangan tu? Saya merupakan peserta terawal yang sampai. Pukul 7.49 pagi dah duduk ada di lobby. Pembentangan dijadualkan jam 9.00 pagi. Tapi biasa le dalam hal sampai awal ni. Memang adat kami baik menunggu dari ditunggu tak gitu? :) Nanti jika terlewat  mana nak tahu jadi apa-apa hal buat kita tak boleh sampai naya jadinya. Jadi lagi baik jadi penunggu untuk sesuatu yang bawa kebaikan. Tak ada salahnya….

Bila dah sampai yang terawal nak present pun yang pertama le jawabnya. Entah le apa yang jadi masa presentation tu. Tidak le saya ingat satu apa pun ;D. Nak pulak pandang muka ahli-ahli panel yang ada. Lagi le gelabah jadinya.

 

Tapi apa-apa pun syukur sangat sebab yang selama nih saya bayangkan ahli panel yang tahap keseriusannya yang terlampau tu tak le terpamer pada wajah setiap ahli panel yang ada :). Mesra dalam serius.. Tu pada saya lah :) Yang best jutawan idola para peniaga macam saya, Dr Irfan Khairi pun betul-betul mesra walaupun mungkin pembentangan saya ni tak hebat seperti yang lain. Kali pertama katakan…

Apa pun terima kasih pada setiap ahli panel yang ada masa hari pembentangan tu, staf-staf yang frendly dan krew tv yang menggoncang jiwa ;D. Paling saya bangga sebab Dr Irfan sudi nak pegang tengok Produk 2 Puteri. Bangga saya dibuatnya :D

Mana taknya kesudian beliau memberi semangat balik sebab sebelum tu ada dikalangan peserta yang beri komen mengatakan dia tak impress dengan packaging kitarang. Tak pe la.. Nak buat macam mana kalau dia tak impress. Harap-harap orang lain impress hendaknya sebab pandangan mata kita bukannya sama setiap orang kan. Setakat ni itu yang mampu. Insyaallah kalau sudah ada kemampuan nanti saya gajikan sorang pakar dalam design produk jadi masa tu mungkin setanding produk hebat lain.

Anyway pasal peratus potensi kemenangan…? Yang ini tak dapat saya nak agak le sebab rata-rata yang datang punya idea yang hebat-hebat belaka (saya tergolong dalam kategori rancangan perniagaan sebab tak cukup 12 hari untuk jadi 3 tahun). Buat diri ini terasa tak berani nak letak harapan yang tinggi. Cukup sekadar saya dah cuba sedaya upaya moga pihak panel dapat pertimbangkan pencapaian kami dengan sewajarnya.

Masa ditanya apa harapan saya dalam pertandingan ni pun tak dapat saya jawab. Yer la saya ni mewakili satu entiti perniagaan kecik yang diberi peluang akhirnya lepas mencuba berkali-kali. Dulu seringkali saya pergi ke mana-mana dengan harapan yang tinggi tapi kecewa jadi kali ni memang saya tak berani meletakkan harapan yang tinggi. Sebab itu kali ni saya cuma minta a part dari yang saya pernah minta dulu dalam pertandingan yang sama saya sertai last year. Dulu siap minta bangunan kilang dan sebuah lori sebab kilang yang ada sekarang terlalu sempit untuk menyimpan mesin dan stok bahan mentah serta van yang terlalu uzur. Kononnya nak dapatkan Sijil GMP  untuk tambah keyakinan kepada pengguna.

Nak minta peluang pengiklanan pun takut tak dapat sebab hadiah ditawarkan RM10,000 je. Nak beriklan harus beratus ribu itu pasal saya fokus pada idea lain kami iaitu membangunkan produk dibawah jenama 2 Puteri. Walaupun ada antara panel yang mungkin tak berapa setuju dengan keputusan kami ni. Tapi entah la..

Kami di mana???? Nanti saya ceritakan… :)

Apa pun terserah pada perbincangan mereka kerana mereka lebih arif dalam bidang masing-masing. Kalau dapat pastinya kami sekeluarga manusia paling gembira walaupun tak kisah le banyak mana yang diberi (walau sekadar hadiah kemenangan seperti yang ditawarkan). Kalau tidak pun kami tetap berterima kasih kerana memberi kami pengalaman yang Insyaallah dapat mengajar kami untuk terus berusaha. Insyaallah.

