2 Puteri kini di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping

Maafkan kami…
Maafkan kami…

Sebahagian lirik lagu Maafkan Kami dendangan Tan Sri P. Ramlee dengan rakan-rakannya.

Sebenarnya itu juga yang saya ingin ucapkan buat sahabat semua yang sudi bertandang ke laman ni.

Dah lama tak update sebarang berita kini saya tampil seketika untuk mewar-warkan bahawa bermula dari bulan Disember 2013 yang lepas 2 Puteri kini telah melangkah setapak lagi dalam industri perniagaan ini.

Alhamdulillah, kini buat pengguna semua boleh menikmati pelbagai hidangan enak yang diolah menggunakan Produk 2 Puteri. Semuanya di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping.

Pelbagai menu yang enak disediakan buat pelanggan kami antaranya:-

1) Char Kueyteow 2 Puteri

2) Mee Goreng 2 Puteri

3) Mee Rebus Tok Perak

4) Nasi Rendang Ayam

5) Nasi Maharaja

6) Nasi Lemak

7) Pulut Kuning

Yang istimewanya semua hidangan yang disediakan itu menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri sebagai heronya (ramuan utama) manakala Cili Boh Asli 2 Puteri turut digunakan dalam beberapa hidangan. Termasuk masakan Sup Daging yang istimewa tau.

Mungkin 2puteri di wordpress ni akan senyap seketika dari arena perblogkan ini (amboi ayatttt heheh) namun Insyaallah kalau ada kesempatan kita akan bertemu kembali di sini.

Doakan kejayaan kami dan berilah sokongan jika sudi :) Kami amat menghargainya!

Terima kasih semua…..

Assalamualaikum..

Jumpa di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping nanti!!!! Insyaallah puas hati…. :)

2 puteri yang turut membantu

Sos Char Kueyteow 2 Puteri kini di Mydin Hypermarket Seremban 2, Negeri Sembilan

Alhamdulillah, kini Sos Char Kueyteow 2 Puteri dah ke Mydin Hypermarket Seremban 2 dah.


So buat sahabat yang ada di area Seremban, kot tak dapat nak cari Sos Char Kueyteow 2 Puteri di Mydin Hypermarket Terminal 2 leh le jengah-jengah di Mydin Hypermarket Seremban 2 pula yer.

Memang berbaloi tau kalau beli Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni. Almaklum la pelbagai resepi istimewa boleh diolah dengan menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni. Bukan setakat masak Char Kueyteow yang best tu je :)

Nak pulak Mydin tengah mengadakan promosi sekarang. Sos Char Kueyteow 2 Puteri HANYA RM3.99 sebotol je. Memang tak memberatkan kalau nak cuba.

So cubalah sekarang!

Rural Business Challenge 2013: Alhamdulillah… Idea Perniagaan 2 Puteri diterima

Program Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2013.

Syukur Alhamdulillah akhirnya penantian untuk mengetahui keputusan Pertandingan Rural Business Challenge 2013 akhirnya terjawab semuanya di program ini lah.


Ingat tak saya telah ceritakan tentang pertandingan bawah tajuk Rural Business Challange 2013 disini bawah tajuk Promosi Tesco Store & Rural Business Challenge, juga di sini dengan tajuk Doakan Saya Yer!, serta disini bawah tajuk This Is The Day! dan bawah tajuk Cabaran Yang Telah Diharungi.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bangga akak dikkkk. Beliau diiringi oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaacob selaku tuan rumah program.

Sempat gak ucapkan terima kasih pada YAB Dato’ Seri Mohd. Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah sebab dibawah kepimpinan beliau nampak banyak juga peluang yang terbuka untuk peniaga-peniaga muda nih (muda sangat le tuuuuu).

Selain daripada kami, pemenang Pertandingan RBC kategori Idea Perniagaan, ada gak hadiah untuk kampung-kampung yang berinovasi yang diraikan dalam majlis ni.

Sebenarnya majlis ni lebih kepada mereka, kami cuma menumpang je huhu.. Tak der program untuk kami rupanya sobbbbb.