Kecewa???? Mungkin jika tak terpilih tapi apa pun kami serah pada Allah Yang Maha Berkuasa. Dia memberi kami peluang untuk mengetengahkan Produk 2 Puteri ke mata pihak-pihak yang berkuasa ni pun dah cukup baik. Insyaallah dengan ini kami akan lebih berlapang dada untuk terima sebarang keputusan.

Terima kasih tak terhingga pada Dr Irfan Khairi yang sudi beri idea dalam masa yang singkat pada kami. Insyaallah akan kami cuba buat yang terhabis baik (yang ni janji pasti cuba tau) untuk jayakannya sebab memang itulah target awal kami sebenarnya.

Terima kasih banyak-banyak semua yang sudi doakan kami dan terima kasih yang tak terhingga pada semua ahli panel dan staf-staf di Rural Business Challenge yang sudi mendengar pembentangan saya yang tak seberapa tampoh hari. Pengalaman ini amat berharga buat saya sekeluarga. Moga kejayaan dan kebaikan buat kita semua hendaknya. Aaamiin…

Terima kasih sekali lagi…

Sos Char Kueyteow 2 Puteri kini berwajah baru

Pengumuman.. Pengumuman…

Setelah 2 tahun (since 2011) Sos Char Kueyteow 2 Puteri dengan corak packaging lama…

Wajah Sos Char Kueyteow 2 Puteri lama

Kini kami memberi kelainan dengan corak packaging baru. Lebih muda, lebih berkenyakinan dan lebih menarik gitew heheh. Segalanya bermula dari 30 Mei 2013.

Syukur Alhamdulillah. Moga-moga dengan perubahan ini akan lebih menarik perhatian pengguna semua.

Jadi jangan lupa untuk mendapatkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri yang berwajah baru ini dipasaran :)

Marilah Mari.. Pergi Mengundi, Jangan Lupa Kewajipan Pada Negara

Pru 13 yang dah ditunggu sejak sekian lama dah tiba. Dah mengundi?? Pilihlah wakil yang kita yakini dapat mentadbir dan membangunkan tempat kita dengan sebaiknya supaya sama maju dengan kawasan-kawasan lain hendaknya.

DUN dan Parlimen masing-masing bawa janji masing-masing untuk bangunkan kawasan yang jadi rebutan. Tempoh berkempen tempoh hari banyak juga janji-janji yang ditabur. Menziarah sana sini untuk tunjuk yang hajat nak berbakti pada penduduk setempat. Doa kami agar ianya tak berakhir masa tempoh berkempen cuma. Harap-harap ianya berpanjangan setiap masa yang ada. Janji perlu ditunaikan agar tidak dikatakan munafik nanti. Jangan le setakat ada acara besar-besar je boleh nampak muka.

Malam ni marilah kita tunggu dan dengar siapa yang menang. Harap-harap calon pilihan kita dinobatkan sebagai pemenang. Tak kisah le siapa yang dipilih yer tak. Udah kita pilih harus kita nak si dia tu yang menang.

Ok jom kira detik untuk lihat sapa yang akan tadbir kewasan kita. Macam saya cakap tadi moga-moga yang kita pilih akan jadi pentadbir kat kawasan kita. Tapi tak kira le sapa pun yang menang malam nanti (lepas pengundian dan pengiraan berakhir) saya harap sangatlah tunaikan janji-janji yang diberikan. Yang tak dapat tempat kat kawasan yang dicalonkan pun jangan lah merajuk. Adalah lebih afdhal kalau turut sama dengan wakil yang terpilih bangunkan kawasan-kawasan yang kita berhajat nak tadbir. Itu yang lebih baik….

Tahniah buat Yang Berhormat yang terpilih mentadbir kawasan masing-masing dan moga Janji Ditepati. Tahniah sekali lagi… :)

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Sultan Perak Yang ke85 tahun buat Duli Yang Maha Mulia Sultan..

Tanggal 19 April merupakan Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Ghafarullahu-lah Shah, sultan kesayangan kami. Tahun ni hari keputeraan baginda yang ke85. Baginda diputerakan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak. Amboiii bangga birthday saya selang sehari je dengan Baginda Sultan heheh. Opss heheh.

DYMM Sultan Azlan Shah (standing second from right) and his mother, Toh Puan Dewangsa Khadijah binti Ahmad (sitting leftmost). (Photo: http://www.malaysianmonarchy.org.my)

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan. Baginda merupakan Sultan dari negeri Perak Darul Ridzuan ni sejak 3 Febuari 1984. DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari 26 April 1989 – 25 April 1994.

Kerjaya Baginda Sultan

DYMM Sultan Azlan Shah at 37 years of age on his appointment as High Court judge in 1965 – the youngest ever appointed to such a position in the Commonwealth. (Photo: http://www.malaysianmonarchy.org.my)

Kalau nak tahun Baginda pernah menjadi Hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 1965 ketika berusia 37 tahun. Omak aiiii mudo lai hah…. Rekod tu sebab dalam sejarah kehakiman Komanwel, Baginda le yang pertama-tama yang berusia bawah 40an jadi Hakim Mahkamah Tinggi ni. Mano tak banggo hah. Tahun 1973 Baginda dilantik pula sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan diikuti 6 tahun kemudian iaitu pada 1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya. Last sekali pada 12 November 1982 Baginda dilantik menjadi Ketua Hakim Negara yang ke5 menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara. Baginda menerima watikah perlantikan daripada Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tunku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman di Istana Tetamu, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (sekarang dah jadi Tun). Jawatan ini merupakan puncak karier kehakiman. Selepas berkhidmat selama 2 tahun, Baginda terpaksa melepaskan jawatan Ketua Hakin Negara pada 3 Februari 1984 setelah dilantik menjadi Sultan Perak berikutan kemangkatan Sultan ldris Shah.

3 Februari 1984 Baginda dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke34 dan 9 Disember 1985 ditabal sebagai Sultan Perak secara rasmi sebagai Sultan Perak ke34 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. Tuanku Bainun binti Mohamad Ali turut ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Perak. Sebenarnya 1 Julai 1983 Dewan Negara Perak memahkotakan baginda sebagai Raja Muda Perak oleh ayahanda saudara baginda, Sultan Idris Almutawakkil Alallahi Shah II berikutan kemangkatan Raja Muda Musa II ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz. Ketika itu baginda masih lagi memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara Malaysia. Enam bulan kemudian, Sultan Idris pula mangkat lalu Raja Azlan Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang ke-34.

The appointment letter (watikah) of DYMM Sultan Azlan Muhibuddin Shah. (Source: Buku Pertabalan DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah)
Family photos after the installation of DYMM Sultan Azlan Shah as Sultan Perak in 1984. (Photo: http://www.malaysianmonarchy.org.my)

Sebenarnya, kalau nak ikut kerjaya Baginda bermula sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Kemudian, Baginda menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen pula. Dari situ Baginda menyandang Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa. Baginda pernah dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu dan kerjaya selepas itu adalah sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi. Hebat kan….

Pendidikan Yang Baginda Terima

DYMM Sultan Azlan Shah before leaving for England in 1950. (Photo: Arkib Negara Malaysia)

Nak jadi orang hebat kena sekolah di tempat yang hebat. Tak gitu… Persekolahan Baginda bermula di Government English School, Batu Gajah. Sekarang dah tukar nama sekolah ni jadi SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah. Lepas tu Baginda masuk belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pula. Baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran dibidang undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1953. Tanggal 23 November 1954 Baginda sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn. Begitu le catatan pendidikan Baginda Sultan.

Graduating in law at the University of Nottingham in 1953. As a young prince, DYMM Tuanku had already set his sights on the distant future, already aware of the importance of education to the success of his future. (Photo: http://www.malaysianmonarchy.org.my)

Aktiviti Sukan Yang Baginda Minati

With Abdul Hamid Aroop (father of Tun Ahmad Sarji) at the Ipoh Padang on 5 November, 1949. (Photo: Arkib Negara Malaysia)

Tapi tu le jangan kata Baginda Sultan ni jenis menghadap buku je tau. Baginda ni serba serbi hebat. Agaknya tu le kunci nak jadi orang pandai ni. Kena hebat akademik dan korikulum juga kot. Telahan saya le sebab kalau tengok rekod Baginda, Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki sejak zaman persekolahan di Batu Gajah dan Kuala Kangsar. Baginda bermain sebagai Pasukan Melayu Perak dari tahun 1946-1950 sebelum berangkat ke England. Agaknya badan sihat otak pun jalan la yer… Kena ajar anak nih moga-moga jadi hebat seperti Baginda satu hari nanti, Aaamiin… Baginda juga kini dilantik sebagai Presiden Persekutuan Hoki Malaysia dan Presiden Hoki Asia. Dek minat dengan hoki, Baginda turut dilantik sebagai Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.