Kampung yang memang ialah Kampung Peruas, Hulu Dong, Pahang yang telah mengalahkan 9 penyertaan lainnya seluruh Malaysia dengan projek Pelancongan Desa. Mereka menerima hadiah berupa wang tunai RM50,000, trofi dan tiket ke luar negara.

johan kategori Anugerah Ilham Desa 2013… bagus la diarang ni

Hadiah kedua dimenangi oleh Kampung Parut Warijo, Batu Pahat, Johor dengan projek ternakan kambing, arnab dan pengeluaran baja organik. Mereka ni pulak dapat RM40,000, trofi dan tiket penerbangan ke luar negara.

Tempat ketiga dimenangi oleh Kampung Batu 26, Bandar Baharu Kulim, Kedah yang mengetengahkan projek Alat Penetasan Unggas. Memang menarik hasil diarang ni. Mula le idea mencurah-curah dikepala saya ni  heheh. Mereka mendapat RM30,000, trofi dan tiket penerbangan ke luar negara juga. Mana agaknya diarang dapat pergi tu kan…..

Apa pun syukur Alhamdulillah sekali lagi sebab rezeki ini dapat le jugak saya gunakan untuk projek kedua saya nanti. Huhu ingat boleh joli sakan. Idakkk jugak yer huhu..

So nantikan yer apa projek saya nanti heheheh…. Insyaallah akan saya war-warkan kelak :)

lihat le donia… ini le wajah-wajah yang dalam kebanggaan.. heheheh ;)

Tahniah buat sahabat yang turut menang RBC 2013 kategori Idea Perniagaan nih… So apa perancangan mike yer laling semua? Macam yang dah ada produk nice… Teruskan hingga berjaya mana le nak tahu kita setaraf Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kan…. (aaamiin heheh).

Kot yang belum sebab idea baru kan… Moga peluang yang Allah bagi ni tidak dipersiakan. Jadikan modal dikkk. Akak dulu duit sendiri je hahahah.

Terima kasih KKLW, Dr Noor Irfan Khairi dan panel juri serta semua yang terlibat. Tak lupa terima kasih yang tak terhingga buat family tercinta kerana sabar segala dugaan dalam menempuh kejayaan ini..

Allah bersama kita semua… Insyaallah :)

sis Yana staff di KKLW yg byk membantu & layan kerenah saya. org nak kasi pun ngengadakan hikhik

Terima kasih juga buat sahabat semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan kami. Akan kami berikan yang sebaiknya Insyaallah… :)

**ececehhh ngengada nak beri ucapan gak ek hahahah. Tu le tu hari tak dapat so kat sini le berkongsi ucapannya hahahah

Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2013 di MITC Melaka dari 29/11/13 – 1/12/13

Alhamdulillah.. Dengan sukacitanya kami di asamgaram2puteri ingin mewar-warkan kepada pembaca semua bahawa Produk 2 Puteri telah terpilih sebagai pempamer bagi Negeri Perak untuk menyertai

 

PROGRAM SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI)
Bertempat di  MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE (MITC), MELAKA
Pada  29/11/2013 – 1/12/2013

* Jualan produk dengan harga yang menarik serta peluang rasa-rasa masakan dengan menggunakan Produk 2 Puteri akan diadakan dalam memperkenalkan Produk 2 Puteri yang telah ada dipasaran Mydin Hypermarket dan Tesco Store.

* Pengguna akan diberi resepi-resepi menarik yang menggunakan Produk 2 Puteri dalam masakan seharian.