Photo taken in October 1949 in Ipoh. Tuanku Sultan Azlan (4th from the right). His father Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin is seen standing second from right. (Photo: Arkib Negara Malaysia)

Selain daripada minat yang mendalam dalam sukan hoki, Baginda turut berminat dalam sukan golf. Amat berminat sebenarnya heheh. Antara sumbangan Baginda untuk sukan hoki ni adalah mengusahakan pembinaan Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di lpoh pada 1983. Baginda hadir setiap kejohanan Piala Sultan Azlan Shah iaitu kejohanan tahunan lima penjuru peringkat antarabangsa.

Pencapaian Baginda

Photo of DYMM Sultan Azlan Shah (aged 21) published in the Sunday Times on January 1, 1950 with the caption, “Ruler’s son to be law student.” (Photo: http://www.malaysianmonarchy.org.my)

Baginda juga adalah Penaung Diraja bagi Persatuan Undang-undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Golf Diraja Perak, Kelab Polo lskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak. Banyak tu… Selain tu banyak juga Anugerah dan sumbangan yang Baginda dapat. Banyak tak terkira tapi yang saya dapat catatkan kat sini cuma antaranya Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai1986, Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988, Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991 dan Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999.

DYMM Sultan Azlan Muhibuddin Shah is also the Colonel-in-Chief for the Royal Engineers Regiment of the Malaysian Army. (Source: YM Raja Mimi Razman)

Darjah Kebesaran yang diterima Baginda pun banyak. Antaranya ialah Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati (Johor), Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (Selangor), Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B), Orden Al-Merito De Chile (Republik Chile), Bintang ADI PURNA (Republik Indonesia), Hon. Knight Grand Cross (Civil Division) of The Order of The Bath (United Kingdom), Grand Cordon of The Supreme Order of The Chrysanthemum (Jepun) dan Civil Order 1st Class (Oman)

Keluarga Baginda

Sultan Azlan berkahwin dengan Tuanku Bainun Mohd Ali yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang. Persekolahan Baginda bermula di St. Georga’s School, Pulau Pinang. Baginda dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke Teacher’s Training Collage, Krikby, England pada tahun 1952-1954. Setahun selepas kembali dari England, Baginda berkahwin dengan Sultan Azlan Shah ketika Baginda Sultan ketika itu merupakan Majestrate di Kuala Lumpur manakala waktu itu Tunku Bainun mengajar di sekolah asal Baginda. Baginda ditabal sebagai Permaisuri Perak pada 19 Febuari 1988.

The bersanding ceremony in Penang, 9th December 1955. (Photo: Arkib Negara Malaysia)

Baginda berdua memperoleh 2 putera dan 3 puteri yang sama hebat seperti Baginda iaitu:

  1. Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 27 November 1956. Raja Nazrin Shah ditabal sebagai Raja Muda Perak. Memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains Politik dan Ekonomi daripada Oxford University dan Ijazah Sarjana Political Economy and Government daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat.
  2. Raja Azureen binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 9 Disember 1957. Raja Azureen memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari University U.S.A dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada London Business School, University of London, England.Raja Azureen berkahwin dengan Dato’ Seri Mohd Salleh Dato’ lsmail.
  3. Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 28 Disember 1958 dan ditabal sebagai Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan pada 11 Mei 1987. Raja Ashman Shah memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of Nottingham, England dan Ijazah Sarjana Undang-undang daripadaa Cambridge University; Barrister-at-Law daripada Lincoln’s lnn, London serta Diploma Undang-undang Perniagaan, University of London, England. Raja Ashman Shah mangkat secara mengejut pada hari Jumaat, 30 Mac 2012 akibat asma.
  4. Raja Eleena binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 3 April 1960, memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang daripada University of London dan Barrister-at-Law daripada Lincoln’s lnn, London. Kini, Raja Eleena menguruskan firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur serta dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Gamuda Berhad, salah satu syarikat gergasi Malaysia.
  5. Raja Yong Sofia binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah dilahirkan pada 24 Jun 1961. Raja Yong Sofia memperolehi Ijazah Sarjana Pentadbiran daripada London’s lnternational University, England. Kini berkhidmat di Bank Bumiputra-Commerce Bhd. Raja Yong Sofia berkahwin dengan Tunku Kamel Rijaludin pada 5 Disember1987.

Tanda Kasih Rakyat

Antara tanda kasih rakyat kepada Baginda Sultan, sempena Ekspo Pelancongan Domestik Perak 1992 spesis bunga orkid terbaik dinamakan ‘Doritinopsis Sultan Azlan Shah’ dan sebagai penghormatan kepada Baginda selaku penaung Persatuan Alam Sekitar Malaysia, spesis serangga baru yang ditemui ketika Ekspedisi Saintifik Belum (1993-1994) dinamakan ‘Azlania Costatipennis (Jacoby), Azlania apicalis n.sp dan Azlania borneensis n.sp.

Berikutlah serba sedikit biodata Baginda Sultan yang sambut hari keputeraan baginda yang ke85 pada tahun ini.

“Moga Allah panjangkan umur Baginda Sultan bersama permaisuri serta putera dan puteri Baginda. Dan moga kebaikan buat Baginda sekeluarga. Juga semoga Negeri Perak tercinta ini bertambah makmur dibawah naungan Baginda Sultan yang menjaga kebajikan rakyat jelata hendaknya. Aaamiin… Insyaallah… “

Terokai Alam Semulajadi di Perak. Keindahan yang dicari ada di sini

Di Negeri Perak ni banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Almaklumlah negeri kedua terbesar di Semenanjungkan. Pulak tu ada 10 daerah jadi memang banyak ler tempat-tempat menariknya. Negeri Perak mempunyai kawasan semulajadi yang menarik yang menjadi daya tarikan pelancong ke negeri ini. Misalnya Hutan Belum di Hulu Perak, dan Pulau Pangkor.

Kali ni 2 Puteri nak cerita tentang Destinasi Terkenal yang Semulajadi di Perak. Membawa kita dekat pada alam kurniaan Allah SWT. Next chapter baru nak cerita tentang Tempat Menarik Ikut Kawasan-kawasan yang ada di Perak ni. Kalau semua masuk sini sarat lak jadinya :)

Destinasi Terkenal

Pulau Pangkor, Perak
  • Pulau Pangkor 
Air Terjun Lata Kinjang, Tapah
  • Air terjun Lata Kinjang – merupakan air terjun yang ketinggiannya mencecah 850 meter, terletak kira-kira 18 kilometer dari Tapah.  Selain bermandi-manda, ada juga pengunjung yang datang ke sini mengambil kesempatan untuk berkelah, mengadakan aktiviti riadah dan lasak. Terdapat perkampungan orang asli berhampiran dengan kawasan rekreasi ini. Kita boleh melihat tradisi kehidupan mereka. Saling menghormati dan mempercayai satu sama lain boleh dicontohi oleh masyarakat luar.
Air Terjun Ulu Chepor, Chemor, Perak
  •  Air terjun Ulu Chepor – terletak di Chemor, iaitu kira-kira 10 km dari bandar Ipoh.
  • Air Terjun Tanjung Kala
  • Pantai Teluk Batik
  • Sungai Perak – dengan jarak sepanjang 400 km mengalir dari Hulu Perak hingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh ke Selat Melaka. Sungai Perak merupakan sungai ke2 terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang.