Semua yang ada berdekatan Melaka dijemput ke Booth 2 Puteri ya…

 

Resepi Hebat: Kari Kambing 2 Puteri

KARI KAMBING 2 PUTERI
By: asamgaram2puteri

Bahan-bahan

  • 1kg daging kambing – potong sederhana tebal
  • 200ml minyak masak
  • 300g (1 biji) kentang – potong wedges
  • 1/2 liter santan
  • 2 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • 1/2 sudu makan kerisik
  • Garam
  • Gula

Bahan tumis

  • 200g (2 sudu makan) serbuk kari dagingbancuh dengan air dijadikan pes
  • 1 tangkai daun kari – masukkan dalam pes serbuk kari yer
  • 1/2 sudu makan Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 5cm kulit kayu manis
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 2-3 biji buah pelaga

Bahan kisar

  • 500g bawang merah
  • 30g bawang putih
  • 5cm halia
  • 50g bawang besar – potong
  • 30g cili merah – potong (jika suka)
  • 1 ulas bawang putih – hiris nipis
  • Sedikit halia – hiris nipis memanjang

Caranya
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis (kecuali serbuk kari daging) dan bahan kisar serta yang dipotong hingga naik bau.

2. Masukkan pes serbuk kari daging dan tumis hingga pecah minyak. Kacau sekali sekala supaya tidak hangit dasarnya.

3. Masukkan kentang bersama secubit kecil garam kasar dan masak hingga agak empuk.

4. Masukkan daging kambing dan santan. Kacau sekali sekala dan masak hingga daging empuk (kira-kira 45 minit).

5. Perasakan dengan garam, gula, kerisik dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Masak hingga kepekatan yang disukai.

Ha.. Dah siap pun. Mudah je kan. Tak perlu masukkan sebarang perasa lain dah. Cukup dengan garam, gula dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri tau. Hidangan pasti enak dan warnanya pun cantik. Guarantee! :)

Sijil MeSTI – Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri

Ini merupakan sijil penghargaan. Sijil MeSTI yang sebenar masih dalam proses pengaihan oleh pihak KKM

 

7/11/2013 menjadi detik berharga.  Akhirnya usaha 2 Puteri untuk mendapatkan Sijil MeSTI menjadi kenyataan.

Sijil MeSTI – Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri merupakan satu sijil pengiktirafan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia buat pengusaha yang mengamalkan sistem pembuatan produk yang bersih, selamat dan terbaik.

Dalam proses untuk dapatkan sijil MeSTI ni, semua aspek perlu kena titik beratkan. Kalau terkehel mana-mana satu terus tolak. No sijil-sijil..

Macam saya ceritakan tadi, pihak KKM nilai habis semua bahagian. Dari produk (diambil untuk analisa bahan kimianya), bahan mentah, kilang, cara kendali dan kenderaan pun dinilai bersih atau tidak. Selamat pada produk atau tidak…

Terharu dan berasa lega….

So buat para pengguna dan sahabat 2 Puteri – Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri semua… Dapatkan Produk 2 Puteri di pasaran kerana terbukti kini produk yang kami jalankan ini adalah secara bersih, halal dan terbaik untuk semua!

So gunakan tanpa was-was sebab ianya memang berbaloi dan mengenakkan lagi hidangan anda :)
Untuk coretan pengalaman sewaktu membuat permohonan untuk mendapatkan sijil MeSTI boleh lawat asamgaram2puteri.blogspot.

Resepi Hebat: Pajeri Nanas 2 Puteri

PAJERI NANAS 2 PUTERI
By: asamgaram2puteri
Sumber: Lina Hana, Resepi Bonda..

Bahan-bahan

  • 1/2 biji nanas saiz sederhana – potong ikut suka (saya buat sebiji sebab saiz agak kecil)
  • Rempah 4 sekawan (cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
  • 1 sudu makan udang kering – ditumbuk
  • 3 sudu makan serbuk kari ayam/daging – bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes
  • 1 sudu makan kerisik
  • 4 sudu makan pati santan
  • Air secukupnya
  • 1 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Garam dan gula
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar

  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia 

Caranya
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis rempah 4 sekawan diikuti bahan kisar dan udang kering. Tumis hingga naik bau.

2. Masukkan pes serbuk kari daging dan kacau sekali sekala hingga pecah minyak.

3. Masukkan nanas dan kacau bagi nanas tersalut bahan rempah yang telah ditumis tadi.

4. Tuangkan sedikit air dan biarkan ianya merendidih seketika.

5. Akhir sekali masukkan santan, kerisik, garam, gula dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Lebihkan sedikit gula dan tunggu hingga mendidih.