Gunung dan gua

  • Bukit Damar – tingginya 901 meter.
  • Bukit Gadang – tingginya 770 meter.
  • Bukit Kabut – tingginya 1,317 meter
  • Bukit Ulu Laho – tingginya 1,202 meter.
Gunung Chamah, Sempadan Perak/Kelantan
  • Gunung Besar – terdapat di Lasah/Sungai Siput, Perak. Tingginya 1,749 meter (5,737 kaki). Di Malaysia ni terdapat 3 Gunung Besar. Dua lagi ialah Gunung Besar di Johor dengan ketinggian 1035 meter (3,398 kaki) dan Gunung Besar Hantu terdapat di Jelebu, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 1,461 meter (4,794 kaki).
  • Gunung Biong -Terletak berhampiran dengan Kampung Baharu Sauk, Batu Kurau, Perak Darul Ridzwan dan mempunyai ketinggian setinggi 1,218 meter (3,997 kaki). Gunung Biong mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
  • Gunung Bubu – ketinggiannya 1,657 meter. Ia terletak di Kuala Kangsar, Perak
  • Gua Kandu – terletak di Gopeng, Lembah Kinta, Perak
  • Gunung Chabang – mempunyai ketinggian setinggi 1,711 meter (5,612 kaki).
  • Gunung Chingkai – terletak berhampiran dengan Kampung Jalong/Sungai Siput, Perak mempunyai ketinggian setinggi 1,397 meter (4,583 kaki).
Gunung Gayong, Perak
  • Gunung Gayong – mempunyai ketinggian setinggi 2,173 meter (7,129 kaki)
  • Gunung Inas - Ia merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah, Malaysia yang sampai ke negeri Perak. Gunung Inas mempunyai ketinggian setinggi 1,801 meter.
  • Gunung Lang – terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, khususnya di Lembah Kinta. Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Tasik yang tenang membiru dipenuhi dengan pelbagai ikan air tawar khususnya kelah, lampam, kap, dan tilapia.

Taman Rekreasi Gunung Lang turut menyediakan taman permainan kanak-kanak yang lengkap dan tapak perkhemahan. Tapak perkhemahan khas ini boleh memuatkan sehingga 600 pengunjung pada suatu tempoh masa bagi menjalankan pelbagai aktiviti termasuk kem motivasi, hari keluarga dan perkhemahan keluarga.

Gunung Korbu, Perak
  • Gunung Korbu – mempunyai ketinggian setinggi 2,183 meter dan merupakan puncak tertinggi Banjaran Titiwangsa. Jarak dari Tanjung Rambutan ke Gunung Korbu ialah 16 km. Apabila tiba di puncak Gunung Korbu, pendaki boleh juga terus ke Gunung Gayong dan seterusnya ke Gunung Yong Belar kemudian turun di Cameron Highland, Pahang.

Bagi yang berminat untuk mendaki adalah digalakkan oleh setiap kumpulan pendaki yang ingin memasuki rentis di sekitar Banjaran Titiwangsa ini untuk mendapatkan khidmat jurupandu arah yang berlesen/berdaftar terutamanya dengan Kementerian Pelancongan Malaysia. Meskipun rentis-rentis ini tersedia ada buat sekian lamanya, namun terdapat banyak simpang-simpang yang dapat mengelirukan pendaki dan mampu membuatkan seseorang itu hilang pedoman. Kini terdapat banyak operator yang menyediakan khidmat jurupandu arah.

Daripada puncak ini kelihatan jelas pemandangan bandaraya Ipoh, Lembah Kinta, Bukit Keledang, Selat Melaka, pemancar di Bukit Larut, Taiping, Pulau Pinang, Gunung Gayong, Gunung Yong Belar dan Gunung Brinchang di Cameron Highland. Gunung Yong Yap juga jelas kelihatan.

Gunung Yong Belar, Perak
  • Gunung Larut – mempunyai ketinggian setinggi 1,448 meter.
  • Gunung Ulu Jernih - terletak berhampiran dengan Kampung Lubok Buaya/Kampung Masjid, Perak mempunyai ketinggian setinggi 1,577 meter (5,172 kaki).
  •  Gunung Ulu Soh – mempunyai ketinggian setinggi 1,324 meter.
  • Gua Tempurung – sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi. Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar. Ia menjadi tumpuan para pelancong untuk aktiviti berkayak atau berakit merentasi jeram.
Hutan Lipur Ulu Kinta, Perak
  • Hutan Lipur Ulu Kinta – terletak di Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak. Ulu Kinta merupakan bahagian ulu Sungai Kinta, merupakan sungai yang sangat penting dalam aktiviti perlombongan dari tahun 1850 hingga 1970. Istimewanya hutan lipur ini ialah ia merupakan pintu masuk untuk mendaki Gunung Korbu. Puncak Gunung Korbu adalah setinggi 3183 m, puncak kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia, selepas Gunung Tahan.
Hutan Simpan Belum, Perak
  • Hutan Simpan Belum
Bunga Rafelsia ni juga boleh didapati di Hutan Simpan Belum, Perak
Sumber: Asamgaram2puteri.blogspot.com

Alhamdulilah… 2 Puteri dah melangkah ke Mydin Kubang Kerian, Kuala Terengganu dan Kulai pula

Alhamdulillah….

Bermula pada 13 March, Produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri makin jauh perjalanannya. Kini, Sos Char Kueyteow 2 Puteri boleh didapati di Mydin Hypermarket Kubang Kerian, Kelantan; Mydin Hypermarket Kuala Terengganu, Terengganu dan Mydin Hypermarket Kulai Utama, Johor. 2 PUTERI dah ke Kelantan, Terengganu dan Johor pulakkkkk!!!! Best best.. Tak le susah orang-orang sana nak dapatkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri kami. Dah makin dekat dah :)


Dengan kemasukkan ini bermakna Sos Char Kueyteow 2 Puteri kini telah dipasarkan di 10 cawangan Mydin Hypermarket. Bermula daripada hanya 4 cawangan di awal tahun 2012 iaitu Mydin Hypermarket Bukit Jambul, Pulau Pinang; Mydin Hypermarket Subang Jaya, Selangor; Mydin Hypermarket Terminal 2, Seremban, Negeri Sembilan dan Mydin Hypermarket MITC, Ayer Keroh, Melaka. Kemudian bertambah sebanyak 3 cawangan lagi bermula pada pertengahan tahun 2012 iaitu di Mydin Hypermarket Meru; Mydin Hypermarket Manjoi dan Mydin Hypermarket Gopeng yang kesemuanya di Ipoh, Perak menjadikan 7 cawangan yang memasarkan Produk 2 Puteri.

Produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri berada dibahagian Agrobazaar dan bahagian Sos di setiap cawangan Mydin Hypermarket. Bahagian Agraobazaar ditanda dengan pintu gerbang yang tertulis ‘Agrobazaar’ manakala bahagian Sos di letak sign di atas setiap lorong. Kena dongak le sikit untuk melihatnya.

Buat sahabat yang tinggal di tanah jajahan Kelantan, Terengganu dan Johor sila-sila le dapatkan Produk 2 Puteri dipasaran Pasaraya Mydin Hypermarket ya… Kalau nak ke Tesco Store pun Insyaallah ada. Baik dapatkan sekarang, kang habiskan rugi tauuuuu……. Kalau di Tesco Store, kena cari dibahagian IKS atau ‘Produk Malaysia Citarasa Kita’ (ditanda dengan flag biru) tu. Insyaallah ada.

Sos Char Kueyteow 2 Puteri tidak hanya enak dibuat Char Kueyteow malah boleh diaplikasikan ke atas lain-lain hidangan seperti Mee Goreng, Pasta, Lauk-pauk dan boleh dimakan begitu sahaja sebagai pengganti kicap. Banyak juga resepi yang menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri dah kami kongsikan kat sini bagi memudahkan sahabat untuk mempelbagaikan masakan menggunakan produk kami. Dengan Produk 2 Puteri, kerja masak memasak menjadi semakin mudah dan enak!

Produk 2 Puteri Insyaallah dibuat dengan pernuh ketelitian, bersih dan paling penting ianya menggunakan semua bahan-bahan yang halal. Segala tatacara dan operasi pembuatan dilakukan mengikut prosedurr yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak Jabatan Agama Islam yang memberikan sijil Halal. Kami memberi yang terbaik kepada para pengguna kami supaya rezeki yang kami peroleh juga merupakan rezeki yang halal Insyaaaallah. Jadi…. Gunakan tanpa was-was ;).

Pada yang dah cuba produk kitarang, Sos Char Kueyteow 2 Puteri ngan Cili Boh Asli 2 Puteri terima kasih banyak-banyak. Teruskan bersama kami yer sampai bila-bila :) Buat sahabat jangan lupa dapatkan produk kami di semua cawangan Mydin Hypermarket yang berdekatan. Atau boleh juga di cawangan Tesco Store yang berhampiran. Haa… Dah makin mudah nak dapatkan Produk 2 Puteri tu jadi minta beri sokongan ya….